CATATAN HUJUNG MINGGU.
Salam kepada semua pembaca….
Didoakan agar kita semua sentiasa dalam Rahmat Allah…mendapat Taufik & HidayahNya. Lebai berkata Taufik itu Petunjuk – Hidayah itu Bimbingan . Semuanya adalah Anugerah Allah. Lantas gemasindah ingin menyampaikan beberapa bait sajak sebagai renungan hujung minggu….
Bagaimana aku dapat menyatakan kekagumanku terhadapmu..
Dengan memujimu..
Tanpa mendatangkan kesalahan Tauhid
Kerana Alhamdu itu hanya milikNya ( Segala puji milik Allah = gi )
Taufik tanpa Hidayah
Bagaikan pria yang terus membujang
Tidak mungkin dapat melahirkan anak yang soleh
Disitulah engkau wahai datukku..
Di-alam Taufik & Hidayah
Bersatu erat dalam perkahwinan azali
Doaku…
Biarlah sinaran mentariku..
Berhampiran kekal ..dengan sinaran mentarimu…
Karna…
Gilalah orang yang mengatakan..
Sinar itu matahari…
Tidak pula ia bukan matahari..
Selagi ia belum kembali..
Menjadi satu yang banyak…
Tiada apa dapat kuberikan…
Sebagai penghargaan..
Sedangkan aku hanya penerima
Penyampai kata kata..
Dalam huruf huruf yang sebenarnya tidak ada..
Karna ianya dakwat pada hakikatnya..
Dalam diam dan gerakmu..
Menunaikan perintahNya
Tanpa huruf..tanpa suara..
Sudi kiranya bro & sdri membacanya….
Gemasindah….Maka sahlah Taufik itu lelaki Hidayah itu perempuan perlu kahwin untuk melahirkn cahaya mata.
PERKASA & PENGKHIANAT MELAYU ..ZAID IBRAHIM
Awang Selamat ..MM Ahad 4/4/10
1. Zaid Ibrahim berkongsi sentimen dengan DAP bagi menentang Perkasa. Mereka
khuatir kebangkitan NGO Melayu mempertahankan Perlembagan dan asas Kenegaraan
2. Kajian mendapati 70% orang melayu menyokong pendirian Perkasa dalam banyak isu kritikal
3 Orang saperti Zaid Ibrahim turut menyumbang kepada kegagalan melayu ..yang tak sedar diri..sedangkan dia banyak dapat kontrak2 kerajaan ..adakah dia guna kekayaan hasil bantuan kerajaan itu utk bantu usahawan melayu lain yg baru bertatih ?
MEB JANJI TOK NAJIB TTG DEB….
Baharum Mahusin MM Ahad 4/4/10
1 Melalui MEB Najib mahu menilai kembali perlaksanaan DEB secara menyasarkan pencapaian matlamat yang sama tetapi dengan mengubah cara melaksanakannya Beliau mahu membina keyakinan dan kemahiran bumiputera serta memberi jaminan kepada mereka tentang iltizam kjn utk menjayakan matlamat DEB….
NASIHAT VETERAN UMNO….
Sanusi Juned …MM Ahad 4/4/10
1 Anwar Ibrahim hanya saorang manusia biasa tanpa apa apa kelebihannya..Dia dilihat sbg jaguh kerana kelemahan UMNO dan orang melayu sendiri…
2 UMNO patut bekerjasama dengan semua NGO termasuk Perkasa…
3 Orang melayu terutamanya yang muda, mahukan pemimpin yang berani ..yang dilihat berjuang untuk bangsa itulah sebab Perkasa mendapat sokongan . Pemimpin UMNO juga perlu menunjukkan keberanian mereka.
SOKONGAN MELAYU TERHADAP PERKASA.
Fairus Kassim / Wartawan Utusan 4/4/10
1 Tinjauan Merdeka Center menunjukkan 70% pengundi melayu sokong tuntutan Perkasa agar kerajaan tidak membuka kuota dan perlindungan ekonomi org melayu
2 61% melayu setuju bahawa Perkasa boleh bantu BN menangi PRU 13
3 Perkasa mampu desak kjn Najib dlm pejuangkan isu berkaitan melayu
4 Orang melayu hanya sokong Perkasa atas perjuangannya terhadap hak hak melayu dan tidak kepada isu selain drpd itu..
NASIHAT DR RIDUAN TEE UTK MELAYU….
Mohd Ridhuan Tee MM 4/4/10
1 Politik bukan tiket untuk jadi kaya. Politik adalah untuk menjaga kepentingan agama bangsa dan negara, agar kepentingan rakyat terpelihara
2 Hari ini politik diguna utk dapat kuasa. Kuasa diperalat utk kumpul kekayaan..kepentingan rakyat tidak lagi dipeduli…
3 Biarlah rakyat kaya. Pemimpin tidak seberapa nampak terlalu kaya.Bukannya pemimpin kaya, rakyat dibawah hidup menderita…
4 Kajian yang dibuat oleh Faaland ( 2005 ) mendapati bahawa ..bukan melayu diskriminasikan melayu dalam pernigaan dan dari segi kontrak , dalam pekerjaan dan lain lian..
5 Bukan melayu anggap melayu ....malas..hanya mampu buat kerja yg kurang guna fikiran…tidak responsif kpd motif keuntungan…kurang inisiatif..tidak berkeupayaan..berbanding orang cina…org melayu hanya diberi jawatan hiasan utk tujuan kosmetik dan perhubungan awam ..dlm sykt sykt cina…
6 Kita ( org melayu ) tidak perlu gadaikan prinsip utk realisasikan kata kata keramat ..rakyat didahulukan ..pencapian diutamakan..Yg penting melayu kena ubah perangai. Pemimpin mesti dapat dilihat sebagai juara rakyat. BERUBAHLAH SEBELUM PARAH.
BEBAN GURU
Hashim Adnan BM 4/4/10
Presiden NUTP
1 Pengetua & Gurubesar disaran tidak mengadakan kegiatan sekolah pada hujung minggu bagi peluang guru rehat sama keluarga
2 Beban kerja pentadbiran & perkeranian ganggu tanggungjawab mengajar guru
3 Guru yang wakili pengetua / guru besar hadhiri mesyuarat mesti dibayar elaun
KUOTA MELAYU AS1M BANYAK LAGI…..
Hamad Kama Piah MM 4/4/10
CEO PNB
1 Golongan bumiputera digesa melabur dalam Amanah Saham 1 Malaysia yang berbaki 6.4 billion unit
2 Peruntukan kpd kaum cina …hanya 5% belum dibeli…Hampir Habis
Gemasindah …takda apa apa komen ..muga tulisan tulisan diatas menambah iltizam kita dan muga Allah memberkati usaha usaha pemimpin kita. Janganlah tiru Melayu Zahid Ibrahim..tirulah Dr Ridhuan Tee wp dilahirkan sebagai orang cina ..tetapi semangat cintakan negara & agama melebihi melayu seperti Zahid Ibrahim & Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan