Rabu, 7 April 2010

GEMASNEWS ---Terkini

MAJLIS DAILOG antara Pejabat Daerah Gemas Dengan Penduduk Kampong Londah

Gemasindah baru saja menerima perkhabaran bahawa majlis dailog diatas akan diadakan :
pada hari Jumaat 9hb April 2010 di- Balairaya Kampong Londah bermula pada jam 3.00 petang.

Sangatlah diharapkan agar penduduk Kampong Londah bukan sahaja hadhir tetapi secara berterusterang mengemukakan apa apa jua masaalah yang dihadapi atau mengemukakan cadangan untuk kebaikan kampong atau bertanya tentang apa juga perkara berkaitan kemajuan dan keselamatan kampong dan kawasan sekitarnya.

Tidaklah ada gunanya jika tidak hadhir di majlis yang diadakan sekali sekala ini..atau jika hadhir hanya berdiam diri selepas itu ..bersungut menjela-jela di kedai kopi.

Adalah juga diharapkan agensi kerajaan yang hadhir mencatit apa jua masaalah atau perkara yang ditimbulkan dan jika munasabah mengambil tindakbalas segera untuk selesaikan masaalah atau mengemukakannya kepada peringkat yang lebih tinggi jika tidak dapat diselesai atau diputuskan diperingkat Gemas.Penduduk kampong berhak untuk tahu sama-ada perkara yang mereka timbulkan diambil tindakan.

Dailog sebegini adalah baik dan perlu diadakan secara berjadual. Ianya perlu juga diadakan di kampong kampong lain.

Tidaklah ada apa apa faedah kalau mengadakan dailog jika ia tinggal dailog sahaja tanpa ada penyelesaian kepada masaalah rakyat. Gemasindah Tabik Spring kepada JKK Kg Londah & Pejabat Daerah Gemas yang mengambil inisiatif mengadakan majlis Dailog ini.

Elok juga wakil rakyat hadhir sama ..dan selepas itu folow up secara berskala dengan jabatan atau agensi yang terbabit.

gemasindah ..akan hadhir InsyaAllah untuk catit..prosiding majlis

2 ulasan:

  1. salam bro

    tahniah kepada semua yang terlibat dalam bagi menjayakan program yang seperti itu.
    TETAPI bagi gotahlantun, satu yo, adokah segalo masalah tu dapek kato putus? sebona eee itu yang paling rakyat marhaen harapkan dalam program somacam tu. jangan nanti mendonga dan mencatit semacam nak habih dakwat pen dan membawak fail permasalahan bukan main toba..
    tapi tindakan!?
    HAMPEH!
    itu yang den tak goma tu...
    raso eee diorang datang semato nak memonohkan agenda tahunan dan nak kan elaun yooo.
    LOTEH DEN!

    BalasPadam
  2. perjumpaan,majlis dailog & macam2 lagi antara agensi kerajaan tempatan, wakil rakyat dengan penduduk kampong, lebih kepada gimik sahaja. nak tunjuk kononnya mereka turun ke bawah mendengar masalah rakyat. boto lah mereka memang mendengar. setakat mendengar je lah. tindakan? hampeh!!! yg jadi mangsa JKKK Kg lah. nak kena jawab dengan org kg. la ni hampa kena catat apa yg di bangkitkan dan apa jawapan pegawai tersebut, buat salinan letak kat kedai kopi dan masjid serta surau kampong. satu salinan hantar kt kak nap dan pentadbir daerah. kita tengok apa depa nak buat. sekurang2nya orng kg dah tau masalah mereka dah dipanjangkan. kalau tak juga ada tindakan, hampa panggil Karam Singh. kita nak tengok sapa yg nak karam.



    baloqliat

    BalasPadam