Selasa, 6 April 2010

JELAI OH JELAI .......FATWA YOGA dan.......

Salam sdra/i pembaca....

Baru-baru ini gemasindah layari youtube untuk mencari video berkaitan yoga. Gemasindah nak tahu sama-ada benar saorang wanita yang mengamalkan yoga boleh jadi lansing dan seksi. Ada ke sesiapa yang boleh beri pengesahan atau maklumat dalam hal ini ?

Ini berkaitan dengan fatwa Majlis Agama Islam Malaysia yang mengharamkan yoga sepenuhnya pada peringkat awal tetapi selepas itu membuat fatwa kedua, yang haram separuh - halal separuh. Yang haram ialah membaca mantram yoga kerana ia adalah amalan agama hindu..yang dihalalkan ialah senaman yoga. Maksudnya boleh teruskan beryoga tetapi tak usahlah baca mantramnya. Gemasindah nak tahu sama-ada amalan yoga tu boleh menjadi ke kalau mantram tak dibaca.!!! Yang dah masuk yoga boleh beri jawapan ke ?

Gemasindah teringat membaca satu rencana di Mingguan Malaysia, tulisan Prof Dr Fatah Harun , ilmuan dalam bidang Usuluddin yang bertanya kenapa wanita islam beryoga..kenapa tidak sembahyang sahaja kerana perbuatan dalam sembahyang itu pun senaman dan boleh menyihatkan badan.....dan macam macam lagilah..

Berbalik kepada melayari youtube tadi gemasindah terjumpa video budak jelai live...bila tengok lagi aduih banyak betul video video Made In Jelai....salah sorang budak perempuan tu gemasindah macam kenal je .....

Gemasindah yang dah tua ni tak faham sangatlah kerenah budak budak muda hari ini...tapi tak semua pelakun video jelai orang muda ..ada juga yang dah tua ganyut nampak.

Apa dah jadi dengan Jelai ? Siapakah yang memasukkan video dalam you tube tu ?

Kenapa perkara ni boleh berlaku ? Kenapa mereka tak macam orang islam ? Kenapa mereka nak jadi macam orang putih dan orang jepun dan lainlain bukan islam ? Kenapa berlaku diJelai..kenapa tak berlaku di Jengka..di Keratong ke ...di Kuala Lumpur, Penang dan JB bolehlah kita kata ...pengaruh hidup dibandar ?

Apa tindakan masyarakat ? Apa tindakan pihak berkuasa agama ? Pengurusan felda ? JKKR, UMNO dan GPW ? Orang macam ni ( yg dewasa tu ..halau je dari Jelai )

Apa yang boleh kita lakukan untuk membenterasnya ?

Gemasindah mintalah pandangan dan komen pembaca semua. Perkara sebegini takda apa yang nak kita banggakan ..malu adalah. Jelai jadi kawsan produksi video lucah amatur !!!

Balik semula hal yoga ....

Barangkali ada benarnya , pendapat Dr Fatah Harun bahawa aktiviti sembahyang itu ada senamannya..yalah berdiri, rukuk, sujud, bangun semula dsbnya. Tetapi pada gemasindah kenyataan ini boleh mengelirukan..apakan tidak ramai wanita yang tak pernah tinggal sembahyang ( melainkan uzur ) tetapi masih juga gemuk gedempol...tak langsing dan seksi pun ??? Takut juga satu hari nanti kita tengok anak anak gadis kita rukuk dan sujud di Taman Rekreasi . Bila tanya buat apa tu dik ? Dia jawab senam bang !!!!

Mahasuci Allah ..yang menurunkan Islam dan mengakui Islam sebagai satu satunya agama yang direstuiNya. Islam itu agama yang lengkap sejak dulu, kini dan selamanya..sepanjang zaman..hingga kiamat.

Oleh kerana Islam itu agama yang lengkap , maka sudah tentu ada amalan dan ada ajaran seumpama yoga malah lebih baik dari yoga dalam agama Islam. Kalau tidak ada...orang yang berkata begitu sebenarnya tidak tahu atau belum tahu atau sememangnya jahil dalam pengetahuan agamanya.

Dalam hal ini, Dr fatah Harun sebagai ilmuan Islam sewajarnyalah membicarakan hal ini. Buat kajian dulu berkaitan yoga, dah tu tengok dalam ilmu Islam , lepas tu arah pendakwah atau uztaz uztas guna pelbagai forum dan media supaya gadis , wanita melayu, mak datin mak datin yang beryoga tu tahu....Oh oh ..dalam agama aku ada amalan lebih baik dari yoga ni..aku orang islam ..eloklah aku ikut ajaran agamaku...

Menulis untuk menempelak orang beryoga dengan mengatakan macam macam..bukan usaha dakwah yang baik...ya tak ? Wanita Islam yang masuk yoga tu ...gemasindah rasa ..takda niat pun nak jadi hindu...dia nak langsing dan seksi aje....dia masih mengamalkan cara hidup islam, sembahyang puasa dan sebagainya.

Cuma...orang hindu buat kerja kuat dalam berdakwah diperingkat antarabangsa ..melalui gerakan hare rama hare krishna..malah maharishi yogi ..menjelajah seluruh dunia mengambangkan yoganya...macam orang jepunlah ..menjelajah seluruh pelusuk alam mengembangkan karate do nya.Kini seluruh dunia tak kira bangsa dan agama mengamalkan yoga dan karate do.

Apakah amalan dalam Islam yang lebih baik dari yoga ????

Jawapannya dalam entri akan datang....

Gemasindah...sedih tengok anak peneroka dan bapak peneroka Jelai..segelintir tetapi bagaikan kerbau membawa lumpur yg busuk...haprak.Salam Takzim.....

1 ulasan:

  1. orang yang tulis nie family ko ok ke?jgn dah tulis hal orang pusing belakang family ko yang tak betul lak!!!

    BalasPadam