Selasa, 25 Januari 2011

SIAPA YANG MEROSAKKAN ANUAR IBRAHIM..........

Salam para pembaca Melayu - Islam yang dihormati,

Bagi mereka mereka yang masih sayang kat Pak Syeikh Anuar Ibrahim ini eloklah difikirkan siapakah yang merosakkan saudara kita tu hingga dia berubah 360 darjah ? Eloklah lapangkan masa sikit untuk membaca rencana dibawah ini ....

Siapa Anwar di kaca mata Indonesia ?

Siapa Goenawan Mohamad ? Goenawan adalah rakan baik Anwar di Indonesia. Pengasas majalah Tempo. Dia dan majalahnya, Tempo ditaja oleh CIA yang berselindung di sebalik The Asia Foundation.

Tool CIA, The Asia Foundation itu menjadi musuh nombor satu kumpulan fundamentalis Indonesia, kerana The Asia Foundation merupakan penaja utama Islam Liberal Indonesia. Di Asia Foundation dikawal oleh Dr. Surin Pitsuwan, bekas Menteri Luar Thailand yang juga merupakan kawan rapat Anwar.

Surin Pitsuwan mendapat pendidikan Barat dari Universiti Havard, merupakan muslim Thailand pertama yang dianggap pro Yahudi sehingga diterima sebagai fellow di The Rockeffeler Fellowship Program, The Rockefeller Foundation,Harvard University dan American University, Cairo.

Atas sikap pro Yahudi ini, maka tidak hairan, Surin Pitsuwan dipilih sebagai Ahli Pemegang Amanah The Asia Foundation pada 2003, Di rantau Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, peranan Asia Foundation sangat kontroversi, kerana berusaha memecahbelahkan Islam dengan menaja satu fahaman Islam pro barat yang dikenali Islam Liberal

Di Indonesia Surin Pitsuwan pilih Goenawan sebagai rakan kongsi, manakala di Malaysia, Surin Pitsuwan pilih Anwar Ibrahim. Dengan bantuan dana, Goenawan menubuhkan Komunitas Utan Kayu (pusat Islam Liberal Indonesia) dan Komunitas Salihara (Pusat Islam Liberal dan LGBT).

Apakah faktor sebenar Goenawan jemput Anwar berucap di Komunitas Salihara baru-baru ini ? Sebab itu hampir sama dengan faktor Goenawan jemput Amina Wadud (tokoh Islam Liberal yang menjadi Imam Solat Jumaat di US) berucap Komunitas Salihara pada tahun 2009.

Bukan setakat Goenawan memuja Aminah Wadud, malah Anwar juga. Semasa Anwar menjadi Presiden UIA, beliau melantik Aminah Wadud menjadi tenaga pensyarah di universiti itu dari tahun 1989 hingga 1993.

Goenawan juga dipilih sebagai ketua kepada perkumpulan Islam Liberal Indonesia yang dikenali sebagai AKKB (Aliansi Kebangsaan untuk Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan) yang menghimpunkan semua tokoh-tokoh Islam Liberal berlainan fraksi di antaranya; Gus Dur, Adnan Buyung Nasution, Syafei Anwar, Musdah Mulia, Azyumardi Azra, Ulil Abshar Abdalla dan lain-lain.

Selain pengasas Majalah Tempo yang menjadi medan untuk mempromosi Islam Liberal Indonesia, Goenawan juga giat mempromosi hak asasi LGBT ((Lesbian, Gay, Biskesual dan Transgender) melalui yayasannya yang dikenali Lontar Foundation dan Tifa Foundation.

Ayu Utami tenaga penggerak Komunitas Salihara adalah aktivis LGBT Indonesia, manakala seorang lagi tenaga Salihara, Mohamad Guntur Romli merupakan aktivis penulis Islam Liberal Indonesia yang turut menghalalkan aktiviti LGBT.

Ening Nurjanah
salah seorang Pengurus Komunitas Salihara merupakan tulang belakang penganjuran Festival Filem Q (Festival Filem Queer atau Festival Filem Gay Indonesia) yang dilantik sebagai Anggota Dewan Qmunity daripada tahun 2007 sehingga kini.

Musdah Mulia, tokoh yang menghalal aktiviti homoseksual juga merupakan tetamu Kominiti Salihara Aminah Wadud tokoh tamu Komuniti Sahara

Pada tahun lepas, Komunitas Salihara pernah menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Q yang dibantah keras organisi Islam Indonesia pada tahun ini.

Komunitas Salihara juga merupakan pusat pembelaan LGBT Indonesia, di mana di tempat itu diadakan diskusi-diskusi LGBT untuk memahamkan rakyat Indonesia menerima pelakuan seksual songsang golongan minoriti itu.

Bermakna prinsip kebebasan yang diperjuangkan oleh Komunitas Salihara merangkumi kebebasan beragama (freedom of religion/conscience) seperti yang diperjuangkan oleh Jaringan Islam Liberal (JIL) dengan mengeksploitasi ayat-ayat Al Quran untuk menghalalkan aktiviti homoseksual dan LGBT.

Maka tidak menghairankan pada tahun 2006, Goenawan mendapat penghargaan ‘Dan David Prize’ dari Tel Aviv University, Israel. Akhbar Israel, Haaretz melaporkan Goenawan turut diberi hadiah wang sebanyak 250 ribu dolar US di atas penghargaan itu.
‘Dan David Prize’ adalah penghargaan yang diberikan oleh korporat Yahudi bernama Dan David.

Selain itu, pada tahun 1992, dia diberi penghargaan sebagai Profesor Teeuw dari Universiti Leiden, Belanda.

Ulil Absar Abdalla Perosak Islam di Indonesia

Siapa Ulil Absar Abdalla ? Ulil adalah Koordinator JIL (Jaringan Islam Liberal Indonesia). Tokoh Islam Liberal utama Indonesia yang memulakan operasinya melalui diskusi-diskusi termasuk melalui mailing list, islamliberal@yahoogroups.com di kalangan golongan intelektual Muslim Liberal Jakarta yang dikenali sebagai ISAI (Institut Studi Arus Informasi), satu NGO yang diasaskan oleh Goenawan. Ulil merupakan salah seorang staff ISAI.

Ketika Ulil mahu mengembangkan racun Islam Liberal di Indonesia pada tahun 2001, dia mendapat sokongan penuh dari Goenawan Mohamad. Teater Utan Kayu, Jakarta, milik Goenawan menjadi markaz Ulil dan kumpulan Islam Liberalnya berdiskusi.
Pendek kata, kejayaan Ulil bergantung seratus peratus kepada sokongan padu Goenawan Mohamad. Tanpa Goenawan, Ulil dan JIL tidak berjaya mengembangkan racun Islam Liberal seperti hari ini.

Sekarang Ulil merupakan Pengarah ICRP (Indonesian Conference on Religion and Peace) sebuah yayasan pluralisme Indonesia yang ditaja oleh The Asia Foundation. Dia juga menjadi Pengarah Freedom Institute, Jakarta, satu daripada cabang organisasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat untuk memperjuangkan Kebebasan dalam Islam.

Apa yang ingin dibawa oleh Ulil di Indonesia khususnya tentang Islam ? Berikut adalah petikan kata-kata Ulil tentang Islam yang ingin diperbaharuinya;
“Bagi saya semua kitab suci (Buddha, Kristian, Hindu, Islam dan Yahudi) adalah mukjizat” (Jawa Pos, 11 Januari 2004).

“Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar.” (Majalah Gatra, 21 Desember 2002).

“Larangan kahwin berbeza agama di antara perempuan Islam dengan lelaki bukan Islam, sudah tidak relevan lagi. Perkahwinan Islam dengan bukan Islam tanpa memeluk agama Islam adalah sesuai untuk zaman ini” (Harian Kompas edisi 18 November 2002)


“Rasulullah Muhamad adalah tokoh sejarah yang perlu dikaji dengan kritis, bukannya hanya menjadi mitos yang dikagumi sahaja, tanpa memikirkan beliau juga seorang manusia biasa yang banyak kekurangannya” (Kompas, 18 November 2002)

“Negara sekular lebih lebih unggul daripada negara Islam ala fundamentalis, sebab negara sekular boleh menghasilkan energi kesolehan dan kemaksiatan sekaligus”(Tempo Edisi 19-25, November 2002)

“Agama tidak boleh memasuki bidang-bidang kesenian dan kebebasan berekspresi dan memaksa masyarakat mengikut standard-standardnya…agama harus tahu batas-batasnya” ( Pengantar Buku Mengebor Kemunafikan : Inul, Seks dan Kekuasaan


Kesimpulannya Ulil mahu menjadi ‘tokoh pembaharuan Islam’ atau Islam Liberal dengan mengutamakan konsep kebebasan serta menentang akar-akar Islam yang telah diyakini sebelum ini. Salah satu pembaharuannya adalah menghalalkan kegiatan homoseksual yang diharam dalam Al Quran dan As Sunnah.

Ulil Abshar Abdalla (kiri) dan Musdah Mulia (tengah) merupakan tokoh kebebasan dan demokrasi Indonesia

Artikel tulisan Ulil bertajuk “Menyegar Kembali Pemikiran Islam” yang disiarkan dalam Harian Kompas, 18 November 2002 mendapat kritikan hebat daripada Forum Ulama Umat Islam (FUUI), Indonesia kerana menganggap pemikiran penulis itu terpesong dari Islam. FUUI mengeluarkan fatwa hukuman mati kepada Ulil.

Ulil juga disenaraikan salah seorang ‘tool’ CIA, RAND Corporation yang sedang giat merosakkan Islam di Indonesia.

Setelah 10 tahun Ulil dan Goenawan menanamkan benih-benih Islam Liberal di Indonesia, kini akarnya semakin berkembang dan menjadi ancaman kepada agama Islam di Indonesia.

Kini maka JIL telah memiliki Radio satelit pertama di Indonesia, Radio 68H, yang siarannya dibenarkan oleh puluhan pemancar radio di Indonesia, mampu membeli satu halaman penuh akhbar Jawa Post, bahkan mampu menayangkan iklan-iklan di televisyen, misalnya iklan “Islam Warna-Warni” yang mempromosi agenda Islam Liberal. Akhirnya iklan itu diberhentikan tayangannya akibat teguran MMI (Majelis Mujahidin Indonesia). Bahkan kini mereka mampu menjalankan kegiatan-kegiatannya secara berleluasa walaupun memerlukan perbelanjaan yang besar.

Apakah pengaruh Islam Liberal Indonesia akan diimport juga ke Malaysia ????

sumber = AIDC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan