Sabtu, 27 Mac 2010

ENTRI BRO T - Tampin Oh Tampin - Halus Lembut Menghirs Qalbu

Gemasindah baru saja log out dari blog Tampin Oh Tampin Bro T. Cara bro t menyampaikan apa yg nak disampaikannya amat menarik ..cara yang halus orang yang berhemah tinggi ..jika difahamkan maksudnya ..pasti mendatangkan sayu.( salinan entri dibawah )

Betapa tidak, apa yang nak disampaikan oleh bro t ialah hakikat bahawa barisan pimpinan UMNO Tampin terdiri dari orang orang yang bukan sahaja kurang pandai tetapi kurang berwibawa ..kalau kurang pandai dan berwibawa tentulah produktiviti pun seperti itu juga ..lebih lebih lagi yang disenaraikan pandai oleh bro t pada hemah gemasindah dah terlebih pandai kerana dah jadi menteri ..macam makanlah ..bila dah terlebih kenyang badan dah tak terima..mulalah mata mengantuk...terpaksalah tidur dulu..kalau terus bawa kereta aksiden kang !!!

Pada pandangan gemasindah cara dan sistem UMNO memilih pemimpin terutama diperingkat bahagian tidak betul ...hal ini terbawa - bawa keperingkat nasional..maka ramailah pemimpin diperingkat tinggipun ( MENTERI ) jadi pemimpin tak betul... ( hingga hari ni melayu umno jadi mcm anak tiri wp yg berkuasa tu org yg ahli umno pilih dan tentukan...nasib baiklah anwar dah banyak buat silap ..kalau anwar tak buat silap ..tahulah nanti nasib pemimpin tertinggi umno ..dasar dasar negarawan dahulu yg dah terbukti baik & berkesan diubah-ubah..tak boleh diteruskan ke mcm apa yg dilakukan disingapura tu..contohlah Dr M .. kata serapkan nilai nilai murni islam dlm jiwa nurani semua rakyat...paklah ubah ..islam hadhari...Dr M kata malaysia boleh...wawasan 2020 ..najib kata ..rakyat didahulukan ...pencapaian diutamakan..org pun tepuk tanganlah...1 m'sia 1 m'sia..dah mmg satupun m'sia ni..yang banyak aliran sekolah...sekolah cina melatih cina menjadi ultra kiasu...sekolah india ..melatih india jadi hindraf..sekolah melayu ...melatih penghujah siapa lebih islam dari siapa..mana ada satu malaysia nya...slogan aje ..slogan ..slogan ..slogan ..yang slow ..gun gun..berani tembak yg tak betul..mcm lee van cliff..dlm one silver dollar tembak kat kening je..ni tgk hishamuddin suka sangat tembak peluru kosong..kenapun tak mati...lebam pun tidak...

Janganlah suka jadikan orang muda secara tiba tiba sahaja tanpa dilatih dan diuji kepimpinannya terlebih dahulu, menjadi pemimpin besar ..dah jadi pemimpin cara yang belum teruji dan terbukti kualitinya diberi pula hiasan yang terlalu indah...baru 1-2 tahun jadi wakil rakyat belum ada apa apa yang dah dilakukannya kepada rakyat ..beri gelaran dato...maka ramailah bak kata orang pilah KENENENGAN...Jika diberi pula hadiah emas sebuntil macam selalu kita tengok dalam cerita nordin ahmad.tu,..dari kenenengan kawan kita tu terus jadi Sitanggang ..nakhoda kapal yang tak boleh disanggah..emak dia pun ..dimaki hamunnya...apatah lagi orang lain ...maka ramailah orang menyampah...ramai juga mendoakan ..bukan sahaja dirinya tetapi juga kapal / bahtera yang dinakhodainya punah ranah.Ingat doa orang yang terniaya selalu dimakbulkan Allah.

Yang lebih mustahak kesiapan sesaorang untuk jadi pemimpin ialah latihan tauhid dan pembersihan jiwa..tak perlulah sangat hafal ayat quran dan hadith ..itu bidang tuan khadi dan ustaz..tapi jiwa nurani tu mestilah selalu ingat akan Keagungan Allah.dan kefakiran dirinya sebagai manusia wp dilehernya tergantung pelbagai hiasan dato..yb ke dato seri ke atau apa ke...tahu makna merendah diri kerana ketentuan Allahlah yang akan dihadapinya..hamba Allahlah yang akan dipimpinnya..tahu makna ujub..tahu.. makna ria' ..tahu makna kasih dan sayang akan agama daan bangsanya..teguh..semangatnya.berkurangan sifat amarahnya..tahu yang amanah itu berat ..tahu salahguna kuasa dan rasuah itu sifat yg keji..

Tahap matang sesaorang itu tidak dapat dibuat buat. ia umpamama pengalaman..tidak boleh dicari dalam buku..ia merupakan liku liku kehidupan yang disebut sebagai pengalaman yang membawa kematangan... ya masa masa yang berlalu yang kita tempuhi ...Tahap matang dari segi umur ..ialah selepas melepasi umur pancaroba atau selalu disebut 40 years itch...kegemarannya pada nikmat dunia ..seperti makan sedap sedap..kereta mewah mewah..keinginan untuk memilikki semua wanita cantik dalam dunia..keinginan untuk mengumpul juta-jutaan akan berkurangan ..kira kira berumur melebihi 45 tahunlah...barulah kita lantik jadi pemimpin orang ramai...sebelum itu biarkan sibakal pemimpin tu belajar berbakti dulu..kan kita ada banyak masa memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik...

Kita dah banyak pengalaman dah ..memilih pemimpin yang muda muda..dah terlalu banyak ...jadi je ketua pemuda masih budak lagi...pilih jadi wakil rakyat..tak panggil yb ..panggil nama je ..tak nak jawab salam...setahun lepas tu bergelar dato..maka datinnya lebih dato' dari dato'...dah tu mulalah guna kuasa..dia kayakan diri dan kawan..kawan..maka kalau tak dapat enjoy ..dinegara sendiri..takut orang nampak ..enjoy diseberang..kumpul modal dosa banyak banyak jadi modal untuk jadi pemimpin UMNO berwibawa Tampin !!!!

Peliknya pada penyokong dia ...bila bergelar yb aje..macam mana bangangnya dia sebelum jadi wakil rakyat ...terus pandai dalam segala bidang..politik mmg herolah..jadi pakar ekonomi..mengalahkan ungku aziz..maka jadi lebih kenenenganlah kawan kita..

Kenapa ini berlaku. Jawabnya ini lumrah alam..orang muda mestilah syok dalam hal kemudaannya..nafsu nafsi belum dapat diatasi oleh jiwa muda yang bergelora. Jadikanlah negara Jepun sebagai contoh tauladan..cuba kita tengok..pemimpinnya semua melebihi 45 tahun..orang yang telah masuk kealam matang.

Syukur jugalah kita... syukur pada namalah sekurang-kurangnya tampin telah melahirkan dua menteri pertama dato' moktar dulu kedua yg ada sekaranglah..tapi orang tampin belum ada yang jadi menteri besar lagi..jelebu, pilah, telok kemang dan terbaru rembau dah sudah dah..tampin entah bilalah agaknya..macam bro t katalah kalau yang ada sekarang ..belum ada yang boleh dibawa ketengah..

Kenapa ini berlaku...jawabnya..masalah pimpinan muda..kurang yakin diri..tak teguh tauhid..sentiasa dirundung rasa takut ..kalau lantik orang pandai..nanti orang pandai tu ...lawan dia ..maka hilanglh nikmat yang dia dapat hasil jadi pemimpin tu...kedua bila ada orang pandai maka akan nampaklah oleh orang akan kebodohan dia ...jika dikalangan orang yang kurang pandai maka dialah intelek..pemimpin berwawasan dan macam macamlah...maka akhirnya UMNO ini akan jadi parti orang tak pandailah akhirnya.

Hanya tauhid ..yang padu dijiwa nurani menyedarkan saorang hamba itu bahawa segala-galanya adalah KEHENDAK ALLAH. Allahlah yang menentukan pemimpin ( rujuk AlQuran )...sasaorang itu telah ditentukan nasibnya yg disebut sbg qada' dan qadar ...jadi pemimpin yg kuat tauhidnya tak takut apa ...masuklah seribu cendikiawan..dia akan gunakan otak cendikiawan itu utk memudahkan kerjanya menunaikan amanah Allah...tiada perbuatannya semuanya adalah kehendak Allah jua.

Itulah pentingnya pemimpin itu diberi didikan agama yang sebenarnya semasa dia dalam latihan...kalau pemimpin yg sudah terlantik itu tak ada yg ini...macam mana pula dia nak latih pengikut pengikutnya...maka dilatihnyalah pengikutnya itu menikmati nikmat duniawi yg kdg kdg melanggar hukum Allah.

Itu ..tampin ...di gemas keadaan lebih parah..tolonglah tunjuk dikalangan ajk bahagian dari gemas. dikalangan pemuda, wanita dan puteri ada ke nama nama yg agaknya boleh digroom nak dijadikan menteri besar negeri sembilan ??????

Gemasindah...harap sangat orang gomeh jadi mbnsdk

Entri bro t.....

KUAT DIKALANGAN TIDAK KUAT
Kata orang , kalau nak tunjuk kuat , lawan lah orang yang terkuat , jika menang baru boleh dikatakan benar-benar kuat .

Jangan macam sorang pemimpin Gemdncheh tu yang cuba-cuba menguji kekuatan , akhirnya terkeluar gelanggang .

Jika berada dikalangan orang yang tidak kuat , kemudian mengaku kuat , itu nama nya ceneke kerana berlagak kuat dikalangan mereka yang lemah .

Itu yang Bro T peratikan sekarang , kepimpinan UBN Tampin kelihatan kukuh , kuat dan macam tidak ada cacat celanya .

Tapi bila diselidiki senarai jawatankuasanya , hanya sorang dua aje yang boleh dikatakan agak kuat sikit kedudukannya , baik dari segi pengaruh , kepimpimpinan mahupun kelulusan akedemik .

Yang lain itu , cukup makan aje , setakat jadi jaguh kampung bolehlah , nak bawak ke depan , susah lah sikit .

No 1 memang kuat , pengaruh kuat , kedudukan ekonomi kuat , kelulusan akedemik kuat dan paling utama jawatan yang di pegang di pusat juga , jawatan yang kuat .

No 2 , pulak , sadikit kuat , ada pengaruh dan ada nama tetapi kelulusan dan keyakinan masyarakat belum dapat diukur lagi .

No 3 pulak setakat peneroka felda sahaja , buat bantu-bantu boleh lah , nak kedepan , untuk berbahas tentang politik atau dasar kerajaan , rasanya maaf lah .

Pemuda , boleh tahan , ada kelayakan akedemik yang baik tapi kata orang Tampin , tak pandai bawak diri , selekeh .

Wanita OK lah , jadi YB dan exco tapi pun tak sekuat mana .

Puteri , sama dengan AJK yang lain yang setakat menengah sahaja .

Kemudian AJK bahagian , SU cikgu , Ok lah tu , yang agak menonjol Malek dengana saorang Ustaz , yang lain baik ketua kampung atau pemimpin masyarakat kecil-kecilan sahaja .

Jika begini , kuat kah UBN Tampin jika disekelilingnya macam tak kuat aje ?


Bro T - betul juga kata AHM

4 ulasan:

  1. salam bro gemasindah..eheheh

    best entri kali ni..pendapat saya ialah cabaran pemimpin umeno di bahagian tampin ini ialah...jeng jeng jeng...cabarannya terbesarnya ialah...menjadi terbaik sebelum,semasa dan selepas menjadi pemimpin..

    Boleh dikatakan hampir semua pemimpin umeno di Bahagian Tampin ini bersifat sebelum lain semasa lain selepas pun lain..

    Contoh di sini:-

    Sebelum jadi pemimpin :-
    -Jumpa semua orang tanya khabar
    -Saya tidak suka akan rasuah
    -"Kita akan menjadi pendesak agar Kerajaan memberikan apa yang kita mahu.."
    -"Kita akan pastikan bangsa Melayu mendapat peluang ekonomi yang sewajarnya"

    Semasa jadi pemimpin:-
    -Naik kete lalu jer..bukak tingkap pun tidak..
    -Bila dah tak suke kat orang tuh..senyum pun tak nak..
    -Orang lain boleh amik rasuah kenapa tidak aku..
    -Kerajaan dah amik perhatian pasal projek itu..tp peruntukan takde ..kita kena tunggu...(dan terus menunggu......)
    -Owh..orang Melayu tuh tak mampu nak buat projek nih..baik bagi kat Cina tuh...(dah ada bawah table..heh)

    Selepas jadi pemimpin:-
    -Jumpa orang tanya kabar balik..keh keh keh..
    -Wakil rakyat awak tuh tak betul..kena nasihatkan die tuh...keh keh keh..
    -Kita kena desak kerajaan tuh nih tuh nih..wakwkakwa
    -Dia pulak mintak kat YB baru untuk berikan dia peluang ekonomi..keh keh keh keh..

    Benda nih akan terus berputar kalau tidak diubah..

    Hakikat di Gemas ini tiada pemimpin yang boleh diketengahkan amat merisaukan.
    Tiadanya satu suara yang cukup padu untuk merisaukan pemimpin sedia ada.
    Atau bakat bakat pemimpin yang ada telah lari kepada Parti yang lain..
    Atau sistem Umeno yang gemar memancung pemimpin muda yang berkaliber membuatkan para pemimpin muda ini lari..
    Atau tiada Mentor untuk pemimpin muda ini..lalu mereka tidak mahu dan tidak sedar kepentingan mereka untuk menjadi pelapis generasi akan datang...

    Ok..sekian itu sahaja komen dari saya bro gemasindah..keh keh keh..lain kali saya usik lagi..

    BalasPadam
  2. Thank you pencucuhapi....

    Sebelum / Semasa & Selepas yang bro sebut itu macam slogan UMNO ya i.e

    Dulu / kini & selamanya...

    Tapi umno dulu ..kuat semangat...berani ..tak takut mati...

    umno sekarang dah banyak kena penyakit sawan & meroyan..

    umno akan datang ..kalau tak juga berubah...akan gohom...jadi kisah hari ini dalam sejarah...

    oleh itu wahai ketua umno bahagian ( tampin ? )bukalah umno pada semua melayu lebih lebih lagi melayu yg bukan shj berpendidikan tapi kental semangat nasionalisma dan jatidirinya sebagai muslim ..kalau tidak akhirnya cakap kasarlah umno jadi parti orang bangang ...ya tak bro ?

    BalasPadam
  3. hendak diperingatkan kepada bro t dan gemas indah bahagian tampin bukan semuanya tidak ada akademik ada yang berijazah di zon repah ketua bahagian gradute di gemencheh malik dan hisham di gemas cikgu shafie Dg 48 Pentadbir sekolah.Hendak komen orang memang senang hendak melaksanakan satu tanggung jawab susah,tanya diri apakah sumbangan yang terbesar yang telah kita berikan kepada bangsa dan agama, Kepada gemas indah pernah memegang jawatan YB dahulu apa sumbangan yang terbaik yang telah dicurahkan. fikir-fikirlah Yang penting apa yang kita lakukan kerana Allah bukan untuk beremegah,

    BalasPadam
  4. Universiti dah melambak...tetapi adakah orang yang keluar itu mempunyai kualiti yang di inginkan..kalau keluar universiti tetapi tak menonjolkan contoh terbaik utk orang di bawah.tak guna jugak. kata bro T betul..bila kita duduk dengan orang tak betul.kita pun jadi tak betul.sebab tu ramai pemuda lari.yang ada kelulusan baik.dan ada kualiti tak nak terlibat sebab ..haha fikirkanlah sendiri.kalau pandai.takkan nak masuk lubang jugak betul tak?

    BalasPadam