Jumaat, 2 April 2010

MBNS NAK BUAT APA CARA PUN - BANTU PETANI ?????

BANTUAN KERAJAAN NSDK USAHAKAN TANAH TERBIAR
JANGAN JADI CAKAP TAK SERUPA BIKIN….MENYAMPAH RAKYAT.


Melayu Dulu Baru Satu Malaysia….Muhyiddin Yasin

Salam bro & bri

Susah juga nak elak membincangkan hal nasib kita melayu ni….nampak kena juga bagi komen dan pandangan ..tetapi gemasindah nak cuba juga elak bincang pasal MEB ..maklumlah dah baca TALQIN …konolah tunggu nigo ari yo tak ?

MBNS seperti yang dilapur oleh akhbar berkata seperti dibawah :-

1. Kerajaan negeri mengharapkan penglibatan penduduk setempat menjalankan aktiviti pertanian dikawasan tanah terbiar seluas 3,729 ha di-NSDK

2. Saya akan membantu mereka dalam apa jua cara jika mereka ada kemahuan untuk berjaya dalam bidang pertanian

3. Jabatan Pertanian serta agensi berkaitan diminta untuk mengaplikasikan teknologi terkini demi meningkatan produktiviti.

Komen gemasindah….cakap MB NS tu ..CANTIK – INDAH – MENAWAN & MEMPERSONAKAN

Pertamanya kita nak ucap tanda baguslah pada MBNS kerana NIAT dan JANJI nak tolong petani – golongan peringkat bawah dalam struktur ekonomi. Nak ingatkan pada MBNS lah..jangan nanti tinggal cakap kosong ya…..buek sgh 2 Tok Mat…selia pegawai potanian tu siang malam….

Nak tanya juga, MBNS petani macam mana atau kategori yang mana yang nak dibantu tu…?????

Adakah petani komersial yg ada hubungan baik dengan orang dalam macam siJefri cina mantin tu…kalau ya …dahlah tu ..rakyat tempatan sakit hati Dato’ Seri !!!! Percayalah.




Atau petani tradisional sedia ada ..macam pesawah londah tu …atau petani komersial bumiputera sedia ada ..macam mail polis dan sani ujang …
atau petani muda yang dah buat ..tapi selalu saja gagal kerana pelbagai rintangan seperti ..siazman dari jelai satu…atau seperti kawan gemasindah ( yg gi ceritakan dlm entri terdahulu ) ..mohon maju tanah terbiar berjumlah 48 ribu..lulus 8 ribu …atau mana mana rakyat yang tunjuk minat ????

Kedua ..definasi tanah terbiar ? Maksudnya tanah milik persaorangan yang tak dimajukan ke ..yang dah jadi semak samun ke ..atau termasuk juga tanah kerajaan yang strategik yang boleh dimohon cara TOL untuk dimajukan ( bukan utk dimilikki ) dimasukkan juga dalam definasi tanah terbiar ???

Ketiga betul ke kerajaan NSDK nak bantu ni ????? Tanya lagi betul ke ? Tanya lagi betul ke ? Tanya kali terakhir betul ke Dato’ Seri nak bantu dalam apa jua cara ni ?

Atau ini satu lagi JANJI JANJI MANIS dan AZAM BERKOBAR – KOBAR pemimpin nak gula-gulakan rakyat ? Cakap dogar-dogar …orang tepuk tangan…dan hamburkan puja & puji..MB senyum lebar ..DAH TU LUPA

Bila rakyat pergi jumpa pegawai agensi yang diberi tanggungjawab “ bantu petani dengan apa jua cara “ pegawai tu akan kata ..tolong isi boranglah encik..buat ..sekali kertaskerja ya…nanti hantar sini. Bila borang dan kertaskerja dihantar ..pegawai tu kata…sabarlah menunggu ya encik …kami nak kumpul dulu permohonan petani lain…lagipun kami proses ..permohonan SETAHUN SEKALI JE….tahun 2011 sok.. encik telefonlah semula…..ya.

TAK BENGANG ke ?

MBNS kena tengoklah pekara macam ni…MB kata ..cakap akan buat apa jua cara bantu petani .. Dasar pulihkan tanah terbiar …peruntukannya ialah RM 10,000.00 saekar….kenapa bila rakyat mohon yang diberi ….Cuma RM 1,600.00 saekar sahaja ? Mana pergi duit peruntukan tu …atau memang takda duit ??? Kalau takda duit…tak usahlah tabur janji merata-rata..yang terbaru …janji ditabur di Teluk Kemang ?

Kalau ada duit…bantu ajelah…janganlah diperlambat dan disusahkan cara mohon bantuan tu. Jabatan pertanian kata ..tunggu setahun ..MB kena tengoklah ..jabatan pertanian ada ke duit peruntukan ??? Ada ke ?







Adakah pegawai pertanian diberi arahan laksana dasar MBNS “ saya akan membantu mereka dalam apa jua cara “ MBNS tu ???

Jangan kecewakan rakyat macam kawan gemasindah tu…mohon 48 ribu sebab peruntukan bantuan tanah terbiar …RM 10 ribu saekar..diberi 8 ribu shj ..INI KELAKAR DAH NI…..kelakar yang memualkan dan membuat kemenyampahan rakyat bertambah-tambah…cakap halusnya…agaknya jabatan pertanian belum dapat peruntukan …sabarlah ya…esok esok dapatlah tambahan bantuan tu…cakap kasar ee PODAHLAH JBTN PETANIAN DAN KJN UMNO….POMONGAK GODANG.

Gemasindah dah kurang percayalah cakap cakap MBNS & Menteri Pertanian berkaitan nak bantu petani ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan