Jumaat, 26 Mac 2010

PESANAN KPD ADIK ADIK YG BERJAWATAN RENDAH ---belajarlah lagi

Entri kali ini taklah seberat entri sebelumnya ...gemasindah nak kemukakan cerita benar untuk dijadikan contoh oleh pangkat adik adik dan anak anak diluar sana tu..

Kisah sihusin...

semasa gemasindah belajar di universiti malaya dulu ada kawan yang hari ini menjadi sahabat karib gemasindah ..yang hanya lulus spm gred 3. beliau bekerja dengan jabatan kesihatan sebagai pembancuh ubat disebut sebagai dispenser...gaji kecil ketika itu cuma RM 350.00 shj. Dia bertekad kalau nak menikmati hidup kenalah belajar lagi dan masuk universiti...ambil spm 5 kali baru dapat gred satu..ambil HSC / STP 4 kali ..barulah dapat masuk universiti..masa masuk um gemasindah baru berumur 21 tahun..sihusin tahun satu um dah berumur 28 tahun...jawatan terakhir sihusin ialah pembantu khas Tun Ghafar Baba di kompleks kewangan..kini sihusin dah bersara dah...ya adik adik dan anak anak ..sambil kerja jadi kerani tu..atau apa pun bertekadlahlah belajar lagi ..akhirnya akan berjaya juga macam sihusin..

Kisah siajai

Siajai yang satu ni, gemasindah anggap macam adik sendiri sebab ..dia ni pandai menghormati orang tua dan tak pernah melawan.Semasa gemasindah mula mengenalinya dia kerja KTM sebagai pemandu lokomotif..adalah gaji dalam RM 1,200.00 masuk overtime. Gemasindah tengok budak ni cerdik..cadang pada dia supaya belajar lagi ambil Advance Dipoloma Chartered Institute Of Transport..adalah sikit bagi dia buku dan nota. siajai ni betul betul sacrificelah... setiap minggu dalam tak berduit tu ke kl ..hadiri kelas..hari ini siajai dah lulus CIT dan dah jadi pegawai dah dlm KTM..dengar gaji dah dekat RM 4,000.00 dah syukur ada tekad dan kesungguhan Allah kabulkan hajat siajai...

Ya adik adik dan anak anak..dari kisah benar siajai tadi kita boleh belajar bahawa sesibuk manapun kita, jika sanggup berkorban ( termasuk siisteri ) dan kita bertekad serta berazam kuat kita akhirnya akan berjaya juga...

Gemasindah ...dulu kuat azam sekarang ...dah letih mengejar duit dah..tapi masih belum letih menulis dan membaca ..dan sentiasa ingt bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali...

kalau ada yang minat baca hal agama layari blog gemasindah :-

http:// fakirabdillah.blogspot.com dan http://layarmerah.blogspot.com

Salam Takzim.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum..nak tanya gaji juruteknik ktmb basic berapa kalau ada pengalaman serta sijil tahap 3

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh email tak gred technician ktmb dekat email synxkids69@yahoo.com..terima kasih

      Padam