sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Khamis, 20 Januari 2011
PANDANGAN CERDIKPANDAI ISLAM TENTANG PLURALISMA ANUAR IBRAHIM............
Salam para pembaca Melayu - Islam yang dihormati,
Apa yang gemasindah nyatakan dibawah sudah pasti akan mendatangkan kemarahan penyokong penyokong Anuar Ibrahim dan penyokong penyokong parti pembangkang pakatan rakyat...
Gemasindah berpendapat bahawa sekiranya Anuar Ibrahim berterusan menyebarkan fahaman PLURALISMA di Malaysia ini maka adalah menjadi JIHAD kepada semua dan setiap manusia muslim dinegara ini untuk memeranginya.
JIHAD yang paling mudah ialah BERHENTI MENYOKONG gerakan politik Anuar. Bila tidak ada orang menyokong perjuangan politiknya ...anuar akan BERSARA ...dan kita doakan agar saudara kita itu BERTAUBAT.
Sudah pasti kita yang beragama Islam tidak mahu negara ini diterajui oleh Pejuang Pluralisma yang berjuang untuk mencelarukan aqidah umat Islam. Minta dijauhi Allah.
Ikuti pandangan saorang lagi ilmuan Islam berkaitan Anuar & Pluralismanya....
.....................................................................................
PANDANGAN PERTAMA
ANWAR SAMARATA ISLAM DEMI POLITIK.
penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang didapati sering membawa mesej fahaman pluralisme agama sama ada dalam bentuk tindakan mahu pun dalam bentuk ucapan.
Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad berkata, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut.
Beliau berkata, seperkara lagi ialah kecenderungan Institut Kajian Dasar (IKD) terhadap perjuangan Jaringan Islam Liberal yang diterajui oleh Ulil Absar Abdullah iaitu seorang pejuang fahaman pluralisme di Indonesia.
''IKD amat sinonim dengan Anwar dan institut ini amat rapat dengan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Hasil hubungan mereka juga tertubuhnya Pusat Graduan Timur (Eastern Graduate Centre) di bawah IKD.
''Pusat ini diterajui oleh seorang graduan lulusan Timur Tengah dan untuk pengetahuan semua melalui pusat tersebut telah diterbitkan beberapa buku yang didapati menyokong fahaman pluralisme," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal' dalam wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Yusri yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata antara judul buku yang dikaitkan dengan fahaman itu dan dihasilkan oleh pusat berkenaan ialah Islam dan Pluralisme, Agama dan Kebebasan Berfikir, Hukum Barat Pun Islam dan Kahwin Campur Antara Islam dan Bukan Islam.
''Inilah yang berlaku hasil daripada hubungan antara IKD dan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Mereka juga dilihat begitu menyanjung Ulil Absar Abdullah.
''Bagi saya penerbitan buku-buku ini amat berbahaya kepada umat Islam di negara ini kerana isu berkaitan dengan fahaman pluralisme agama amat berkaitan dengan soal akidah,"katanya.
Dalam pada itu ketika ditanya oleh seorang peserta mengenai seriusnya penglibatan Anwar di dalam fahaman itu beliau berkata, berdasarkan fakta-fakta tersebut kecenderungan Anwar terhadap fahaman berkenaan nampak jelas.
''Anwar juga jika kita lihat ketika memberi komen dalam isu-isu tertentu seperti penggunaan nama Allah di kalangan orang bukan Islam begitu konsisten membenarkan mereka berbuat demikian," katanya.
Dalam isu yang sama beliau turut meminta barisan kepimpinan negara termasuk Perdana Menteri supaya mengelakkan diri daripada meraikan perayaan agama lain seperti Thaipusam.
''Dalam perkara ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak terkecuali menerima kritikan apabila menyertai satu majlis rasmi kuil Buddha di Kelantan," katanya lagi.
Sementara itu, beliau turut meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan fahaman pluralisme agama serta amalan yang berkaitan dengannya.
''Saya juga ingin mengesyorkan individu dan kumpulan yang menyebarkan fahaman ini diberi nasihat serta teguran dan jika mereka ingkar tindakan undang-undang perlu dikenakan," tambahnya.
PANDANGAN KEDUA
Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata memenuhi nafsunya untuk berkuasa dan beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk terlibat dengan gerakan Yahudi sedunia kata Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Perak.
“Ini semata-mata nak memenuhi nafsu dia. Nak berkuasa. jadi dia bersetujulah dengan Yahudi, nak memecahbelahkan orang, supaya orang menyokongnya. Itu sahaja. Dia bukan ada apa-apa.
“Anwar Ibrahim ini, semata-mata nak balas dendam. Itu sahaja kerja dia”, katanya.
Ketika ditanya adakah peranan Anwar sekarang ini sama seperti Abdullah bin Ubai, seorang tokoh munafik yang memecahbelahkan ummah semasa zaman Nabi Muhamad SAW di Madinah, Tan Sri Harussani merenung sejenak, dan menjawab “Saya ingat lebih daripada itu kot”, sambil disambut gelakan para hadirin yang turut serta dalam sesi interbiu eksklusif bersama Mufti Perak itu.
Agenda Pluralisme Agama Aliran John Hick
Mufti Perak juga turut ditanya berkenaan dengan agenda pluralisme agama seperti yang terkandung dalam ucapan Anwar di London School of Economics (LSE), bertajuk “‘Religion and Pluralisme in a Divided World” pada Mac tahun lalu.
“Itulah masalahnya. Anwar tidak pernah menzahirkan (sebelum ini), sekarang baru (dia) zahirkan (sebut).
“Kalau dulu dia (Anwar) kata, dulu lagi saya (dah) kata (dia) murtad. Orang yang kata semua agama sama (adalah) murtad. Pasal, Tuhan kata “Inna Din ind Allah al Islam”. Tuhan kata satu sahaja agama Allah iaitu Islam.
“Jadi kalau kita kata (semua agama) sama, maknanya kita melawan Tuhan. Murtad dibuatnya. Itu hanya pendapat John Hick untuk memecahbelahkan orang Kristian pada kurun ke 16. Itu yang berpecah Kristian tu.
“Padahal, orang Yahudi sendiri.. tak buat macam tu (pluralisme agama). Kalau dia (Yahudi) buat macam tu, dia (juga) berpecah. Tapi dia tidak buat. Dia mahu memecahbelahkan orang beragama (lain)
” Jadi sekarang dia (pluralisme agama) masuk unsur ke Malaysia. Nak memecahbelahkan orang (Islam).
“Pasal apa ada (diwujudkan) School of Oriental and African Studies (SOAS). Kenapa ada fakulti agama diHarvard University… apa semua. Tok guru semua(nya) Yahudi. (Semua ini) semata-mata untuk memecahbelahkan orang Islam. Kalau tidak apa tujuan..
“Tapi kita megah dapat doktor daripada Amerika…ini ada masalah (lah)..”, katanya lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam... mohon kebenaran untuk letak kan artikel ini ni portal www.kelabchedet.com
BalasPadam