Gemasindah kali ini nak keluar sekejap dari kepompong gemas / tampin nak kekuala pilah sekejap nak angkat tabik spring kepada Ahli Parlimen Kuala Pilah Dato' Hasan Malik ( timbalan menteri pembangunan luarbandar ) yang dikalangan kawan kawan dipanggil sebagai brother. Brother Hasan Malik ialah produk Gerakan Belia Malaysia seperti Dato Ali Rustam Ketua Menteri Melaka )& terbaru Dato Saifuddin Abdullah ( timbalan menteri pengajian tinggi)..bermula aktif dalam GPMS hingga dengan jayanya memimpin Majlis Belia Malysia ( MBM )Dato' Hasan menyerahkan kepimpinan MBM kepada Dato' Ali Rustam.
Adalah tepat dan betul apabila YAB Dato Isa Samad ketika itu sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO NSDK mencadangkan beliau sebagai ADUN Juasseh. Seterusnya bro Hasan dipilih mewakili rakyat Kuala Pilah sebagai Ahli Parlimen. Sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Luarbandar, banyak projek dibawa ke Kuala Pilah ...terutamanya membantu rakyat membina rumah baru melalui program PPRT & Rumah Mesra Rakyat
Yang gemasindah nak tabik spring ialah keprihatinan & sikap proaktif brother Hasan melayani pelbagai karenah kawan kawan. Baru-baru ini gemasindah hantar sms kpd brother Hasan sudi apalah kiranya membantu saorang sahabat yang malang..yang secara kebetulan isterinya sekampong dgn brother hasan...tak sampai 5 minit dalam kesibukan tugas sebagai timbalan menteri...brother hasan dah jawab..minta sahabat gemasindah menemuinya dipejabat..hari ini sahabat gemasindah itu sedang menunggu kelulusan pinjaman usahawan luarbandar atas bantuan brother hasan kita.
Untuk maklumat melayu gemas kementerian luarbandar ada menyediakan skim pinjaman kpd usahawan dari luarbandar..dapatkanlah maklumat dan jika ada usahawan luarbandar gemas yang perlu bantuan hubungilah pihak yang berkaitan.
PERUMAHAN RAKYAT
Kita sebagai rakyat WAJIB bersyukur dan berterimakasih kepada kerajaan pimpinan UMNO
kerana jarang sekali didunia ini ada kerajaan yang beri pinjaman mudah kepada rakyat
untuk membina rumah. Kepada yang benar benar tidak mampu..kerajaan sendiri bina rumah tanpa apa apa bayaran lengkap dengan kemudahan asas yang bermutu melalui program e-kasih PPRT.
Adalah amat PELIK dan perkara YANG AMAT TIDAK PATUT jika ada dikalangan penerima bantuan ini tidak menyokong kerajaan dan tidak mengundi Barisan Nasional pada pilihanrya akan datang. Di-Felda juga ada pinjaman kepada peneroka untuk membina rumah baru atau memperbaikki rumah. Tetapi ada sahabat gemasindah ..peneroka jelai 2 marah marah dan ngamuk politik, bila permohonannya lambat diluluskan..kenalah faham ..lewat kita terima bukan masaalah dasar tetapi ramai peneroka yang mohon ..sedangkan peruntukan tahunan adalah pada jumlah tertentu..akhirnya permohonan sahabat itu lulus juga....kini rumah barunya sedang dalam pembinaan.
Dalam kes rumah MESRA RAKYAT sebenarnya kerajaan memberi sabsidi. Harga yang dibayar kepada kontraktor berjumlah sebanyak RM 65,000.00. Yang dibayar kembali kepada kerajaan oleh peminjam hanya sebanyak RM 45,000.00 ( RM150.00 sebulan x 12 bulan x 25 tahun = RM 45,000.00 )Cuba lihat kiraan - adalah jelas pinjaman yang diberi oleh kerajaan Barisan Nasional itu tidak mengenakan sebarang faedah sedikitpun.
Di-tempat kita - Gemas, ramai juga yang telah memohon skim pinjaman mesra rakyat ini- banyak yang sudah siap di kg londah, ulu ladang dan bangkahulu. Jadi kita kenalah bersyukur kepada Allah dan berterimakasih kepada kerajaan kerana kita tahu sebagai orang yang kerja kampong bank tidak akan luluskan pinjaman ..nak guna duit simpanan ramai ke yang ada simpan RM 65,000.00 untuk bena rumah..
Pelik juga kalau ada sesiapa yang menghuni rumah itu termasuk anak anak yang tidak menyokong parti UMNO yang membuat dasar rumah Mesra Rakyat ini ...ada yang kerana sebab sangat kecil contohnya YB Dato' Zainab tak nampak dia angkat tangan ..lalu nak menyokong PKR atau PAS saja ..Pelik perangai melayu islam sebegini !!!
Dan ada yang langsung tak nampak dia menikmati bantuan kerajaan selama ini terus menerus memfitnah UMNO ..macam RAIS PAS lah ..hidup dah senang dah ada 4 restoran pun masih tak nampak bahawa nikmat anugerah Allah melalui kepimpinan kerajaan melayu UMNO PAS tuduh UMNO perkaumanlah ..assobiyah ke apa ke..kaum cina nak tolong melayu ke ? sejak lama berapa ramai orang cina masuk islam hasil dakwah PAS ?
Ramai juga terlupa pada jasa jasa UMNO dalam memperbaikki kehidupan kita...Gemasindah berasal dari lumpur..dan kini kembali kelumpur ..sejak sekolah rendah menerima biasiswa hingga masuk universiti pun ditanggung oleh kerajaan. InsyaAllah akan terus menjadi ahli UMNO.. dulu..kini dan selamanya ..ahli UMNO totok ..berjuang cara sendiri ..secara kecilan kerana gemasindah hanya ahli UMNO biasa ..yang kerdil.
Dalam dasar PERUMAHAN RAKYAT ini kita sedekah Fatihah kepada TUN DOLAH BADAWI ..dasar ini idea dan iktizam TUN ABDULLAH ..tak semua yang dilakukannya silap..manusia kan ada hitam dan putihnya termasuklah kita dan juga gemasindah ..
Salam takzim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan