KITA PERLU BELAJAR ILMU AGAMA SELAGI KITA HIDUP…….
BETULKAH KITA MEMAHAMI AGAMA YANG KITA ANUTI ?????
BAHAGIAN 3/3.
Keduanya ( berkaitan sebab lalai ) penulis ingin merujuk dan mengemukakan beberapa Ayat Ayat Al-Quran. Yang pertama ialah ayat ayat yang merujuk kepada definasi Iman seperti yang dijelaskan oleh Allah sendiri ( didalam Al-Quran ) yang bermaksud :-
a. Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan percaya kepada Hari Akhirat.
Maksudnya orang orang yang tidak bersolat enggan menunaikan zakat dan tidak percaya kepada Hari Akhirat ialah orang orang yang tidak beriman.
b. Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang tidak takut berkurangan pahala dan tidak pula takut bertambah dosa.
Maksudnya ialah orang orang yang bermal ibadah seperti bersolat kerana takut berdosa atau inginkan pahala maka orang orang itu tidak beriman. Intipatinya ialah orang yang inginkan pahala dan takut berdosa itu tidak ikhlas. Orang yang tidak ikhlas menurut Allah ialah orang yang tidak beriman.
c. Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang apabila disebut sahaja Nama Allah maka GEMENTAR-lah JIWAnya. ( Yang gementar itu ialah JIWA bukan badan, dan Gementar itu bukan bermaksud takut . Takut ialah GENTAR )
Maksudnya ialah orang orang yang apabila disebut sahaja Nama Allah walaupun sampai beribu kali, tidak merasa apa apa pun, apatah lagi Gementar belum lagi beriman atau tidak beriman ( menurut Allah bukan menurut kata kata ulama ‘ )
Penulis juga ingin merujuk kepada beberapa lagi Ayat Ayat Al-Quran yang bermaksud :-
a. Bukanlah kehendak kamu, kesemuanya adalah Kehendak Allah jua ( belaka. )
Maksudnya ialah manusia itu walaupun kelihatan banyak kehendak atau kemahuan sebenarnya - tidak langsung mempunyai kehendak kerana ( melalui Ayat diatas ) Allah menegaskan bahawa kehendak kehendak kita itu pada hakikatnya bukanlah kehendak kehendak kita. Kesemuanya adalah Kehendak Allah yang disampaikan melalui kita sebagai manusia. Kehendak atau Iradat didalam bahasa Arab itu adalah Sifat IRADAT Allah pada hakikatnya. Berkaitan sembahyang kita telahpun menafikan kehendak kita dan mengakui akan Kehendak Allah bila menjawab lafaz Bilal ketika bilal menyuarakan azan itu. ( Hauqalah )
b. Allah menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu.
Maksud ayat ini sangat jelas dan itulah maksudnya. Cuma kerana ianya amat jelas barangkali sebab itulah ramai diantara kita ambil mudah sahaja dan terus berkeyakinan bahawa perbuatan perbuatan manusia itu tiada kaitan langsung dengan Allah, kerana pada mereka Allah itu Tuhan dan mereka sebagai manusia adalah hamba.
Perbuatan disebut juga sebagai Af’al atau Fi’il. Untuk melakukan sesuatu kita mestilah ada Daya atau Kuasa. Sifat Allah yang bererti Berkuasa ialah Sifat QUDRAT-NYA. Berkaitan sembahyang kita telah-pun mengakui bahawa tidak ada daya kita melainkan DAYA dan QUDRAT Allah jua ketika menjawab Lafaz bilal juga . ( Hauqalah )
c. Setiap sesuatu adalah KOSONG melainkan ZATNYA ( Zat Allah )
Maksudnya ialah setiap benda termasuk kita adalah KOSONG pada hakikatnya. Semua benda dijadikan oleh Allah. Maksud kosong ialah TIADA. Maksudnya ialah kita ini pada hakikatnya tidak mempunyai
wujud. Wujud maksudnya ADA. Yang ada pada setiap sesuatu itu pada hakikatnya atau sebenarnya ialah Zat Allah. Maka zat kita sebagai manusia yang kelihatan ADA itu ialah Zat Allah. Yang menanggung atau yang mengandung Zat Allah itu ialah Badan atau jasad kita. ( Inilah yang dirujuk oleh Allah sebagai AMANAH atau RAHSIA ALLAH yang kita kandung.) Maka menjadilah Badan atau Jasad kita itu sebagai Sifat Allah.
Untuk apa dan untuk siapa ? Jawabnya ialah untuk Allah jua yaitu untuk menunjukkan akan KeagunganNya ( Sifat Jalal ), KeindahanNya ( Sifat Jamal ) dan KesempurnaanNya ( Sifat Kamal )
Penulis ingin mengajak pembaca menghuraikan kesemua ayat ayat diatas untuk mencari sebab sebab kenapa berlaku Lintasan Fikiran ketika membaca Fatihah ( didalam sembahyang ) hingga menjadikan sembahyang sesaorang itu LALAI dan dikutuk / disumpah oleh Allah.
Jika orang yang menyumpah kita, kita bolih kata “ tak mengapa “ . Jika yang menyumpah itu Allah – maka ianya AMAT BERAT SEKALI. Jadi – janganlah kita sekali-kali lalai dalam sembahyang kita. Yang ganjilnya ialah Allah tidak pula menyumpah CELAKA bagi orang yang tidak sembahyang. Orang yang kena sumpah itu orang yang sembahyang TETAPI LALAI. Fahamkanlah.
Allah menegaskan TIADA KEHENDAK KITA – SEMUANYA KEHENDAK atau IRADAT ALLAH. Jadi ingatlah Yang Hendak sembahyang itu bukanlah kita tetapi Allah. Kalau kita kata dan yakin kitalah yang hendak sembahyang maka kita derhaka terhadap Firman Allah ditas. Orang derhaka memang patut kena SUMPAH lebih lebih lagi kita telahpun mengaku bahawa kita tiada kehendak sebelum kita mendirikan sembahyang itu yaitu ketika mengatakan La Haulawala ………….. ( Hauqalah )
Allah juga menegaskan bahawa kita ini sebagai manusia tidak ada daya upaya sehingga segala gerak dan diam kita setiap detik dan ketika adalah Perbuatan atau Af’al Allah kesemuanya. ( rujuklah Firman Allah diatas : Aku jadikan kamu dan segala perbuatan kamu. )
Yang demikian kenapakah anda mengaku anda yang sembahyang menyembah Tuhan anda yaitu Allah. Sekali lagi anda derhaka terhadap Firman Allah. Ingatlah : Orang derhaka memang patut kena SUMPAH lebih lebih lagi kita telahpun mengaku bahawa kita tiada kehendak sebelum kita mendirikan sembahyang itu yaitu ketika mengatakan La Haulawala…….
Melalui Ayat No : 3 yang dirujuk diatas, Allah menegaskan atau memberitahu kita bahawa semuanya adalah kosong melainkan ZatNYa yaitu ZAT ALLAH. Jika kita ini kosong yang bermaksud TIADA atau TIDAK WUJUD maka bolihkah kita menjadi HAMBA untuk MENYEMBAH KHALIK atau TUHANNYA ?. Sekali lagi kita melakukan KEDURHAKAAN TERHADAP ALLAH. Ingatlah : Orang derhaka memang patut kena SUMPAH lebih lebih lagi kita telahpun mengaku bahawa kita tiada kehendak sebelum kita mendirikan sembahyang itu yaitu ketika mengatakan La Haulawala ………….. ( Hauqalah )
Saudaraku …………………
Barangkali inilah sebab sebab kita LALAI. Lintasan Fikiran itu sebagai petanda Allah membatalkan solat kita. Tetapi kita teruskan juga sembahyang kerana kalau tidak sembahyang BERDOSA dan akan MASUK NERAKA. Ingatlah jika anda sembahyang kerana hendakkan pahala dan anda takut tidak sembahyang kerana anda takut berdosa anda tidak beribadah kepada Allah dengan ikhlas. Menurut Allah …… anda tidak beriman …. Sembahyang orang yang tidak beriman tidak diterima oleh Allah…… ya barangkali.
RUMUSAN
Berdasarkan penerangan penulis maka barangkali sebab lalai itu bolihlah dirumuskan seperti berikut :-
a. Disebabkan wudhu kita tidak sempurna.
b. Disebabkan Niat anda sembahyang takut berdosa dan inginkan pahala.
c. Disebabkan anda mengertikan sembahyang itu ialah hamba MENYEMBAH Tuhannya yaitu Allah sedangkan menurut Allah anda itu kosong. Maka tiadalah Yang Menyembah dan Yang Disembah.
d. Disebabkan oleh kejahilan anda tentang Hakikat Diri anda. Ini adalah kerana anda tidak mahu mengikut Perintah Allah yaitu : Awal Awal Agama ialah Mengenal Allah. Anda juga enggan mendengar apa lagi mengkaji dan mempelajari Perintah Allah yaitu : Siapa yang mengenal DIRINYA sungguh telah Mengenal Tuhannya. Sesiapa Yang Mengenal Tuhannya BINASA-lah DIRINYA.
Namun begitu, rumusan ini hanyalah merupakan PERCUBAAN penulis untuk mencari jawapan kepada persoalan LALAI itu. Andalah yang memberi penilaian atau markahnya. Kalau anda fikir apa yang penulis tulis ini BETUL, maka ikutlah jika anda berpendapat penulis hanya MENGARUT maka KARUT-lah kesemuanya ini.
APAKAH YANG BOLIH DILAKUKAN – SUPAYA SOLAT TIDAK LALAI
FAHAMILAH ERTI SOLAT
Ya, saudaraku apakah yang perlu kita lakukan supaya sembahyang kita khusu’ dan kita tidak lagi dikatakan LALAI ?
Sebelum itu eloklah kita perhatikan kata kata Ulama’ berkaitan SOLAT atau SOLAH atau apa yang kita sebut sebagai SEMBAHYANG. Pertamanya kita rujuk pendapat Sultan Kepada Para Wali : Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani melalui Kitab beliau : SIRRUL ASRAR :-
Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ada DUA JENIS SOLAT yang disebutnya sebagai :-
a. SOLAT SYARIAT : Solat lima waktu sehari semalam.
b. SOLAT WUSTHA : Solat Hati Selama-lamanya
Solat Wustha juga dirujuknya sebagai SOLAT TARIQAT. Disalin semula petikan dari Kitab Sirrul Asrar untuk pemahaman saudara pembaca :-
Firman Allah : Al-Baqarah : Ayat 238
Hendaklah kamu menjaga solat solatmu dan solat wustha ( yang ditengah )
Solat Syariat ialah solat seluruh bdan yang zahir dengan gerakan tubuh, seperti badan berdiri, lidah membaca, ruku’ sujud, duduk, mengeluarkan suara dan bacaan bacaan. Solat Syariat mempunyai waktu tertentu didalam satu hari satu malam lima kali beserta sunatnya. Solat Syariat dilakukan dimesjid dengan berjamaah sama sama menghadap Ka’bah dan mengikuti Imam, tanpa riak, ujub dan sum’ah.
Adapun Solat Tarikat adalah solat hati selama-lamanya dan dirujuk oleh Allah sebagai SOLAT WUSTHA yang bermaksud SOLAT HATI, kerana hati manusia itu berada ditengah badan, antara kanan dan kiri antara atas dan bawah dan diantara bahagia dan celaka.
Solat Tariqat dilakukan selamanya tanpa batas waktu selama kita hidup didunia dan juga diakhirat. Mesjidnya bukan bangunan tetapi HATI. Berjemaahnya ialah terpadunya kesucian batin dengan selalu memperdengarkan TAUHID dengan lisan batin. Imamnya ialah Rasa Rindu didalam hati untuk sampai kepada Allah. Kiblatnya ialah Hadrat dan Keindahan Allah. Itulah Kiblat Hakiki. Hati dan Ruh selamanya tidak terlepas dari solat ini.
Solat Hati dilakukan dengan hidupnya hati TANPA SUARA, berdiri dan duduk : ia selalu berhadapn dengan Allah dengan ucapan : KepadaMu kami beribadah dan kepadaMu kami memohon pertolongan.
Solat yang pokok ialah Solat Hati. Bila solat hati dilupakan maka rosaklah solatnya, dan bila rosak solatnya rosak pula solat seluruh badannya.
Sabda Nabi saw:-
Tidaklah sah solat sesaorang kecuali disertai dengan hadirnya hati.
Sesungguhnya orang yang solat itu sedang bermunajat ( berdialog ) dengan Tuhannya. Alat munajat ialah hati. Bila hati lupa maka batallah solatnya dan solat badannya, kerana hati itu pokok utama dan anggota badan yang lain mengikutinya.
Bila dua solat : solat syariat dan solat hati telah berpadu lahir dan batin maka sempurnalah solat itu dan pahalanya pun sangat besar.
Syeikh Muhammad Ibrahim Gazur – i – Ilahi didalam kitabnya Ana Al-Haq menjelaskan bahawa :-
Solat atau Solah itu diambil dari perkataan WASLAT yang ertinya ialah Lekat atau Menghampiri. Beliau juga mengatakan ada dua jenis solat yang perlu dilakukan oleh sesaorang muslim itu yaitu :-
a. Solat Lima Waktu
b. Solat Yang Berkekalan
Firman Allah : Al-Mikraj : 23
Al-lazi nahum ala solatihim daa-I muun
Mereka yang solatnya berkekalan.
Firman Allah : Al-Baqarah : 115
Fa-ai-na-maa tuwallu fa-sam-ma – wajhullah
Kemana sahaja kamu menghadap muka kamu disitu ada wajah Allah
Diperturunkan petikan petikan dari Kitab Ana Al-Haq untuk renungan saudara pembaca :-
a. Sembahyang lima waktu menghadap Ka’abah. Sembahyang yang berkekalan menghadap kepada Wajah Allah.
b. Sembahyang orang yang cinta ( kepada Allah ) ialah memfana’kan diri ( menganggap diri itu kosong – tiada wujud ) sembahyang orang awam ialah rukuk dan sujud.
c. Sembahyang ini ialah MIKRAJ bagi orang mukmin. Setelah mengosongkan dirinya daripada dirinya, beliau sampai kepada yang dicintai ( Allah ) Ini dikatakan sebagai Maqaman Mahmudan oleh Allah yang bermaksud Makam Terpuji. Pada peringkat ini dia memperkatakan ucapan sembahyangnya kepada dirinya.
d. Sembahyang mempunyi dua aspek – badan dan ruh. Zahirnya berkaitan dengan peraturan peraturan dan hukum hukum dan batinnya berkaitan dengan ruh. Jika yang berkenaan dengan badan itu sahaja yang dipentingkan tetapi yang berkenaan dengan ruh – yang memandang Allah dan memfana’kan diri – tidak dicapai maka jadilah sembahyang itu badan yang tidak bernyawa. Jika ruh sahaja dipentingkan dan badannya tidak dipedulikan maka jadilah sembahyang itu umpama nyawa tanpa badan.
e. Sujud menhdap Kiblat adalah syirik jika tidak disertakan sujud kepada Allah dalam kesedaran jiwa. Oleh itu simukmin hendaklah menukarkan hadapnya dari kiblat kepada Haq dan ini dilakukan semasa berniat didalam sembahyang.
f. Menghadap kepada Allah itu ialah sembahyang yang berkekalan. Sembahyang yeng berkekalan ini tidak bolih ditangguh-tangguh. Sembahyang lima waktu bolih ditangguh.
g. Lalai semasa sembahyang bermaksud LALAI KEPADA WUJUD MUTLAK yaitu Allah.
Wudhu’ itu ialah penceraian dan solat itu ialah penyantuman. Yang telah bersatu hendaklah diceraikan dahulu semasa berwudhu dan disatukan semula semasa solat. Anda tidak akan bolih melakukan solat yang kekal ini jika anda belum bolih menceraikan diri anda.
Saudara pembaca,
Petikan petikan diatas mungkin sukar untuk difahami jika anda tidak belajar Ilmu Tasauf. Namun jika dibaca berulang-ulang Allah akan memberi anda kefahamannya. Percayalah. Janganlah bimbang cuba lakukan solat anda seperti cara cara yang dijelaskan dibawah :-
SEDIKIT BERKAITAN INTIPATI PUASA / SAUM
Dipetik dari kitab SIRRUR ASRAR
Al-Quran merujuk Puasa sebagai SAUM. Mengikut As-Syeikh Abd Qadir Jailani didalam kitabnya Sirrur Asrar, ada tiga jenis Puasa yaitu :-
1. PUASA SYARIAT – yaitu menahan diri dari makan, minum dan bersetubuh pada siang hari sepanjang Bulan Ramadhan.
2. PUASA TARIQAT – yaitu menahan seluruh anggota badan dari segala perbuatan terlarang dan menjauhi sifat sifat tercela seperti ujub, riyak dan sum’ah. Puasa ini dilakukan sepanjang hayat.
3. PUASA HAKIKAT – yaitu menjaga hati dari selain Allah dan menjaga rasa agar tidak mencintai selain Allah. Puasa ini juga dilakukan sepanjang hayat.
Hadith Nabi saw : berkaitan hasil puasa :-
Ramai orang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga. Ramai juga yang berpuasa tetapi berbuka dan ramai juga yang berbuka tetapi berpuasa. Maksudnya perut mereka tidak berpuasa tetapi anggota lain dan hati mereka berpuasa yakni mereka sentiasa mengingati dan mencintai Allah. Begitulah tingginya tahap Puasa Tariqat dan Puasa Hakikat hingga dibolihkan makan dan minum disiang hari pada Bulan Ramadhan.
Salam NurMuhammad,
BalasPadamSaya, masih mencari dan masih berusaha untuk mengenal.. tetapi saya dikejutkan dengan Hadith Nabi s.a.w yang tuan nyatakan untuk dibaca umum ini iaitu "Begitulah tingginya tahap Puasa Tariqat dan Puasa Hakikat hingga dibolehkan makan dan minum disiang hari pada Bulan Ramadhan."
Hadith ini terpaksa saya abaikan kerana mungkin belum disyariatkan kepada saya (mungkin) kerana apa yang saya ketahui berpuasa adalah "menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari"
Mohon bantuan untuk menjelaskan kepada saya dengan lebih lanjut.
sekian