Isnin, 5 April 2010

AKHIRNYA DS NAJIB SAHKAN ........

AKHIRNYA DATO’ NAJIB MENGESAHKAN PENERUSAN ASAS ASAS DEB
Terimakasih Atas Desakan Segala Lapisan Masyarakat Melayu


Dalam temuduga dengan Bernama TV Dato’ Najib mengesahkan bahawa matlamat DEB untuk membantu bumiputera akan diteruskan. Syabas kepada Dato’ Najib kerana mendengar pelbagai pandangan dan komen massa Melayu dan membuat pembetulan dan penjelasan segera.

Maka perlulah gemasindah, sama-ada DS Najib baca atau tidak mohon maaf atas komen pedas dalam entri terdahulu. Gemasindah rasa lega dan ceria…menunggu perlaksanaan dasar dasar tersebut…sampai tak kpd org Melayu gemas……

DS Najib berkata :-

Saya tidak kata kita akan pinda, hapuskan tindakan afirmatif, saya kata kita patut kekalkan.

Gemasindah turunkan disini komentar Awang Selamat :-

Kenyataan Perdana Menteri bahawa dasar afirmatif tidak akan dihapuskan, melenyapkan sama sekali sebarang kebimbangan mengenai kemungkinan nasib kaum bumiputera tidak akan dibela spt yang termaktub dalam DEB sebelum ini.

Penjelasan Najib………amat melegakan golongan bumiputera dan NGO Melayu yang bimbang agenda membela bumiputera ( baca melayu ) tidak lagi dititik beratkan dengan perlaksanaan MEB.

Sekalipun DEB digantikan dengan MEB ia tidak mengubah dasar kerajaan untuk membela bumiputera dan mempastikan mereka terus bergerak maju, khususnya dalam bidang ekonomi……

Namun sejajar dengan dasar / konsep rakyat didahulukan dasar afirmatif ini akan dilaksana dengan lebih adil, telus serta mengambil kira kepentingan rakyat keseluruhannya. Sesungguhnya pendekatan baru ini melambangkan sikap prihatin kerajaan …..khususnya terhadap mereka yang berpendapatan rendah.











APA KENA AHMAD HUSNI…..Siapa yang LATAH ?

Utusan Malaysia melapurkan hari ini 5/4/10 dengan tajuk Jangan Melatah Sentuh Soal MEB

Berbeza dengan DS Najib , Menteri Kewangan Kedua AH Hanazlah …melatah dengan menempelak massa Melayu & NGO Melayu . Katanya :

Kebimbangan segelintir individu melayu dan pemimpin NGO melayu bahawa hak hak orang melayu akan terpinggir apabila MEB dilaksana tidak berasas.. Tampillah memberi input dan bukan bercakap tanpa asas kukuh.

Komen komen melalui macam macam cara oleh rakyat melayu tu…inputlah tu…keadaan melayu sekarang ini INPUT yang paling JITU…macam mana lagi ?

Apa kena Menteri ini ? Ada ke berjuang untuk pastikan kerajaan laksana peruntukan perlembagaan 153 – iaitu jaga kepentingan melayu dinegara melayu dikatakan melatah ?.

Siapa yang melatah dia atau orang melayu ?? Agaknya dia juga melayu liberal kot….anak angkatnya pun anak cina…sedangkan ramai anak melayu yang merimpat ( lihat lapuran utusan hari ini ) Yalah itu hak dia yg tak ada mengena dengan kita..tetapi melambangkan peribadinya lah !!!


Gemasindah….dah lega sikit dah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan