GEMASNIAGA….macam iklan lah ni
GEMASINFO…macam panduan telefon lah ni
Koklah ado apo apo barang yang nak dijual ,keto , motosikal, telur itik, lado api ko apo apolah atau nak cari jcb nak sewo ko dan apo apo yolah yg nak dicari..tulih yo dalam blog ni atau emailkan ke gemasindah@yahoo.com.my
Aaa ni - ado orang nak jual keto ni haa …bmw 735i roadtax downgraded to 2500 c.c RM 800.00 yo sotaun 1986 good running condition – Offer RM 21,000.00 –tak boleh finance…
Ni ado orang nak boli tanah rumah di kg ulu ladang atau londa ko..sapo2 ado info please log in….
Dan ado orang nak pajakkan tanah ee 30 ekar dlm daerah tampin untuk tanam sawit..dio dah tuo ..kato ee ..anak anak takdo yg minat …pajak yolah ..dlm 25-30 tahun ..nak jual sayang pulak..dio kato..
Kek londa ..ari tu ado orang nak jual 6 + ( 2 ekor anak ) ekor lombu caro pukal
..dlm RM 8,000.00..leh runding rogo kato ee…
GEMASINFO….untuk kemudahan anda orang gomeh
Kok keto rosak tongah jalan ..call hp 019 – 7664039 Sivan
Nak tobang pokok atau cari kayu pagar ..call 019-7555977 Bakar
Komputer pulak moragam ..call 019 – 6694630 Sanggaran
Kobun dah somak nak racun ..call 019 – 7571774 Karim.
Nak konduri cari lado api ..call 019-2067227 Omar
Nak tanam lado tak roti caro …call omar diatas ..ado buku ee RM 45.00 satu
Sewa lori nak bawak barang ..call 013-6487012 Bang Suman.
Nak trade in handphone…call 017 – 6837222 Azman Mr & Mrs Rightman
Motosikal rosak tongah jalan ..call 07- 9482948 Ameng Motors
Gomehindah…macam penghubung lah ni…..all free no need to pay.
BUKUMUKA / Facebook YB DATO SAZIMAN ABU MANSUR
Diambil dari blog gotahlantun….
http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000202776003&ref=ts
- dato shaziman
MOHON BANTUAN
Ada ke sesiapa dari kalangan bro bro yg boleh copy entri surat terbuka kpd Dato Saziman & Dato Zainab dalam blog ini dan hantarkan kpd Facebook YB MP kita tu ..maaflah gemasindah tak pandai guna facebook..mintak tolong yo jang…tk
TKPM
Alhamdulillah ada projek TKPM di-Gemas. Banyak juga kebaikannya. Tak pedulilah berapa banyak jbtn pertanian belanja kat TKPM tu..bukan duit peserta pun ..duit kerajaan. Nampaknya wp dibuat kat Gemas, tak ramai peserta dari gemas. Yang nampak ada ialah bro Sani Ujang ( kg ladang ) terbaru bro Nizar ( kg londah ) dan youngman Ramesh ( pkn gemas = wakil kaum india ? )
Gemasindah harap kalau ada lagi tanah berhampiran ..jbtn pertanian nsdk luaskan lagi dan kali ini berilah lebih peluang kpd anak muda Gemas. Di-Jelai tu ramai nampaknya anak anak muda yg minat bertani…..tapi takda tanah dan takda modal…mcm TKPM tu sebahagian besar modal dari kjn …tanah disediakan 12 ekar saorang…kalau bagi 6 ekar pun kira dah cukup dan lebih ramai peserta dapat dimasukkan…
Seperkara lagi tak usahlah tumpu pada satu jenis tanaman utama sahaja iaitu nangka…diversifylah dari jenis tanaman itu..sebab manusia ni makan macam macam jenis buah2an..tanamlah buah yg dah pupular tapi masih lagi diimpot macam buah longanlah ( mata kucing siam ) atau jambu madu ….Buah nangka kira dah cukuplah tu sebab nangka ni banyak bergantung kpd pasaran ekspot…kalau tak dapat ekspot…payah nak jual dipasaran tempatan..jarang orang beli nangka sebiji…beli ulas ulas aje….dah tu kalau takda pengekspot beli buah ..atau hanya sorang shj pengekspot nanti parahlah peserta..maklumlah gantung pada sorang je ..harga beli dia yg tentukan…
Gemasindah ..ada melawat TKPM baru-baru ni. Rating gemasindah…boleh tahanlah …kira berjayalah juga ….Gemasindah nampak majoriti peserta tanam pisang berangan sbg tanaman selingan..pisang pisang tu macam tak nak naik je…malas nak beranak nampaknya..nanti dapek sokali tobang yo…rugilah…berat tandan antara 10-15 kg je ..pisang berangan gemasindah setanda 25 – 30 kg..nak bagitaulah peserta …tanah di TKPM tu kurang bahan organik..elok buat dan guna bokashi..nanti tgklah kesannya …tak caya tanya .cik Lela yg cantik rupawan tu…Ataupun cuba layari blok gemasindah berkaitan pertanian..http://gemstani.blogspot.com
Kok ada masa gemasindah akan post lebih banyak ilmu yg gemasindah cedok dari pelbagai sumber sbb gemasindah yakin ttg keajaiban ilmu. Apa juga yg kita nak buat mesti ada ilmunya dulu…barulah buat..termasuk dlm bab bertani ni…
Gemasindah ucap selamat maju jaya kpd ..peserta –peserta TKPM ..muga dimurahkan rezeki….nanti gemasindah nak ajak peserta TKPM jadi ahli Persatuan Petani & Penternak Melayu Gemas …..minat ke ?
RANCANGAN PERUMAHAN GENERASI KEDUA FELDA
Gemasindah rasa hajat dan rancangan kerajaan Negeri Sembilan & Felda untuk mengagihkan lot lot perumahan ditanah kerajaan dirancangan rancangan Felda seluruh Negeri Sembilan adalah sangat baik dan mengembirakan hati rakyat khasnya generasi kedua Felda. Syabas & thank you Dato’ Seri.
Generasi kedua Felda yang menerima lot lot perumahan tersebut boleh memohon pembiayaan untuk membina rumah dari SPNB. ( Syarikat Perumahan Negara Bhd ) . Ianya umpama skim rumah Mesra Rakyat yang dilaksana dikampong kampong sekarang ini. Untuk membolehkan lebih ramai mendapat rumah, kerajaan NSDK juga sedang mengkaji untuk membina rumah rumah teres kos rendah ditanah milik kerajaan di Felda. Ini umpama rancangan perumahan Halacarabaru di Kg londah.
Menurut MBNS kerajaan sedang mengkaji mekanisasi untuk berlaku adil kerana keluasan tanah milik kerajaan disesuatu rancangan itu tidak sama . Gemasindah rasa perkara ini pasti dapat diselesaikan oleh MBNS sendiri kerana tidaklah menjadi masalah yang besar bagi orang Jelai 1 umpamanya, tinggal bersama orang Jelai 4 disebabkan diJelai 1 tidak dapat dilaksana projek tersebut kerana kekurangan tanah.
Sementara itu pihak kerajaan negeri perlu jugalah memasukkan golongan pekerja pekerja Felda yang telah lama berkhidmat disesuatu rancangan itu sebagai golongan yang mendapat faedah yang sama seperti golongan generasi kedua Felda itu terutamanaya mereka yang menjawat jawatan rendah.
Kerajaan juga harus juga memikirkan setelah projek perumahan siap dibina dan diagihkan, apakah peluang peluang pekerjaan yang perlu diwujudkan disekitar projek perumahan tersebut agar rakyat tidak perlu meninggalkan rumah baru mereka untuk bekerja di Senawang atau Nilai umpamanya. Maka adalah amat perlu Kawasan Indsutri Gemas diwujudkan dengan seberapa segeranya. Lambat laun akan ada juga pelabur pelabur membina kilang sekaligus mengwujudkan peluang pekerjaan kepada generasi kedua Felda tersebut.
Perlu juga difikirkan oleh Dato’ Seri MBNS, golongan yang selalu tercicir dalam apa apa jua rancangan kerajaan untuk rakyat. Golongan yang dimaksudkan ialah kakitangan kerajaan NSDK sendiri..yang dipertanggungjawabkan melaksana dasar dasar kerajaan sebaik mungkin. Kebanyakan mereka adalah orang melayu dan ramai juga berpendapatan lebih rendah dari peneroka Felda sendiri.
Contohnya, banyak kebaikan akan diraih sekiranya kerajaan NSDK membeli secara membayar pampasan sebahagian tanah pinggir Gemas, yang terletak bersempadanan dengan Kg Melayu Bukit Masjid untuk dijadikan projek
perumahan kakitangan kerajaan. Untuk memberi nilai pada masa jangkapanjang adalah lebih baik skim perumahan ala Mesra Rakyat dibuat disitu.
Jika ini dilakukan maka berjayalah kita mengwujudkan satu Kawasan Penempatan Melayu yang tinggi nilai harga tanahnya, dibandar Gemas. Gemasindah teringat akan wasiat Arwah Dato’ Salleh kepada Dato’ Yasin agar melakukan apa yang gemasindah cadangkan diatas..malangnya barangkali Dato’ Yasin terlupa.
PERBEZAAN BUDAYA MASYARAKAT JAWA DGN ORANG NOGORI
Barangkali ramai akan bersetuju dengan gemasindah bahawa terdapat perbezaan budaya antara masyarakat keturunan jawa dengan orang asal nogori sombilan. Ini jelas dapat kita lihat di Felda Jelai 4. Rumah peneroka keturunan jawa banyak yang bungalow. Kalau ada rumah yang masih lagi rumah asal peneroka yang dibina oleh felda dulu…haa ..itu pasti peneroka orang nogori.
Ramai pe
neroka keturunan jawa di gugusan jelai kini memilikki kebun sawit melebihi 20 ekar. Mereka macam berlumba-lumba memajukan tanah rezab felda dengan tanman sawit. Ada ke peneroko orang nogori memilikki kebun sawit seluas itu ? Pendek kata orang jawa jauh lebih rajin dan cerdik dari orang nogori ya tak ?
Maaf ya gemasindah pun orang nogori tulen juga..macam kritik diri sendirilah….takdo apo salah ee doh - kan !!! Barangkali orang nogori kono bolajalah dari sodaro jawo kita tu. Belajar nilai nilai murni…takdo salah ee doh yo tak ?. Barangkali juga ini ada kaitan dengan satu papantanda hijau yang dipasang didalam dewan JKKR Jelai 4 yang berbunyi :-
Kalau tidak tahu jalan datang ..macam mana pula hendak tahu jalan pulang…
Waduuh ! memang handa orang yang nulih tu…agak ee wak serpan tak ???
Gemasindah…adakalanya cemburu juga dgn pelbagai kemudahan kjn yg diberi kpd peneroka
GEMASNEWS
JPJ , BUDIBICARA & PEMANDU MOTOSIKAL GOLONGAN VETERAN
Gemas ..30hb Mac 2010
Semalam 30hb Mac sepanjang hari siang JPJ cawangan Jempol buat road blok berhadapan mahkamah Gemas. Maka jam / sesaklah jalan dari kedua hala. Dari arah utara jam hingga ketraffic light Jalan Gemas- Londah ..dari arah selatan hingga ke jambatan sg gemas. Memandu kereta dari trafik light simpang londah hingga ketempat road blok makan masa 30-45 minit. Tidak mengapalah pihak JPJ menjalankan tugas yg diamanahkan kepada mereka.
Yang hendak diungkit ialah cara pegawai JPJ ni jalankan tugas…terutamanya pegawai muda yang baru berkhidmat..jarang sekali menggunakan BUDIBICARA dan otak positif mereka
Pertama suka sangat mencari kesalahan dan MENYAMAN pengguna kenderaan. Periksa roadtax..ok..dah tu periksa lesen..ok ..dah tu periksa lampu..ok dah tu periksa lampu brek ketiga …tak menyala …TERUS SAMAN. Saman pulak tu ..bukan sikit sikit….Tak bayar saman atau tak datang soalsiasat blacklist lesen memandu dan roadtax…
Tak boleh ke JPJ ..bertindak sebagai penasihat ..supaya rakyat yang kini susah taklah bertambah susah kerana kena bayar saman..Macam brek lampu ketiga..jarang sekali pemandu nak periksa..takkan bila dah start injin..turun letak batu bata atas brek pedal ..nak tengok menyala atau tak menyala ..barulah berjalan kearah tempat yang hendak dituju…gunalah budibicara…katalah pada pemandu tu ..encik lampu ketiga encik dah tak menyala..agaknya wayar putus ..nanti pergi repair ye ? tak boleh ke ? Ini namanya budibicara…
Bulan februari yang lalu JPJ buat road block tempat yang sama..gemasindah yang lalu nak hantar anak tuisyen…kena tahan..berhentilah…lepas itu disuruh jalan …maka jalanlah..selepas dah jalan..pegawai tu menjerit –jerit suruh berhenti semula…gemasindah terus juga jalan..dah lewat 45 minit .kelas tuisyen dah mula dah… hajat tu bila balik nanti…nak berhentilah ..nak tanya pegawai tu apahalnya..bila balik dah takda road blok lagi.
Dalam 4 hari maka diterimalah surat JPJ minta datang ke bandar baru serting ..buat siasatan atas tuduhan ..tak berhenti apabila ditahan dan lampu brek ketiga tidak menyala….
Dalam siasatan pegawai JPJ tu kata kesalahan adalah amat serius berkemungkinan besar lesen memandu dan pembayaran road tax akan diblack list….mak dato’ …berdesing telinga…kata kat pegawai tu..tuduhan tak berhenti tak tepat..dah tu hukum tahan lesen dan road tax tu..sangat zalim..takkanlah lampu brek ke3 tak nyala kena jual kereta sbb dah tak boleh pakai lagi ..dah tak boleh pandu kereta lagi sebab lesen & road tax dah blacklist…
gemasindah kata kat pegawai muda tu ..takpalah tuan , saya dah merayu tuan nak blacklist ..tuan buatlah sbb tuan ada kuasa..tapi saya akan jumpa tok batin kalau perut tuan dah besar sok jangan cari saya… .pegawai tu jadi kecut..dengar …gertakan gemasindah..dia beri surat pelepasan dan minta gemasindah betulkan brek ke3 yang tak nyala tu…
Ramai kawan kawan gemasindah dari golongan veteran ..menunggang motosikal tanpa lesen memandu…mereka kata dah tua..nak belajar payah…ambil ujian dah 3-4 kali semuanya gagal diperingkat ujian undang2. gemasindah tengok mereka itu tunggang motosikal 50 x lebih baik & cermat berbanding mat rempit
Tak boleh ke pihak JPJ pertamanya buat kursus khas bagi mereka mereka yang dah tua tu …tak payah nak ambil periksa macam orang2 muda..bila dah tengok cara menunggangnya baik..bagi sajlah lesen khas…lain warna ke apa ke…
Kita tengok ada jabatan mcm polis dan JPJ macam alat kerajaan nak cari duit…saman…denda …saman..tak cukup ke ..duit dari cukai dan lain2 sumber tu…janganlah kerajaan denda dan saman rakyat yang miskin untuk guna tadbir negara…tak baik macam tu ya tak ?????
Gemasindah…dah kena dah.
gemasindah kata kat pegawai muda tu ..takpalah tuan , saya dah merayu tuan nak blacklist ..tuan buatlah sbb tuan ada kuasa..tapi saya akan jumpa tok batin kalau perut tuan dah besar sok jangan cari saya… .pegawai tu jadi kecut..dengar …gertakan gemasindah..dia beri surat pelepasan dan minta gemasindah betulkan brek ke3 yang tak nyala tu…golok donga ayat ni..sok nak tirulah..
BalasPadamtapi kek kawasan palong mmg dah ada lesen utk warga emas..umu 45 thn ke ats..xtaulah gomeh atau jolai...ada rasanye..try tanya driving school...
Terimakasih iwanali84
BalasPadamKalau kat palong dah ada ..tentulah kemudahan sebegitu untuk semua warga emas malaysia
Cuma ramai yang tidak tahu...termasuk gemasindah
Nanti nak beritahu ramai kawan -kawan yg sekarang ni takda lesen...
Thank u again
Gemasindah...lesen B2 tahun1975.