sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Ahad, 2 Januari 2011
SELAMAT TAHUN BARU.........................
Salam kepada pembaca Melayu Islam yang dihormati............
SELAMAT TAHUN BARU ..kuatkanlah azam. Untuk memperbaikki kehidupan..
Gemasindah setelah banyak menerima teguran daripada pembaca lamanblog ini juga berazam kuat untuk terus menulis kerana lamanblog ini sudah tidak ada entri sejak bulan Ramadhan yang lalu.
Kepada saorang pembaca budiman yang kini bertugas sebagai pegawai tinggi didaerah kediaman gemasindah yang hari ini menghantar SMS kepada gemasindah agar TERUS BERJUANG ( katanya – saorang pejuang tak pernah bercuti ) gemasindah mengucapkan terimakasih atas galakan ..tidaklah gemasindah yang kerdil ini menganggap diri sebagai pejuang.... sebagai pencacai jalanan adalah......
Sama-samalah kita berdoa agar Tahun 2011 ini tahun yang baik bagi PERPADUAN UMAT MELAYU dan mudah2an Allah SWT terus merestui bumi bertuah ini.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah jua MELUNAKKAN mana mana Melayu yang sebelum ini mencaci / menghamun / menderhaka kepada bangsanya sendiri ...kepada agamanya sendiri hingga ada yang malu mengaku Melayu dan hingga ada yang menodai pegangan dan tauhidnya sendiri kerana terpengaruh dengan ide ide LIBERALISMA Yahudi / Barat yang membiayai dan mempelupuri perjuangan PLURALISMA agama.
Yang anehnya perjuangan Pluralisma agama ini hanya diperjuangkan oleh orang yang mengaku Islam dan tidak pula kita dengar orang orang Kristian, Hindu atau Buddha yang mengatakan semua agama adalah sama......
Sama sama jugalah kita berdoa agar Allah jua terus memberi Taufik & HidayahNya kepada semua pemimpin Melayu baik politikus mahupun pegawai kerajaan atau pemimpin NGO NGO Melayu agar terus berjuang dengan JUJUR / TELUS serta AMANAH takut kepada RASUAH dan SALAHGUNA KUASA dengan berpegang kepada keimanan ..orang mungkin tidak tahu dan tidak nampak TETAPI Allah SWT MAHA MELIHAT & MAHA MENGETAHUI.
TAKUTLAH KEPADA ALLAH BUKAN KEPADA RAKYAT & KRONI SERTA PEMBODEK PEMBODEK TERMASUK ISTERI SANAK SAUDARA DAN SAHABAT HANDAI
Begitulah juga hendaknya KURNIAAN Allah kepada kita semua kerana setiap kita ini, adalah pemimpin ...setidak tidaknya memimpin keluarga kita sendiri sebagai unit terkecil masyarakat Malaysia ini.
Pada hemat gemasindah dalam bulan bulan terakhir tahun 2010 ...keadaan UMNO dan sokongan rakyat khasnya ahli ahlinya telah bertambah baik ..mudah - mudahan begitulah hendaknya pada tahun 2011 ini bertambah baik dan kukuh hingga menjadi gagah saperti dahulunya.
Kita mahu melihat agar pemimpin UMNO yang diamanahkan berani menjalankan tugas secara TEGAS / BERANI serta SEGERA lebih lebih lagi Menteri Dalam Negeri.
DS Hisham perlu berani mencekup dan menghumbankan kedalam penjara mana mana rakyat tidak kira apa pegangan politiknya kedalam penjara jika dirasakan tindak tanduknya boleh memecahbelahkan bangsa Malaysia hingga boleh menjejas ketenteraman awam.
Begitu juga halnya dengan menteri yang menjaga harga barang barang keperluan.
Secara umumnya sokongan rakyat luarbandar kepada UMNO sewajarnyalah meningkat kerana harga harga komoditi utama yakni getah dan sawit adalah tinggi....
Namun dari pemerhatian gemasindah ramai dari mereka mereka itu berpendapat kenaikan harga komoditi tidak bermakna disebabkan RM telah menurun nilainya secara berterusan akibat harga hampir setiap barang terus naik TANPA ada apa kawalan daripada kerajaan.
Wajar diingat oleh pemimpin pemimpin BN & UMNO bahawa salah satu sebab BN kalah pada PRU12 dahulu ialah akibat kenaikan harga barang kerana NAIK LORI MAA..
Menteri kenalah selalu turun padang ..kan contoh terbaik ialah TS Timbalan Perdana Menteri ketika menjawat jawatan yang sama beberapa tahun yang lalu.
Satu perkara lagi pihak Felda khasnya Felda Technoplant wajarlah menaikkan ELAUN SARA HIDUP peneroka bersesuaian dengan harga pasaran getah ( lantun ) dan buah sawit. Takkanlah dengar saja harga komoditi naik ..elaun sara hidup camtu je !!!!
Gemasindah juga melihat pengaruh dan kekuatan Parti Keadilan Rakyat yang meracuni fikiran rakyat selama ini sudah dan sedang menurun nampaknya selaras dengan menurun dan entah apa nak dikata rupa paras Syeikh Nuar Berahim, bertambah cengkung , lebam dan menakutkan.
Tidak saperti wajah ex mentornya yang dulunya menatangnya seperti menatang minyak yang penuh ....wajah Tun Dr Mahathir terus berseri , sejuk mata memandang dan terus dikasihi sebahagian besar rakyat tak kira bangsa ...dan terus berjuang untuk agama Islam dalam ertikata yang sebenarnya...didalam dan luarnegara ..secara konsisten.
Gemasindah tak berani mengaitkan perkara diatas dengan solat hajat kedua dua pihak baik Tun mahupun pihak Anwar tetapi gemasindah amat yakin bahawa ketentuan Allah berkaitan yang benar dan batil tetap berlaku dan kita dapat melihatnya...
LOCAL NEWS / GEMAS NEWS
Jalan Londah Palong – 99 % siap before time
Syukur kepada Allah dan terimakasih kepada pemimpin NSDK khasnya MBNS dan juga YB Menteri Kerjaraya – yang juga Ahli Parlimen kita di Gemas / Tampin ini Dato Saziman Abu Mansor , juga pihak JKR dan kontraktor MANGKUBUMI tidak lupa juga kepada YB Dato Zainab ADUn kita , jalan Londah Palong 99 % siap mendahului jadual. MEMANG HEBAT
Jambatan atau FLYOVER Kg gemasindah ( Kg Londah ) wow macam di Kuala Lumpur pulak . Jejambat pejalan kaki & motosikal siap beratap dan berpagar sekali. Begitu juga tembok SK Londah dan ruang pejalan kaki berhadapan masjid ..cukup memberi kemudahan kepada penduduk Kg Londah. TERIMA KASIH. Kami puas hati YAb & YB YB serta tuan tuan yang melaksanakannya. Kalau boleh pemandu jentera berat berilah kepada pemuda pemuda Malaysia..ni nampak indon somo...ee
Cuma gemasindah juga berharap pihak berwajib telah selesai membayar kesemua pampasan pengambilan tanah kepada kesemua pemilik tanah yang terlibat...dengan kadar bayaran yang memuaskan hati mereka.
Gemasindah juga bersyukur dan amat berterimakasih kepada YB Saziman Abu Mansur kerana tidak berapa lama dahulu dengan segala tulus ikhlasnya menyampaikan bantuan kepada murid murid miskin dan memberi penghargaan kepada murid murid UPSR 2010 yang mendapat 5A. Terima kasih atas kemurahan hati Dato ! Gemasindah yakin bantuan Dato Saziman akan dikenang oleh penerima penerima dan dihargai oleh rakyat Tampin umumnya.
Janji Dato Saziman UM Cawangan Gemas akan terus dilaksanakan.
Dalam ucapan Dato Saziman semasa Majlis Penyampaian Bantuan itu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan tetap membangunkan cawangan Universiti Malaya di Gemas. Ini amat melegakan hati gemasindah yang tahu bahawa setakat hari ini peruntukan projek tersebut masih belum diberikan / disediakan sepenuhnya.
Lain Lain Harapan
1 Minta Jabatan Pertanian Tampin mengkaji kenapa hasil padi pesawah Kg Londah turun secara mendadak pada musim terakhir ini. Agaknya tanah sawah dah terlebih masam dan perlu di tabur kapur dan tikus tikus perlu dibasmi tak ? Pegawai Pertanian Tampin orang baru pulak tu ..kemana pergi Cik Lela ?
2 Minta YAB MBNS mempertimbangkan agar tanah yang diberikan kepada PKNNS di Kg Londah dijadikan rezab Melayu..jadi rumah dan rumah kedai akan jadi milik Melayu DS !!! kalau tidak rumahkedai tak ramai Melayu yang mampu beli.
3 Minta YB Dato Yunus Rahmat EXCO Pertanian NSDK menunaikan janjinya agar memudahkan penyertaan rakyat marhaen dalam Projek Ladang Satelit yang dimajukan menggunakan duit rakyat
Sekian coretan awal gemasindah sebagai ENTRI pembuka tirai tahun 2011 ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan