Sabtu, 10 April 2010

KISAH BENAR - KISAH CINTA YANG TRAGIS

KISAH CINTA YANG TRAGIS

Hari ini 10/4/2010 Utusan Malaysia melapurkan saorang pemuda Indonesia memotong leher kekasih isterinya hingga hampir putus. Semalam diceritakan pula tentang kisah saorang pemuda Myanmar memukul kekasih isterinya hingga mati. Kedua-dua kes melibatkan orang Islam.

Inilah akibat kisah cinta tiga segi dan akibat kecurangan wanita bergelar isteri. Yang menerima padah ialah suami yang nyata tidak lagi dapat menahan rasa marah, kecewa dan malu kerana sudah lagi dikatakan tidak bermaruah.

Si-Myanyar sudahpun mengetahui nasibnya iaitu akan mati ditali gantung. Pemuda Indonesia yang disebut diatas masih belum dapat ditangkap polis. Jika dapat ditangkap dan kes dibawa ke mahkamah keberangkalian menerima nasib yang sama dengan si-Myanmar adalah tinggi.

Kedua lapuran akhbar diatas mengingatkan gemasindah tentang cerita dua orang sahabat. Sahabat yang pertama sudahpun kembali ke-Rahmatullah beberapa tahun yang lalu pada usia yang sangat muda – 38 tahun.

Sahabat yang kedua , masih hidup tetapi sekarang ini sedang melalui satu fasa kehidupan yang amat sukar dan mendatangkan penderitaan Dari segi duniawinya semuanya akibat kisah cinta yang tragis. Pada hakikatnya semuanya ini adalah Kehendak Allah belaka yang perlu dipelajari oleh orang lain sama-ada sebagai tauladan atau sempadan.

Untuk menyampaikan cerita benar ini gemasindah perlu menukar nama dua sahabat itu dan juga nama nama isteri masing masing , juga nama “ crook “ yang menjadi punca segala cerita.

KISAH CINTA TRAGIS SATU.

Sisuami dinamakan sebagai Mazlan ( bukan nama sebenar ) . Gemasindah mula mengenali Mazlan ketika mengajar si Mazlan disabuah sekolah menengah di Negeri Sembilan.

Si-Mazlan merupakan anak muda yang bercita-cita tinggi. Pertama dia berhajat untuk menjadi jutawan sebelum berumur 45 tahun. Kedua , setelah menjadi jutawan dia berhajat untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Hajat dan cita-citanya ini disampaikan kepada gemasindah semasa si Mazlan berada di tingkatan 5.

Si-Mazlan bekerja kuat untuk mencapai cita-citanya. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Bangi. Semasa di tahun pertama beliau bertemu dengan saorang gadis tinggi lampai yang jelita dan berperawakan lembut. Gemasindah namakan gadis ini sebagai Halimah. Keduanya bernasib baik kerana satelah mendapat ijazah dalam bidang masing masing, bekerja di tempat yang sama iaitu di-Seremban. Tidak lama satelah mendapat pekerjaan pasangan kekasih itu berkahwin dan dikurniakan dua orang anak perempuan yang cantik dan comel. Hidup mereka nampak normal, aman dan damai.

Cerita bermula apabila si Mazlan berhenti kerja dengan agensi kerajaan dimana dia bekerja selama ini akibat ura ura pertukaran ke Sabah. Mazlan meletak jawatan dan bekerja disyarikat gemasindah selama 2 tahun .Selepas itu Mazlan membuka syarikatnya sendiri yang memajukan satu projek perumahan.

Cara si-Mazlan bekerja untuk mencapai cita-citanya tidak terikut oleh orang lain termasuk gemasindah sebagai guru perniagaannya. Siang dan malam bekejar kehulu-kehilir menguruskan perniagaannya. Adakalanya balik kerumah jam 11.00 malam, jam 2.00 pagi sudah berlepas dengan kereta untuk ke Johor Baru kerana jam 8.00 pagi esokhari perlu bertemu Menteri Besar , Johor. Begitulah kehidupannya saban hari ..mengejar waktu dan mengejar wang ringgit.

Sudah tentulah si Halimah yang seringkali sahaja ditinggalkan suami berasa sunyi. Nasib baik jugalah dia juga selalu keluar menghadiri seminar dan mesyuarat disana sini dan seringkali keluarnegara. Yang jadi pelik jika keluar berseminar diluarnegeri atau yang didalam negeripun selalu bersama bosnya yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Pengarah di-satu jabatan penting di Negeri Sembilan. Gemasindah namakan pengarah muda ini sebagai Dr Azlan.

Gemasindah memang kenal bos si Halimah ini kerana selalu berurus dengan beliau. Pengarah ini memang boleh dikatakan handsome dan merupakan saorang professional berkelulusan PhD.

Hendak menjadi cerita, pada satu hari si-Mazlan menghantar Halimah ke lapangan terbang Subang ( ketika itu belum ada KLIA ) kerana hendak Halimah hendak menghadhiri seminar di Paris. Selalunya bila menghantar Halimah ke airport, sebaik sahaja Halimah turun , Mazlan akan terus pulang kerumah atau kedestinasi perniagaannya . Tetapi atas Kehendak Allah jua, pada kali ini Mazlan tidak berbuat seperti biasanya. Setelah meletakkan kereta dia masuk semula ke kawasan check ini …tetapi Halimah telahpun tiada, barangkali sudah masuk ke Balai Berlepas.

Mazlan terus bergegas ke pintu masuk Balai Berlepas. ( Di-Subang Airport kita boleh nampak sebahagian ruang Balai Berlepas dari luar ). Alangkah terperanjatnya Mazlan bila dia ternampak Halimah sedang berpelukan dengan Dr Azlan. Lututnya tiba tiba jadi lemah dan Mazlan terus jatuh terjelepok diatas lantai. Pegawai Keselamatan Subang Airport mendukung Mazlan dan mendudukkannya di kerusi .

Selepas mendapat kekuatan akibat terperanjat tadi, Mazlan menghubungi rakankongsinya …( gemasindah namakan Mr Lee ). Mr Lee terus ke Airport dan membawa Mazlan balik kekampong untu ditenangkan oleh ibunya. Pada malam itu juga Mr Lee ( yang juga sahabat gemasindah ) menelefon gemasindah..kerana barangkali katanya Mazlan akan datang kerumah gemasindah ( di gemas of course ) esok harinya. Gemasindah telah terlebih dahulu mendapat cerita Mazlan dari Mr Lee.

Keesokan harinya Mazlan bersama ibunya datang kerumah gemasindah…tersangatlah sedih gemasindah melihat keadaanya ..dari pintu masuk sliding door merangkak ..sambil meraung menuju gemasindah….cikgu ..cikgu tolonglah saya …Azlan dah curi Halimah…itulah yang diulang-ulangnya…Gemasindah hanya dapat memeluk Mazlan…dan gemasindah juga menangis…Gemasindah nasihatkan Mazlan supaya menunaikan umrah dan bermohon kepada Allah agar membantunya…semuanya adalah Kuasa Allah jua.

Satelah Halimah balik dari Paris , Mazlan menceraikanya. Mazlan juga pergi bertemu Dr Azlan dan meminta Dr itu berkahwin dengan Halimah satelah sampai edah. Mulia hati budak tu…Salepas itu Mazlan ke Mekah bersama ibunya menunaikan umrah.

Satelah sampai edah..Dr Azlan tidak mahu berkahwin dengan Halimah. Barangkali takut pada isterinya atau peraturan untuk beristeri dua sangat susah ketika itu. Akibat malu Halimah pergi ke Australia untuk meneruskan pelajaran.
Halimah membawa bersama kedua orang anaknya.

Cinta Mazlan terhadap Halimah tidak ada putusnya ( hingga ke akhir hayatnya ) Maka setiap bulanlah dia ke Australia atas alasan hendak menengok anaknya.

Di-Australia Mazlan bertemu saorang gadis Indonesia dan satelah berkenalan selama seminggu terus kahwin. Mazlan menjemput gemasindah dan Mr Lee kerumahnya di Seremban untuk makan malam sambil memperkenalkan isteri baru Indonesianya. Pada mata gemasindah isteri baru Mazlan lebih cantik dari Halimah tetapi nampak macam high class girl.

Namun gemasindah bersyukur ke Hadrat Allah kerana telah menemukan jodoh mereka berdua…pada perkiraan gemasindah berakhirlah sudah penderitaan mazlan..alhamdulillah.

Sangkaan gemasindah meleset…kerana pada suatu hari ..Mr Lee minta gemasindah datang Ke KL pada masa itu juga…Kata Mr Lee ..brother you kena datang KL jumpa macai you…si Mazlan ni ..nasihatkan dia…dia dah semakin teruklah….cakap I ..dia dah tak mahu dengar….you cubalah nasihatkan dia…

Mengikut Mr Lee si Mazlan setiap malam mabuk…dan berpeleseran dengan gro gro kelab malam….sudah tidak bertumpu pada perniagaan nya lagi…isteri Indonesianya dah ..balik ke Australia…kini Mazlan dan kahwain dengan saorang akauntan bangsa cina dari Sarawak katanya…tetapi perangai berpeleserannya tak pernah berubah…

Saya menasihatkan Mazlan agar kuatkan semangat..ingat kepada Allah…berdoa agar Allah membantunya melupakan Halimah…tak baik balas dendam cara begini….yang salah Halimah kenapa wanita lain menerima akibatnya….

Mazlan angguk angguk sahaja…adalah jelas gemasindah juga gagal untuk menasihatinya…

Beberapa bulan selepas itu , Mr Lee menelefon gemasindah agar datang melawat Mazlan di hospital melaka. Mr Lee kata dia bersama Mazlan ke Melaka atas urusan perniagaan..tiba tiba sahaja Mazlan jatuh dan pingsan …doktor mengesahkan kedua buah pinggangnya sudah rosak.

Gemasindah menasihatkan Mazlan agar pergi ke India untuk beli buah pinggang. Duit bukan masalah kerana ketika itu Mazlan sudahpun mencapai cita-citanya untuk menjadi jutawan. Mazlan menjawab …takpalah cikgu..hidup dah tak guna lagi ….saya dah lama mati dah ..sejak Halimah hancurkan hati ini …

Setiap 3 hari sekali Mazlan berulangalik ke hospital di Seremban untuk buat dailisis. Untuk pulih tiada harapan lagi sebab kedua-dua buah pinggang sudah rosak.

Beberapa bulan salepas itu semasa gemasindah berada di Seattle , Amerika, Mr Lee memberitahu melalui telefon bahawa Mazlan enggan melakukaun dailisis, dia balik kampong nak cuba ubat kampong katanya….dan setelah dua kali tidak cuci darah..Mazlan koma selama 11 hari dan meninggal dunia. Mazlan kembali menghadap Allah semasa gemasindah berada di-luarnegara.

Mengikut cerita Mr Lee ( diceritakan kepada gemasindah selepas balik dari Amerika ) Mazlan telah meninggalkan wasiat kepadanya untuk menyerahkan satu beg berisi RM 1,500,000.00 ( satu setengah juta RM ) kepada Halimah. Mengikut Mr Lee juga, dia telah beritahu Halimah tentang Mazlan yang sedang koma…Halimah balik ke Malaysia dan menziarahi Mazlan sambil meraung raung minta ampun…apakan datya Mazlan sudah tidak boleh menjawab..

Pada hari pengkebumian…Halimah meraung-meronta bagaikan orang gila memeluk tanah kuburan Mazlan…..

Dua tiga bulan selepas itu gemasindah menerima panggilan dari ibu si Mazlan meminta gemasindah menghalalkan hutang Mazlan ..sebanyak kira.. banyak jugalah..si ibu yang malang merayu…makcik tahu Mazlan ada berhutang dengan cikgu…makcik tak dapat bayar..semua duit arwah ..diberikan pada Halimah…Halimah sudah tak dapat dihubungi…tolonglah cikgu ..tak kan cikgu sampai hati tengok muka Mazlan lebam…katanya..

Gemasindah sebut secara berlafaz…ya makcik demi Allah saya halalkan hutang mazlan pada saya dunia akhirat……

Begitulah cerita Cinta Tragis Satu …yang kekadang buatkan airmata gemasindah meleleh bila teringat….next entri Kisah Cinta Tragis 2.

2 ulasan:

  1. aku tak sangka bagai mana aku nal luah kan kata kata binta yang tak sekadar datang dari bibir tapi hati yang paling mendalam

    BalasPadam