Isnin, 12 April 2010

HARTA UMNO BAHAGIAN TAMPIN....APA DAH JADI dengan......

APA DAH JADI DENGAN HARTA UMNO TAMPIN …….?

Semasa Dato’ Rais Yatim menjadi MBNS dahulu, beliau membuat tindakan yang patut dipuji dimana setiap bahagian UMNO di Negeri Sembilan diberi hartanah dan lain lain harta. Tujuan beliau barangkali ialah agar UMNO tak jadi chekai …jadi peminta sedekah apabila nak buat aktiviti.

gemasindah cuma nak cerita pasal UMNO Bahagian Tampin sahaja.

HARTA UMNO BHGN TAMPIN & HARTA DUN DUN DLM TAMPIN

Di Tampin UMNO Bahagian dianugerahkan 20 ekar tanah perumahan di Senawang melalui syarikat Bakti Aman Sdn Bhd dimana pemegang jawatan jawatan Ketua Bahagian ( KB ), Timbalan KB, Naib KB, S/U dan Bendahari UMNO Bahagian menjadi pemegang amanah.

Di DUN Kota kalau tidak silap gemasindah Dato Rais bagi tanah batu bata di Semerbok dan tanah tapak stesyen minyak di Sri Kendong.

Di Gemenceh gemasindah dah tak ingat lagi tetapi adalah harta di beri melalui syarikat Gertak.

Manakala di DUN Gemas , 100 ekar tanah kebun sawit diberikan melalui Koperasi Guamas Bhd.

UMNO DUN Rompin pula, mendapat konsesi balak dekat kawasan yang sekarang ini jadi kem tentera melalui syarikat PAROBA Sdn Bhd.

Gemasindah nak bertanyalah kepada pemimpin dahulu dan sekarang apa dah jadi dengan harta harta itu ???

Dah dijual ke ? Ada tak cawangan mendapat bantuan kewangan atau disapu oleh orang tertentu ? Kalau disapu oleh orang tertentu , meka tu tak takut akan balasan Allah ke kerana pecah amanah ?

Tanah Bakti Aman seluas 20 ekar di – Senawang tu ..sekarang ini dah jadi Taman Widuri Indah.( kalau tak silap ) Kalau dijual dengan harga RM 5.00 psf sahaja nilainya ialah RM 4,325,000.00 ( 4.3 juta ) Banyak tu, kalau ada 65 cawangan dibahagi sama rata …dapatlah RM 60 ribu lebih ..bagi satu cwgn.

Sapo yang jual..? Yang lama di pimpinan bahagian ialah Tok Waad , dia kena jawablah ya tak ? Tok Waad kena jawab..sebab sekurang-kurangnya dia anak Imam Masjid Jame’ Gemas..anak Imam pasti belajar agama punya …ya tak ?

Gemasindah agak pasti bahawa tanah ini dijual semasa Md Noh Rejab jadi ketua bahagian. Md Noh Rejab masih hidup…dia pun kenalah beri penjelasan ..ya tak ? Kalau duit hasil dijual dibahagi sesama orang tertentu ….memanglah UMNO ni dah jadi parti penyangak kan ?

HARTA DUN GEMAS – KOPERASI GUAMAS BHD.

Kita orang Gemas patut bersyukur kerana Arwah Dato’ Saleh wp tak sekolah tinggi tapi dia berfikiran jauh. Beliau tak tubuh syarikat sdn bhd kerana barangkali tahu ia akan diseleweng oleh orang tertentu. Jadi ditubuhkan lah Koperasi Guamas Bhd agar semua ahli UMNO Gemas dapat jadi ahli dan dapat faedah dari tanah tersebut, kalau tak banyak pun sedikit pun ada juga.

Soalnya sekarang adakah hasrat murni Arwah tu tercapai ?

Gemasindah ada hak nak cakap sikit sebab dulu Gemasindah juga ahli Guamas tak pernah nak berhenti jadi ahli…tetapi kini dah kena buang..cek pemulangan saham pun dah diterima ..sebabnya gemasindah tak nak tambah saham seperti yang diminta oleh pengurusan Guamas….

Macam mana nak tambah pelaburan…pelaburan yang sikit tu pun tak beri apa apa pulangan…lagipun gemasindah tak ada keyakinan langsung terhadap Guamas sekarang ini…rasanya banyak yang tak betul dalam pengurusannya sejak Arwah Haji Karim Bidin jadi pengerusi ….( nanti ada pula yang kata ..tak baik ungkit ungkit cerita orang yang dah arwah…yalah yang dah aruah Hj Karim…Guamas belum arwah lagi…nak diarwahkan ke ? )

Setahu gemasindah , selain dari tanah sawit 100 ekar itu Koperasi Guamas juga telah diberi 6 lot rumahkedai yang sekarang ini dah jadi Gemas Square. Bila Gary Gan / Omar Isa majukan kawasan itu , tentulah Koperasi Guamas mendapat bayaran ? Berapa semuanya ? Ada tidak ahli diberitahu akan jumlahnya ? RM itu bukan hak kulah Ahli Lembaga Pengarah yang sebahagian besarnya ialah Pak Haji -Pak Haji ( haji tentulah amanah – kalau tak ..tak gunalah buang duit ke Mekah ya tak ? )

Gemasindah juga nak tanya …kenapa dah lama sangat tak buat mesyuarat agung ?

Nak tanya juga kenapa semua kebun sawit milik Guamas dan kebun sawit yang dipajak dari orang Kg Londah tergadai ketangan cina ?

Dengar khabar Arwah Hj Karim dulu tinggalkan banyak hutang ? Hutang apa ? Hutang dia ke atau hutang Guamas ? Kenalah Lembaga pengarah yang kini diketuai Hj Rahim Dol beri penjelasan terperinci ? Pendaftar Koperasi pun kenalah audit dan keputusan audit dibentangkan dalam mesyuarat agung.

Gemasindah juga nak tanya adakah dibenarkan orang yang sama bukan sahaja menganggotai dua koperasi tetapi menjawat jawatan penting iaitu, pengerusi, setiausaha dan bendahari ( dalam kedua koperasi )? Ini adalah kerana Pak Pak Haji yang pegang jawatan di Koperasi Guamas juga pegang jawatan didalam Koperasi Gemas Bhd .( Kilang Padi )

Nak tanya juga apakah bentuk kerjasama antara Koperasi Guamas dengan Koperasi Gemas Bhd ( dulu koperasi kilang padi ) dalam memajukan Ladang sawit di Merbau Seratus, Kg londah tu….Dengar cerita duit yang digunakan ialah duit Koperasi Gemas Bhd sedangkan pemaju ialah Guamas.

Kini kebun tu dah terpaksa dipajakkan kepada cina Kg Tiong kerana hutang tak berbayar. Nak tanya hutang apa tu .? .Duit Koperasi Gemas Bhd dah habis hampir RM 300,000.00, kebun yang dimajukan cuma 80 ekar…lagi berhutang hampir RM 250,000.00 pada cina tu hingga kebun tergadai selama 25 tahun ? Pelik tu.

Nak tanya juga penggunaan duit Koperasi Gemas Bhd tu ada ke kelulusan ahli dan kelulusan Pendaftar Koperasi atau pandai pandai Lembaga Pengarah je…Ini koperasi Tuan Haji ..bukan syarikat milik sendiri ? Ada peraturan perlu dipatuhi.

Buat masa ini ..itu saja soalan soalan gemasindah yang perlu dijawab oleh Ahli Lembaga Pengarah.

Elok jugalah ahli ahli yang ada maklumat kemukakan maklumat dan silalah beri komen dan cadangan….

Gemasindah…pada satu masa dulu terlibat juga dalam pengurusan Guamas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan