PANDANGAN BRO T TTG PEKASA / PEKOSA
Gemasindah nak ulas sikit entri bro t dlm blog Tampin Oh Tampin berkaitan tajuk diatas.
Mohon maaflah bro t..kali ini gemasindah tak berapa setujulah atas pandangan bro t tu. Gemasindah tak pedulipun akan Ibrahim Ali .
Yang kita perlu lihat ialah perjuangan Perkasa. Yang guna kata Pekosa tu penyokong PKR & PAS. Kita orang UMNO tak usah guna istilah merekalah sebab mereka tu pejuang LIBERAL & PLURALISMA. Nampaknya bro t dah sentimental dah…marahkan nyamuk kelambu nak dibakar !!!! sedangkan bro t beri nasihat jangan tertipu oleh sentimen…
Menyokong perjuangan Perkasa tak bermakna kita menyanjung dan sokong Ibrahim Ali…Didalam Pekasa bukan Ibrahim Ali sorang ..ramai cendikiawan melayu yang sama – sama berjuang ..membela kepentingan melayu ..yang saban hari dilanyak oleh orang cina , india dan melayu liberal. Satu hari Ibrahim Ali akan digantikan dengan orang lain..dia akan mati juga akhirnya ..
Pekasa sebagai pertubuhan ngo melayu..tak kan mati bersama Ibrahim Ali…dalam kena lanyak tu ada ke orang umno kedepan pertahankan hak melayu…ada ke menteri umno termasuk najib dan muhyiddin …bangun dan dengan tegasnya pertahankan melayu..takda… takda…ahli parlimen umno ..sunyi dan sepi …tok jiman yg bro war-warkan itu membungkam seribu bahasa…takut kek najib kot ? Yg memokak dgn lantang Pekasa ..yang beri nasihat cara berhemah ..Dr M….
Pemimpin UMNO hanya bersikap apologetik..mmaf ..ya maaf ya ..nampak sangat takut hilang undi bukan melayu…yang digadaikan hak org melayu yg dia orang juga kata dilindungi perlembagaan ..apa punya cakap keliru ni…
Kita sokong Perkasa bukan sebab Dr M pun sokong perkasa wp sedikit sebanyak ada pengaruhnya.. Rasanya Dr M sokong Perkasa sebab ..intipati perjuangan Pekasa ..bukan sebab Ibrahim Ali. Masa Dr M jadi Menteri Pelajaran tahun 1974, Ibrahim bersama Anwar memimpin pelajar buat demo kes Baling. .
Perangai Beraim sedikit sebanyak macam Anwar tapi prinsip perjuangannya tak pernah berubah …nasionalisma melayunya tak berubah…wp anuar dah jadi liberal..dan hishamuddin rais dah jadi kominis / sosialis. Dia nak jadi katak lompat tu biarlah…ramai politikus melayu yang lompat lompat…
Menyokong Perkasa tidak juga bermakna kita tak sokong UMNO sebab UMNO parti politik kita ..Perkasa patutlah jadi ngo kita. Tengok cina ..mereka berjuang guna pelbagai parti politik dia orang..iaitu MCA / Gerakan dan DAP. Sementara itu mereka guna juga ngo ngo mereka yang macam macam tu…Sebab tulah kadang kadang kita tengok..Gerakan cakap bahasa DAP ..begitu jugalah MCA.
Dah jelaslah ..kita sendiripun rasa..UMNO dah banyak lari dari perjuangan asal membela kepentingan melayu ..yang sepatutnya telah dilindungi oleh Perlembagaan ( 153 )..dah jelas dah UMNO yang membunuh dasar keistimewaan melayu yang termaktub dalam perlembagaan ..dengan tidak lansung BERANI menegaskan bahawa MEB akan meneruskan dasar beri keistimewaan pada melayu….Biasiswa diganti dengan pinjaman PTPTN..bahasa melayu dah tak jadi bahasa malaysia dah…mcm mcmlah
Jadi tugas ini diambil aleh oleh Pekasa…ada ke melayu yang tak nak diberi keistimewaan ..dah handa bona ke melayu..tengok macam kontraktor kelas F kitalah…kalau takda dasar keistimewaan melayu DEB ..boleh ke budak budak tu dapat kerja..kalau kerja kelas F lah ..dibuka pada kontraktor bukan melayu..kita boleh bersaing ke ?
Jadi minta tolonglah bro t..tak suka pada beraim ali takpalah…tak suka pada Dr M ..jangan..sebab perjuangan Dr M ..konsiten…jasanya dah terbukti banyak…wp dah tua ..buah fikirannya bernas…sayangnya pada bangsa melayu tak pernah berubah…jangan ..banding dengan saziman yg bro t canangkan tu ..siapalah saziman..
gemasindah dan juga bro t..apa jasa kita pada masyarakat melayu kek kwsn kita yg kecil ini ????…gemasindah belum ada jasa yg ada impek tlg melayu…ntah bro t…dah banyak jasa dah sehebat Dr M yg diperkecilkan itu ?
Macam gemasindah kata dulu selain bagi lembu dan hadhiri ..jemputan penyokong penyokongnya..ada apa yg dilakukan oleh tok jiman yg boleh kita ingat dan terhutang budi padanya…yang boleh kita banggakan…pemimpin umno jenis apa diperingkat bahagian yg dilahirkan oleh tok jiman tu…kan bro t yg tulis hal ini…kuek diantara yg tak kuek…tak kan sokojap dek marah kek beraim ali..terus lompat lompat macam katak…takkan nak pekosa perjuangan sendiri !!!!
Ada ke dengan memberi pandangan / komen dgn tujuan agar pemimpin yg diberi kuasa buat kerja dgn jujur dan ikhlas tu bermaksud kita ni bukan penyokong umno…???
Ada ke perlu kita diam diri.dan terus berpura-pura ..membodek ..puja dan puji tok jiman..tok kamil..kak nab bermakna kita ini musuh umno ..dan akhirnya yb khayal dan leka saja..terus terus mengula-gulakan rakyat ????
Terusterang gemasindah kata…gemasindah sendiri bukan tak suka pada tok jiman dan gengnya. Yg gemasindah tak suka …khidmatnya pada rakyat..lembab sangat..macam takda perancangan..macam takda kesungguhan..macam umno tampin ni kebal…takkan kalah…macam semua orang yakni rakyat…suka sangat dan tetap taat setia…pada UMNO selama-lamanya.
Tak caya cubalah buat random sampling…masuk Jelai ..temuduga rakyat biasa..tengok sendiri berapa persen yg sokong umno…berapa persen yang marah dan menyampah…turun padang bergaul dengan mereka ..barulah tahu isi hati rakyat…kok bergaul dgn ketua cwgn& ajk umno dan kontraktor yg dilahirkan umno..memanglah nampak umno tampin ni kuat dan takda masalah ….dia org kan ada kepentingan peribadi…tak salah ada kepentingan peribadi..tapi jgnlah sampai pekosa kepentingan ahli umno yg hendak diperjuangkan.
Gemasindah….minta bro t…jgnlah marah ..cubalah fikirkan ..hal pekasa ini sekali lagi dgn hati yang tenang tanpa dipengaruhi sentimen…ya bro !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan