INSTITUSIKAN JAWATAN IMAM
KEADAAN SEKARANG
1. Peranan imam dikampong sangat luas – imam sembahyang – majlis tahlil
nikah / kahwin - cerai, kematian, membaca doa dimajlis – majlis, tukang sembelih – guru mengaji Al-Quran dan lain lain, berqeqah – korban dan sebagainya.
2. Imam lebih sibuk dari Ketua Kampong
3. Imam merupakan individu yang sangat dihormati
4. Elaun imam tidak setimpal dengan peranan dan tanggungjawabnya
5. Imam juga terpaksa bekerja untuk cari rezeki – menoreh , kesawah dsb
6. Tidak semua imam mengajar kanak kanak mengaji Al-Quran.
7. Sekarang ini sukar mencari guru Al-Quran.
8. Majoriti imam ialah orang melayu islam.
9. Peranan kerajaan untuk syiar Islam
CADANGAN
1. Institusikan jawatan imam
2. Jawatan imam dijadikan kerja sepenuh masa dengan gaji bulanan
3. Imam dikehendakki mengajar dikelas mengaji Al-Quran.
4. Imam dilatih untuk mengajar fardhu ain kepada penduduk kariahnya.
5. Imam diberi kursus dalam Feqah
6. Jadikan masjid sebagai pejabat imam
7. Imam bertanggungjawab menganjurkan kursus perkahwinan di kariahnya
8. Imam wajib menjadi AJK JKK Kampong.
Sila beri pendapat anda berkaitan cadangan ini.
salam,
BalasPadameden setuju bebona cadangan tu..
ghaso eee ado laeee isu lain yang kono ditambah, totapi kepalo otak den tongah ble nih!
memacam bondo yang kono pikee, hehe..
den setuju tu. tapi ado kalo ee maaf nak sobut, kojo imam ni tak kemano pun. nak bangun kan bina insan ahli kariah jauh sekali. lobeh-lobeh laie ado imam tu cakap tak serupo bikin. merokok jangan kirooo lah
BalasPadamTerimaksih atas komen sdra gotahlantun & tanpa nama berkaitan peranan imam ini...
BalasPadamMemang betul kenyataan bahawa tidak semua imam memilikki ilmu agama yang secukupnya untuk memimpin masayarakat dalam ilmu agama.
Oleh itu apabila jawatan ini diinstitusikan, perlulah ada kursus agama yang berterusan untuk menambah ilmu imam imam ini...maklumlah ilmu agama Islam itu luas.....
Ada juga benarnya ..kekadang ada imam imam yang perlu perbaikki tingkahlakunya...ini bukanlah penghalang untuk menilai peranan imam.
Kalau kerajaan berbelanja ratusan juta dalam projek yang entah apa apa ..bukanlah lebih baik beri penghargaan yang tinggi kepada institusi agama yang paling asas dikampong kampong. Ini sepatutnya dilakukan lama dah tetapi ...entah kenapa tidak dibuat,,mungkin terlupa kerana bertumpu sangat kepada politik sekular....
Institusi ini boleh diguna untuk melahirkan pemimpin politik tidak kira parti agar memilikki peribadi murni..maka kuranglah perangai tak senonoh dan ..fitnah memfitnah yang sekarang ini diambil mudah dan semacam satu keperluan dalam berpolitik....
Gemasindah....percaya kita perlu sentiasa ingat Allah ...sebagai cara mengelak melakukan perkara tak senonoh ...lebih2 lagi kalau mahu jadi pemimpin tak kiralah bawah atau atas ke ...