Ahad, 23 Januari 2011

PLURALISMA MULA BERKEMBANG PESAT DI-MALA YSIA ...CONTOHNYA................



Salam saudara pembaca Melayu - Islam yang di-Rahmati Allah,

Semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir ( DS ketika itu ) hidup kita dalam masyarakat berbilang kaum dinegara bertuah ini sungguh aman dan damai. Tun bukan sahaja berjaya mengawal sentimen perkauman dan sentimen agama , tetapi hampir berjaya mengwujudkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu melalui SLOGAN MALAYSIA BOLEH.

Pada ketika itu Anuar Berahim sedang berehat di Sungai Buluh.

Sebaik sahaja Pak Lah membebaskan Anuar dan Anuar diberi kebebasan berpolitik, maka bermulalah keadaan HARU BIRU dan masyarakat SATU MALAYSIA berbilang kaum yang cuba dibena sejak 1969 sudah mula berpecah menjadi masyarakat RASIS.

Tidak mengapalah Anuar mencuba nasibnya untuk kembali mencari KUASA POLITIK. Itu haknya yang dijamin perlembagaan. Tetapi tidaklah boleh dibiarkan dia memainkan isu agama dan perkauman untuk mencapai apa yang dicitanya.

Dan yang amat berbahaya , yang amat menyedihkan , yang amat dikesalkan dan yang amat mendatangkan kemarahan ialah MENODAI KESUCIAN agama ISLAM yang dianuti oleh dirinya sendiri dan oleh bangsanya sendiri BANGSA MELAYU dengan membawa masuk fahaman PLURALISMA yang dia sendiri TAHU ditaja oleh musuh musuh Islam yang dijadikannya SAHABAT BAIK-nya. INI TIDAK BOLEH DITERIMA oleh MAJORITI masyarakat Melayu-Islam Malaysia .

Cuba kita imbas kembali akan peristiwa peristiwa pelik yang berlaku kebelakangan ini yang jika tidak dihalusi dan dibenteras akan membawa kepada padah yang buruk . Apa yang akan dicatatkan dibawah ditulis oleh penulis dan blogger Melayu-Islam dari kumpulan AIDC. Terimakasih kita kepada mereka mereka yang sangat menyayangi bangsa dan agama kita bersama. Silalah baca dan hadhamkan.....

Salam takzim dari gemasindah yang kerdil...ini.

...........................................

Agenda pluralisme semakin menular di Selangor

Agenda Pluralisme Agama sedang jelas cuba dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat, sebelum ini di Pulau Pinang timbul isu mendoakan kesejahteraan kepada Lim Guan Eng sehingga menafikan hak kepada Ketua Agama negeri iaitu Yang dipertuan Agong.

Kini bukan Islam dan perempuan tanpa menutup aurat pula dibenarkan untuk menyampaikan tazkirah di Sebuah Surau Al Huda di Negeri Selangor Darul Ehsan.
Tindakan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor ini jelas menunjukkan mereka ingin melaksanakan agenda pluralisme agama di Malaysia.

Agenda yang dimaksudkan ialah tidak ada sesuatu pun agama benar termasuk Islam kerana semua agama membawa kepada kebaikan.

Oleh yang demikian pada kelompok Islam Liberal tidak ada salah orang Islam mengunjungi rumah ibadah bukan Islam dan mengamalkan tatacara yang boleh dianggap sebagai menyalahi akidah ataupun boleh menimbulkan syak sepertimana yang dilakukan oleh Gus Dur yang mengunjungi Gereja dan dibaptis oleh gereja disana, manakala pemimpin bukan Islam dibenarkan datang ke masjid dan menyampaikan nasihat kepada umat Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat tetapi dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walau bagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam.

Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Manakala orang bukan Islam tersebut harus tampil dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.

Tetapi Anehnya Teo Nie Ching dibenarkan masuk ke ruang solat utama tanpa menutup aurat didalam masjid, sepertimana syarat yang biasa digariskan kepada bukan Islam di mana-mana masjid di Malaysia sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan