Sabtu, 22 Januari 2011

PERANGI PLURALISMA DOKONGAN ANUAR IBRAHIM SECARA AGRESIF...........



Salam saudara pembaca Melayu - Islam yang dihormati.

Gemasindah masih lagi meneruskan penyiaran artikel artikel MENENTANG PLURALISMA yang didokong oleh Anuar Ibrahim dan para penyokongnya termasuk yang menyokong perjuangan politik Anuar yang sangat berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia itu.

Barangkali inilah yang ditunggu tunggu oleh Hick ( penghulu pluralisma antarabangsa )dan juga DAP & PAP Begitu juga dengan golongan Yahudi - Kristian yang tidak letih letih memerangi Islam sejak zaman Nabi Muhammad lagi secara berterusan secara terang terang dan secara halus dengan menggunakan orang Islam yang sanggup menjadi BARUA mereka.

Barua mereka di Malaysia ini ialah Anuar Berahim.

Tolonglah baca beberapa lagi pendapat dan pandangan rakyat berkaitan Pluralisma dokongan Anuar Berahim ini. Fikirkan. Dan jika saudara sekalian, sayangkan agama dan bangsa marilah kita bersama-sama berjuang melalui cara masing masing untuk MENOLAK SEHABIS-HABISNYA Anuar Berahim , Pluralisma dan Perjuangan politiknya yang akan MEMUSNAHKAN kita semua... termasuk mana mana muslim yang bersekongkol dengan mereka.

Gemasindah menulis bukan sebagai ahli UMNO ( cuma ahli UMNO biasa shj ) tetapi sebagai saorang MELAYU - ISLAM.

Butiran dipetik dari AIDC.

..........................................................

Pandangan Ustaz Ismail Mina ..dulu teman baik Anuar

Ustaz Ismail Mina bekas teman baik Anwar sejak bersama berjuang dalam ABIM dahulu BERKATA beliau terpaksa menolak Anwar bukan kerana namanya Anwar, tetapi ideologi Pluralisme Agama bawaannya boleh merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Pandangan Ustaz Abd Ghani ..Dewan Ulamak PAS


Ustaz Abdul Ghani Shamsudin bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan kini aktif di dalam Dewan Ulama PAS. Ustaz Abdul Ghani pernah menubuhkan Majlis Himpunan Ulama atau ringkasnya SHURA yang perjuangannya menolak Islam Liberal dan Pluralisma Agama. Malah Abdul Ghani merupakan tokoh agama yang pertama curiga dengan aliran terbaru pemikiran Anwar, apabila banyak mendengar ‘berita-berita kegiatan belakang tabir Anwar di Amerika Syarikat

Pandangan Cedikiawan Islam semasa Wacana ...


Hampir semua pembentang Kertaskerja ( dalam wacana anti pluralisma baru baru ini ) mengakui bahawa Yayasan Kristian Jerman seperti Konrad Adenauer Foundation (KAF) dan The Friedrich Naumann Foundation (FNF) merupakan antara pengerak dana yang membantu menyuburkan fahaman ini di Malaysia. Malah ada pembentang dengan jelas menyebut Institut Kajian Dasar (IKD) pimpinan Khalid Jaafar merupakan antara penggerak fahaman tersebut di Malaysia selain dari Sister in Islam(SIS).

Pandangan Dr Yusri Muhammad ..Presiden ABIM ke-4


Dr. Yusri secara jelas menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai antara pengerak fahaman tersebut di Malaysia. Dr. Yusri Mohamed Presiden ABIM ke 4 menyatakan bahawa kalau berkali-kali Anwar melakukan tindakan yang hampir sama ( mempromosi Pluralisme Agama) sambil memberi contoh ucapan dan isu Kalimah Allah, bukti itu sudah cukup jelas kerana kelakuan Anwar itu bukan sekadar mahu berpolitik tetapi sudah termasuk dalam lingkaran fahaman tersebut.

Dr. Anis Malik Thoha ...dari Indonesiaa berkata :-

Berdasarkan ajaran Pluralisma ..sebuah pusat ibadah di Surabaya yang boleh digunakan oleh kesemua agama termasuk Islam dan Kristian dalam satu tempat ibadat.

Tegasnya Pluralisme Agama sebenarnya bukanlah sama dengan toleransi beragama sebaliknya lebih kepada kesamaan antara agama yang seterusnya boleh meleburkan akidah penganut sesuatu agama.( khasnya ditujukan kepada Islam )

maulana arrif says:

Pendapat bahawa wacana PERANGI PLURALISMA mestilah diperluaskan dan disebar secara meluas adalah disokong. Perkara seperti ini wajib diketengahkan dengan lebih terbuka dan meluas kepada umum. Hanya Utusan Malaysia satu-satunya media perdana yang agak ke depan dalam mendedahkan perkara ini. Lantaran itu Anwar mendakwa hal ini dipolitikkan. Lantaran itu penentang-penentang pluralisme Anwar dicop sebagai barua UMNO. Apa ini?

Jika Anwar salah atas nama agama, dedahkan dia salah atas nama agama. Sekarang ini semua perkara dipolitikkan. Semakin hampir PRU 13, semakin kuat sepak terajang politik.

Jelas betapa sahabat-sahabat lama Anwar yang pernah aktif bersamanya dalam ABIM, menentang beliau bukan kerana politik. Mereka menentang kerana mempertahankan kesucian agama Islam. Dalam soal akidah tiada sesiapa pun boleh berkomromi. Sekalipun anak dengan ayah. Inikan pula sekadar sahabat lama.

Kita tidak boleh fanatik dengan manusia. Kita hanya boleh fanatik dengan Allah s.w.t. Kefanatikan itu mestilah dengan berasaskan Quran dan sunnah. Apa jua yang datang dari sumber lain, tidak boleh diterima oleh umat Islam.

Kenapa kita segan dan teragak-agak untuk menegaskan kepada dunia bahawa pluralisme itu bertentangan dengan ajaran Allah kerana dengan jelas dalam alQuran disebutkan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang Allah redhai. Lain-lain agama wahyu (asalnya) sudah terpesong dari landasan kebenaran kerana sudah dirombak dan dipalsukan oleh manusia.

Jangan bimbang, sekadar melaungkan bahawa agama Islam adalah satu-satunya agama yang Allah redhai, tidak akan mencetuskan peperangan. Sesungguhnya semangat umat Islam kini sudah jauh luntur berbanding umat zaman Rasulullah s.a.w. Kita takut itu, kita takut ini. Akhirnya kita hilang takut kepada Allah. Kita takut menyinggung perasaan orang lain dan akhirnya orang lain bukan sahaja menyinggung kita, tapi mereka cuba menghapuskan Islam dengan cara terbuka atau tersembunyi (covert).

Di Malaysia, dulu Pas mempamerkan dirinya sebagai pejuang Islam. Kini atas nama mahukan kuasa, Pas sudah melacurkan dirinya kepada DAP dan PKR.

UMNO walaupun tidak mendabik dada sebagai pejuang Islam (sekadar berslogan berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air), masih mempertahankan penggunaan kalimah Allah. Di Malaysia kita masih mempunyai mufti, kadi, Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam, Jabatan Kemajuan Islam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab dalam urusan agama Islam.

Di Indonesia yang rakyatnya dikatakan lebih 90 peratus Muslim, tidak ada mufti apatah lagi Jabatan Agama Islam. Di atas nama pluralisme mereka hanya ada menteri yang bertanggungjawab bagi semua agama.

Andainya…andainya Anwar jadi Perdana Menteri, apakah Malaysia juga akan jadi seperti Indonesia di mana Islam tidak lagi diinstitusikan.

Tentu para sahabat lama Anwar ini punyai kerisauan yang hampir sama. Kenapa tidak tentang Anwar dan pluralismenya secara lebih terbuka? Jangan takut! Orang beriman hanya takut kepada Allah.

Gemasindah yang kerdil ini.........berjuang melalui media maya ..setakat termampu.

1 ulasan:

  1. mohon link /banner
    ke http://wicararumi.blogspot.com/

    BalasPadam