SEJARAH KEPIMPINAN GEMAS – WAKIL WAKIL RAKYAT
DUN GEMAS SEJAK MERDEKA.
Kali ini gemasindah ingin menyorot semula sejarah Gemas dalam lipatan sejarah untuk pengetahuan ramai khasnya anak anak muda Gemas.
Gemasindah juga ingin mengucap selamat datang dan selamat bermastautin kepada mereka mereka yang baru pindah ke Gemas khasnya warga tentera. Diharap pihak kem tentera akan bertindak proaktif dalam hal mengintegrasikan anggota tentera dengan penduduk asal Gemas dengan program program tertentu untuk kebaikan bersama.
Pimpinan
1. Wakil Rakyat Gemas yang pertama selepas merdeka ialah mendiang Lim Heng Seng dari Parti Perikatan / kapal-layar dari parti MCA. Beliau sememangnya orang tempatan Gemas. Kedai mendiang ialah Hotel Hong Suan yang kini ada kedai fotocopy. Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Lim Heng Seng, maklumlah masa itu baru merdeka ( tahun enampuluhan )
2. Wakil Rakyat Gemas yang kedua ialah Allahyarham Dato’ Saleh Hashim. dari parti UMNO / Barisan Nasional. Lama juga Dato Saleh jadi wakil rakyat Gemas dari tahun menggantikan LHS hingga tahun 1986. Sebelum menjadi YB, Dato’ Saleh bertugas sebagai ahli bomba biasa di Gemas.
Masa itu balai bomba Gemas terletak dihadapan
Dizaman Dato’ Saleh banyak pembangunan dilakukan bukan sahaja di Bandar Gemas tetapi juga di sekitar Gemas. Maklumlah masa itu proses pembangunan negara dibawah pimpinan Allahyarham Tun Razak sedang rancak. Dimasa itulah dimajukan hutan menjadi tanah pinggir ..boleh dikatakan disemua kampong termasuk di Pekan Gemas. Hingga hari ini tanah tanah pinggir tersebut menjadi sumber pendapatan penduduk Gemas.
Dizaman Dato’ Saleh jugalah dibuka beberapa rancangan FELDA dikawasan Gemas antaranya Bukit Jalor, Sg Kelamah dan Gugusan Jelai. & Gugusan Palong. Felda Pasir Besar dibuka semasa LHS menjadi wakil rakyat. Menteri Besar NSDK ketika itu ialah Dato’ Mansor Othman.
Juga dibangunkan rancangan perumahan awam di-Gemas iaitu Rumah Rakyat Gemas yang kini dikenali sebagai Kg Sri Gemas. Masa itu susah juga nak cari peserta. Untuk meramaikan penduduk Gemas, Dato’ Saleh menawarkan rumah rakyat dan tanah pinggir kepada kakitangan KTM yang ketika itu merupakan kumpulan majoriti penduduk Gemas. Agak berjaya juga dasar Dato’ Saleh tu kerana ramai kakitangan KTM apabila bersara tidak kembali kekampong asal mereka sebaliknya menetap kekal di Gemas kerana telah ada rumah dan tanah pinggir.
Antara projek yang diusahakan secara peribadi oleh Dato’ Salih ialah :-
a. Pengwujudan taman perumahan Melayu didalam Bandar Gemas. Sekarang ini kawasan perumahan itu dikenali sebagai Kg Melayu Bukit Masjid. Katanya pada satu hari nanti Pekan Gemas akhirnya akan membangun juga dan orang Melayu memilikki tanah yang berharga tinggi.
Saya pernah bertanya kepada beliau kenapa dinamakan Kg Melayu Bukit Masjid ? Pada peringkat pembangunan , kos prasarana perlu ditampong oleh pemilik tanah sebab Kg Bukit Masjid bukannya projek kerajaan tetapi projek swasta. Jika diiktiraf sebagai kampong maka pihak kerajaan boleh menyalurkan bantuan melalui Kementerian Pembangunan Luarbandar. Entah macammana dilakukannya kos memilikki satu lot tanah lot bungalow seluas 7,000 k.p hanya l.k RM 2,500.00 merangkumi kos mertakan tanah, longkang, jalan dan termasuk juga kos premium tanah. Murah
b. Pengwujudan koperasi koperasi Melayu untuk menjalani perniagaan berkooperasi. Hari ini ada tiga koperasi melayu di-Gemas hasil buah fikiran dan usaha Dato’ Saleh. Pertama ialah Koperasi GUAMAS untuk penduduk Pekan Gemas dan Koperasi Kilang Padi Gemas Berhad ( kini dikenali sebagai Koperasi Gemas Berhad ) untuk penduduk kampong tradisi . Koperasi yang ketiga ialah Koperasi Peserta Peserta Felcra Kuala Gemas Berhad yang dianggotai oleh mereka mereka yang mendapat saaham Felcra di Kuala Gemas.
Atas usaha Dato’ Saleh Koperasi Guamas telah dianugerahkan 100 ekar tanah untuk ditanam sawit di Kuala Gemas.
Sudah menjadi lumrah alam walau sebagusmana pun Dato’ Saleh orang politik tertentu berusha kuat untuk menjatuhkannya. Macam macam fitnah ditaburkan ..rasuahlah , bodohlah..sekolah darjah enam, kayalah dan sebagainya.
Saya mengenali Dato’ Saleh secara dekat. Adalah tidak benar dia menggunakan kuasanya sebagai wakil rakyat dan EXCO untuk kepentingan diri dan keluarganya. Sebagai EXCO beliau boleh ambil banyak lot di Kampong Bukit Masjid contohnya, untuk dibagi kepada anak anaknya…Beliau cuma ambil satu lot sahaja ..dan rumah yang didirikan dilot diatas rumah biasa sahaja .
Beliau juga boleh ambil dua atau tiga lot rumahkedai dilokasi yang kini dikenali sebagai..Gemas Square, atau bagi kepada orang orang kuatnya ketika itu seperti Cikgu Kmaruddin Yasin dan Bidin Jantan…perkara itu tidak dilakukan…6 lot diberikan kepada Koperasi Guamas yang mewakili orang melayu Gemas, 3 lot kepada majlis Agama Negeri Sembilan, 1 lot kepada pertubuhan belia Sinaran Remaja ( MAYC ) yang lain lain saya dah lupa.
Beratus ekar hutan telah dimajukan di Gemas dan kawasan sekitarnya sebagai tanah pinggir…Dato’ saleh cuma ambil satu lot. Tiada saorang pun orang yang rapatnya dengannya menjadi kaya semasa beliau berkuasa. Sebaliknya Koperasi Guamas diberi hartanah yang boleh menjadikan koperasi tersebut berjaya dalam perniagaannya.
Dari segi politik UMNO Tampin , Dato Saleh berusaha agar teraju pimpinan dikuasai oleh orang Tampin sebenarnya untuk mengatasi kekuatan politik orang Rembau. Beliau berusaha agar EXCO datangnya dari Gemas dan orang Gemas sendiri dipilih sebagai Ahli Parlimen Tampin. Setelah Dato’ Mukhtar Hashim dipenjarakan Dato’ Saleh berusaha kuat melobi agar orang Gemas yang terpelajar dipilih sebagai calun Barisan Nasional. Akhirnya atas usaha beliau saorang pegawai KTMB Omar bin Abdullah yang pernah dikenalinya ketika pegawai itu bertugas sebagai Pegawai Daerah KTM dipilih sebagai ahli Parlimen Tampin. Encik Omar adalah anak jati Kg Londah. Malangnya atas permainan politik orang Rembau dan dengan bantuan musuh musuh politik Dato’ Saleh di Gemas sendiri, Omar Abdullah hanya menjadi Ahli Parlimen Tampin sepenggal sahaja. Beliau digantikan dengan Dato’ Md Nor Rejab dari Rembau.
Tidak banyak dapat dilakukan oleh Omar Abdullah yang hanya berkhidmat selama 34 bulan. Setidk-tidaknya Sekolah STAR dapat
Selepas dibersarakan Omar Abdullah melibatkan diri dalam perniagaan sebagai pemaju perumahan. Beliaulah pemaju perumahan bumiputera pertama di Gemas. Projek perumahan itu kini dikenali sebagai
3 Dato Saleh digantikan oleh Dato’ Yasin Bakar juga berasal dari Kg Londah tetapi lama menetap di
Dato’ Yasin menjadi wakil rakyat Gemas selama 4 penggal – hampir 20 tahun. Saya tak nampak sangat pembangunan yang dibawa oleh beliau selain dari projek perumahan hala cara baru di Kg Londah dan pembinaan
Walaupun Dato Yasin berkhidmat selama 20 tahun, beliau gagal mengwujudkan golongan pimpinan pelapis dalam UMNO Gemas kerana orang yang dianggap cerdik diketepikan.
4. Pada PRU ke 11 Dato Yasin tidak lagi dipilih. Beliau digantikan dengan Dato Jamlus Aziz adik ipar Dato Waad Mansur berasal dari Felda Pasir Besar. Beliau juga menjadi wakil rakyat sepenggal kerana permainan politik orang Rembau juga iaitu Dato Saziman Abu Mansor walaupun Jamlus ketika itu menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO NSDK.
Apalah yang dapat dilakukan Jamlus dalam masa 3 tahun sebagai wakil rakyat. Yang harus dikenang ialah beliau telah menubuhkan Pusat Tuition UMNO yang kini telah ditutup. Dato’ Zainab patut berusaha menghidupkaan semula Pusat Tuition UMNO itu.
5. Pada PRU ke 12, Dato Jamlus telah digantikan oleh Cikgu Zainab, kini bergelar Dato’. Cikgu Zainab berasal dari Kuala Pilah tetapi telah berkhidmat bersama aruah suaminya Cikgu Osman bertahun tahun di Gemas. Ketika dipilih menjadi calon beliau menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO Tampin.
Kita masih belum dapat menilai sumbangan Dato’ Zainab tetapi janji beliau ketika berkempen ialah beliau akan berusaha agar dibina universiti di Gemas. Nampaknya beliau berjaya merealisasikan janji itu kerana pihak Universiti
Next Entri
Sedikit kekeliruan fakta, Felda sg Kelamah dan Pasir besar bukan uud hasil uasa Dato Salleh, ttpi ujud sebelum beliau. Pasir besar penerokanya masuk pada tahun 1965 lagi, waktu Lim Heng seng jadi YB kawasan Gemas
BalasPadamDi samping pusat Tuisyen Percuma, pembangunan lain yang sempat dilhamkan, dibawa dan direalisasikan semasa YB Jamlus menjadi ADUN Gemas (walau pun sepenggal, kalau lebih lama, lagi macam-macam boleh dibuat ... kesian orang Gemas ...; 1) Dewan Besar Orang-Ramai Gemas (sebelah Pejabat Daerah Kecil Gemas)2) Dataran Gemas (sebelah stesyen minyak Petronas) 3)Pembinaan Jalan Pintas F Palong - Kg. Londah (GEmas) - nilai2 tanah orang melayu di kawasan ini meningkat mendadak dlll 4) Ladang Rakyat berhampiran Kem Tentera Gemas dan Kuala Gemas 5) Pembangunan berterusan Kem Tentera Gemas 6) Homestay Gemas diwujudkan 7) Pemberian geran2 tanah kepada orang2 kampung, antaranya Kg. Kurnia Diraja, Kg. Pasir Besar, Kg. Londah sbg., 8) Pembinaan Jalan Pintas Kg. Kurnia Diraja - F Jelai - Kemudahan dan Peningkatan Ekonomi orang kg yang terlibat, dan banyak lagi program pembangunan lain ...
BalasPadamBetul ke nak bina universiti di Gemas? Kalau betul nak bina pun, untuk siapa, orang Gemas ke? Takut tanah yang diberikan kepada Syarikat Persatuan Alumni Universiti Malaya tu - kalau tak silap, diguna (dijual atau dipajak atau disewa dsbg.)untuk tujuan lain, bukan untuk bina universiti seperti tujuan asalnya seperti yang diwar-warkan, sebab dah lama juga (kalau tak silap dah masuk 3 tahun tanah ini diberikan oleh EXCO Kerajaan NS) tanah ini diluluskan kepada syarikat berkenaan untuk bina universiti kononnya. Dah ada ke pelan pembangunan untuk bina universiti ini dihantar kepada pejabat tanah Gemas? Dulu pun (lebih 10 tahun) ada sebidang tanah berhampiran Majuternak Pasir Besar di beri kepada anak syarikat UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) untuk bina universiti kononnya. Akhirnya macam tak jadi, sebab dah lama sangat dan macam ada cadangan untuk tanam sawit (macam tanahtanah lain yang diberikan oleh kerajaan), dan kerajaan NS ambil semula tanah itu semasa penggal yang lalu
BalasPadamUniversiti sangat bagosss!!!
Padamsaya setuju dengan tanpa nama...hahaha
PadamAlhamdulillah... kerja tolak tapak awal telah pun dimulakan oleh Fakulti Sains UM di site Gemas.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamsalam...
BalasPadamsaya ada satu pandangan dan kekecewaan. pandangan saya pada Yb daerah gemas. jika kita lihat kekalahan YB sebelum ini di gemas bukan hanya pada YB tapi banyak kepada pekerja keraninya. tak ada kemesraan. bcakap pn berlagak mcm dia tu pulak YB. contohnya ayu. bekerja dengan Yb mestilh bercakap dengan hormat dan sopan santun. janganlh blagak sgt mcm ko tu YB. salam....
suke ati die la,.. nk berlagak ke ape.. die ade jawatan tinggi.. ko tu.. takde pape.. ko tu.. tak layak tulis kat blog ni.. NGOK!!!
PadamAs'kom tulisan saudara ini tidak namapak ada pembangunan yg mega dari pelabur kebanyakan pembangunan mengunakan wang kerajaan cuba kita fikirkan kalau gemas ini tanpa mengunakan wang kerajaan apa sudah jadi cuba kita fikirkan Jalan Raya Bay Pass Gemas ke Asahan sudah 15 tahun maseh belum di laksanakan malah MP adalah Menteri Kerjaraya Malaysia apa yang dia buat dan Dato' Zinab Ahli Mejlis Mesyurat Kerajaan Negeri tidak nampak sebab dia bukan anak tempatan dan guru pencen mana dia tahun hal pembangunan sudah masanya anak tempatan bagun bersatu memajukan bandar gemas ini sebuah bandar seteliat yangmana hubungan ke bandar segamat ikut sejarah kawasan perang zaman jepun di felda sungai kelamah dan ada makam panglima hitam di kampong pasir besar .
BalasPadamNasib baik Zenab ni dah pencen jadi YB .... Jadi, Ketua Wanita Bahagian Tampin pun wajar sangat patut pencen, sebelum dipencenkan. Sebelum tu pencen jadi guru. Jangan jadi ayam pencen dah lah kak oooiii..... Dah lah lanjut usia, kerja pun tak pandai ..... kalau umur dah 65 an, pergi surau masjid je lah .... ingat mati je lah kak ooiii ....
BalasPadamsedar diri sikit sebelum nak cakap org tu..kutuk org je..ingat mati je lh tanpa nama ooii...
Padamkau jangan nak kurang ajar sangat la.. kau pon kene ingat mati.. pergi surau selalu.. tak kesah la.. mude ke tua ke.. semua kene bykkan beribadah.. bukannye dh tua baru nk gi masjid.. bahalol!! hahahahahaah
PadamTerima kasih yg tidak terhinggalah kepada mantan wakil rakyat gemas,Dato Yasin Bakar yg telah menubuhkan rancangan agar terbinanya taman di londah taman hala cara baru milik kerajaan negeri sembilan,tetapi yg duka citanya pengantinya tidak menunaikan janji utk membantu rakyat yg amat memerlukan rumah sehingga boleh di katakan lebih 30 unit rumah kosong di taman tersebut di biar semak samun ada yg menjadi sarang perjudian dn gejala sosial pemohon ramai ianya termasuk sy yg hampir 5 tahun masih tunggu jawapan utk miliki unit rumah tersebut...
BalasPadam