RSPSB – RISDA Smallholders Plantation Sdn Bhd
RSPSB ialah singkatan kepada nama sebuah anak syarikat milikpenuh RISDA iaitu RISDA Smallholders Plantation Sdn Bhd
Sebelum menulis lanjut gemasindah ( gi ) nak minta maaf dan nak minta tumpang lalu kepada sahabat lama Dato’ Mohd Izat Hasan ( DMIH ) Ketua Pengarah RISDA sekarang ini.
Gemasindah harap DMIH sudi melayari blog gemasindah ini. Alamat blog dah pun gi smskan kepada Dato’ kita tu.
Pada hemat gi RSPSB sudah gagal dalam matlamat utamanya membantu meningkatkan pendapatan pemilik tanah yang rata rata penduduk kampong yg masih miskin . Kegagalan yang amat teruk .
Peserta RSPSB bukan mendapat pendapatan bulanan setelah serah tanah mereka untuk dimajukan oleh RSPSB. Sebaliknya mereka mendapat senarai hutang dari RSPSB. Yang demikian RSPSB sudah nyata kegagalannya dan sudah tidak relevan lagi.
Pada masa dahulu entah siapalah SMART ALEX yang mencadangkan penubuhan RSPSB dan entah siapalah yang mencadangkan tanah tanah pinggir penduduk kampong yang sepatutnya ditanam semula dengan tanaman getah ..ditanam dengan tanaman sawit..sedangkan kepakaran RISDA ialah tanaman getah !!!
DMIH baru sahaja dihantar oleh Pak Lah ( ketika itu ) untuk menerajui RISDA dan barangkali sedang sakit kepala disebabkan prestasi teruk anak syarikat RISDA ini.
Di-Tampin sekurang-kurangnaya ada 4 rancangan RSPSB yang gi tahu. Satu di- Bukit Bentan, Gemas, satu di Kg Tenai / Air Gelugor, satu di Kg Geduk dan satu lagi di Kg Sri Asahan. Cuba pembaca bayangkan tidakkah boleh dikatakan teruk apabila kebun sawit seluas 156 ekar, dengan pokok sawit berumur 8 tahun hanya menghasilkan 3 tan buah sawit sebulan ?
Tidak kah NAYA namanya bila peserta serahkan tanah untuk dimajukan oleh RSPSB dengan harapan mendapat hasil bulanan , tetapi yang didapati ialah penyata hutang ? Ada kawan gi saorang peserta RSPSB Bkt Bentan bagitau bahawa hutang dia pada RSPSB ialah sebanyak RM 25,000.00 Luas tanah yang diserah kpd RSPSB – 6 ekar.
Atas ihsan DMIH sekarang ini peserta sudah mengambil semula tanah mereka secara tidak rasmi. Apakah yang boleh dilakukan oleh pemilik tanah untuk baikpuleh sawit yang teruk itu ? Banyak modal yang diperlukan. Boleh ke orang kampong yg rata rata miskin itu mengadakan modal ? Akibatnya pokok yg teruk itu bertambah teruklah. Inilah namanya harapkan pagar…pagar pulak yang makan padi ..atau sudah jatuh bukan tangga yang menimpa tetapi pokok sawit yang menghempap kepala….
Untuk mendapat gambaran…pembaca boleh lihat keadaan pokok sawit RSPSB Kg Sri Asahan kerana terletak ditepi jalan ..dekat puncak Bukit Putus, Gemenceh. Pokok yang subur dan besar besar batangnya itu milik IOI...Yang CEKIDING..batang timpus timpus ..yang kelihatan enggan hidup..mati tak mahu tu..yang itulah RSPSB Kg Sri Asahan.
Jadi gi nak mintalah DMIH fikirkan cadangan gi ini untuk selesaikan masalah :-
Pertamanya eloklah secara rasminya RSPSB serahsemula tanah kpd pemilik asalnya tanpa apa apa tuntutan
Kedua elok juga RSPSB secara rasminya memansuhkan segala hutang piutang peserta kepada RSPSB kerana projek gagal bukan disebabkan pemilik tetapi oleh RSPSB sendiri.
Ketiga adalah adil sekiranya RSPSB membayar pampasan kerugian kepada peserta ATAU
RSPSB atas belanja sendiri menanam semula tanah tanah yang terlibat dengan tanaman getah, menjaganya atas baiaya RSPSB sendiri dan menyerahkan semula kebun kebun tersebut kepada peserta apabila sampai tahap berhasil.
Jika ini dapat dilakukan maka akhirnya .. dapatlah RSPSB mencapai matlamat asal penubuhannya. Tidak mengapalah rugi kerana rakyat melayu dan demi menegakkan keadilan.
Ia juga selaras dengan slogan utama YAB Perdana Menteri, Rakyat Di-dahulukan – Pencapaian Diutamakan.
Gemasindah kirim salam pada DMIH ..terpaksa tulis kerana kesian kat org kampong…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan