sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Sabtu, 22 Januari 2011
SISTEM REL NEGARA...Thank You YB Rahim Bakri...
Salam sejahtera kepada semua pembaca yang mengunjungi lamanblog ini....
Gemasindah pernah bekerja dengan Keretapi Tanah Melayu sekarang ini dikenali sebagai KTMB selama 9 tahun. Saperti kata para sahabat yang telah bersara ONCE A RAILWAYMAN - ALWAYS A RAILWAYMAN. Ada semacam KECINTAAN kepada keretapi yang barangkali merupakan satu jenis nostalgia yang menyeronokkan.
Gemasindah sebagai bekas pekerja KTMB ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan SYABAS kepada Yang Berhormat DATUK ABD RAHIM BAKRI, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia kerana penulisan rencananya yang disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini. Satu rencana BERTERUSTERANG dan TEPAT dalam menganalisa masaalah dan mencadangkan jalan penyelesaian. SYABAS Dato’.
Sudah pasti bila saorang yang berpengaruh dan ada kuasa MEMPERTENGAHKAN masaalah yang dihadapi oleh Industri Perkeretapian Negara , akan adalah langkah langkah yang positif diambil untuk memperbaikki keadaan. Semua kakitangan KTMB yang ada sekarang wajar berterima kasih kepada Timbalan Menteri Pengangkutan ini termasuk kedua- dua Presiden yakni Presiden KTMB & Presiden RUM.
Sebagai bekas pekerja KTMB, gemasindah berani mengatakan bahawa mutu perkhidmatan KTMB sekarang ini bukannya MAJU kehadapan tetapi MUNDUR kebelakang.
Contohnya ..adalah amat dipuji langkah yang diambil oleh Dato Abd Razak Malik , semasa menjadi CEO KTMB dahulu mengadakan TREN HYBRID untuk mengatasi masalah ketidakcukupan EMU tetapi langkah itu merupakan langkah MOVING BACKWARD dan AMAT MEMALUKAN.
Gemasindah juga berharap YB Dato’ Rahim Bakri dapat meluangkan waktu untuk menyiasat dan cari jalan penyelesaian dalam dua perkara yang penting berkaitan KTMB sekarang ini.
Pertama : Isu ketidak-harmonian hubungan antara Pengururusan Tertinggi KTMB dengan Persatuan Pekerja Pekerja KTMB / RUM. Kedua khabar angin tentang hasrat KTMB membelanjakan l.k RM 1.5 billion untuk membeli EMU dari NEGERI CINA. Jikalah benar ada hasrat hendak membeli rolling stocks dari Negara Cina ...eloklah dikaji semula
Bertanyalah kepada YAB Ali Rustam mengenai pengalaman pahitnya menggunakan MONOREL Negeri Cina.
Tanyalah kakitangan KTMB akan masaalah lokomotif yang dibeli dari DALIAN LOCOMOTIVES WORKS juga dari Negeri Cina.
Jika diteruskan juga maka jelaslah akan KESILAPAN yang akan dilakukan dan malanglah rakyat negara ini dan akan menjadi lebih payahlah menguruskan barang yang TIDAK BERMUTU.
Kita berbelanja banyak membina Landasan Berkembar & Elektrifikasi . Belilah set set tren penumpang yang betul betul baik dari pembekal yang betul betul berkaliber walaupun lebih mahal harganya. ALAH MEMBELI tetapi KITA MENANG MEMAKAI-nya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan