Selasa, 27 April 2010

TAMPIN / GEMAS COROT........................

INSTITUSI KERAJAAN PERLU DIPERBANYAKAN
UNTUK BOOST EKONOMI DAERAH TAMPIN / GEMAS


1 Daerah Tampin tercorot dalam hal pembangunan atau langsung tiada pembangunan.

2 Selain institusi yang sedia ada sejak tahun 1970an langsung tiada institusi kerajaan yang baru diwujudkan di Tampin.

3. Tampin tiada kawasan perindustrian , jadi sangat sikit kilang akibatnya hampir tiada peluang pekerjaan baru

4. Institusi terbaru Cuma Maktab Rendah sains MARA di Sg Dua.

5. Tampin telah melahirkan dua menteri penuh , tetapi kedua-duanya gagal membawa pembangunan di Tampin.

7. Tiada apa yang boleh dibanggakan Menteri JKR dari Tampin…selain menteri itu bangga dengan dirinya sendiri.

8. Walaupun kem tentera terbesar negara terletak di Gemas ..tiada apa apa rancangan pembangunan untuk kepentingan rakyat dilaksanakan berkaitan dengan kewujudan kem itu.

9. Wakil wakil rakyat Tampin baik ADUN mahupun Ahli Parlimen tenggelam dengan keseronokan memilikki kuasa dan setakat hari ini belum lagi berusaha gigih dalam membawa pembangunan ke Tampin.

11. Dati Shaziman dalam kedudukan amat baik dan berpengaruh untuk membawa pelbagai institusi ke Daerah Tampin jika ada kemahuan dan keprihatinan….setakat hari ini dia gagal menunaikan peranan sebagai Ahli Parlimen

12. Masaalah utama rakyat Tampin ialah kurangnya peluang pekerjaan. Bagaimanakah pelabur boleh bina kilang sedangkan tidak satu kawasan pun diwartakan sebagai kawasan industri di Tampin.


Gemasindah…….agak fed up ada wakil rakyat spt ini …kita kena pulak pressure dia orang untuk tunaikan tanggungjawab.

4 ulasan:

  1. sebelum ni lagi teruk, langsung tak dak apa pun. skrg dah banyak juga pembangunan, syukurla ada menteri dan exco prihatin, nak harpkan macam lu, sampai bila2 pun tak maju..air liur je le..

    BalasPadam
  2. salam bro
    punyolah banyak bahan2 asas yang boleh dipelbagaikan untuk dimajukan.
    gotah, balak dan memacam.... sampai ko pun pasir banyak kek sini.
    tak kan lah kito orang miskin ni nak kono pikirkan camano nak buek dongan bondo tu semuo.
    bukan ee beduit!
    nak cerito pasal perhubungan, jalan dah bosa..ketoapi pun dah ado banyak landasan. apo eee laiee?
    tah kok pocah biji mato, asyik pandang kek ateh yo!
    eden sayang dongan pemerintahan yang ado sekarang nih, janganlah sampai bondo ni semuo menjadikan orang naik bonci..
    akan ado yang lain mengambil kesempatan ateh kelomahan yang sendiri buek atau telopeh pandang.
    ingat pru13 tak lamo laeee!
    pojam colek sampai lah tu...
    kok tok man atau toman2 ee yang tobaco komen ni, haaa bueklah sesuatu copek sebolom
    parti yang kito semuo sayang menjadi bungkam.

    BalasPadam
  3. cam mano agak ee caro kito nak buek ...supaya tok mat hasan buek kawasan industri gemas ?

    ado ko sosapo boleh ajar ilmu komat komat ko ..ayat ayat pengasih ko...tolonglah....

    BalasPadam
  4. SYE BERASAL DARI JOHOR..DAN ADA URA2 AKAN BERPINDAH KE GEMAS NEGERI SEMBILAN (KAMPUNG ISTERI) MASALAH NYA SEMASA KEHIDUPAN DAN KEMUDAHAN DI JOHOR SEMUANYA ADA...APABILA MEMIKIRKAN EMAK MERTUA TINGGAL SEORANG DIRI (TIADA SIAPA NAK MENJAGA) TERPANGGIL SAYE UTK MENJAGANYA..MASALAHNYA APA KERJA YANG BOLE SAYE LAKUKAN DI SANA...SBB SAYA TAK BERAPA NAK BOLE BUAT KERJA2 DI KAMPUNG...SEDANGKAN SAYA DI JOHOR BEKERJA DI SEBUAH SYARIKAT FORWARDING & SHIPPING SUDANG 15 TAHUN...TENTU LAH DARI SEGI PEKERJAAN SAYA MENGALAMI MASALAH..TOLONG LA SAYE DEMI NAK MENJAGA MAK MERTUA YANG SUDAH UZUR....

    BalasPadam