Sabtu, 3 April 2010

TAMBAHAN KPD ENTRI JPJ

Salam saudara sekalian.....

Seorang pembaca iwanali84 memaklumkan bahawa ditempatnya sudah ramai warga emas mendapat lesen motosikal khas . Gemasindah mengucapkan terimakasih kpd bro iwana atas maklumat itu kerana gemasindah sendiripun tidak mengetahuinya . Kpd pembaca warga emas atau yang ada sdra mara warga emas yang belum ada lesen eloklah berhubung dengan JPJ. Pejabat JPJ terdekat selain di Segamat ialah di Bandar Sri Jempol / Serting.

Saorang pembaca e-mail gemasindah mengenai apa yang dilihat dan didengarnya sendiri berlaku di Sekolah Memandu Rompin. Katanya dia menyaksikan saorang pakcik yang sedang membuat ujian pusingan lapan. Setelah membuatnya beberapa kali..tetap gagal. Pakcik tu memarahi pegawai JPJ yang mengujinya . Kata pakcik tu :-

" Den dah bopuluh taun ( tahun ) bawak motosikal dah..lum ponah den tengok ..ado jalan angko lapan ni doh..yang kau suruh den pusing-pusing kek nombo lapan ni apo pasal..aaa tak payahlah den bolesen doh "

Pembaca yang e-mail gemasindah tu kata dia sampai sakit perut ketawa kerana peristiwa itu sangat mengusik hatinya.

Gemasindah..pun gelihati juga sekali lagi thank you bro iwanali84.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan