Rabu, 22 September 2010

AHLI UMNO & PERKASA................



Salam saudara pembaca Melayu - Islam yang dihormati.

Tulisan dibawah merupakan salah satu komen pembaca blog ROCKY'S BRU. Saya juga saperti beliau saorang ahli UMNO dan ahli PERKASA cuma hanya pernah pegang jawatan kecil dalam UMNO Bahagian dan kini ahli UMNO biasa sahaja.

Saya rasa ramai daripada saudara pembaca juga merupakan ahli UMNO & PERKASA. Apa pandangan saudara tentang isi kandungan penulis komen tersebut berkaitan UMNO ? Adakah ianya benar atau hanya satu tomahan yang tak perlu dinafikan ?

Jika benar bagaimanakah agaknya tindakan yang perlu diambil oleh pirrirmpinan UMNO untuk memulehkan UMNO yang sedang sakit itu ? Sayang sekali di Bahagian saya cerita penulis komen diatas didapati benar belaka. Aduhai UMNO kenapalah jadi sakit tenat sebegini. Mungkin Nazri Aziz boleh jadi BOMOH BESAR UMNO !!!! Saya mengenali si Nazri ini secara peribadi. Saya juga kenal dengan ayahnya TS Aziz Yeop.

Rumusan saya antara sianak dan sibapa sama keadaannya antara Najib & ayahnya Tun Razak umpama langit dan bumi. Tulah agaknya antara sebab Najib takkan campakkan si Nazri tu.

KOMEN DIPETIK DARI LAMAN ROCKY.

Saya menjadi ahli Umno selama 30 tahun. Kini menjadi AJK Bhg dan K. Cwg. Saya juga sudah menjadi ahli PERKASA semenjak penubuhannya kerana mendapati ia menyambung perjuangan Umno dahulu. PERKASA PERJUANG ATAS ISU, ATAS PERKARA YG MELIBAT KEPENTINGAN AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU.
Dalam mesy Umno Bhg yg sya hadiri dam majlis2 Umno, sy dapati apa yg diutama oleh mereka adalah isu bagaimana hendak menang dlm G7, siapa terpilih jadi ahli majlis, projek apa yg boleh mereka dapati, VIP mana yg akan hadir, menu apa? ada elaun.
Seolah mereka berada dalam dunia khayalan, terpisah dari realiti. Bila berhadapan isu berat, mereka tengok reaksi K Bhg atau YB. Kalau boss kata, merah, merahlah, kalau hijau, hijaulah.

Baginilah keadaan Umno yg Nazri inginkan, ahli Umno yg tidak berfikir. Kalau Boss kata 1M baik, baiklah tanpa mahu menolong boss menghalusi implikasinya. Menghalusi bermakna berfikir, berat kerjanya bagi orang yg tak mahu berfikir sprt Nazri dll. Sebab itu, big boss adakan Ujian 1M kerana ramai anak murid yg menjawat jwtn menteri masih di peringkat budak2 sekolah dari segi pemikiran. budak sekolah mesti ada ujian, baru lulus.
Dulu sibok dgn KPI. Tapi sekarang senyap sepi seribu bahasa. Itulah dia kepimpinan umno sekarang. Bosan dan membosankan. Sesat dan menyesatkan.

1 ulasan: