SEPUCUK WARKAH DARI ORANG KAMPONG…..
Dipetik dari blog…din turtle.
Abang
Aku dari kampong. Tak payah cakap mana satu diPahang ni. Ini bermalam dirumah adik Cikgu diKuantan. Dia cakap pasal apa Abang tulis. Dia kata aku boleh tulis pada Abang. Aku suruh Man anak sedara tulis ini. Dikampong mana ada komputer. Aku suruh Man tulis betul betul macam aku cakap.
Nak kata aku pun dah bosan dikampong. Bukan main susah hidup. Anak lapan. Sawit harga bagus pun tak cukup Abang ha. Barang mahal. Serba serbi mahal. Anak aku sekolah ada yang main pakai baju abang dia. Yang pempuan, pakai baju akak. Tak cukup duit nak beli baru. Dulu mengangis sorang sebab kawan ejek pakai baju abang nampak besar sangat.
Takde yang pandai nampaknya. Tak beduit nak hantar belajar lebih. Nak numpang rumah adik diKuantan dia pun banyak anak. Rumah kecik. Maalomlah gaji Cikgu berapa saja. Nak masuk MRSM sorang pun belom dapat. Masih mengharap juga lagi. Kata nak tukar sekolah itu sekolah ini. Janganlah tukar MRSM. Abang cakaplah pada dia orang. Aku nak harap sorang anak aku masuk situ dapat campur budak pandai pandai. Nanti dia dapat tolong budak kampong aku lain jadi pandai.
Aku coba juga cari duit lebih. Petang keluar cari daun pisang, pucuk paku, apa lain orang kedai nak. Tapi dah banyk pulak orang pegi ambik tempat yang aku ambik tu. Kenan pegi jauh jauh. Motor sikal aku dah rebeh, tempat duduk bersepai sebab aku taroh macam macam. Kadang kadang kayu api, nak jimat duit. Kariar aku dah lama kawan dikampong lain pinjam tak pulang pulang. Aku kena pinjam motor yang ada lesen nak pegi tuntut.
Dulu kata diFelda nak buat kilang itu kilang ini. Takde pun naik. Kalau ada boleh juga dapat kerja aku ke bini aku ke. Ni kilang kelapa sawit saja. Berapa ketul pekerja dia nak pakai. Tolonglah Abang cakap pada dia orang minta bikin kilang dikampong. Kilang berus sabut ke, kilang bakul buluh ke.
Salam, Abang. Terima kasih.
Nama aku Udin.
Komen dinturtle.
Warkah ( komen ) Udin adalah contoh luahan majoriti kaum Melayu yang tak kedengaran... Mereka inilah yang kerajaan patut beri tumpuan, bukannya golongan minoriti bangsawan yang kuat kokoknya.
Mana dia Juara Rakyat ? Juara rakyat yang sebenar tak cari glamer, dia akan selalu turun padang, masuk kampung, dengar deyut nadi rakyat marhaen bukannya denyut nadi golongan bangsawan.
Biarlah tak glamer pun, tapi seorang yang benar2 pejuang bangsa, akan berasa puas sekiranya dapat membela orang seperti Udin. Bukan bantuan kewangan ngan hamper, kemudian keluar paper ngan tv yang mereka nak. Tapi projek jangka panjang yang mampu memberi pulangan berterusan spt kata udin, kilang berus sabut ke, kilang bakul buluh ke... ( itu contoh je )
Pemikiran Melayu yang harus diubah, priority kita juga perlu diperbetulkan. Gah dimata dunia dengan ekonomi globalnya tapi kaum Melayu merempat dibumi sendiri.
Apa yang saya mampu katakan kepada Udin, kumpullah seramai mungkin yang senasib, dan mengadulah ke wakil rakyat tuan. Jika masih senyap, mengadulah ke pejabat akhbar, biar mereka war-war ke seluruh negara, mungkin tika itu Juara kita mendengar.
KOMEN DARI BLOGGER Anak Omak..BUKAN PASAL UDIN TAPI PASAL PM si-UDIN DAN MENANTU BEKAS PM si-UDIN. ( gi )
Terusterang saya sebenarnya menaruh harapan yang amat tinggi kepada Najib untuk terus membela kepentingan Melayu, menjaga kebajikan mereka yang amat memerlukan... diwaktu sama memastikan kesejahteraan negara.
Sejak zaman Paklah, graf Melayu agak menurun dan sememangnya harapan saya agar Najib dapat mengembalikan semula maruah dan kepentingan Melayu.
Tapi beberapa tindakan Najib yang agak tidak menyenangkan dari sudut Melayu membuatkan saya cuak dan bimbang. Mungkin Najib punya strateginya yang tersendiri yang tidak tercapai dek akal orang biasa mcm saya. Jika iya,baguslah :)
Pelannya ( MEB ) masih baru dan semuanya masih dalam bentuk umum. Cuma agak bimbang bila dikatakan affirmatif action kini akan berlandaskan merit dan keperluan. Maksudnya secara jelas tidak dinyatakan.
Gemasindah….inilah sekelumit cerita rintihan melayu…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan