Jumaat, 2 April 2010

RENUNGAN ORANG FASIK

Gemasindah ingin berehat seketika dari menulis berkaitan masalah melayu yang tak habis habis..sebenarnya gemasindah fed up dengan MEB yang pada hemat gemasindah akan membuatkan melayu lebih teruk.

Jadi untuk menghiburkan hati, gemasindah baca buku karangan orang fasik ..untuk kita renungkan bersama. WARNING renungan ini adalah renungan orang fasik yang boleh menyesatkan jika difikirkan sesat..jika sebaliknya....sebaliknya lah

RENUNGAN FASIK 1
KEAJAIBAN ANGKA 9

Angka yang paling tinggi nilainya ialah angka 9. Selepas 9 menjadi 1 semula ( 10 ialah 1+0 = 1 ) Ditapak tangan kiri anda ada angka 81 ( angka arab 8 + 1 = 9 )manakala ditapak tangan kanan pula ada angka ( arab ) 18 ( 1 + 8 = 9 ) Jadi dikedua-dua tapak tangan anda ada angka 99 ( 9 + 9 = 18 , 1 + 8 = 9 ) iaitu ASMAUL HUSNA atau Nama Nama Allah. Angka 9 jika didharabkan dengan apa apa angka sekalipun jawapan terakhirnya menjadi 9 semula.

Ketahuilah dan carilah ILMUNYA bahawa ditapak tangan andalah PINTU KELUAR MASUK RAHSIA yang berkaitan dengan PERINTAH ALLAH iaitu Awaluddin Makrifatullah. Carilah jika mahu.

RENUNGAN FASIK 2
KEAJAIBAN MUHAMMAD ( eja dalam tulisan jawi )

Setiap benda mesti ada nama. begitu juga manusia. nama manusia yang paling teruk ialah NO NAME ( Robinson Crusoe ) Dalam dunia ada berbillion nama. nama yang paling ajaib ialah nama MUHAMMAD ( eja jawi )kerana ia adalah gambar manusia. mim awal ialah kepalanya, ha menjadi tangannya, mim kedua ialah pusatnya manakala dal ialah kedua kakinya.

Manusia lengkap terdiri drpd dua muhammad pertama muhammad zahir iaitu badannya, kedua muhammad batin iaitu nyawa atau ruhnya..bila satu muhammad pergi manusia sudah tidak lengkap lagi..maka berhentilah dia bergelar manusia. Maka dikatakanlah kita yang masih lengkap ini sebagai muhammad ( bukan nabi muhammad - nauzubillah ) tetapi muhammad. disinilah titik tolak segala pemahaman tauhid..hingga orang jadi fasik.

RENUNGAN FASIK 3
KESILAPAN MEMAHAMI ?

Diajarkan kepada kita bahawa Nabi Adam saw dan para rasul sebelum baginda Muhammad Rasul kita mengucap dua kalimah syahadah sama seperti kita juga. Ini sangat pelik..tak percaya pak lebai yang kata...kerana bagaimanakah disebut tentang kerasulan Muhammad sedangkan nabi kita Nabi Muhammad bin Abdullah, bondanya Aminah, orang arab, kaum Quraish dari keturunan Bani Hashim belum lagi dilahirkan apatah lagi diangkat Allah menjadi rasul ? Kenapa pula orang orang yang lahir sebelumnya mengucap sebut nama Muhammad dan mengakui kerasulan baginda ? Pernahkah anda fikirkan. kalau belum pernah fikirkan sekarang !!!

RENUNGAN FASIK 4
BERAPA RUKUN SEMBAHYANG ?

Sembahyang hendaklah dilakukan mengikut rukunnya disebut sebagai rukun sembahyang yang 13 perkara itu. kalau tak ikut rukun - sembahyang itu batal. bolehkah anda sembahyang jika tak ambil wudhu atau air sembahyang ? kalau sembahyang tanpa wudhu sembahyang itu juga batal...pelik pelik..pelik kerana wudhu tu tak masuk dalam rukun sembahyang yang 13.

nak selesaikan masalah amat mudah -jadikan wudhu itu rukun pertama sembahyang anda. jadi sekarang ini rukun sembahyang anda menjadi 14..didahului dengan wudhu sempurna diakhiri dengan tertib...haa apo macam dah sosek dah kau jang...!!! buek laai...

RENUNGAN FASIK 5
KENAPA ANDA BERWUDHU SEBELUM ANDA SOLAT ?

Kenapakah anda berwudhu ? Untuk membersihkan diri menghadap Allah ? Kenapa anda tidak mandi bersabun wangi atau berlangir limau sahaja ? Bukankah itu lebih membersihkan berbanding membasuh muka, tangan, kepala, telinga dan kaki seperti yang anda lakukan ketika berwudhu ? Carilah jawapannya dengan bertanya kepada orang fasik.

Gemasindah...suka menasihatkan kawan kawan . ..jangan sekali2 berkawan dengan orang fasik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan