Assalamualaikum sdra pembaca muslim sekalian.
LIBERALISMA – APA TU ? Kita Perlu Waspada
LIBERALISMA EKONOMI –
DAH TU ADA PULAK ISLAM LIBERAL
GERAKAN YAHUDI / ZIONIST & WORLD CHRISTIAN MOVEMENT (WCM ) GUNA PEMIMPIN DAN CENDIKIAWAN LIBERAL ISLAM ( PENGKHIANAT ) MEROSAKKAN UMAT ISLAM . MALAYSIA DIJADIKAN FOKUS MELALUI ANWAR IBRAHIM. INI ADALAH PERANG SALIB ZAMAN MODEN YANG TERSUSUN…..& RUMIT…..mereka hampir berjaya di Indonesia – Dunia Arab & Kini Fokus Kepada Malaysia
KEPADA ALLAH KITA BERLINDUNG …sambil itu rapatkanlah barisan..bersatulah wahai melayu islam……
Semalam 25hb Mac 2010 gemasindah telah salin beberapa artikel yang membincangkan tentang liberalisasi ekonomi Tok Najib dan jangkaan kesannya kepada kita umat melayu.
Dalam entri kali ini ( sabtu 26hb Mac 2010 ) & barangkali dalam beberapa entri yang lain InsyaAllah gemasindah salinkan beberapa siri artikel dari beberapa blog khususnya AIDC.com berkaitan USAHA MELIBERALKAN ISLAM oleh musuh musuh Islam dengan kerjasama dan usahasama pemimpin yang mendakwa dirinya Muslim Liberal…..antaranya Gus Dur / Nurcholish Majid & di Malaysia Anwar Ibrahim.
Gemasindah dalam rasa sayu mengenang nasib muslim dibeberapa negara islam yang menjadi mangsa Yahudi / Amerika ..berasa AMAT DUKACITA tentang kegiatan rakus orang yang dulu gemasindah panggil Pak Syeikh kenapalah berat sangat dugaan Allah kepadanya …dulu beautiful… orang yang menjadi harapan bangsa dan agama ..bila diberi amanah dan kuasa jadi mabuk / gila & sasau ..hingga sanggup gadai agama sendiri ..? Inilah halusnya jarum jarum yahudi / kristian dari kumpulan neocon…hingga GUS DUR yang tak nampak tu pun CAIR…..cair dan kini hancur….dibaham tanah
Fikir-fikirkanlah wahai bangsaku ..saudara seagamaku…
Kalimah Allah:Lihat Switzerland dan Peranchis - Tun M
By aidc editor
Mereka yang sedang berusaha untuk memberi persepsi buruk terhadap Malaysia dalam isu kalimah Allah harus lebih dahulu meneropong ke serta dunia untuk melihat tindak tanduk negara-negara lain dalam menangani bab agama dan isu sensitif.
Tun Dr Mahathir Mohamad Selasa memberi dua contoh yakni Switzerland yang tidak membenarkan pembinaan kubah di masjid sementara wanita Islam di Perancis dilarang memakai hijab atau tudung.
"Tanggapan saya terhadap negara-negara ini ialah mereka tidak demokratik. Perkara ini berlaku kepada setiap negara," kata bekas Perdana Menteri.
Mengikut pandangannya adalah tidak adil memberikan persepsi buruk terhadap Malaysia kerana isu kalimah Allah kerana negara lain juga dituduh kerana pendirian kuatnya mengenai isu sensitif dan agama tertentu.
Dr Mahathir berkata terserah ada media di Malaysia untuk memberitahu bukan Malaysia sahaja saja berdepan dengan isu ini kerana ada negara-negara lain juga sama.
Katanya tidak ada negara yang tidak dapat mengelakkan diri daripada kritikan dan Malaysia tidak terkecuali.
Beliau menyatakan demikian kepada wartawan selepas menyaksikan majlis menandatangani antara Petronas Lubricants International dan Proton Holdings Bhd di Kuala Lumpur Selasa.
Dalam pada itu Dr Mahathir menilai kenyataan Menteri Dijabatan Perdana Menteri bahawa orang Kristian di Sabah,Sarawak,Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan dibenar mengunakan kalimah Allah akan mengelirukan ramai pihak.
Ini kerana di satu pihak lain kerajaan menyatakan akan menunggu keputusan rayuan di mahkamah.
"Saya tak tahu...nampak macam ada kekeliruan di sini,"katanya.
Awas! Serangan Islam Liberal di Indonesia sudah meresap ke Malaysia
Oleh Muhamad Atiullah Othman
Tahun 2010 sudah bermula. Sepuluh tahun sudah kita tempoh di awal tahun millenium dengan peristiwa-peristiwa yang mengejutkan banyak pihak. Penulis terimbas peristiwa desakan para peguam non-Muslim yang pernah menggawatkan negara dan didalangi tuntutan Interfaith Commission (IFC).
Antara tuntutan IFC adalah, orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
Namun, Alhamdulillah, usaha mereka tidak sampai ke mana.
Berbanding di Indonesia, isu perkahwinan antara agama diperdebatkan. Orang yang bertanggungjawab yang membincangkan isu ini adalah Uli Absar Abdalla (foto); pemimpin dan koordinator Jaringan Islam Liberal (JIL).
Uli Absar menyebut di dalam surat khabar Harian Kompas: 'Larangan kahwin beza agama, dalam hal ini antara perempuan Islam dengan lelaki non-Islam,
sudah tidak relevan lagi.'
Isu ini mendapat sokongan padu dari pengikut-pengikutnya lebih-lebih lagi Nurcholish Madjid; Rektor Universiti Paramadina bersama-sama kumpulannya iaitu Kautsar Azhari Noer, Komaruddin Hidayat, Masdar F. Mas'udi, Zaiunun Kamal, Zuhairi Misrawi, Budhy Munawar-Rachman dan Ahmad Ghaus AF.
Mereka menghasilkan buku bertajuk Fiqh Lintas Agama: Membangun Masyarakat Insklusif-Pluralis. Buku ini sungguh agresif dengan serangan terhadap ulama sebagai golongan memonopoli agama dan tong kosong.
Tidak lama selepas penerbitan buku yang kontroversi ini, Majelis Ulama Indonesia (MUI) mengadakan Musyawarah Nasional (Munas) ke-7 di Jakarta pada 24 hingga 29 Julai 2005, mengeluarkan fatwa mengenai sesat dan haramnya ajaran Ahmadiyah, Liberalisme, Pluralisme dan Sekularisme.
Hal ini menjadi semakin gempar dan bertambah gawat kerana fatwa ini mendapat hentaman dan kecaman yang hebat daripada JIL terhadap MUI. Fatwa ini mendapat sokongan dari ulama di Malaysia melelui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, kali ke-74 pada 2006 lalu
Nurcholish Madjid atau lebih dikenali Cak Nur, pengasas Islam Liberal Indonesia
Penulis meneliti secara mendalam mengenai isu perkahwinan antara agama ini. Pada peringkat awal, penulis menyangka Nurcholish ingin menyentuh perkahwinan lelaki Muslim dengan wanita ahli Kitab. Mungkin Nurcholish ingin menyebut ahli Kitab ini adalah penganut agama Yahudi dan Kristian.
Kalau hal ini ingin dibangkitkan, penulis merasakan Nurcholish ingin menghangatkan perbincangan yang pernah dilakukan oleh Ibnu Taimiyah (seorang ulama di kalangan mazhab Hambali). Ibnu Taimiyah menegaskan semua penganut wanita Kristian halal dikahwini. Penegasan ini adalah bercanggah dengan pandangan mazhab Syafi'i yang mengkhususkan wanita Kristian yang asal dan kuat berpegang dengan Kitab.
Penulis mula sangsi apabila membaca Islam Agama Peradaban karya Nurcholish yang menggolongkan penganut Majusi dan Shabi'in di dalam senarai ahlul Kitab. Dakwaan Nurcholish ini adalah bersandarkan amalan Khalifah Umar Al-Khattab yang melayan puak Majusi setaraf dengan ahlul Kitab. Padahal, para ulama hanya mengkategorikan Majusi sebagai shibh ahli Kitab (seakan-akan ahlul Kitab) dan tidak dikategorikan ahlul Kitab.
Penulis juga merasakan Nurholish membuat kenyataan keterlaluan apabila menggolongkan penganut Hindu, Buddha dan Confucious sebagai ahlul Kitab. Laman web Islam Liberal yang rasmi juga memuatkan pendangan Zainun Kamal
yang menyatakan, 'Penganut Buddha dan Hindu adalah ahlul Kitab.' Dengan dakwaan sedemikian, lelaki Muslim harus menikahi wanita Kristian, Hindu, Buddha dan Confucious.
Penulis juga menjadi terperanjat besar apabila membaca buku Fiqh Lintas Agama karya kumpulan Nurcholish yang mendakwa wanita Muslim pula harus menikahi lelaki Kristian, Hindu, Buddha dan Confucious. Penulis mengambil masa yang lama untuk menganalisis beberapa persoalan; di manakah silapnya mereka berhujah? Kenapa terlalu jauh menyimpang jauh dari agama Islam?
Asas pegangan Islam Liberal adalah konsep pluralisme yang dianuti mereka. Menurut Majelis Ulama Indonesia, pluralisme agama adalah suatu fahaman yang mengajarkan bahawa semua agama adalah sama, dan kerananya kebenaran setiap agama adalah relatif; oleh sebab itu, setiap pemeluk agama tidak boleh mendakwa bahawa hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama lain salah.
Konsep pluralisme yang kufur ini menjadi pegangan mereka. Nurcholish mendakwa, perkahwinan antara agama ini adalah harus kerana berasaskan konsep pluralisme agama yang merupakan sunnatullah dan tidak boleh dihindarkan.
Tuhan menyebut agama-agama samawi dan mereka membawa ajaran amal soleh sebagai orang yang akan bersama-Nya di syurga nanti. Bahkan penganut agama lain seperti Hindu, Buddha dan Confucious juga berpeluang memasuki syurga Allah sebagai tanda bahawa Allah menerima mereka.
Tambah Nurcholish lagi, tujuan dari perkahwinan adalah untuk membangun kasih sayang. Melalui perkahwinan yang berbeza agama dapat dijadikan wahana untuk membangun toleransi dan kesefahaman antara pemeluk agama-agama yang berbeza. Malah tujuan yang dibawa Islam adalah pembebasan dan bukannya belenggu. Sudah tiba saatnya kita harus melihat agama lain bukan sebagai kelas kedua dan bukan pula ahl al-Zimmah dalam erti menekan mereka, tetapi sebagai warganegara.
Nurcholish menyatakan tujuan agama ini merupakan Maqasid Syariah (Tujuan Utama Syariah). Di sinilah titik kesilapan penghujahan dan istinbat (mengeluarkan hukum). Maqasid Syariah yang mereka sebut, tidak menepati Maqasid Syariah yang digariskan para ulama.
Maqasid Syariah yang disepakati oleh ulama adalah mengenai Daruriat Khamsah; iaitu tujuan agama untuk menjaga agama, maruah, akal, keturunan dan harta. Ini adalah dasar kepada Maqasid Syariah yang paling asas. Maqasid mereka adalah pluralisme agama, ta'aruf dan kebebasan yang tidak bersandarkan kepada agama.
Perlu ditegaskan di sini, Maqasid Syariah bukan sumber hukum dan cara pendalilan Islam. Maqasid Syariah adalah penjelasan kepada kewajaran hukum yang telah ditentukan. Justeru, Maqasid Syariah tidak membawa kepada pendalilan hukum dan hanya penyataan kewajaran hukum.
Kesilapan sebeginilah yang ditegaskan di dalam Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (Muzakarah Kali Ke-74) menyebut: Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.
Golongan liberal ini ternyata telah mencetuskan pemikiran dan dakwaan yang berat. Pandangan ini sangat bertentangan dengan ulama silam yang sepakat mengatakan bahawa perkahwinan wanita Islam dengan lelaki kafir adalah haram sama ada lelaki itu dari golongan ahli kitab atau musyrik. Dr Yusof Al-Qaradhawi dan Sayyid Sabiq yang merupakan ulama tersohor kontemporari turut membuat penegasan yang sama.
Golongan Islam Liberal ini, walaupun sedar kesilapan mereka, tetapi mereka terus juga melakukan beberapa tindakan yang melanggar hukum agama yang telah termaktub di dalam al-Quran, hadis serta karya para alim ulama.
Kini, mereka menggunakan lebih sepuluh buah radio bagi mengendalikan talk show untuk meracuni pemikiran umat Islam. Bahkan menggunakan sebaran majalah Kompas, surat khabar Tempo dan Republika untuk bertempur dengan para alim ulama di Indonesia.
Bahang serangan mereka memang sudah lama masuk ke Malaysia tanpa disedari. Lebih-lebih lagi website www.islamlib.com dan islamliberal@yahoo.com terus cuba menggayang akidah suci umat Islam di kalangan rumpun Melayu ini.
Penulis merasa terpanggil untuk berhadapan dengan mereka melalui majalah Al-Islam. Insya'Allah, penulis akan terus menulis dalam artikel akan datang bagi membongkar tindak-tanduk mereka yang ingin menyesatkan umat Islam khusunya di Nusantara.
Sumber - Al Islam, Februari 2010
Waspada fahaman Islam liberal
By admin on January 22, 2010 4:35 PM
Oleh W. RAHIMAH DRAMAN
KALANGAN Muslim yang prihatin begitu bimbang dengan ajaran sesat dan pertelagahan sesama sendiri soal furuk (cabang) dalam agama terutama pada perkara-perkara bidaah yang timbul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Bagaimanapun, jarang yang sedar dan prihatin akan ancaman yang jauh lebih bahaya dalam memesongkan akidah serta tauhid Islami serta fitrah kemanusiaan itu sendiri dalam Islam liberal.
Sebabnya, ancaman ideologi yang jelas bercanggah dengan al-sunnah dan al-Quran melalui aliran pemikiran moden yang mengsinonimkan falsafah Islam berpaksikan akal dengan pemikiran barat yang memesongkan akidah itu sudah menjadi 'pakaian' dan 'sajian' harian hidup ummah kini.
Mengguna label Islam liberal dengan memperjuangkan hak kebebasan dan hak asasi manusia, umat Muslim sebenarnya sudah diresapi dengan 'akidah' liberalisme dan pluralisme yang menjadi agenda dalam doktrin Yahudi-Kristian dalam menghancurkan Islam melalui pemesongan akidah Muslim
Akidah menurut Profesor Dr. Hamka, terhimpun kepada tiga iaitu tauhid yang menjadi pokok kepercayaan tentang Keesaan Allah SWT, Al-Risalah iaitu manusia pilihan Allah yang di utus menyampaikan wahyu-Nya bagi membimbing manusia dalam kehidupan dan Al-Baats iaitu kepercayaan kepada hari berbangkit untuk kehidupan kedua yang berkekalan. (Tafsir Al-Azhar: mukadimah juzuk 17).
Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Maka hadapkanlah dirimu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah (agama) Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Fitrah Allah ialah ciptaan Allah iaitu manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama iaitu agama Tauhid. Kalau ada manusia tidak beragama Tauhid, maka hal itu tidaklah wajar. Mereka tidak beragama Tauhid adalah kerana pengaruh lingkungan kehidupan). (ar-Ruum: 30).
Namun, manusiawi dan sikap kebendaan sudah mengambil alih peranan dalam kebanyakan amalan dan budaya hidup ummah era kini berbanding al-Quran dan al-sunnah sebagai pegangan untuk kekal meng-Esakan Allah SWT.
Menurut Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain al-Ghari, fahaman sesat ada pada setiap zaman tetapi ancaman pemikiran moden mengsinonimkan Islam dengan falsafah pemikiran barat melalui liberalisme dan pluralisme adalah ancaman dan fitnah zaman ini yang jauh lebih bahaya.
Katanya, agama dan semua kepercayaan selain Islam bukan agama, sebab semuanya bersifat kemanusiaan dan perkara rekaan.
"Semua agama rekaan manusia itu tidak mungkin boleh dianggap sebagai agama. Hanya Islam yang meng-Esakan Allah SWT agama dan kepercayaan yang mutlak," katanya.
Ini telah ditegaskan Allah SWT dalam al-Quran yang mafhum-Nya: Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (ali-'Imran: 85).
Oleh itu, kata Zamihan, hanya Islam satu-satunya agama kerana ia tidak ditokok tambah dan direkacipta oleh manusia untuk manusia.
Malah tegas beliau, Islam adalah agama yang paling cantik, komprehensif, natural, rasional dan mengikut fitrah makhluk lagi eksklusif yang tidak berubah sejak dulu, kini dan selamanya.
"Kerana kecantikan dan kesempurnaan Islamlah menyebabkan ia dicemburui oleh 'pereka' kepada pelbagai kepercayaan lain," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika membicarakan 'Ancaman liberalisme dan pluralisme' pada Seminar Isu-Isu Semasa Akidah untuk kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun pada 10 November lalu.
Seminar sehari anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan itu diadakan di dewan serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Ancaman Islam liberal kini kata Zamihan, amat serius kerana ia melibatkan secara menyeluruh di semua peringkat dari barisan kepimpinan dan pengurusan sama ada dalam politik, sosial, budaya, ekonomi dan agama itu sendiri hingga kepada individu.
"Ia berbahaya kerana mereka memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal tanpa batasan," katanya.
Menurut Zamihan, kebebasan bersandarkan logik atau rasional secara terbuka tanpa had bukan sahaja menyimpang daripada landasan.
Pengikut Islam Liberal punca ketegangan Malaysia & Indonesia
Oleh Bangsa Nusantara
Siapa sangka, andainya pertikaian segelintir rakyat Indonesia ke atas negara Malaysia yang mengganggu Nusantara itu didalangi oleh "cawangan" Anwar Ibrahim di Indonesia, yakni pemimpin NU, Gus Dur.
Gus Dur banyak diberitakan di Malaysia sebagai penjunjung Islam liberal yang turut diperjuangkan Anwar Ibrahim.
Pengikut Nahdlatul Ulama pula bukanlah sedikit. Jika pemimpinnya mampu menarik picu, nescaya para pengikut mereka akan melakukan dengan taksub.
Saling kait antara Anwar Ibrahim dan Gus Dur banyak telah tergambar di blog-blog di Malaysia sebelum ini dan terdapat bukti-bukti Gus Dur menerma anugerah kehormat tajaan gerakan Yahudi.
Sama ada mereka adalah para Iluminati atau apa jua yang berkait dengannya, Kebarangkalian bahawa kekacauan seperti "sweep Malaysia" yang dilakukan tentunya di dalang oleh pihak tertentu yang mahu memperolehi kepentingan politik walaupun terpaksa melangkaui sempadan antarabangsa.
Ada juga diceritakan tentang Gus Dur kononnya buta sebelah matanya kerana bersujud mensyukuri bumi Israel. Tidak kurang pula cerita tentang dakwaan pemimpin wanita bawahan Gus Dur membuat ucapan di luar negara dengan menyebut homoseks dibenarkan Islam.
Jika pihak perisik dapat merungkai persoalan ini maka mudahlah sentimen masyarakat "pak turut" dipulihkan dan di arah ke perkara lain yang lebih penting.
Sebarang taktik mengaut keuntungan politik dengan memperjudikan kestabilan rantau Nusantara sepatutnya dikutuk dan seharusnya masyarakat umum tidak mudah emosi dengan sogokan propaganda.
Sumber - Bangsa NusantaraPersoalan Zionist : Joseph Biden, Gus Dur dan Anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan