Surat / Rayuan Terbuka Kepada Dato Saziman Abu Mansor Ahli Parlimen Tampin Dan Dato Hjh Zainab Nasir ADUN Gemas.
بسم الله الرحمن الرحيم
Yang Berhormat Dato’ Saziman
Yang Berhormat Dato’ Zainab.
Blog ini baru dibuka kerana hanya baru baru ini saja saya tahu cara nak buka blog maklumlah saya orang kampong biasa. Namun saya mohon mengucapkan tahniah kepada Dato’ Saziman kerana telah dilantik menjadi Menteri Kerjaraya. Kepada Kak Nab pertamanya tahniah kerana dilantik menjadi EXCO Kerajaan NSDK dan baru baru ini dianugerah gelaran DATO’ pula.
Kami rakyat Gemas khasnya ahli ahli UMNO mengucapkan syukur ke Hadrat Allah SWT kerana nikmat dan kemuliaan yang diberikan kepada wakil wakil rakyat kami. Pada hakikatnya apa yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalah kehendak Allah jua dan merupakan bahagian Yang Berhormat berdua.
Barangkali apa yang benar ialah nikmat dan kemuliaan itu diberikan bersama amanahNya yang besar beserta tanggungjawab yang berat kepada Yang Berhormat berdua. Pada pandangan pak lebai adalah pasti amanah dan tanggungjawab itu akan ditanya Allah diakhirat nanti. Begitulah keyakinan kita sebagai orang Islam.
Yang Berhormat Dato berdua, saya mohon izin mengemukakan surat berisikan rayuan dan permintaan saya ( barangkali juga sebahagian besar rakyat Gemas ) untuk Yang berhormat pertamanya fikirkan, halusi dan jika boleh minta diusahakan. Apa pun kejayaan dan pencapaian kita serahlah kepada Allah. InsyaAllah jika kita usahakan secara ikhlas dengan penuh amanah dan tanggungjawab Alllah akan makbulkan.
Saya adalah rakyat Gemas sejak kecil, kini dah pertengahan abad umur saya. Menjadi ahli UMNO sejak layak untuk menjadi ahli...Budi UMNO kepada saya sejak sekolah hingga kini, terlalulah banyak dan tak dapat dibalas. Barangkali cara membalasnya ialah biarlah saya dituduh UMNO totok, namun saya akan tetap bersama UMNO dulu kini dan selamanya. Kasih dan sayang saya adalah kepada parti bertuah ini ..bukan kepada pemimpinnya. Tetapi kepada pemimpin yang ikhlas berjuang ia merupakan hormat dan sanjungan yang sebenarnya mencermin nilai nilai peribadi Yang Berhormat berdua sebagai saorang insan.
RAYUAN SATU
TOLONGLAH BANYAKKAN PELUANG PEKERJAAN DI-GEMAS .USAHAKAN BUAT SATU KAWASAN PERINDUSTRIAN GEMAS DAN BAWA PELABUR BUKA KILANG DI-GEMAS.
Kami penduduk Gemas rata rata merupakan orang yang tidak kaya. Maksudnya ramai yang susah terutamanya mereka mereka yang bekerja dengan kerajaan dan swasta diperingkat rendah seperti tukang kebun, porter KTM, buruh MDT dan sebagainya. Golongan menengah barangkali ialah para guru yang lulus universiti. Yang lain bolehlah dklasifikasikan sebagai rakyat marhaen yang memerlukan bantuan dan bimbingan berterusan kerajaan untuk berusaha memperbaikki tahap hidup dan melaksanakan tanggungjawab menyara keluarga terutamanya persekolahan anak anak. Sebahagian besar golongan ini merupakan peneroka di Jelai, Sg Kelamah dan Pasir Besar dan juga penduduk kampong kampong tradisi. Yang bergaji kecil tinggl di Pekan pun susah juga…. Anggota tentera pangkat rendah pun dalam golongan ini. Ramai juga anggota tentera yang duduk diluar kem.
Masaalah pertama yang dihadapi oleh mereka ialah – pekerjaan atau usaha untuk mencari duit. Peneroka di Felda sekarang ini tidak lagi perlu kekebun kerana kebun telahpun dipajakkan ( ikut cara Felda ) kepada Felda dengan harga pajakan RM 150.00 sebulan saekar. Pendapatan RM
1,500.00 sebulan ( elaun sara hidup ) sesungguhnya TIDAK CUKUP untuk membiayai kos sara hidup yang tinggi lebih lebih lagi jika ada 3-4 orang anak yang bersekolah. Yang demikian adalah amat perlu mencari pendapatan tambahan. Begitu juga halnya dengan penduduk kg tradisi ..lebih lebih lagi mereka yang masih muda.
SOALnya apa kerja yang hendak dan boleh dilakukan di-Gemas sekarang ini ? Peluang pekerjaan HAMPIR TIDAK ADA. Nak berniaga …tidak semua boleh berniaga ..yang boleh berniaga atau yang berminat dibelenggu masaalah peluangniaga dan modal awalan.
Pilihan yang ada ialah mencari kerja diluar Gemas. Maka ramailah anak anak muda terpaksa meninggalkan Gemas mencari pekerjaan diluar..Itu tidak mengapa kerana tidak banyak masaalah yang timbul. Yang banyak menimbulkan masaalah sampingan ialah ramai isteri atau suami terpaksa berpisah pada jangka waktu yang lama kerana bekerja dikilang sebahagian besarnya di Melaka , Senawang dan Nilai. Ramai juga yang tidak dapat bekerja walaupun mahu bekerja kerana banyak kilang dah tutup dan yang masih dibuka menggaji pekerja asing dengan gaji yang rendah.
Yang Berhormat Dato’ Dato’
Masaalah apa yang timbul akibat sumi isteri berpisah kerana bekerja dikilang ? Saya rasa Kak Nab dan Dato’ Saziman tahu. Masaalah keluarga dan anak anak terbiar. Masalah sosial yang timbul sebenarnya berlaku akibat masaalah ekonomi..jadi kita sebutlah masaalah sosio-ekonomi. Apa yang melanda generasi kedua Felda dan kini merebak dengan cepat ke kampong tradisi AMAT MENAKUTKAN.
Saya tak nak bertumpulah dalam hal ini kerana Dato’ berdua sedia maklum. Jika Dato’ berdua sedia maklum , tidakkah timbul RASA SEDIH, RASA KESIAN, RASA BERTANGGUNGJAWAB dihati sanubari Dato’ berdua ? Tidakkah terlintas dijiwa Dato’ berdua bahawa berusaha menangani malapetaka sosial ini setakat yang terdaya dan termampu, merupakan amanah Allah kepada kita bersama ..lebih lebih lagi Dato Dato’ berdua yang dijadikan pemimpin, mahu memimpin ,rela memimpin, usaha macam2 untuk jadi pemimpin dan suka pula memimpin ?
Yang demikian adalah AMAT PERLU Dato’ berdua berfikir, bermuzakarah, berbincang dan merancang tentang APA YANG PERLU DILAKUKAN untuk mewujudkan peluang peluang pekerjaan di Gemas berdasarkan punca utama – masaalah sosio-ekonomi yang disebut terdahulu. Tidak guna kita buka ladang untuk mewujudkan peluang pekerjaan kerana zaman dah berubah. Tabung Haji ada 10,500 ekar ladang sawit ..semua pekerja orang Indonesia. Berapa ramaikah anak Gemas dapat bekerja di Beef Valley ( l.k 3,000 ekar ? ) – diladang sawit cina Chua Gemenceh 1,500 ekar bersebelahan projek TKPM tu Kak Nab ? Anak anak muda kita tak suka kerja kebun..meletihkan dan hina. Mereka suka kerja kilang .
Jadi kenalah kita berusaha buka kilang kilang di Gemas. Soalnya nak buka dimana . Jika MITI & MIDA nak bawa pelabur buka kilang di Gemas NAK BUKA dimana ? Gemas TIDAK ADA KAWASAN INDUSTRI YANG ADA KEMUDAHAN. Setakat hari ini kerajaan NSDK tidak ada perancangan kerana tidak berhajat nak buka satu kawasan industri di Gemas. Salah siapa ini ..jawapan saya salah pemimpin UMNO Gemas !!! Kalau nak sebut nama saya sebutlah disini… kesalahan kecuaian dan kebodohan Dato Yasin Bakar. Dua puluh tahun menjadi wakil rakyat Gemas, lansung tak terlintas dibenaknya untuk mengusahakan Kawasan Industri Gemas.
Yang sudah sudahlah Dato Dato’ berdua. Bygone be bygone. Janganlah pula Dato’ berdua menjadi pewaris Tok Yasin dalam hal ini. Terutamanya Dato’ Saziman. Ini adalah kerana Dato’ sebagai Menteri Penuh Kabinet Tok Najib berkedudukan amat baik untuk merencana dan melaksanakan perkara ini. Kalau dah ada kawasan industri Gemas barulah boleh diusahakan membawa pelabur pelabur kilang melabur di Gemas. Janganlah Dato’ berdua terpengaruh dengan pendapat orang yang bijak pandai mengatakan tidak ada pelabur minat membuka kilang di Gemas. JANGAN.- JANGAN SEKALI-KALI . Gemas ada kem terbesar di Malaysia. Pelaburan kilang berkaitan ketenteraan adalah prospek yang sangat baik. Tidak lama lagi landasan berkembar KTMB akan siap dibina.Ini pemangkin yang hebat…bekalan air dan letrik cukup…laborforce ..dekat dan banyak..golf club untuk expatriate dah ada… macam macam lagilah selling point Dato’..soalnya ada tak will power ..atau dalam hal ini suka saya guna istilah POLITICAL WILL ,,,Dato Dato’ sekalian.
Kawasan ? Apa tak ada !!! Janganlah ikut sangat kehendak MBNS nak pelihara lembu di tanah bekas majuternak tu !!!! Dah luas dah BEEF VALLEY Gemas. Tak cukup kat kem tentera itu dah ambil dah padang padang ragut orang kampong. Mestilah kita insaf …pelihara lembu tu tak disukai rakyat Gemas. Kami sakit hati sebenarnya. Tak ada langsung mendatangkan faedah kepada penduduk setempat khasnya melayu Gemas. Sudah sudahlah buat projek syok dihati pemimpin sahaja....buatlah projek yang SYOKKAN HATI RAKYAT.
Kalau kawasan majuternak tak boleh apa kata PKNNS atau apa ke ambil aleh tanah METROANGKASA ( Tok Nordin Awal ) yang tergadai di bank tu ? Tetapi ini akan menaikkan harga tanah cina di Kg Tiong. Jika dibuat di kawasan Majuternak tanah peneroka Pasir Besar dan Sg Kelamah akan naik nilainya .
RAYUAN KEDUA
TOLONGLAH HIDUPKAN SEMULA PUSAT TUITION UMNO
TAJAAN DATO’ JAMLUS DAHULU.
Kami terhutang budi pada Tok Jamlus kerana mengadakan PUSAT TUITION UMNO di Gemas. Tetapi sekarang ini telah ditutup. Kak Nab janganlah ambil hati sbb orang kata Kak Nab & Jamlus tak ngam. Orang yang kata..saya tak tahu. Kalau tidak ..bagus budi Kak Nab..kalau ya..tak usahlah gitu..kalau kita tak hormat bekas bekas wakil rakyat kita ..tak kan nak harapkan orang pas atau keadilan ya tak ?
Dato’ Dato’ sedia maklum akan peranan pendidikan dalam merubah kehidupan orang Melayu. Dato’ juga sedia maklum bahawa pada zaman dan sistem sekolah sekarang peranan tuition penting..Dato juga sedia maklum bahawa baucer tuition dah takda lagi dan dato’ juga sedia maklum akan kemampuan ibu bapa Gemas menampung kos pembelajaran anak anak yang tahun demi tahun meningkat.
Yang PATUT dato’ dato’ MAKLUM ialah , peranan Pusat Tuition UMNO dalam usaha menjenamakan semula UMNO. UMNO perlu sentiasa hadhir dalam nadi kehidupan orang melayu jika mahu terus berkuasa. Jadi banyak feadah dan munafaatnya..kenapa tak disambung dan diteruskan PUSAT TUITION itu Kak Nab? Saya tahu mestilah pasal kewangan. Sekarang ini kos hidup tinggi. Para guru perlu cari duit tambahan untuk imbangi kos hidup. Memang benar, tak usahlah harapkan khidmat guru secara percuma ..kita kena bayar..barulah mutu dapat diperolehi.
Saya tak tahulah macm mana nak cari duit membiayai Pusat Tuition UMNO tu. Mungkin Dato’ Saziman boleh usahakan. Orang kata Dato’ banyak duit. Orang yang kata..saya tak tahu TETAPI saya tahu Dato’ banyak kontek – very good and beautiful networking…kan yang jadi jutawan kontrktor kelas A dibawah naungan JKR. Ramai kawan kawan Dato’ yang jutawan.
Tetapi takkan sepanjang masa nak gerakkan PUSAT TUISYEN tu dengn duit derma orang. Bagaimana kalau ditubuhkan satu Yayasan Pendidikan Gemas / YPG. Gunakan kedudukan Dato’ dan networking Dato’ untuk beri harta kepada YPG itu. Contoh jika ada kawasan industri ..beri tanah 50 ekar kepada YPG untuk projek perumahan. Tengok Taman Yayasan di Buluh Kasap. Ia harta Yayasan Pendidikan Johor. Contohlah Dato’
Saya yakin, hendak seribu daya ..yang tak ndak tu tak payah sebutlah sebab kita hendak. Sekali lagi WILLPOWER & POLITICAL WIIL & POLITICAL POWER Dato’ !!!.
RAYUAN KETIGA ( Tiada Huraian Dalam Rayuan Selanjutnya – dah letih )
JANGAN LAGI AMBIL TANAH ORANG MELAYU / TANAH YANG BOLEH DIBERIKAN KPD MELAYU UNTUK PROJEK KERAJAAN BAGILAH PADA ORANG MELAYU TEMPATAN. JANGAN TAKUT BERIKAN HARTA PADA MELAYU TENGOK DAP DI-PERAK DAHULU.
RAYUAN KEEMPAT
Berhentilah beri tanah orang Melayu kepada usahawan bukan Melayu ..contoh sawah kg ladang..tanah melayu ( Ah Seng Kodah ) di bkt bentan…( Jeffry mantin ) tanah untuk sawah di kg londah…( Sanggu Lukut ) tanah milik guamas di kuala gemas telah tergadai kpd tokeh cina ( Gan Geduk ) …tanah orang kampong londah dipajak oleh guamas juga telah tergadai ( Lee Beng Hwa Kg Tiong ) …tolonglah selamatkan. Ini maruah melayu..hukum orang yang bersalah
RAYUAN KELIMA
Usahakanlah agar lebih ramai orang Melayu berniaga di gemas..buatlah perancangan untuk bantu dan monitor…pelbagaikan bidang ..takkan kedai makan ya …dah 50 tahun UMNO memerintah ..satu buah kedai buku melayu pun takda digemas…apa lagi bidang lain !!!!
RAYUAN KEENAM
Dato Saziman kenalah kerap turun padang. Baliklah Tampin setiap minggu. Sebulan ada 4 minggu ..ADUN bawah Parlimen Tampin ada 3 sahaja. Janganlah turun padang bila ada jemputan sahaja. Turunlah ..untuk tahu masaalah pengundi…intitusikan cara bekerja Dato’..maaf bukan ngajar ..mengingatkan sahaja. Saya tahu Dato’ orang cerdik..kalau tak cerdik banganglah Tok Najib.
RAYUAN KETUJUH
Buatlah program terancang dan tersusun untuk perkasakan UMNO semula. Janganlah sangka air tenang tiada buaya, Pemuda & Puteri kenalah dikerah buat kerja wahai Dato’ Saziman. Saya orang bawah..saya tahu apa rasahati orang awam.
RAYUAN KELAPAN.
SELESAIKANLAH PEMBERIAN LOT TAPAK RUMAH DI-ULU LADANG. RAKYAT DAH LETIH DAN MENYAMPAH. TUNGGU …TUNGGU …TUNGGU.
Kak Nab kena selesaikan hal ini segera. Projek tapak rumah tu dah berusia 30 tahun dah. Dah banyak RM kerajaan habis. Jalan tar dan lain lain prasarana dah nak rosak dah. Tok Yasin dulu main politik mengharapkan orang…jadi modal kempen pilihanraya. Cara tu dah basi dah..jangan ikut Tok Yasin Kak Nab..selesaikan …bagi kpd yang layak dan yang mampu. Ese takdo mohon doh ..kak Nab.
Lain Lain Rayuan ….Pada entri akan datang….jika diizinkan olehNya.
QUOTE / SEDUTAN
Dari Sudut Pandangan Pakar / Dato Salleh Majid Bekas Presiden BSKL
Ruangan Saranan Salleh – Utusan Malaysia 20/3/2010
Sebenarnya Negara kita tidak boleh terus dalam keadaan dimana jurang ekonomi antara golongan majoriti ( melayu ? ) dengan golongan minoriti ( cina / India ? ) bertambah luas. Kalau semua bidang ekonomi sudah dikuasai golongan minoriti bagaimana golongan majoriti boleh memperbaikki kedudukan ekonomi mereka.
Syarikat swasta yang rata2 dikuasai oleh bukan melayu tidak akan mengambil orang melayu bekerja dengan mereka. Mereka yang menguasai rantaian bekalan tidak akan memberikan potongan kepada bahan binaan yang diperlukan oleh kontraktor melayu ( melayu lain harga – cina lain harga - gemasindah )
Apa yang jelas adalah satu keadaan yang ketiadaan kesaksamaan dalam ekonomi antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. Kaum majoriti penduduk Negara ini merupakan golongan yang kedudukan ekonominya lemah berbanding kaum lain. Keadaan sebegini mempelawa ketidakstabilan….
Apa jua dasar yang ingin mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tidak akan tercapai sepenuhnya disebabkan perlaksanaan yang mempunyai banyak kelemahan.
Program masyarkat perniagaan dan perindustrian bumiputera misalnya ghaib begitu sahaja walaupun ada peruntukan sebanyak 12 kluster dalam pelbagai sektor pembangunan usahawan yang dihuraikan dalam RMK -9. Jadi yang kesembilan pun belum dapat dilaksana dengan sepenuhnya, kita kini diambang RMK-10 pula. ( Inilah keadaan / dilemma org melayu skrg – termasuk melayu gemas – gemasindah )
PERMINTAAN…kepada Yang Berhormat Dato’ Dato’
Tolonglah proaktif..jawab dan komenlah surat rayuan ini…takda blog guna blog http://pemudaumnotampin.blogspot.com. Blog ini blog menyokong UMNO bukan blok pembangkang.
Kepada rakyat Gemas khasnya blogger…minta pandangan , cadangan atau nak bantai pun boleh..asalkan ikhlas demi bangsa melayu dan agama islam…salam dari GEMASINDAH
salam,
BalasPadamTabek SPRIING!
gotahlantun teramat setuju dengan luahan hati gemasindah.
cetusan rasa seperti ini pernah gotahlantun postkan.
namun, apakan daya...
TETAPI,
jangan lemahkan semangat, demi masa depan bangsa kita teruskan luahan, pendapat, bantahan dan cadangan serta apa jua semoga kesedaran berada kepada pemimpin dan kemenangan berpihak kepada kita semua.
InsyaAllah.
salam bro gotahlantun
BalasPadamterimakasih insyaAllah kita teuskan dgn nawaitu berkhidmat utk melayu dgn Kudrat Iradat Allah jua
sila juga layari http://gemstani.blogspot.com utk pertanian komersil, http://layarmerah.blogspot.com utk baca manuskrip dr muchtar lintang mahaguru nasrul haq mengenai memandang kedalam ..manuskrip ini tak pernah diterbitkan ...utk ilmu hakikat bro mungkin berminat membaca Pengantar Ilmu Hakikat..sila layari http://fakirabdillah.blogspot.com
sekali lagi tq and salam takzim
salam bang omar...
BalasPadamsya pun setuju apa yang abang suarakan. tapi janganlah menyalahkan sangat tok yassin tu....ado jaso yang dio tinggalkan. Abang pun satu hal kok nak mengontam pun pandai2lah sembunyikan identiti tu....dah satu tampin tahu abang punyo kojo
salam bang omar..
BalasPadammenteri kito datang bilo ado pilihanrayo jor.dah monang janji tinggal janji..angkat kaki jor dari gelanggang politik.dok umah jago rumag sendiri,bagi makan anak bini,jaga keluarga sendiri dari buat rayuan macam melukut tepi gantang,hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.kita bangsa melayu tak perlukan janji manis menteri dan pemimpin yang fikir poket sendiri.undi nanti ajar mereka ...
Satu lagi projek yang sangat wajar dipercepatkan di Gemas ialah PROJEK JALAN PINTAS (BY-PASS)GEMAS, atas alasan berikut : 1) Projek ini telah diluluskan lama, sekitar tahun 1991. Tetapi tak ada bajet ketika itu. 2) Laluan jalan ini juga telah diluluskan dan diwarta. 3) Pengambilan tanah-tanah (kebanyakan kepunyaan orang melayu)yang terlibat dengan laluan tersebut juga telah dibuat dan pampasannya juga telah dibayar pada tahun 1993. 4) Jalan bypass Gemas ini akan mengurangkan lagi kesesakan jalan di bandar Gemas ketika waktu puncak, dan mengurangkan masalah parking untuk kenderaan 5) Jalan baru ini akan meningkatkan nilai tanah yang terlibat, dan membuka peluang baru untuk aktiviti ekonomi orang kampung dsb. 6) Projek ini adalah di bawah Kementerian Kerja Raya (dulu menterinya Samy Vellu - ahli parlimen Sg. Sipt, Perak, kini menterinya orang kita iaitu YB DS Shaziman - Ahli Parlimen Tampin - termasuk Gemas lah). Dulu YB Jamlus dah jumpa Samy Vellu dan beliau (Samy) janji nak bagi bajet projek jalan bypass ini pada RM10 (Rancangan Malaysia 10). InsyaAllah, semasa oarang kita (D Shaziman) menteri JKR ini, dengar khabarnya projek ini akan menjadi kenyataan di dalam masa terdekat. Inilah bagusnya, kalau semua pemimpin boleh meneruskan projek baik yang telah diusahakan oleh pemimpin lain dan terdahulu, dan meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan lain. Kalau tidak, mereka yang tanahnya telah diambil oleh kerajaan untuk projek jalan bypass Gemas ini masih lagi di dalam dilema sejak 1993......
BalasPadamDen baru limo tahun kona gomeh ni sojak org rumah ngajar . Den setuju apo yg abg tu tulis walaupun den x tahu asal usul eh . Tiap pagi dan tghari den lalu gomeh kenapo lah x maju laie gomeh ni . Kesilapam pertama ialah wakil rakyat kito bukan org ekonomi ataupun bisnes minded . Dato shaziman jurutera tapi boleh berniago nampakeh sobab ado stesen minyak ngan shaziman transport
BalasPadamLangkah pertamo eh lopeh poilihjanrayo ni bwk duduk berbincang ngan YB baru apo perangcangan eh 5 tahun akan dtg . Kalau dio tal ghoti kito ajar $ ramai anak gomeh yg corodik eh
Kito perlukan pakar ekonomi .den ingat nak tanam pokok tulip kek maju ternak tu biar satu malaysia dtg tgk ladang tulip xyah poi belando. Bini den kato den ngarut tapi hutan cameron ramai lak org poi skang . Camno tu