Sekali pandang ..macam tak ada ya ...renungkan secara mendalam ..sebenarnya banyak perniagaan kecil-kecilan yang boleh dilakukan..soalnya mesti ada idea dulu..lepas tu buat kajian viability ..modal yang diperlukan..cara nak laksanakan idea tu ..dan bersungguhlah melakukannya..kaji kelemahan dan kekuatan. Ingat pesan Dr Mahathir ..mula dari kecil ..kemudian bangunkan sedikit demi sedikit..nak duduk kenalah bongkok dulu..terus duduk patah pinggang.
Contoh sahaja : kita tengok ..ramai orang india menjelajah seluruh kampong beli besi buruk..orang melayu gemas belum ada lagi..kebanyakan yang guna motosikal adalah orang melayu kini hanya 2-3 orang sahaja melayu buka kedai repair motosikal..yang jual motosikal baru dan secondhand belum ada lagi...yang jual sparepart langsung tak ada..sedangkan GIATMARA dah keluarkan ramai belia melayu yang terlatih ..kemana pergi budak budak kita tu ?
Tak usahlah tumpu nak jadi kontraktor kelas F shj..dah ramai sangat dan persaingan pun sangat sengit.
Tengok keliling sebenarnya banyak RM bergayutan..contoh harga kelapa sekarang jual pada kedai runcit ..RM 0.80 sebiji..harga kelapa parut runcit RM 1.50 ..kek kg ladang, bangkahulu, londah banyak kelapa saka buah gugur tak berambil..kalau ada yang nak pajak ..kan boleh cari duit..nak panjat..budak budak lombok yang kerja tabunghaji tu ramai yang lebih baik dari beruk memanjat kelapa.Contoh kedua ..cili api sekarang harga jualan RM 12-15 sekilo ..tak ada tanah..tanam dalam polibag keliling rumah..kalau macam rumah feldalah 2000 pokok pun boleh ditanam. Tapi mestilah cari ilmunya dulu.( layari http://gemstani.blogspot.com )..Contoh ketiga ..JCB ..ada ke JCB milik melayu di Gemas.?.di jelai adalah 2-3 biji ...contoh 4..ada ke kedai bundle yang khusus jual baju budak budak..kalau ada yg minat tulis nama dan alamat dalam blog ni nanti gemasindah beritau nak hubungi siapa atau email fakir_abdillah@ yahoo.com.my
Disini gemasindah salinkan blog melayuniaga..dalam blog tu ada disiarkan macam macam peluang perniagaan please log in to :-
http://www.melayuniaga.com
Salam takzim
gemasindah ..dulu niaga kini dah pencen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan