Rabu, 7 April 2010

GEMASNEWS......April First Week

GEMASNEWS ….april first week


SAWAH LONDAH BERJAYA TAMBAH PENDAPATAN ORANG KAMPONG

1 Sawah Londah yang diusahakan penduduk kampong adalah satu –satunya sawah tradisi di Negeri Sembilan. Sawah ditempat lain dibuat secara komersial , kebanyakan pengusaha dari Kedah dan Selangor.

2 Nampaknya ramai anak muda Kg Londah , dah mula minat bersawah..ada yang buat sampai 10 ekar …

3 Dengan adanya bantuan sabsidi baja , dan sabsidi harga belian padi..hasil usaha petani ..nampaknya berbaloi dalam semusim ( l.k 4 bulan ) ada yang dapat RM 18,000 hasil jualan padi..kira oklah..purata RM 4,000.00 sebulan

4. Ramai cikgu yang bersawah di Londah..untuk tambah pendapatan maklumlah anak masih ramai sekolah

5. Pesawah berebut-rebut memajak sawah ..pemilik yang sudah tak daya buat sawah lagi hingga ada yang berkecil hati dan bermasam muka

6. Jabatan Pertanian perlulah adakan kursus agar pesawah Londah dapat capai target nasional 10 tan sehektar.


BERUK & KERA TERUS MENGGANAS DIKAMPONG ULU LADANG dan dll kg

1 Nampaknya Kompleks Jabatan Penghilitan di Kg Ulu Ladang dah hampir siap.

2 Adalah diharapkan bila kompleks ini mula beroperasi nanti, usaha pertama yang patut dilakukan ialah penyelesaian muktamad masalah serangan beruk dan monyet bukan sahaja di Kg Ulu Ladang tetapi juga dikampong kampong lain.

3 Oleh kerana makanan sudah tiada dihabitat asalnya beruk dan monyet masuk kampong ..cari makan…banyak kes ..beruk duduk makan dimeja makan tuan rumah..selongkar periuk ..Orang kampong dah lama dah..tak dapat makan hasil pokok buah-buahan. Lama juga dah orang kampong tak bela ayam sebab telur habis dimakan beruk….

Kita tak naklah dengar seribu macam alasan Jabatan Penghilitan berkaitan beruk ini nanti….masalah dah serius ..jangan pulak beruk nanti jadi penyebar macam macam penyakit…kalau tak nak bunuh..buatlah perangkap banyak-banyak , tangkap dan hantar beruk , monyet dan ungka tu ke Taman Negara.

4. Gemasindah nak beri ingatan kepada pengguna jalanraya ..berhati-hatilah
ketika lalu dekat kompleks penghilitan ini, sebab entah siapa punya cerdik buat kompleks tu dekat selekoh bahaya.

CHICKEN CHOP GEMAS STATION KOPITIAM KEKALKAN STANDARD

1 Semalam gemasindah makan chicken chop di Gemas Stesyen Kopitiam di Taman Desa Permai…..milik Abang Md Nor KTM.

2 Rasanya masih seperti dahulu..kira bestlah. ..tak caya cubalah…kedai cantik dan bersih..hiasan lokomotif wap dan lain lain gerabak kereta api..nampaknya..Abg Md Nor ni orang KTM tulen.

3 Agaknya kalau Bang Md Nor cari gadis ..cun..cun jadi tukang layan..ramai pemuda dan yang tak pemuda akan datang…..

AM JELAI 2 & KETUA KAMPONG HILANG SEMASA LAWATAN PENGARAH FELDA

1 Kelmarin Pengarah Felda dari Ibu Pejabat buat lawatan mengejut ke Felda Jelai 2. Eloklah gitu ….barulah tahu keadaan sebenarnya. Hasil ladang Jelai 2 dengarnya…yang paling teruk di NSDK. Bila agaknya orang Jelai 2 boleh dapat duit buah macam Sg Kelamah & Palong 3 ????

2 Dengarnya Tuan Rosebi ( pengurus – ayah haziq ) mengelabah mencari Penolong Pengurus – Musa & Ketua Kampong – Nursali…no contact handphone offf…takut ke ?

GURU BERKORBAN SIANG MALAM UNTUK MURID UPSR

1 Maklumat yang gemasindah perolehi ..ramai guru guru dibanyak sekolah di Gemas ini , sanggup berkorban siang malam buat kelas tambahan untuk pastikan murid murid UPSR dapat 5A semuanya. Ada yang buat kelas tambahan kat rumah…gemasindah salute spring pd cikgu dayang.

2 Gemasindah ucapkan syabas kepada guru guru ini….dan ucap berbanyak-banyak terima kasih. Tak payahlah pengetua buat kelas malam..sebab ramai cikgu tu perempuan..nanti ngamuk pulak laki dia. Cukuplah buat ..pada petang shj …dan pada hari sekolah shj…hari cuti sabtu dan ahad biarlah cikgu berehat bersama keluarganya.



PROGRAM CILI PPRT BANTU TAMBAH PENDAPATAN

Nampaknya projek cili PPRT di Pejabat Daerah dah mula round 2. Dengar dah mula diserang penyakit kerekot…tak secantik round 1 dulu. Konsultan Cumaniaga kenalah ambil tindakan segera kerana projek ni berjaya tambah income peserta…dan kerajaan dah pun belanja hampir RM 60,000.00

BANGUNAN TAMBAHAN PEJABAT DAERAH DAH SIAP …ADO BILA NAK GANTI

Bangunan baru Pejabat Daerah Gemas dah siap nampaknya. Cantik dan anggun. Bila lagi nak guna ? Lambat pun takpa. Yang perlu disegerakan ialah ADO pengganti…kini tinggal En Azmi sorang je. ADO Kanan En Razali dah jadi DO Tampin. En Khatib kursus di INTAN selama 6 bulan…kan pengsan si Azmi tu..

Gemasindah cadangkan eloklah hantar balik Encik Zahirin balik Gemas jadi ADO Kanan…orang Gemas suka kat dia…lagipun dia dah dapat Master Degree dah..dah bertambah ilmu….

PROGRAM LONJAKAN SAUJANA SYABAS PPD TAMPIN

Program Lonjakan Saujana PPD Tampin ..memang patut dapat pujian. Dengar bila ..Timbalan PPD Tampin buat cadangan program ni pd satu ketika dulu ada yang ketawakan dia…Bila dia jadi Timbalan PPD Tampin..dia laksanakan lah..
Baru –baru dibuat di STAR Gemas, next round di SKG.

Syabas Cik Puan.


REMPIT DI-KG LONDAH DAH AKTIF SEMULA ..POLIS KENALAH BERTINDAK

Rempit di Kg Londah oleh anak anak dari Kg Halacara Baru dah mula balik..dah setiap hari lepas Maghrib ..hiruk pikuklah.. Mintalah polis ambil tindakan. Tangkap dan panggil emak ayah dia orang ke balai. Mak ayah kena tanggungjawab..janganlah bila ada yang dah pecah tengkorak nanti baru nak meraong dan insaf.

ZUL TNB TENAT

Sahabat gemasindah Zul TNB sekarang sakit tenat di-hospital Seremban….bagi sahabat yg belum tahu ..eloklah lawat bila lapang



E-KASIH DAH MULA BUAT RAGAM…

Mengikut guru-guru SK Londah murid murid dar E-kasih dah mula buat ragam dah …selalu tak dtg sekolah termasuk yg nak ambil UPSR…takut pengaruhi murid kampong yg selama kini tak ada ponteng.

Pelajaran mustahak dalam usaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Jadi ibu bapa e-kasih kenalah ambil berat hal pendidikan anak anak…tak kan nak wariskan PPRT pada anak anak pula ..ya tak.

Gemasindah…tulis apa yang didengar sahaja..sbb bukan reporter professional.

3 ulasan:

  1. salam bro,
    yo lah eden nak komen sikit yo tontang bebudak dari e-kasih tu,
    memang adolah segelintir yang terlopeh pandang mak bapak diorang ni, mungkin tolampau sibuk nak mencari rezeki untuk keluargo dan memajukan diri al maklumlah tompek baru. totapi sesibuk bona pun kehidupan dan pelajaran anak2 kono perati jugak kan? kono kaunsel mak bapak diorang ni..haha
    ado sorang duo bebudak tompek den dapek e-kasih tu, baguslah dan diorang pun memang susah bona nampak ee sebolom ni..
    ni yang den nak kobaa an kek pomimpin kito ni,
    merancang mengumpulkan diorang ni memang bagus totapi macamano dongan mato pencarian? nak berniago tak ghoti dan gerenti melingkup.
    si mat dari kampung den tu sanggup berulang untuk motong gotah sejauh 60km pergibalik kekampung asal.
    kalau macam ni lah gayo ee alamat satu masalah lopeh, totapi sejuta masalah akan timbul.
    memang betol kata2 gemasindah, tok mat asyik nak bolo lombu yoo.
    setahu eden sekitar gemas banyak bahan2 asas yang bolih di komersalkan. ado balak, gotah, ketoapi, gaso ee tak do masalah kalau buekkan kilang untuk bebudak nak kojo.
    aduss loteh den!

    BalasPadam
  2. Terimakasih bro gotahlantun atas komen yang membina.

    Seperti yang saya sebutkan dlm entri yang lalu..pengelompokkan orang orang PPRT macam e-kasih Londah tu akan timbulkan banyak masalah bukan shj kpd peserta PPRT itu tetapi juga kepada masyarakat tempatan. Usaha asilimisasi penduduk e-kasih mestilah segera diusahakan..agensi yang majukan projek ni kenalah jadi perantara...yang paling penting ialah bak kata bro gotahlantun mata pencarian...kalau nak tumpu pada pengwujudan
    peluang kerja orang e-kasih shj..orang kampong londah akan bertambah cemburulah...

    Lain kali tak payah buatlah projek pengelompokan ini..teruskanlah pembinaan rumah PPRT seperti sebelumnya.

    Gemasindah.....menghargai komen membina spt komen sdra gotahlantun...dan sedang kumpul entri untuk diposkan kepada yang berkaitan sbb besar sekali ..dia orang tak baca...apa yg ditulis dlm blog.

    BalasPadam
  3. salam bro..
    den minat botul baco blog bro pasal gomeh ni..lamo dah tercarik-carik blog yg cerito pasal kampung laman den ni..den raso, en zairin tu tak brapo sosuai balik ko gomeh bro...dio budak laie..yg den muskil, org gomeh mano pulak yg suko dio..biarla dio kojo dokek putra jaya tu.biar do gomeh ni orang yg lobih tuo sikit...pado mato den jugak, gomeh banyak berubah sekarang..tapi ciri-ciri tradisi sedio ado masih terpeliharo..londah/bangkahulu dongan sawah padi, pokan gomeh dongak ketapi ea..memangh menarik..tapi bab keindahan, lanskap kurang..kayu besepah ateh jalan, asap kilang kayu dan macam-macam laie yg kono dilihat oleh orang ateh kito ni..pasal pprt dokek londah tu, den pun setuju dongan pandangan bro..do gomeh kono la ambik tindakan untuk rancang maso dopan dan pekerjaan orang-orang tu..nanti jadi boban pulak ketuo kg kito tok syukor tu..

    BalasPadam