MASJID JAME’ PEKAN GEMAS YANG BARU
BILA LAGI NAK DIBINA ????
Masjid Jame’ Pekan Gemas Yang Baru khabarnya akan dibina. Sebenarnya cerita pembinaan masjid baru ini bukanlah cerita baru ..ia dah lama diwar-warkan sejak Dato’ Yasin masih menjadi wakil rakyat lagi, tetapi sehingga hari ini tapaknya pun masih belum pasti.
Betul ke MAINNS dah beli tanah Mr Yau untuk bina masjid baru ?
Cerita yang terbaru ialah khabarnya Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ( MAINNS ) telah membeli sebidang tanah seluas l.k enam ekar milik Mr Yau Jutawan Baru Gemas yang terletak dipersimpangan jalan Gemas – Londah. Yang heboh diceritkan diwarung kopi ialah kenapa kerajaan negeri tidak membeli tanah itu ketika tanah tersebut milik melayu iaitu Cikgu Zainuddin Harun dan menantunya. Kenapa setelah tanah itu dijual kepada Mr Yau barulah tanah itu dibeli oleh kerajaan negeri melalui MAINNS. Rugilah orang melayu !!!
Sama-ada cerita kedai kopi ini benar atau tidak gemasindah masih belum dapat maklumat dari sahabat gemasindah dipejabat tanah Gemas. InsyaAllah akan disahkan ya atau cerita sahaja dalam masa terdekat ini.
Sumber JKR NSDK kata arahan buat pelan masjid pun belum ada.
Sementara itu berdasarkan sumber dari Ibu Pejabat JKR Negeri di Seremban, masih belum ada arahan dari Kerajaan Negeri untuk menyediakan pelan kerana menurut sumber cadangan membina masjid baru itu, memang sudah lama ada yang belum ada ialah peruntukan kewangan untuk membina masjid baru itu. Rasa-rasanya lambat lagilah orang Pekan Gemas dapat masjid baru.
Jika jadi bina masjid buatlah masjid yang cantik dipandang mata dan….
Cuma gemasindah nak minta sikit kepada Kerajaan Negeri khasnya arkitek JKR Negeri , jika nak bina masjid baru itu nanti, binalah cantik cantik sikit. Gemasindah tahu..yang akan dipertanggungjawabkan design masjid itu nanti ialah anak jati gemas…jadi bro.. lukislah cantik cantik ya jangan malukan gemas brother….
Gemasindah tengok masjid masjid di Negeri Sembilan ini tidak ada yang cantik..cantik, berbanding masjid masjid di negeri lain, umpamanya Johor. Tidak cantik bukan sahaja dari segi mata memandang iaitu design bangunan tetapi juga dari segi bahan yang digunakan & kemudahan yang disediakan.
Di-Negeri Sembilan kita hanya bina bangunan masjid mankala di Johor mereka membina kompleks masjid. Contohnya masjid di pekan kecil Batu Anam bukan sahaja masjidnya menawan mata memandang tetapi yang dibina ialah kompleks agama…siap dengan dewan dan sekolah agama rakyatnya. Atapnya dari genting bermutu tinggi, berkilat – lantainya dari jubin bermutu tinggi dan kelengkapan didalam masjid juga bermutu tinggi.
Di negeri kita, atap kebanyakan masjid merupakan atap asbestos, lantai cuma cement rendering, menara masjid langsung tidak ada nilai astetik ..koman sangat ke kita ni ?
Bolehkah diroboh masjid lama agar tapaknya dimajukan untuk sumber RM masjid baru ?
Sekiranya masjid baru dibina, maka apakah perancangan yang perlu dibuat ditapak lama masjid yang ada tu ? Tapaknya sangat strategik. Dalam beberapa tahun lagi nilainya tentu tinggi. Boleh ke kita robohkan masjid lama serta sekolah agama rakyat yang ada tu supaya kawasan itu dijadikan kompleks niaga yang akan menjadi sumber kewangan masjid baru. Dalam hal ini kita nak dengarlah fatwa pihak berwajib..tak nak dengarlah fatwa lebailebai kecil..yang pelbagai itu, kita nak dengar Fatwa, Majlis Fatwa Negeri Sembilan.
Bila ada duit maka macam macam program agama boleh dianjurkan. Yang mustahak ialah kelas kelas formal mengaji Al-Quran yang betul ..siap dengan tajwid dan taranumnya..sebab sekarang ini ramai lebai mengajar anak anak tanpa tajwid dan taranum..Cuma setakat pandai baca sahaja. Bila dengar anak anak baca Quran tak sedap telinga mendengar..tak ada ikhfa ..takda idhgham..pakai balun aje.
Tidak semua imam pakar dalam Ilmu Feqah…
Elaun imam patut sangat dinaikkan…..
Barangkali ada baiknya juga MAINNS menyediakan satu kompleks yang sediakan kemudahan latihan siap berhawa dingin dan peralatan moden. Yang perlu dikursuskan dahulu ialah imam imam dan lain lain pegawai masjid. Ini adalah kerana institusi imam sangat dihormati makmum dan orang ramai. Manakan tidak imam lebih sibuk dari ketua kampong….sembahyang dah tentulah imam, kenduri tahlil imam..kahwinkan orang imam, talqinkan orang imam, baca doa dimajlis imam..orang bercerai berai..dan gaduh suami isteri imam.. , ngajar anak ngaji imam..siang malam imam ada kerja ..kebanyakan kerja tu takda gaji..imam kena noreh juga nak tampung belanja keluarga. Perlulah dinaikkan elaun imam supaya selaras dengan peranan dan tanggungjawabnya. Semua imam melayu.
Tidak semua imam terlatih dalam Ilmu Feqah sedangkan masyarakat menjadikan imam sebagai rujukan khasnya dalam bab zakat, faraidh dan hal hal berkaitan perkahwinan.
Zina atau tidak ????
Contohnya beberapa bulan yang lalu, adalah seorang suami yang beristeri dua melarang isteri pertamanya pergi kenduri kahwin dirumah jiran berdekatan Sebab larangan isteri kedua sisuami tidak suka akan orang yang kenduri itu sedangkan orang yang kenduri itu sahabat rapat isteri pertamanya.
Gertaknya jika pergi juga maka jatuhlah talak satu. Siisteri pertama yang sangat serba-salah itu akhirnya pergi juga hadhiri kenduri sahabatnya itu. Maka jatuhlah talak satu. Isteri yang ditalak satu tadi rujukkan perkara ini kepada kakak iparnya ( kakak suaminya ) yang membawa siisteri malang itu berjumpa imam kampong. Yang digusarkan ialah jika suami balik rumah dan mereka “ bersama “ sebagai suami isteri ..apakah perbuatan bersama-sama itu zina atau tidak ? Imam dengan tegasnya mengatakan zina. Maka peninglah si-isteri, nak lari balik kerumah emaknya di Kuala Pilah anak masih bersekolah. Macam-macamlah yang difikirkan. Maka setiap malam si-isteri tinggal ketakutan. Takut suaminya balik…
Perkara ini dirujukkan kepada gemasindah yang tak lebai ni…susah juga ..nak beri pandangan..diri tak lebai..tak diberi pandangan…yang bertanya sangat susah hati dan dah datang minta pendapat. Mohonlah kepada Allah..
Pada pandangan gemasindah yang sangat sedikit ilmu agama ini..hanya didalam Islam hanya ada satu perkara yang haram boleh jadi halal …iaitu hubungan antara lelaki perempuan…jika tiada akad nikah..haramlah jadinya ..berzinalah jadinya…hubungan kelamin antara lelaki perempuan jadi halal dengan cara yang amat mudah..yang ditentukan oleh Allah SWT..hanya dengan lafaz ..aku terimalah nikahnya…dengan memenuhi apa yang dikatakan sebagai hukum nikah.
Dah tu talak pula ..sampai ada 3 x peluang..tempoh batalnya agak lama juga ..3 x suci / haid..cukup waktu untuk bertenang dan berfikir…Ini disebut sebagai idah dan rujuk. Rujuk maksudnya kembali …yang nak kembali sisuami kepada isterinya…jika kembali dalam waktu idah belum tamat mereka tidak perlu diakadnikahkan semula …maknanya perkahwinan dan hubungan masih belum batal..masih belumjadi haram…. Jadi kenapa dikatakan berzina pula. Jika idah belum tamat….balik sahajalah seperti sediakala ..kalau sekiranya kedua-duanya rela dan redho. Kalau dah takda kasih sayang eloklah jangan balik balik lagi.
Maka apakah pendapat imam yang mengatakan pendapat zina spt diatas tadi betul atau salah ? Jika salah maka perlulah imam itu disekolahkan semula ..jika betul gemasindahlah yang salah…tak mengapalah gemasindah bukan imam dan amat sedikit ilmu agama. Gemasindah nak dengar jugalah komen ustaz ustaz gemas dalam perkara ini.
Gemasindah…..minta penduduk pekan gemas bersabar..akhirnya terbina juga masjid yang baru itu..InsyaAllah. Salam Takzim.
negeri sembilan koman sangat kots..tuh jadi camnih..menteri besar pun koman..menteri koman..wakil rakyat pun koman..koman n kongker..
BalasPadamkoman ..maksudnya teruk ke ..atau maksudnya biasa...gurau ...senyum.
BalasPadamtakpalah pemimpin kita koman..asalkan kita sebagai common men ..masih ada semangat nasionalisma melayu..melayu sekarang menghadapi banyak masalah...yg paling ditakuti iaitu ..gerakan sabersif yahudi amerika melalui talibarut..spt anwar..tgk ..kan cina dan india dah naik tocang..sejak paklah atas desakan si kj adik saziman tu bebaskan ..dia maka bermulalah episod ...sikitul..tak habis -habis jadi anai anai menggigit ..setiap detik tiang seri melayu...