Sabtu, 20 Mac 2010

Politik Semasa Tampin / Gemas - Entri Dari Tampin Oh Tampin

Ini entri kedua dari blog Tampin Oh Tampin

PEMUDA BERKECERAMUK ?
KU sangka panas hingga ke petang , rupanya hujan di tengah hari .

Begitu gambaran dalam pemuda sekarang , mula nya gah dengan kesetiaan , kesinambungan , perjuangan dan kekuatan kumpulan , tetapi sekarang macam retak menanti belah .

Ketua dah mula di tinggalkan , AJK merajuk dan beberapa puak dikalangan mereka telah mula wujud .

Satu puak oleh ketua sedia ada , kemudian puak naib ketua dan wan sell dan satu lagi kumpulan lama , Sepol and the gang melalui MAYC .

Nampak gayanya , beratlah kalau pemuda pun dah berpuak-puak , puncanya kerana tidak puas hati .

Macam mana nak pertahankan kerusi pilihanraya kalau kerusi pemuda pun tak berjaya di teguhkan .

Menurut sumber ketuanya hanya menjaga tembolok sendiri sahaja sedangkan anak buah yang lain , terbiar begitu saja , hanya dapat tengok projek tapi tak dapat merasa nikmatnya .

Begitu lah kalau , menjadi pemimpin secara bidan terjun , oleh kerana tujuan nya sama pada ketika itu , ketua yang ada sekarang pun di sokong .

Tapi rupanya , yang memberikan sokongan itu ada agenda tersendiri , tak kan kena sokong saja sesekali hendaklah juga disokong .

Nampaknya ,sindrom pemuda tak bertolo akan muncul pula di Tampin ini .


Bro T - macam pemuda bawah KJ aje
Posted by Tampin at 1:56 AM 5 comments Links to this post
Monday, February 22, 2010
PROJEK PRU 2012
Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 dijangka pada 2012 walaupun tarikh keramat itu berakhir pada 2013 , dan masih ada tiga tahun lagi sebelum ia nya terpaksa diadakan juga .

Sebagaimana ramalan sebelum ini , Dun Gemencheh akan menjadi medan tempur yang maha hebat dikalangan UBN sendiri kerana , tidak kurang 5 calun benar-benar layak dan mampu untuk duduk dikerusi itu dan sedang giat bersaing sesama sendiri .

Selain Tok Mil , Tok Kudin adalah calun pilihan menduduki senarai paling atas dikalangan tokoh yang berkelayakan itu , diikuti Ujang , Isam dan Maliek .

Bro T perati , jentera Tok Kudin dah mula bergerak dan kebanyakannya adalah gulungan muda yang bernaung atas tiket belia .

Sejak menang jawatan timbalan dan kemudiannya mendapat anugerah darjah kebesaran Melaka , Tok Kudin dah mula disenangi di Gemencheh .

Lihat blog Kg Batang Rokan yang sekarang ini begitu mesra dengan Tok Kudin dan penonjolan kehebatan , kemurahan hati serta krprihatinan beliau sedang di jaja .

Mungkin kisah lampau boleh menjejaskan sikit prestasi Tok Kudin , tetapi jika kisah lampau perlu sangat diambil kira , apa-apa pun tidak akan menjadi .

Yang mustahak ialah masa depan dan harapan yang dibawa , jika Tok Kudin mampu , tidak ada salahnya untuk melupakan kisah lampau kerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan .

Restoren ketapang menjadi bilek gerakan utama menggerakan jentera walaupun perbincangan tidak rasmi itu kadang kala merimaskan sasatengah pihak dan kedudukannya pula tidak jauh daripada pejabat parti bulan .

Bro T bimbang senerio dalam UBN yang terlalu ramai calun berkelayakan dan mempunyai pengaruh dan penyokong sendiri akan menyebabkan padah kepada kumpulan itu sendiri .

Cara mudah menyelesaikannya ialah kekalkan calun lama dan kukuhkan kedudukan calun lain sedia ada dan jadikan PRU ke 14 sebagai medan kerana pada masa itu , tokoh yang hebat sekarang , mungkin dah lemau kerana rata-rata pada ketika itu telah berusia melebihi 55 tahun , tahun layak bersara .

Jika Tok Kudin berjaya mengekalkan prestasinya sebagai timbalan , itu lah masa untuk beliau bergelar YB dan seterusnya menjadi exco mewakili Tampin .

Tidak kah itu lebih bermakna dari kehebatan PRU ke 13 yang boleh menjadi titik noktah macam yang berlaku kepada bekas KPU bahagian yang lalu .



Bro T – harap masa tu Tampin Oh Tampin dah jadi media rasmi
Posted by Tampin at 4:13 AM 11 comments Links to this post
Wednesday, February 17, 2010
RM 20 JUTA TAK CUKUP KE ?
Masalah air bukan perkara baru di Tampin .

Siapa pun ahli parlimen , adun , penguasa daerah atau negeri , Tampin tetap mengalami masalah air .

Ada tempat , paip dah ada , air tak ada .

Ada tu air air ada , tapi ciput aje , macam kencing otrang putus darah .

Ada pulak tu , nak dapat air masuk kerumah susah kerana tekanan rendah tapi bila paip pecah , berlambak pulak air yang keluar .

Dulu masa Tok Man jadi menteri KTAK , peruntukan RM 20 juta dah diluluskan kerana khabarnya kalau ada RM 20 juta , masalah air di Tampin akan selesai .

Peruntukan dah lulus , sebahagian paip dah dipasang tetapi masalah air macam tu juga .

Hujanlah lebat mana pun , air tak ada juga , apa lagi musim kering macam sekarang .

Lagi lah perit nak dapat air .

Di Gemencheh , saorang peserta miskin khabar bertahun-tahun tunggu paip masuk kerumahnya , pegawai dari JBA pun dah angkat tangan masa dialog di Dewan Seri Gemencheh , ngaku tak mampu bekalkan air , apa sudah jadi ni ? .

Orang JBA sendiri buat pengakuan macam tu , lain lah kalau orang JKR ke atau orang dari DOA .

Eloknya sains jangan ingat nak sain saje , tarif air tak naik , penggunaan banyak tu juga tapi ngapa bil naik pulak ?

Mungkin Tok Man kena bagi lagi RM 20 juta baru elok bekalan air di Tampin ini .


Bro T - alamat kena mandi kolam renang ikan semilang lah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan