KITA PERLU BELAJAR ILMU AGAMA SELAGI KITA HIDUP…….
BETULKAH KITA MEMAHAMI AGAMA YANG KITA ANUTI ?????
BAHAGIAN 1/3.
Kali ini gemasindah nak bicara sedikit tentang hal hal berkaitan agama.
Pertamanya gemasindah ingin buat pengakuan bahawa gemasindah bukanlah pakar dalam bidang agama, tidak seperti uztaz atau lebai yang diberi tauliah mengajar agama dimasjid atau surau. Tetapi bukankah Ilmu Agama Islam itu milik kita semua ..bukannya milik Uztaz , Lebai atau Ulama’ sahaja. ?
Jadi kita sebagai orang awam muslim juga berhak berbincang tentang agama kita bukan ? Agama Islam tidak seperti agama kristian dimana hanya padri yang berilmu atau seperti agama hindu , buddha dan taoism dimana pakarnya ialah sami sami.
Oleh yang demikian, sebagai orang Islam kita wajiblah secara terus menerus mendalami ilmu agama. Fahaman bahawa ilmu agama itu cukuplah sekadar mengetahui Rukun Iman & Rukun Islam sewajarnyalah kita hapuskan dalam fikiran dan pendirian kita kerana kita sedia maklum dalam kehidupan didunia ini ilmu itu teramatlah penting.
KITA KENA BACA AL-QURAN…………
Kita sendiri mengatakan bahawa Kitab Al-Quran itu adalah PANDUAN & PEGANGAN HIDUP kita dunia dan akhirat. Malah kita teramatlah yakin bahawa soalan ini akan ditanyakan kepada kita oleh Malaikat sebaik sahaja kita dikebumikan.
Cuba kita bersikap jujur terhadap diri kita sendiri. Dalam bulan April ini berapa kali kita mengaji dan membaca Al-Quran. Kalau belum ada , ambillah tahun 2010 dari Januari ke April sudah berapa kali kita mengaji atau membaca Al-Quran ? Tahun 2009 berapa kali ?.
Sekiranya jawapan adalah pada angka yang rendah, cuba kita tanya diri kita sendiri , betulkah kita sebenarnya yakin bahawa Al-Quran itu adalah PANDUAN HIDUP kita ? Bagaimanakah kita boleh dapat panduan kalau kita tidak membacanya, memikirkan atau buat kajian tentang apa yang kita baca dan sebagainya.
Perlu juga kita ingat bahawa MENGAJI dan MEMBACA ada banyak bezanya. Ramai diantara kita suka mengaji cukup dengan TAJWID dan TARANUMnya , tetapi sepatah kalimah arab pun kita tak faham. Adalah lebih baik kita BACA terjemahan Al-Quran yang bahasanya kita faham. Barangkali sama juga pahalanya dengan mengaji itu. ( cuba tanya uztaz anda ??? )
Janganlah kita percaya sangat, membaca Al-Quran kalau tiada tafsiran oleh orang yang pakar tafsir, kita boleh jadi sesat.
Hanya sedikit sahaja ayat ayat Al-Quran yang memerlukan tafsiran pakar. Yang banyak ialah ayat ayat yang senang difahami. Malah yakinlah bahawa ayat ayat yang dikira memerlukan kepakaran pakar tafsirpun, InsyaAllah jika kita mohon pada Allah SWT untuk dapat kefahaman , Allah akan berikan.
BACA BUKU AGAMA BELAJAR DENGAN SYAITAN ?…Nauzubillah
Begitu jugalah halnya tentang pendapat yang mengatakan bahawa belajar agama dengan membaca buku ..belajar dengan syaitan.
Orang yang berkata demikian sangat suntuk akalnya ..kerana kita tahu dalam dunia ini dimana mana jua..orang baca buku dalam pelbagai bidang untuk mendapat ilmu mula disekolah rendah hinggalah diuniversiti…orang kena baca buku…Jadi dalam bab ilmu agama kenapa pulak buku buku itu syaitan yang menulis ? Tak masuk akal bukan ?
Contohnya, bagaimanakah kita hendak tahu pandangan Syeikh Abd Qadir Jailani ( Sultanul Aulia’ ) kalau kita tidak membaca buku karangannya ? Ada ke uztaz mengajar dimasjid atau disurau mengenai contohnya Kitab SIRRUR ASRAR ? ( kitab agung karangan Sy Abd Qadir Al-Jailani )
Kebanyakan uztaz suka bersyarah….kurang yang mengajar secara formal…dan kebanyakan apa yang disyarahkan uztaz itu kita dah tahu dah !!!
Kita nak tumpu pada ilmu yang kita belum tahu…setakat macam mana nak tentukan air bersih untuk berwudhu, masa kita sekolah rendah dahulu uztaz dah ajar dah…lagipun air paip JBA dijamin bersih oleh kerajaan.
SATU KAEDAH BELAJAR ialah BERTANYA & MUZAKARAH.
Atau MAJLIS ILMU.
Dalam banyak majlis agama , cara pembelajaran ialah one way traffic…
Uztaz bersyarah …kita mendengar..lepas tu ..habis…
Jarang ada soal dan jawab..kalau diadakan pun tak responsif…kerana barangkali malu atau segan..atau tidak tahu apa nak ditanyakan..atau barangkali datang dengar ceramah nak dapatkan pahala…faham tak faham pedulilah…
Atau barangkali, perut dah lapar, mata dah mengantuk..lagi cepat habis lagi baik….
SEMBAHYANG KHUSU’ …LALAI DALAM SOLAT.
Sebagai contoh gemasindah ingin berbincang dengan pembaca berkaitan dengan perkara yang amat mustahak tetapi jarang diambil berat iaitu berkaitan KHUSU’ dan LALAI dalam Solat / Sembahyang.
Mengambil berat dari segi memahami Hukum dan Kenyataan Allah berkaitan sembahyang yang LALAI atau TIDAK KHUSU’ itu.
Mengambil berat tentang kenapa atau sebab musabab yang menyebabkan KELALAIAN dan TIDAK KHUSU’ itu.
Seterusnya mengambil berat tentang cara cara atau amalan amalan zahir dan batin untuk melakukan ibadah solat itu jadi sempurna iaitu khusu’.
Bersambung…………
Sila kemukakan cadangan / komen & pendapat anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan