Sabtu, 20 Mac 2010

Politik Semasa - Entri Dari Tampin Oh Tampin

Salam semua orang gomeh....

Gemasindah salinkan entri dari bro T untuk renungan sdra sdra fikirkan dn komen :-

MANA BLOG TOK MAN , KAK NAB ?
MANA BLOG , FACEBOOK , TWITTER


Dalam merenung lampu neon disebatang jalan masa melancung ( bukan melencung ) baru-baru ini , Bro T teringat nak melayari internet dan tercari-cari berita dari Tampin terutamanya kisah politik dan perkembangan mereka .

Tiba-tiba Bro T tertekan blog Tok Mil , agak bagus , menarik perhatian tetapi bila mula membacanya , macam makan nasi basi sahaja .

Apa tidak , dah lebih 2 tiga bulan tidak di up-datekan ? sibuk sangat ke sahinggakan blog itu tersadai macam kapal dah karam .

Bagaimana nak menyinar , kalau hanya bergantung kepada sinar yang ada , rakyat nak juga tahu perkembangan semasa wakil rakyat mereka .

Puas mencuba , tak dapat pulak membaca blog ke , facebook ke atau twitter Tok Man dan Kak Nab , apa sudah jadi , tak ndak rakyat tahu kegiatan mereka atau sengaja menyurok supaya rakyat selalu beranggapan bahawa mereka sangat sibuk dan tidak ada masa untuk memberitahu rakyat aktibiti mereka .

Mungkin pelayar Bro T tidak baik kerana gagal mengesan blog ajaib tokoh tersebut tetapi hebat sangatkah blog atau laman web mereka sahingga tidak dapat dikesan oleh Bro T .

Hendak juga Bro T link kan blog mereka dengan blog TOT ini supaya lebih ramai membaca TOT , jika susah sangat , Bro T akan link kan saja dengan blog Dun Repah pulak .

Sikit masa lagi , Bro T akan link kan blog Tok Mil supaya orang tahu apa Tok Mil buat , jika buat tapi orang tak tahu , itu namanya buat kerja tak berapa pandai .

Bro T nak Tanya , dah dua tahun salepas PRU ke 12 , mana KPI parlimen Tampin , Dun Gemencheh dan Gemas serta sejauh mana KPI itu dah tercapai .



Bro T - Jawab , jangan tak jawab Tok Man , Tok Mil dan Kak Na

Tiada ulasan:

Catat Ulasan