Salam bro & bri…
Teruskan membaca Renungan Orang Fasik. Disini ada lagi 5 Renungan…..Dah 10 dah ..ada lagi 40.
RENUNGAN ORANG FASIK 6
TAFAKUR
Allah tuhanku berfirman :
Baginda Rasulku menyampaikan : ( begitulah Sifat Rasul = Menyampaikan )
Tafakur sesaat lebih besar pahalanya daripada ibadah ( selama ) setahun Tafakur sesaat lebih besar pahalanya daripada ibadah 70 tahun dan ibadah 1000 tahun. ( Ada ke orang hidup sampai seribu tahun ??? )
Jadi kenapakah aku tidak mengambil berat akan Firman Allah Tuhanku dan Sabda Baginda Rasulku ? Hingga hari ini aku tidak tahu bagaimana caranya bertafakur !!!! Cara beryoga dapat kulihat videonya di-dalam internet ..cara tafakur belum ada …lebai lebai masjid dan surau hanya menyepi diri….
RENUNGAN ORANG FASIK 7
DEFINASI IMAN
Tak usahlah risau apa manusia kata..risaulah apa Allah kata ( Firman )
Orang orang yang beriman itu adalah mereka mereka yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan percaya kepada Hari Akhirat.
Orang orang yang beriman itu ialah mereka mereka yang TIDAK BIMBANG BERKURANGAN PAHALA dan TIDAK TAKUT BERTAMBAH DOSA
Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang apabila DISEBUT SAHAJA NAMA ALLAH GEMENTARLAH JIWANYA. ( bukan gentar tapi gementar )
Gemasindah....kita berkata-kata, raja bertitah , rasul bersabda, Allah pula Berfirman…..( definasi diatas agaknya al-gemasi ambil dari Al-Quran = Kalam Allah )
RENUNGAN ORANG FASIK 8
KESILAPAN MENGATAKAN SATU ?
Satu ( 1 ) adalah bilangan. Sebenarnya bilangan bermula dengan KOSONG ( 0 ) iaitu TIADA. Ada yang kelihatan dan ada yang ghaib iaitu tidak nampak oleh mata kepala tetapi dirasakan adanya. Antara yang bersifat begini ialah ALLAH tuhan kita.
Antara Sifat Sifat Allah ialah Mahasuci Dari Berbilang. Jika anda mengatakan Allah itu SATU, maka amat jelaslah anda telah melakukan kesilapan kerana SATU itu bilangan. Jadi apakah yang patut anda katakan ? Katakanlah Allah itu ESA ( jangan kata Allah itu SATU ) ESA maksudnya MELIPUTI ( MUHITH ) Jikalau MELIPUTI SEKALIAN ALAM SEMESTA ( termasuk matahari, bulan dsb ) maka bagaimanakah cara untuk membilangnya ???
RENUNGAN ORANG FASIK 9
KENAPAKAH ANDA BERWUDHU SEBELUM SOLAT ?
Junjungan Nabi bersabda : Sembahyang yang sempurna adalah dengan wudhu yang sempurna. Maksudnya jika wudhu anda tidak sempurna maka tidaklah sempurna solat anda !!!! Bertanyalah kepada guru anda.
Aku menyatakan bahawa wudhu yang sempurna ialah wudhu yang ada rukun QALBI-nya kerana Rukun Sembahyang itu tertakluk kepada Rukun FEQLI – QAULI & QALBI. Aku dah serapkan wudhu sempurna sebagai Rukun Solatku yang pertama ( anda jangan ikut aku..orang kata aku sesat ) Jadi wudhuku tertakluk kepada RUKUN QALBI iaitu NAFI & ISBAT . Macam mana caranya ? Caranya anda kena jadi orang fasik macam akulah dahulu ..baru faham.
Tanyalah guru anda.. jika kata kata fasik ini mengusik jiwa anda….atau jika anda tidak faham maksud NAFI & ISBAT. Jangan tanya aku ..kerana aku ini BISU..yang berkata-kata ialah DIA..pun AKU juga.
RENUNGAN ORANG FASIK 10
TAKUTLAH AKAN SUMPAHAN ALLAH……
Allah Berfirman : Celakalah ( ini sumpahan ) orang yang lalai ( lawannya khusu’ ) dalam solatnya. Neraka Waillah tempatnya. ( Agaknya Neraka Jahanamlah tu. )
Jika anda mengalami hal ini ( tidak khusu’ ) apakah pilihan anda ? Pertama adakah anda akan berhenti sembahyang agar selamat dari sumpahan Allah ?
Atau anda terus belajar sehingga anda khusu’ dalam solat anda ?
Percayakah anda jika aku katakan antara sebab anda tidak khusu’ itu ialah anda sembahyang kerana TAKUT BERDOSA dan INGINKAN PAHALA ? Dan Wudhu anda sebenarnya tidak sempurna kerana tiada RUKUN QALBI-nya iaitu NAFI & ISBAT ?
Kenalah belajar objektif berwudhu ..dan perhatikan anggota badan yang anda kenakan air itu…dah itu ingatlah akan 7 SIFAT MAANI ALLAH….muka itu lambang apa ..tangan itu lambang apa ..kepala itu lambang apa ..telinga itu lambang apa dan kaki itu ? Cubalah fikirkan sama ada Sifat Sifat itu Allah yang punya ke atau anda yang punya ?????.
Gemasindah…syok juga membaca renungan al-gemasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan