TABIK SPRING KEPADA DATO’ SALLEH MAJID
Pakar Ekonomi Melayu…bekas Presiden BSKL.
Gemasindah tabik spring kepada Dato’ Salleh kerana tidak letih2 menulis mengenai ekonomi orang melayu melalui ruangan SARANAN SALLEH Utusan Malaysia. Bagi yang tidak membaca Utusan gemasindah salinkan rencana itu didalam blog ini. Semuga Allah memberi Taufik dan HidayahNya kepada Tok Najib dan lain lain pemimpin melayu islam agar lebih berusaha dalam membawa melayu keluar dari kepompong ketinggalan dalam bidang ekonomi….
Kepada Allah jua kita pohon agar Dato Salleh sentiasa sehat dan akan terus menulis untuk bukan shj menyedarkan kita tetapi yg lebih penting utk menyedarkan pemimpin kita agar tunaikan amanah serta janji..dan jgn sekali-kali teragak-agak lebih lebih lagi TAKUT & SEGAN nak tolong bangsa sendiri…..
Saranan Salleh – Utusan Malaysia Sabtu 27/03/2010.
Tajuk : Bila lagi Melayu hendak bersatu !
Kadang kadang kita terfikir adakah orang yang kita pilih sebagai wakil rakyat kwsn kita tersalah pilih. Sistem demokrasi memberikan org ramai peluang memilih orang yg / ( untuk ) mewakili kepentingaan mereka. Malangnya kita lihat setiap hari pelbagai jenis masaalah rakyat yg timbul yg wakil rakyat mereka tak tahu atau tak ambil tahu. Lihat shj program aduan rakyat dan expose yg mendedahkan masalah yg dihadapi oleh rakyat.
Kdg2 kita terfikir apakah rakyat tahu latarbelakang org yg mereka pilih. Kebanyakan org ramai terpengaruh dgn janji janji yg dibuat oleh org politik semasa berkempen. Salepas pilihanraya ramai wakil rakyat ghaib entah kemana.
Kalau kwsn mereka dikampung, itu hanyalah utk mendapat kwsn. Dia tinggal dibandar raya sekali sekala saja menjengok kwsn. Tetapi bila pilihanraya nak sampai setiap minggu pun boleh nampak muka. Asyik tertipu sajalah org ramai !!!
Ada juga wakil rakyat yg melantik wakilnya pula utk mewakili mereka. Wakil ini kdg2 lebih pula lagaknya drpd wakil rakyat…besar senduk drpd senduk..Mereka yang benar benar berkhidmat utk rakyat tidak ramai.
Ramai yg bertujuan berkhidmat untuk diri sendiri. Jadi tidak hairanlah tuduhan menjadi wakil rakyat untuk mendapatkan kontrak dan projek. ( cuba kita buat rating dlm hal ini ttg ahli parlimen dan ADUN kita – betul atau tidak apa yg Dato’ Salleh katakan – gi )
Rakyat harus sedar supaya jangan lagi diperbodohkan dengan janji janji dan kata kata manis wp diselang-seli dgn tafsir dan hadith. Jarang sekali mereka yg gunakan tafsir dan hadith ini ikhlas….
Dari segi ekonomi mereka ( org melayu = gi) ketinggalan jauh dibelakang kecuali beberapa org yg mempunyai hubungan dgn pihak yg berkuasa. Jadi jurang antara yang kaya dengan yang miskin semakin jauh.
Lepas itu mereka tidak sedar yang golongan peniaga cina menaikkan harga barangan sesuka hati ( akibat kawalan longgar pihak berkuasa = gi ) menyebabkan kos sara hidup meningkat ( dan terus meningkat saban hari = gi ) Rangkaian bekalan apa jua barang dikuasai oleh orang cina ( dah 50 tahun lebih UMNO berkuasa masih tak dapat atasi hal ini – ie wujudkan rantaian barangan melayu )
Malangnya ( hari ini ) golongan yang ketinggalan itu ( melayu = gi ) tidak bersatu. Orang bukan melayu banyak suara, minta itu dan ini dan suruh kerajaan jangan lagi bantu mana mana golongan ( bumiputeralah tu =gi ) supaya persekitaran sama dengan hidup dihutan..yang kuat berkuasa ( yang lemah jadi makanan yg kuat = gi )
Kita pula jenis segan bersuara. Mereka yang telah kita pilih dan letak harapan tinggi ( pimpinan Tok Najib =gi ) pula dah termakan ( lakonan palsu – org bukan bumiputera = gi ) yang mengatakan merekalah golongan yang tertindas selama ini ( bukan orang melayu yang tertindas ? = gi ) ( Jikalau orang yang kita harapkan itu dah termakan oleh org cina = gi ) Jadi kepada siapakah yang kita boleh mengadu ?
Kalau sejarah menunjukkan kita boleh bersatu atas tujuan spt menentang Malayan Union, kenapa sekarang atas desakan semasa kita tidak boleh bersatu ? Biarkan orang politik itu bercakaran sesama mereka kerana menyangka mereka yang tahu segala-galanya – orang lain semuanya bodoh dan boleh diperbodohkan. Politik wujud utk bantu rakyat bukan utk menyusahkan. Tetapi terlalu banyak contoh yg menunjukkan bagimana politik menyusahkan rakyat.
Pembangkanglah yg banyak membuat ..onar ..membangkang shj dan asyik buat bohong dan fitnah..kalau tak ada pembangkang ..tak demokrasi pulak..tapi negara cina tak adapun pembangkang..maju dgn pesat..tahun 2015 akan ambil alih sebagai ekonomi terbesar dunia.
Mengambil sempena ( Dato’ Salleh menulis sempena perhimpunan Perkasa = gi ) Perhimpunan Agung PERKASA ( Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ) pada hari ni ( 27/3/10 ) satu-satunya badan bukan kerajaan yang berani bersuara , yang berani menuntut apa yang sepatutnya dituntut , BADAN YG WAJAR DISOKONG OLEH SEMUA MELAYU. ( Orang bukan melayu menuduh PERKASA sebagai pertubuhan ultra perkauman – rasist = gi ) Kalau nak kirakan rasis org putih di Amerika lagi rasis terhadap negro…australia lagi rasis terhadap orang asia…cina rasis terhadap orangnya sendiri ..orang uigher. Di UK sikap rasis begitu hidup dan segar.
Orang Melayu tak perlu MINTA MAF menuntut apa yang sepatutnya..hak dalam negara mereka sendiri ( mana ada lagi negara melayu = gi ) Kalau kita diam saja kaduk akan naik junjung.
Orang muda kita yg berpelajaran tinggi menganggap semangat nasionalisma melayu sudah berkubur kerana mereka melihat yg menerima faedah drpd kerajaan adalah mereka yg terpilih shj dan persaingan itu amat tidak adil. Semangat mereka hendak jadi usahawan misalnya dengan ilmu yg mereka ada tidak bermakna langsung kpd bank..membuatkan pembiayaan projek mereka terhalang. ( maybank dikatakan milik melayu / PNB ..pengurus ramai melayu ..tapi sangat nak biayai peniaga melayu…)
Selain drpd itu mereka melihat RASUAH BERMAHARAJALELA. Ada yang belum faham bahasa rasuah akan mendapati diri mereka ternanti-nanti dari seminggu kesebulan dari bulan ketahun. Kalaupun dapat pembiayaan ..jumlah yg diberi tidak cukup utk membuat apa apa ( betul ..betul.. betul dato’ – maybank milik bumiputera kononnya = PNB – gi )
JADI JANGANLAH BERDIAM DIRI DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU CICIT KITA. FIKIRKAN DGN RASIONAL APA YG WAJAR KITA LAKUKAN SEKARANG. TANPA PENGUASAAN EKONOMI KITA TIDAK ADA KUASA. POLITIK MELAYU SEKRANG SUDAH BOLEH DIBELI KALAU ADA KUASA EKONOMI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan