Rabu, 26 Januari 2011

BAHAYA ANWAR kepada ISLAM di Malaysia...



Salam para pembaca Melayu - Islam yang dihormati.

Gemasindah minta pembaca fikirkan tajuk entri ini dan fikirkan akan kebenarannya. Pada entri seterusnya gemasindah akan siarkan beberapa entri yang menceritakan pendirian Anuar berkaitan perkara perkara yang kontroversi saperti sokongannya terhadap Salman Rushdie, Aminah Wadud dan lain lain.

Selamat membaca....

.......................................................................

Oleh Emang, AIDCclub


Anwar bukan setakat menjadi boneka Yahudi dalam politik jikalau cita-citanya menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan, tetapi juga berbahaya kepada agama Islam dan agama yang lain di Malaysia.

Hal ini kerana melalui pengamatan penulis, cara dan pemikiran Anwar yang dilihat begitu liberal dan sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kepentingan nafsu sendiri akan menyebabkan agama Islam terpalit dalam mainan yang telah dirancang oleh falsafah barat. lihat sajalah apabila Anwar sanggup menggunakan masjid untuk membela nafsu dirinya sendiri.

Jikalau politik hancur tidak apa lagi, tetapi jikalau agama yang hancur, itu yang bahaya. Kini, Barat melihat bahawa dengan adanya Anwar sebagai agen dan alat mereka, maka konsep “Pluralisme” boleh diserapkan dan diamalkan di Malaysia.

Ini dapat dibuktikan apabila Anwar menyuruh kerajaan Malaysia mengambil IFC (InterFaith Commision IFC adalah satu-satunya penyebab kepada tersebarnya falsafah Pluralisme. Untuk melihat perkaitan yang rapat antara Pluralisme dan IFC . Lihat juga ancaman dan bahaya falsafah Pluralisme agama ini kepada masyarakat Malaysia khususnya serta dunia amnya.

Sedarkah kita bahawa isu-isu Anwar seperti “penggunaan kalimah Allah dalam mana-mana agama dibolehkan” menjadi racun kepada agama Islam. Bukan setakat agama Islam sahaja yang hancur tetapi juga agama kristian, buddha dan agama lain juga akan hilang identitinya.

Ini kerana perkongsian kalimah Allah dalam semua agama samawi merupakan tunjang kepada Pluralisme agama. Apakah falsafah Pluralisme ini? Falsafah ini adalah satu bentuk fahaman yang mengatakan semua agama adalah sama. Sebab semuanya agama itu dari Tuhan yang sama. Maka dengan premis inilah semua penganut agama di dunia ini masuk syurga.

Akibat daripada fahaman ini akan mengakibatkan toleransi agama yang begitu kuat sehingga convert agama atau tukar agama langsung tidak berjalan.

Maka dengan inilah mematikan dakwah Islam. Di sinilah point yang digemari oleh para pemikir Yahudi iaitu mematikan dakwah Islam !!!

Jauh daripada itu, kita merenung kembali siapakah tokoh Malaysia yang selalu memperkatakan toleransi agama dengan begitu kuat? Tidak lain tidak bukan adalah Khalid Jaafar. Siapa Khalid Jaafar? Pengerusi Institut Kajian Dasar . Institut Think Tank yang dipunyai oleh Anwar Ibrahim.

Jikalau kita membiarkan Anwar terus memainkan isu ini, kita khuatiri kepada Sabah dan Sarawak akan jatuh ke tangan DAP. Hal ini kerana ramai di kalangan orang kristian di Sabah dan Sarawak begitu tertarik dengan isu “penggunaan kalimah Allah”. Take A Look !!!

Takut jikalau sentimen agama ini terus dimainkan maka PKR dan DAP akan kuat dan mampu merosakkan landskap politik tanahair. Kekuatan mereka akan menyebabkan fahaman pluralisme akan mencengkam ke akar pemikiran masyarakat di Malaysia. Situasi inilah yang digemari oleh barat dalam agenda globalisasi mereka.

Kita harus tahu bahawa masyarakat di Malaysia masih tidak terdedah dengan bahaya-bahaya Pluralisme agama. Hanya dengan penggunaan kalimah Allah sahaja akan menyebabkan bahaya yang begitu besar dalam konteks kemajmukan beragama di Malaysia. Pluralisme akan merosakkan kepelbagaian agama di Malaysia.

Prof.John Esposito pernah mengatakan bahawa Turki adalah negara Islam contoh kerana mempunyai toleransi agama dan fahaman secular-pluralisme yang begitu kuat. Tidak hairanlah apabila Anwar memilih Turki sebagai negara Islam yang idealistik apabila ditanya dalam satu wawancara di Indonesia.

Ahli falsafah W.C Smith pernah mengemukakan tentang kesatuan agama “Universal Theology Of Religion” yang menyebabkan John Hick

mempopularkan “Pluralisme”. Kesemua ini adalah cara halus barat untuk menghancurkan Islam. Hati-hati…

warisatuliman2010 says:

sdr/sdri seiman.

Memang umat Islam perlu hati2 dan waspada apabila Esposito dan Anwar menyifatkan Turki sbg negara Islam contoh dlm zaman ini. Fathi Yakan, dlm bukunya yg berjudul ‘Islam di tengah persekongkolan musuh abad 20′ (hal. 52) menulis bahawa pengasas Turki moden, Mustafa Kamal Atarturk yg berketurunan Yahudi Domna, antara lain telah mengubah wajah kesultanan Islam Turki menjadi sebuah republik sekular.

Atarturk bertanggungjawab menghapuskan penggunaan bahasa dan tulisan Arab di negara itu, hingga ke tahap menghapuskan penggunaan hukum syariat Islam sbg hukum, menggantikan pakaian rakyat Turki dgn pakaian Eropah selain melarang penggunaan Jilbab, menukar azan ke dlm bahasa Turki, menutup sekolah2 agama dan penggunaan Tahun Hijriah.

Turut ditutup ialah dia buah masjid di Istanbul iaitu Masji Aya Sofia dan Masjid Muhammad Al-Fatih. Yg paling teruk, menjatuhkan hukuman mati ke atas ratusan ulama Islam di Kota Manamin. Jika ini yg disenangi oleh Anwar, apakah tidak mungkin umat dan agama Islam di M’sia juga mengalami nasib yg serupa andainya dia menjadi PM kelak? Mahukah kita rakyat yg beragama Islam membiarkannya berlaku di negara ini?

Apa akan berlaku pada generasi Islam akan datang (anak cucu kita) jika golongan munafik-Islam Liberal-Pluralis agama spt Anwar menerajui Malaysia? Tepuk dada tanya selera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan