Sabtu, 29 Januari 2011

Anwar bapak Pluralisme Malaysia?



Salam saudara pembaca Melayu-Islam yang dihormati. Gemasindah copy & paste satu rencana yang dipetik dari blog HAFIZFIRDAUS berkaitan tajuk diatas. Fikir-fikirkanlah.

...........................................................

Apabila Anwar Ibrahim Ketua umum PKR menghadiri majlis yang diadakan khas untuk kematian Teoh Beng Hock dan menganguk-angukkan kepala sama seperti yang dilakukan penganut agama lain, hampir semua masyarakat islam di Malaysia terkejut dengan pelakuan Anwar tersebut.

Apabila Nizar bekas Menteri Besar juga turut hadir dan membawa bersama lilin ditangan dalam suatu majlis di Ipoh untuk menyuarakan rasa sedihnyanya kepada kematian Teoh Beng Hock, rata-rata umat islam di Malaysia juga melenting, bukan sahaja ahli UMNO atau rakyat biasa, namun orang dalam PAS parti yang diwakili Nizar pun tidak selesa dengan tindakan yang dilakukan bekas Menteri Besar tersebut.

Ada orang mengatakan tindakan dua tokoh tersebut adalah melampau dan meragukan sebagai seorang muslim, kerana mereka melakukan perkara yang meragukan dari sudut agama islam sendiri, dan ada pihak pula menyatakan perbuatan itu hanya simbolik untuk menyampaikan perasaaan sedih diatas kematian mangsa, dan bukan mengkikut adat dan agama si mati. Pelbagai hujah diberikan dan pelbagai pendapat golongan agama diambil oleh kedua-dua pihak untuk menegakkan kebenaran pendapat masing-masing.

Namun sebahagian besar tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh Anwar dan Nizar tersebut, sebenarnya ia adalah perbuatan sama dengan yang dilakukan oleh golongan yang menyokong fahaman Pluralisme agama.

Di Indonesia kegiatan pluralisme rancak diadakan dengan begitu tersusun selepas pasca refomasi 1998 oleh Gusdur melalui yayasan yang ditubuhkan khusus untuk menyeramarakkan kegiatan pluralisme agama di Indonesia.

Namun pada tahun 1996 dikatakan Majlis Ulama indonesia telah menwartakan fatwa haram kepada kegiatan amalan yang dipelopori Gusdur dan badan yayasannya.

Saat ini pluralisme Agama juga seakan mengancam Malaysia dengan secara perlahan ia disebarkan oleh kelompok ini untuk dihayati oleh umat islam di Malaysia, namun sebelum itu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Pluralisme agama, kalau kita menyemak kamus perkataan Plural ia sama erti dengan majmuk, Lawan kata Plural adalah singular yang bererti adalah tunggal. Manakala -isme merupakan kepercayaan ataupun fahaman. Ertinya Pluralisme sama dengan sesuatu yang mempunyai sifat majmuk.

Jadi jika "plural" itu adalah "kata sifat" Sedangkan "pluralisme" adalah "kata benda" Pluralisme Agama bererti agama yang pelbagai, atau yang bukan cuma dimonopoli satu agama. Sebagai kesimpulannya Pluralisme bukanlah penghargaan terhadap agama dan bukan penghargaan kepada perbezaan. Pluralisme tidak mempunyai lansung dengan perbezaan dan ia bukan kebebasan agama dan pluralisme sebenarnya tidak menghargai kepelbagaian agama dalam erti kata sebenarnya.

Pluralisme Agama hanyalah kata benda yang merupakan gambaran "banyaknya agama", atau gambaran "agama yang tidak cuma satu". Kata "pluralisme" itu sendiri sebenarnya menyesatkan, karena lebih tepat dikatakan sebagai "pluralistic". Dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh menggambarkan sebuah negara hanya wujud satu agama. Hal inilah yang menyebabkan ia seakan sesat kerana dianggap sebagai fahaman sehingga se-olah2 "pluralismeagama" merupakan fahaman tentang sebuah negara yang dihuni oleh perbagai agama.

Padahal seharusnya tidak atau jangan dianggap sebagai fahaman melainkan sekadar gambaran dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai agama dalam sebuah masyarakat majmuk. Kerana kecenderungan semua negara yang pluralistic agamanya dalam sesebuah negara fahaman itu adalah pilihan rakyat dalam sesbuah negara, dan ia bukan "pluralisme". Oleh kerana itu, kewujudan agama yang pelbagai dalam sebuah negara ia sebenarnya kenyataan keadaan yang harus diterima demi kedamaian dan keamanan semua masyarakatnya.

Islam sendiri sebenarnya menolak pluralisme agama. Islam hanya mewajibkan umatnya hanya menyembah Allah berdasarkan Al-Quran dan tidak sesekali menyembah agama lain. Dan Islam sendiri menyarankan umatkan agar menyebarkan agama islam kepada yang bukan islam, namun tidak dipaksa dalam dakwah tersebut.

Sejarah Kemunculan dan Perkembangan Pemikiran pluralisme agama dikatakan muncul pada masa yang disebut dengan era Pencerahan (Enlightment) di zaman eropah, tepatnya pada abad ke-18 Masehi, masa yang sering disebut sebagai titik permulaan bangkitnya gerakan pemikiran moden. Pada masa itu pemikiran masyarakat telah diwarnai dengan wacana-wacana baru pergolakan pemikiran manusia yang berorientasi pada akal dan pembebasan akal dari kongkongan agama.

Di tengah hiruk-pikuk pergolakan pemikiran di Eropah yang timbul dari logik akal dan wujudnya pelbagai konflik-konflik yang terjadi antara gereja dengan kehidupan nyata di luar gereja, muncullah suatu fahaham yang dikenali dengan “liberalisme”, yang komposisinya adalah kebebasan, toleransi, persamaan dan kepelbagaian atau pluralisme.

Sebenarnya kalau ditelusuri dengan lebih jauh dalam peta sejarah peradaban agama-agama dunia, kecenderungan sikap beragama yang pluralistik, dengan pemahaman yang dikenali sekarang, sesunguhnya ia bukan cetusan baru. Idea seakan pluralisme agama ini dikatakan telah muncul di India pada akhir abad ke-15 dalam gagasan-gagasan Kabir (1440-1518) dan muridnya, iaitu Guru Nanak (1469-1538) yang mengasasaskan agama Sikh. Dikatakan agama Sikh ini cetusan dari agama Islam dan Hindu kesan penciptaan agama Din Ilahi oleh Maharaja Akbar.

Pada waktu itu perang antara orang islam dan Hindu saban waktu berlaku jadi timbul fikiran pada maharaja akhbar untuk menyatukan rakyat dibawah pemerintahnnya. Namun idea dan pengaruh gagasan pluralisme sewaktu itu belum mampu meluas hingga melangkau geografi wilayah, dan hanya popular di india sahaja dalam nisbah yang kecil.

Ketika arus globalisasi telah semakin mendekatkan jurang peradaban Barat-Timur dan mulai marak berkembang interaksi antara kebudayaan dan agama dunia, dan timbulnya kegairahan baru dalam meneliti dan mengkaji disebelah Timur, khususnya Islam, yang disertai dengan berkembangnya pendekatan-pendekatan baru kajian agama (scientific study of religion), saat itu gagasan pluralisme agama telah berkembang secara perlahan, dan mendapat tempat di kalangan kelompok para intelektual yang ingin mengambil jalan pintas untuk memastikan tiadanya pergeseran agama dan kaum.

Yang nyata gagasan pluralisme agama sebenarnya bukan hasil dan idea daripada pemikir Barat, namun ia sebenarnya juga mempunyai akar yang cukup kuat dalam pemikiran agama Timur, khususnya dari India, sebagaimana yang muncul pada gerakan-gerakan pembaruan sosio-agama di wilayah tersebut.

Beberapa pengkaji dan sarjana Barat, seperti Parrinder dan Sharpe, menganggap bahawa pencetus gagasan pluralisme agama adalah tokoh-tokoh dan pemikir-pemikir yang berbangsa India. Rammohan Ray (1772-1833) pencetus gerakan Brahma Samaj yang asalnya pemeluk agama Hindu, telah mempelajari konsep keimanan terhadap Tuhan dari sumber-sumber Islam, sehingga ia mencetuskan pemikiran Tuhan Satu dan persamaan antara agama.

Sri Ramakrishna (1834-1886), seorang tokoh mistik Bengali pula setelah mengarungi pengembaraan spiritual antara agama (passing over) dari agama Hindu ke Islam, kemudian ke Kristian dan akhirnya kembali ke Hindu, juga menyatakan bahawa perbezaan-perbezaan dalam agama-agama sebenarnya tidaklah wujud, kerana beliau berpendapat perbezaan tersebut sebenarnya hanya masalah pandangan dan persepsi penganut agama sahaja.

Katanya Bahasa Bangal, Urdu dan Inggeris pasti akan mempunyai ungkapan yang berbeza-beza dalam mendefinasikan “air”, namun hakikat air adalah air. Maka menurutnya, semua agama menyarankan penganutnya ke arah satu tujuan yang sama, maka mengubah seseorang dari satu agama ke agama yang lain (prosilitisasi) merupakan tindakan yang tidak bermoral, dan merupakan tindakan yang sia-sia. Gagasan Ramakrishna, persahabatan dan toleransi penuh antara agama, kemudian berkembang sehingga ke luar benua India hasil usaha kedua muridnya, Keshab Chandra Sen (1838-1884) dan Swami Vivekananda (1882-1902).

Chandra Sen ketika mengunjungi Eropah sempat berjumpa dan berdiskusi dengan F. Max Muller (1823-1900), merupakan pakar dalam ilmu Perbandingan Agama moden di Barat, dan menyampaikan gagasan-gagasan gurunya. Vevikananda juga berkesempatan melontarkan ideanya dengan lebih hebat apabila diberi peluang untuk berucap dengan harapan mendapat pengaruh lebih besar, apabila berkesempatan menyampaikan lontaran fahamanya di depan Parlimen Agama Dunia (World’s Parliament of Religion) di Chicago, Amerika Syarikat, tahun 1893.

Kemampuan Swani Vevikananda tersebut akhirnya telah mendapat pujian yang luar biasa dari masyarakat Hindu dan mengangkat namanya sebagai pahlawan nasional. Dengan demikian, dia berhak disebut sebagai tokoh penting dasar gerakan, Hindu Ortodok Baru yang mengajarkan bahawa semua agama adalah baik dan kebenaran yang paling tinggi adalah pengakuan terhadap keyakinan ini.

Menyusul kemudian tokoh-tokoh India lain seperti Mahatma Gandhi (1869-1948) dan Sarvepalli Radhakrishna (1888-1975) yang juga menyuarakan pemikiran pluralisme agama yang sama.

Sementara itu, dalam perbincangan pemikiran Islam, pluralisme agama, masih merupakan hal baru dan tidak mempunyai akar ideologi yang kuat. Gagasan pluralisme agama yang muncul lebih merupakan perspektif baru yang ditimbulkan oleh proses campuraduk golongan Barat moden dalam dunia Islam.

Pendapat ini disepakati dengan kenyataan bahawa gagasan pluralisme agama dalam wacana pemikiran Islam,sebenarnya baru muncul pada pasca Perang Dunia Kedua, iaitu ketika mulai terbuka ruang bagi generasi terpelajar Muslim untuk mendapat pendidikan di universiti- universiti Barat sehingga mereka dapat berkenalan dan terpengaruh dengan idea pemikir Barat.

Selepas itu, gagasan pluralisme agama cuba menembus dan menyusup masuk ke wacana pemikiran Islam melalui karya-karya pemikir mistik Barat Muslim, seperti Rene Guenon (Abdul Wahid Yahya) dan Frithjof Schuon (Isa Nuruddin Ahmad). Karya-karya mereka ini sangat sarat dengan pemikiran dan gagasan yang menjadi inspirasi dasar bagi berkembangnya wacana pluralisme agama di kalangan penganut agama Islam.

Syed Hossein Nasr, seorang tokoh Muslim Syi’ah moderat, merupakan tokoh yang dianggap paling bertanggungjawab dalam mempopularkan gagasan pluralisme agama di kalangan dunia Islam yang kemudian membawanya kepada pada sebuah badan pemikir dunia yang bersama-sama dengan deretan nama-nama besar seperti Ninian Smart, John Hick, dan Annemarie Schimmel.

Dalam agama Kristian pula dikataka John Hick yang paling bertanggungjawab dalam menyebarkan fahaman pluralisme agama ini di kalangan penganut kristian. Walaunpun ia mendapat tentangan keras dari kelompok ortodok namun fahaman ini berkembang sebaik era pencerahan eropah berlaku.

Sekiranya suatu masa nanti Pluralisme agama di Malaysia sudah menjadi hebat seperti Indonesia (nauzubillahiminzalik) dalam pengamalan fahaman Pluralisme Agama ini, adakah nama Anwar akan mungkin tercacat sebagai tokoh yang menggerakan fahaman ini di Malaysia. Ini kerana banyak sudah perlakuan Anwar ini kini dilihat sebagai gaya seorang yang mempunyai pemikiran sama dengan kelompok pluralisme, malah dalam lamannya sendiri ada menyatakan Malaysia kini masih berada di zaman kegelapan.

Apakah sebenarnya maksud Anwar kegelapan dan pencerahan adakah ia sama dengan apa yang berlaku dieropah? Malah Anwar juga saban waktu masih mempunyai hubungan yang intim dengan bapak pluraslisme Indonesia, sedangkan umum mengetahui bahawa fahaman pluralisme Gusdur itu sendiri sudah diharamkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI). Sekarang dimana kedudukan Anwar dalam pluralisme ini?

Anwar dan Seyyed Hossien Nasr (Tokoh Pluralisme Agama Dunia)

Anwar dilaman blognya mengatakan sewaktu di Amerika dia begitu teruja kerana sempat berkongsi idea dan pandangan dengan seorang Profesor bernama Seyyed Hossien Nasr dari University George Washington. Kata Anwar tokoh ini adalah Sarjana terkemuka dan begitu hebat.

Sebagai tanda hubungan yang rapat antara Anwar dan Seyyed Hossien Nasr, tokoh tersebut telah memberi Anwar naskah ucapan yang disampaikan di persidangan “Common Word” seperti dinyatakan Anwar berjudul – A Common Word Initiative: Theoria and Praxis. Selain naskah tersebut hadiah lain yang diterimanya dari Profesor Seyyed Hossein Nasr adalah senaskah buku berjudul – The Sage Learning of Liu Zhi: Islamic Thought in Confucian Terms, karya Sachiko Murata, William C. Chittick dan Tu Weiming. Dan Anwar amat gembira sekali dengan hubungan akrab yang terjalin diantara beliau dan tokoh tersebut.

Siapa Hossein Nasr?

Sayyed Hossein Nasr sebenarnya berasal dari Iran dan lahir pada 7 April 1933 di Tehran dalam keluarga bangsawan terkemuka. Kemudiannya belajar di The Peddie School di Highstown, New Jersey pada tahun 1950. Selama empat tahun Nasr mengikuti pengajian tentang Bahasa Inggeris, serta mempelajari ilmu-ilmu, sejarah Amerika, budaya Barat dan Kristian sehingga memperolehi Anugerah Wyclifte. Seterusnya, Nasr menyambung pengajian ke M.I.T, dan ditawarkan biasiswa dan menjadi mahasiswa Iran pertama harus memperolehi sarjana di MIT dalam bidang Fizik.

Setelah lulus dari MIT, Nasr mendaftarkan diri di sebuah program siswazah dalam bidang geologi dan geofisika di Harvard University. Setelah mendapat memperolehi Master di bidang geologi dan geofisika pada tahun 1956, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D. di Institusi sama. Beliau menolak tawaran menjadi Pembantu Profesor di MIT dan kembali ke Iran pada tahun 1958 dan seterusnya mendalami ilmu falsafah islam.

Dari tahun 1968-1972, Nasr telah dilantik Dekan Fakulti di Universiti Teheran, manakla pada tahun 1972, beliau dilantik sebagai Presiden Aryamehr Universiti.

Pada tahun 1973, Ratu Farah melantik Profesor Nasr untuk menerajui pusat kajian dan penyebaran falsafah. Peluang ini digunakan oleh Nasr untuk membangunkan pusat itu mengikut model MIT.

Sejak tahun 1966 Nasr selalu dijemput institusi barat untuk memberikan pandangan dalam wacana berkaitan hubungan antara agama, falsafah dan politik semasa.

Nasr juga membawa pemikiran baru dalam hubungan barat dan islam apabila mengeluarkan pandangannya dalam beberapa buku seperti Islam And Plight of Modern Man, Sufi Essays dan The Transenden Theosophy of Sadr al-Din Syirazi. Kesemua buku ini menjadi sangat popular dikalangan orientalis barat dan telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa di Eropah dan diulang cetak beberapa kali .

Pada tahun 1979 pada saat Revolusi Islam di Iran, Nasr bersama keluarganya melarikan diri dan seterusnya berpindah ke Amerika Syarikat, dan seterusnya melakukan palbagai kerja-kerja penyelidikan melibatkan hubungan Kristian dan Islam.

Pada tahun 1980, Nasr mula menulis dan menghasilkan kajian di Universiti Edinburgh. Seterusnya Nasr mendapat kehormatan menjadi orang pertama bukan Barat yang dijemput untuk memberikan ucapan dalam bidang teologi dan falsafah antara agama.

Naskah Knowledge and the Sacred yang dihasilkan Nasr merupakan antara karya falsafah yang paling penting dan mempunyai kesan yang besar pada mahasiswa sarjana dalam pengajian antara agama.

Pada tahun 1982, Nasr dijemput untuk berkerjasama dalam projek besar untuk membawa keluar Ensiklopedia Kepercayaan Dunia bersama dengan Ewert Cousins dan Medieval seorang profesor falsafah di Fordham University.
Sementara pada tahun 1983, Nasr dijemput menyampaikan pandangan berkaitan falsafah agama di University of Toronto di Kanada. Dan membantu dalam membentuk Pusat Hermetisisme dan falsafah di American Academy of Religion.

Nasr diiktiraf di kalangan akademik Amerika sebagai tokoh yang bertanggunjawab mengembangkan hubungan di antara Islam dan Kistian. Kegiatan intelektual dan penulisan yang dilakukannya sejak berada di Amerika, telah membolehkan beliau menjadi rujukan dalam isu perbandingan agama, falsafah dan dialog antara agama. Lantaran itu Nasr juga seringkali menyertai banyak rundingan dan perbincangan dengan tokoh agama dan falsafah Kristian dan Yahudi seperti Hans Kung, John Hick dan Rabbi Izmar Schorch.

Pada tahun 1986, Nasr terpilih sebagai penaung kepada Pusat Pengajian Islam dan hubungan Muslim-Kristian, Sally Oaks College di Birmingham. Selain itu, itu beliau juga memainkan peranan aktif dalam penubuhan Center for Muslim-Christian Understanding di Georgetown University di Washington DC.

Nasr tokoh Pluralisme Agama

Penyertaan Nasr didalam pelbagai pendebatan dan perbincangan telah memberikan ilham kepada Nasr dan orientalis barat lain untuk mengemukakan hujah Pluralisme Agama sebagai jalan terbaik untuk meredakan pergeseran diantara dunia barat dan Islam. Dan idea yang dilontar ini selepas itu dikembangkan ke seluruh dunia melalui perbincangan dan wacana yang diadakan oleh pihak barat.

Muhamad Nurdin Sarim dalam tulisannya mengatakan Seyyed Hussien Nasr seorang Muslim Syiah dan tokoh yang bertanggungjawab dalam mempopularkan gagasan Pluralisme Agama dikalangan orang Islam .

Jika Seyyed Hussien Nasr bertanggungjawab mempopularkan fahaman ini dikalangan Islam, di kalangan agama Kristian pula orang yang bertanggungjawab menyebarkan Pluralisme Agama adalah rakan baik Nasr iaitu John Hick. .

Kedua tokoh ini seringkali mengadakan diskusi dan program untuk mempopularkan fahaman pluralisme ini diseluruh dunia.

Dikatakan kewujudan fahaman Pluralisme ini disebabkan tokoh-tokoh orientalis barat melihat arus globalisasi dunia akan menjadikan dunia suatu hari nanti akan wujud tanpa sempadan, budaya, ideologi dan agama/ kepercayaan.

Ertinya pada masa itu identiti kaum, kepercayaan dan agama akan dilebur atau disesuaikan dengan perubahan zaman moden. Dengan ini pada tanggapan mereka agama juga akan mengalami evolusi dan akan saling mendekati antara satu sama lain yang pada akhirnya tidak akan ada lagi perbezaan antara satu agama dengan yang lainnya, seterusnya Agama itu kemudiannya akan melebur menjadi satu.

Berdasarkan andaian itu maka John Hick segera memperkenalkan konsep pluralisme agama dalam gagasannya yang disebut global theology. Selain Hick antara tokoh terkenal lain sama pemikiran adalah Wilfred Cantwell Smith, orang yang bertangunggjawab menubuhkan McGill Islamic Studies.

Sebuah buku yang mengangkat Pluralism Agama juga telah diterbitkan oleh Hick yang berjudul Problems of Religious Pluralism.

Selain itu Fritjhof Schoun juga merupakan antara orang awal memperkenal konsep fahaman Pluralisme Agama. Seyyed Hossein Nasr yang merupakan pengikut setia Schoun kemungkinan besar terpikat dengan idea Pluralisme agama adalah disebabkan pengaruh hasil kajian yang dikemukakan Schoun.

Anwar & Sayyed Hossien Nasr :

Pemikiran Pluralisme Nasr disanjung Anwar


Tahun 1979 telah meletus satu revolusi di Iran, Revolusi yang turut dikenali sebagai Revolusi Islam adalah sebuah revolusi yang mengubah kerajaan Iran daripada sistem pemerintahan monarki kepada sistem Republik Islam. Pertukaran ini dibuat melalui pungutan suara rakyat Iran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, setelah beliau berjaya mengusir raja Iran terakhir, Shah Mohammad Reza Pahlavi keluar dari tampuk pemerintahn Iran.

Tatkala itu setelah Raja Iran digulingkan oleh gerakan rakyat, Seyyed Hossien Nasr bersama keluarganya telah melarikan diri dan seterusnya berpindah ke Amerika Syarikat kemudiannya kembali menetap di Iran semula..

Seyyed Hossein Nasr dan Shah Reza memang mempunyai hubungan yang akrab, Ayahnya merupakan Dr. kepada keluarga diraja Iran. Sebaik kembali dari Amerika Sayyed Hossein Nasr memulakan kerjaya di Iran sebagai profesor di Universiti Tehran, dan kemudian di Universiti Mehr Arya (Sharif University) di mana beliau diangkat menjadi presiden pada tahun 1972.

Sebelum itu, beliau juga berkesempatan berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Sastera, dan Timbalan Rektor Akademik Universiti Tehran dari 1968-1972. Lantaran hubungannya yang akrab dengan Raja Iran dalam tempoh tersebut, Ratu Iran Farah Pahlavi telah melantik profesor Nasr yang pada masa itu sudah memakai gelaran Profesor sebagai Pengarah di Iran Imperial Academy of Philosophy,.

Selama waktu itu, Nasr dan beberapa tokoh intektual lain seperti Tabatabaei, William Chittick, Kenneth Morgan, Sachiko Murata, Toshihiko Izutsu, dan Henry Corbin akan bertemu dan mengadakan pelbagai wacana falsafah. Bukunya yang terkenal adalah Islam Syi'ah yang merupakan satu produk yang dihasilkan dari pusat tersebut .

Apabila beliau melarikan diri dari kerajaan Revolusi Iran yang terbentuk selepas itu dan bermastautin di Amerika sehingga kini, banyak fakta mengatakan Syyed Hossien Nasr juga adalah talibarut kepada Amerika selain pemerintah Iran pada masa tersebut.

Shah Pahlavi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Amerika dan beberapa negara-negara barat lain dan sering kali mendapat pengiktirafan daripada Amerika kerana pendirian beliau yang bersama kekal dengan Amerika. Sayangnya Shah Palavi dengan Amerika kerajaan beliau diangkat sebagai raja kerana peranan Amerika melalui kudeta yang dibantu oleh CIA dan M16 (Operasi Ajax), hingga Perdana Menteri Iran, Mossadegh berjaya digulingkan dan Shah Pahlavi kembali berkuasa.

Walaupun sehingga kini Seyyed Hossein Nasr kekal bermastautin di Iran, dikatakan campur tangan Amerika di Iran dalam membawa agenda Demokrasi ala Amerika di Iran banyak disumbangkan melalui idea dan pandangan Sayyed Hossien Nasr.

Buktinya melalui CSID dan NED, Nasr acapkali dijemput dan dilibatkan sama dalam memenuhi jemputan wacana dan menyampaikan ucapan. Selian itu melalui organisasi tersebut juga Nasr ditugasakan untuk menyebarkan agenda Amerika dikalangan karyawan islam.

Penganjuran Common Word di Unversiti George Washington seperti disertai oleh Anwar Ibrahim tempoh hari adalah juga peranan yang dimainkan oleh Sayyed Hossien Nasr. Anwar dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan anak Seyyed Hossien Nasr yang bernama Valli Nasr dan mengangap Nasr sebagai seorang sarjana islam terhebat.

Walaupun Nasr di Amerika dianggap sebagai sarjana Islam, namun ketokohan Nasr hanya dikagumi oleh cendikiawan tokoh islam yang pro - Amerika barat sahaja. Maka sebab itu Nasr dianggap sebagai tokoh islam ala Amerika. Gelaran ini berlaku kerana wujud kecenderungan Nasr yang mengeluarkan padangan yang kontrovesi mengenai pemahamannya mengenai islam.

Banyak pendapat mengatakan ia mungkin dipengaruhi oleh sikapnya sewaktu sedang menuntut di MIT yang telah mengalami krisis intelektual dan spiritual. Walaupun ia tidak memusnahkan kepercayaannya kepada Tuhan, tetapi krisis tersebut mengugat beberapa elemen fundamental tasawurnya, seperti kefahamannya tentang makna kehidupan, kepentingan ilmu, dan cara-cara menemui kebenaran. (Di dalam autobiografinya, krisis intelektual dan krisis beliau tercetus selepas beliau mengikuti ceramah seorang ahli falsafah tersohor iaitu mendiang Bertrand Russell. Di dalam ceramah tersebut, Russell mengatakan Fizik tidak dapat meyingkap realiti sebenar alam tabii – malakian)..

Antara tindak tanduknya yang telah diperktikai Ilmuwan Islam adalah kepercayaan beliau terhadap fahaman kesatuan transenden agama-agama (Transcendent Unity of Religions) iaitu menjurus kepada Pluralisme Agama.

Hingga kini melalui pelbagai Organisasi yang disertainya, Nasr masih mempergiat pelbagai aktiviti dan penyelidikan untuk mendekatkan hubungan antara kristian dan barat melalui wacana mengenai Pluralisme Agama.

Dalam hal ini jika Anwar begitu mengkagumi tokoh seperti Nasr hingga ditulis didalam laman blognya bahawa rasa bertuahnya beliau berjumpa Nasr, adakah boleh kita andaikan bahawa Anwar pun mempunyai pandangan yang sama terhadap Pluralisme Agama. Dan Anwar juga mempunyai kesatuan fikiran dengan apa yang dilaksanakan oleh Sayyed Hossien Nasr.

Allah For ALL; gerakan terancang Pluralisme Agama oleh Anwar

Bagaimana respon kita sekiranya tuhan umat islam juga diperlekehkan seperti ini.
Isu Allah nampaknya membuatkan Parti Islam Semalaysia tersepit, dari parti yang dahulunya dianggap benteng terakhir umat islam di Malaysia, hari ini parti yang bertunjangkan ulama tersebut seakan terpaksa berhati-hati mengeluarkan pandangan mengenai isu Allah. Walaupun hakikatnya diperingkat akar umbi, ramai mempersoalkan kenapa PAS tidak bersunguh-sungguh memperjuangkan isu ini hingga kumpulan lain dilihat mendahului PAS dalam isu ini.

Jika dahulunya PAS dianggap sentiasa menjuarai isu berkaitan islam disusuli dengan pelbagai bantahan. Namun tindakan PAS hari ini yang memilih jalan selamat selamat sewaktu menyiarkan kenyataan medianya mengenai isu kalimah Allah ini memperlihatkan PAS terpaksa tunduk dengan kehendak Anwar.

Anwar dengan konsistennya mempersetujui langkah Mahkamah Tinggi tersebut melalui Dr. Nur Manuty dan ditulis oleh Anwar Ibrahim di laman blognya PKR tetap dengan pendirian Allah tidak lagi eksklusif untuk umat islam sahaja. DAP melalui Lim Kit Siang telah menjadi nasi tambah dengan menyokong tindakkan Anwar dan Mahkamah tersebut.

Suatu ketika dahulu sewaktu Anwar menjadi pemimpin ABIM dan berada didalam Kerajaan, beliau selalu mengingatkan umat islam dengan ancaman gerakan Kristian di kepulauan Melayu.

Dari tindakannya itu sehingga ke hari ini difahamkan orang Kristian masih lagi sedar Anwarlah orang yang ketika dahulu banyak mengunakan sentimen agama untuk meraih sokongan dan memburukkan agama Kristian. Namun hari ini kita melihat kata-kata Anwar sudah menjadi terbalik 360 darjah dari yang pernah diperkatakannya, punca kenapa Anwar berubah itu yang dipersoalkan oleh banyak umum.

Dahulunya beliau sering mengambil tokoh-tokoh gerakan ihkwan muslimin sebagai sumber rujukkan, malah dalam siri ceramahnnya seringkali dikod kan ayat-ayat dari tokoh tertentu dari gerakkan ihwan Muslimin. Namun hari ini kita melihat Anwar telah mempelbagaikan sumber rujukannya berkaitan isu Islam. Tokoh-tokoh seperti Yusuf Qardawi hanya dipergunakan untuk kepentingan dirinya sahaja. Sebaliknya Anwar lebih mengemari tokoh-tokoh islam yang lebih kontemporari pendapat dan pandangannya.

Semenjak mengenali islam Amerika dan seterusnya mengenali Tokoh Pluralisme Agama dunia, Syed Hosein Nasr Anwar telah mula terpengaruh dengan idea dan tokoh ini. Buktinya dilaman blognya beliau pernah menggangap Syed Hossein Nasr sebagai tokoh ilmuan islam yang hebat dan Anwar begitu berbangga dapat bertemu dengannya.

Di Iran bumi kelahiran Syed Hossein Nasr, idea dan tubuh badannya ditolak oleh kerajaan dan rakyat Republik Islam Iran kerana pemikirannya yang membawa islam Amerika. Selepas kejatuhan kerajaan Iran yang Pro Amerika Shah Reza Pahlavi, Nasr telah berhijrah ke bumi Amerika kerana mengetahui dirinya tidak diterima oleh kerajaan baru yang dipimpin Ayatullah Khameini.

Kini di Universiti George Washington Nasr giat menggerakkan usaha kerja-kerja Pluralisme Agama. Dan Anwar Ibrahim setiap tahun akan pergi ke program anjuran Nasr untuk berkongsi idea dan strategi memperkukuhkan gerakan Pluralisme Agama diseluruh dunia.

Antara matlamat akhir Pluralisme agama ialah menyatukan agama-agama di seluruh dunia, dan menganggap Tuhan bagi seluruh umat manusia ini adalah sama. Bagi kelompok ini mereka menggangap tiada agama yang betul2 lengkap dan semuan agama mempunyai matlamat yang sama.


Konsep Allah untuk semua seperti yang dibawa oleh Anwar hari ini adalah sebahagian projek Pluralisme Agama yang dikendalikan oleh Nasr. Selepas berjaya memperkenalkan dan meletakkan batu asas islam Liberal dan Pluralisme Agama di Indonesia, fahaman itu kini bertapak kukuh di seluruh Indonesia. Hari ini fahaman itu sudah mula menyerap masuk ke bumi Malaysia dan isu perebutan kalimah Allah ini adalah antara impak penyebaran fahaman ini.

Dan kini gerakkan Islam seperti PAS pun seperti sudah terperangkap dengan mainan kelompok fahaman ini yang sebenarnya memang begitu licik. Di Indonesia hampir kesemua gerakkan islam dan parti politik islam dibayangi oleh pengaruh Jaringan Islam Liberal (JIL) termasuk juga Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang sedikit sebanyak mempunyai bau dengan pimpinan JIL.

Usah dikira Parti Demokratik yang menguasai Pemerintahan Indonesia, kelompok JIL melalui pengaruhnya telah berjaya meletakan Boediono sebagai wakil mereka ditempat no 2 sturktur pemerintahan Kerajaan Indonesia.

UMNO yang terkenal dengan golongan fundamental pun dilihat tidak mampu melawan arus golongan Islam Liberal dan hanya mampu memerhati sahaja kerana masih bingung dengan serangan dan arus yang dibawa oleh kelompok islam Liberal dan Pluralisme Agama ini.

Samada Islam ala Amerika ini berjaya menguasai bumi Malaysia suatu hari nanti, ianya terpulang kepada sejauh mana momentum yang dibawa oleh Anwar berjaya mempengaruhi umat islam di Malaysia.

Seharusnya PAS sebagai gerakkan islam melihat ancaman fahaman ini sebagai serius dan bersyukur kerana UMNO hari ini menentang sama pengunaan nama Allah di pihak gereja Kristian.


Sekiranya UMNO mengambil jalan dan tindakan yang sama seperti dilakukkan oleh PKR, ia bermakna strategi gerakkan fahaman itu untuk menguasai kepulauan Melayu sudah berjaya dan sudah tentu usaha untuk menawan seluruh dunia islam akan menjadi lebih mudah selepas ini.

Namun beberapa hari ini kita melihat PAS masih lagi dalam kebingunggan mengenai isu ini, hanya memerhatikan sahaja isu tersebut. Kerana bimbang ia akan menjejaskan dari sudut sokongan politik bukan Melayu kepada parti tersebut.

Ungkapan Allah for All memang menarik dan indah untuk didengar namun timbul persoalan adakah tuhan yang disembah oleh umat islam sama dengan Tuhan yang di sembah oleh umat kristian. Adakah konsep Tuhan Yang Esa sama dengan konsep Triniti dalam agama kristian.

Sesungguhnya umat islam ataupun Kristian seharusnya memahami implikasi pengunaan istilah ini untuk mengelakkan bencana pada masa akan datang. Jika Vatican pernah menolak pengunaan nama Allah bagi umat Kristian kenapa akhbar Herald ingin mengunakan nama tersebut.


Gus Dur ; Islam Liberal, Pemikiran Barat dan Pluralisme Agama

Pada Tahun 1973, Nahdatul Ulama bersama 3 parti islam lain telah dipaksa bersatu menjadi Partai Persatuan Pembangunan (PPP) yang bersimbolkan kaabah dan bedasarkan islam. Namun selepas itu atas arahan Suharto, PPP hanya memegang konsep pancasila untuk diikuti.

Selepas itu Nahdatul Ulama keluar dari politik dan menjadi pertubuhan sosial, pendidikan dan keagamaan, di ketika inilah Abdulrahman Ad Dakhil Wahid atau Gus Dur dipilih menjadi pengerusi (Ketua Umum) pusat NU bersama Kiyai Haji Ahmad Sidiq sebagai Ketua Dewan Syuriah (berkaitan dengan Syariah) Ahmad Sidiq kemudian menyebutkan sikap dan pemikiran NU dalam berpolitik dan bernegara; pancasila sebagai dasar negara adalah final dan muktamad.

Gusdur dengan pemikirannya yang aneh (nyeleneg kata orang Jawa) mengatakan sebaiknya Assalamualaikum diganti dengan Selamat Pagi, Selamat Siang atau Selamat Petang dan Quran pun banyak mengandungi ayat-ayat lucah (berkaitan dengan hubungan Suami dan isteri).

Ucapan Gusdur ini membuat marah banyak orang, termasuk Mustayar (Penasihat Utama) NU masa itu KH As’ad Syamsul Arifin, menyatakan mufaraqah dengan NU dan Gus Dur, malahan sikap Gus Dur ini juga membuat pendukung NU terbelah, antara pro dan kontra, bahkan adik bungsu KH Yusuf Hashim dan adik kandungnya IR KH Salahudin Wahid ikut mengkritiknya, namun itulah Gus Dur dia mana kisah.

Bahkan semasa menjadi Presiden dia mengatakan orang islam ingin berjihad ke Ambon dan ke Palestin disebutnya bukan berjihad tetapi ingin berjahat,malahan beberapa waktu setelah reformasi ada beberapa geraja dibakar Gus Dur bukan main marah, tetapi apabila masjid dibakar dia hanya diam.

Dan paling menyedihkan adalah dia menyebut Tel Aviv adalah tanah perdamaian dan Israel adalah negara yang cinta damai.

Beberapa kali dia berkunjung ke Israel tanpa merasakan sensitivity umat islam, akhirnya diberi hadiah Shimon Perez Award, dan ada juga keinginan semasa menjadi Presiden Indonesia untuk membuka hubungan diplomatic antara Indonesia dengan Israel.

Rancangannya ini dikecam hebat, oleh banyak pihak bahkan penulis ditanya oleh beberapa pemimpin gerakan islam di Malaysia pada tahun 2000, bagaimana ini “Pak Gus Dur” saya jawab “Laisa Minna”, mereka akhirnya faham.


Gus Dur adalah tokoh kontroversi, yang melontarkan ide-ide yang tidak dijangka dan adakalanya tidak perlu ditanggapi, memang sangat berbeda datuknya KH Hasyim As’ary, bahkan dengan bakpaknya sendiri Kh Abdul Wahid Hashim, yang keduanya dikenal tawaduk dan zuhud serta sangat menjaga persoalan asas dan keluhuran syariah.

Agaknya kepandaiannya semasa di Mesir dan Iraq, masa belajar dulu yang tidak selesai, digunakan untuk menelan bulat-bulat novel-novel dan pemikiran barat.

Tiga persoalan yang menjadi masalah dengan Islam Liberal ini adalah;

1. Syariat islam, dilakukan dengan perubahan metodologi ijtihad.

2. Al-Quran dan tafsir AlQuran, dengan penghakisan konsep wahyu dalam islam dan penggunaan metode hermeneutika, yang tidak ada dalam tradisi islam.

3. Akidah islam, dengan merosak dasar dan pengertiannya, pada masa yang sama mereka menyebarkan Pluralisme Agama, yang menjadikan islam sama sahaja dengan agama lain.

Ini Pemikiran jahat salah dan harus terus menerus dilawan dengan hujah dan kebenaran yang pasti dengan kelompok ini, pada masa yang sama terus memberikan ilmu dan pengertian yang mendalam kepada umat islam.

Yang jelas bagi umat islam di Indonesia, yang mengerti soal ilmu dan pemikiran islam, Gus Dur berada dalam kutub pemikiran Islam Liberal, ini diperjelas lagi bila namanya termasuk dalam buku 50 Tokoh Islam liberal di Indonesia yang cukup laris di Indonesia dan Malaysia.

NU dan Muhamadiyah yang disedari atau tidak, secara perlahan sudah dimasuki oleh virus-virus liberal dalam gerakkannya, akankah pada muktamarnya tahun ini, adiknya Gus Dur, Ir Salahudin Wahid terpiliha menjadi Ketua Umum NU.

Figur ini dianggap peribadi yang baik penerus sikap dan keistiqamahan Hasyim Asyary dan Wahid Hasyim, dia berhadapan dengan beberapa pencabar salah satunya Ulil Abshar Abdalla, watak utama Jaringan Islam Liberal di Indonesia.

# Artikel ini disunting dari tulisan Ahmad Muhajir yang tersiar di akhbar Harakah F15/BIL 1503.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan