Rabu, 21 April 2010

LADANG TABUNG HAJI DI-MUKIM GEMAS...............

APA PERANAN TABUNG HAJI DALAM MEMBANTU ORANG KAMPONG ?

1. Dimukim Gemas Tabung Haji ( TH ) telah dianugerahkan tanah seluas l.k 7,000 ekar untuk ditanam dengan kelapa sawit.

2. Jika dicampurkan dengan Ladang Tabung Haji Rokan jumlah keluasan ladang TH di - Daerah Tampin menghampiri 10,000 ekar.

3. Jika tanah seluas ini dimajukan sebagai Tanah Pinggir ( yang terbukti menjadi sumber pendapatan penduduk kampong ) 3,333 penduduk Daerah Tampin akan mendapat nikmatnya.

4. Apa faedah yang diperolehi penduduk kampong disekitar ladang TH ?

a. Semua pegawai orang luar
b. Kerani pun ramai orang luar
c. Semua pekerja orang Indonesia
d. Kontraktor tempatan tidak boleh cari makan di TH – kadar harga kontrak amat rendah
e. Gaji mandor pun sangat rendah – pemuda kampong tidak berminat sebab gaji buruh indonesia lebih tinggi dari gaji mandor
f. Orang kampong tidak dibenarkan pelihara lembu atau kambing dalam ladang TH
g. TH tidak langsung berminat melibatkan diri dengan aktiviti dikampong sekitarnya.
h. Sepatutnya dermalah ke tabung PIBG atau masjid atau anjur ceramah agama dan sebagainya dikampong sekitar ladangnya.
i. Pengurus ladang TH tidak mahu bercampur dengan penduduk kampong. Penduduk kampong tidak kenal pun pengurus.

Jadi apakah faedahnya TH pada penduduk tempatan. Tiada langsung.
Duit TH pergi kemana ?

LUTH kepunyaan kerajaan. Sepatutnya adalah komitmen sosial untuk bantu sesama bangsa dan sesama Islam. Ladang TH bukannya tak untung.

Gemasindah tak suka nama ladang = Ladang Londah Sdn Bhd diurus oleh Ladang Bangkahulu Sdn Bhd. Ini gula gula chewing gum namanya.

4 ulasan:

  1. poyolah,orang kampung pemalas....
    asyik duduk kedai kopi je,keje nak gaji mahal.
    macam 2 baik mintak jadi YB je..
    orang luar sanggup keje walau gaji kecil kenapa tidak orang kampung.

    BalasPadam
  2. yang tukang tulis ni mesti org tak terpelajar ni..cian sy kat awak sedap tulis jer tp xtahu kebenarannyer...klo bg ladang ni jd tanah pinggir kpd 3,333 penduduk Daerah Tampin maka betambah ramailah pemalas di malaysia...he3 kerana jumlah akan bertambah lg sebanyak 3,333 org.dan menjadikan kawasan tanah tersebut lebih semak samun

    BalasPadam
  3. Takde masalah..kpd yg tukang tulis sok klo mati ke pendek nyawe ker sesedare kan sila lah dan jgn segan silu menaiki van jenazah yg telah disumbangkan oleh pihak tabung haji di masjid Jamek, Gemas...bkn nak riak selalunyer org beramal xbaik bercakap lebih elok berdiam besor pahala...

    BalasPadam
  4. asalamkom, minta maaf pasal saya ingin bertanya tentang ladang ini adakah mejority pekerja warga india dan saya ingin bertanya dalam masa sekarang ada lg ke jawatan yang di buka.

    BalasPadam