Khamis, 24 Februari 2011

PENYOKONG PAS ...Berfikirlah Dengan Tenang....Ingat Allah



Salam saudara pembaca Melayu - Islam khasnya penyokong Parti PAS. Bacalah jawapan Tun Dr Mahathir dan beberapa komen pembaca dan berfikirlah dengan tenang secara waras. Mohonlah Petunjuk Allah.

Dari blog CHEDET.

BUKTI MENGKAFIR UMNO

1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO.

2. Allah Maha Kaya.

3. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.

4. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.

5. Tetapi sebelumnya dia mendakwa "sokong PAS ertinya sokong Islam". Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah - "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah".

6. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.

7. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.

8. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.

9. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

10. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

11. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

12. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

13. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

14. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

15. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

16. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka.

By Dr Syed Alwi Ahmad

Assalamualaikum wr wb,

Kepada Tun Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz,

Ingin saya menambah sedikit. Apakah betul DAP terima perjuangan Islam PAS ? Atau DAP hanya menunggang PAS untuk tarik undi Melayu ? Bagi saya - perjuangan UMNO se-Islam dengan perjuangan PAS. Dengan hanya melaung laung slogan Islamik (termasuk Hudud) - tidak menjadikan perjuangan sesebuah parti itu lebih Islamik dari yang lain. Siapa tak pandai cakap ? Cakap kosong yang tidak membawa erti - itu semua orang tahu !

Ini saya nak tanya Tok Guru - apakah betul DAP nak terima perjuangan PAS untuk menubuhkan suatu negara Islam acuan PAS di Malaysia ?

Tolong jangan jadi BODOH. Saya rakyat Singapura dan terus terang saya mengatakan bahawa masyarakat Cina secara amnya TIDAK mahukan suatu iklim sosial yang mereka anggap adalah terlalu Islamik. Kaum Cina tetap mahukan konsert Adam Lambert mereka. Kaum Cina tetap mahukan bar, KTV dan sebagainya. Hanya khayalan bodoh sahaja yang mempercayai bahawa masyarakat Cina mahu terima suasana sosial Islamik negara Islam acuan PAS !

Saya sokong UMNO kerana saya tahu hakikat realpolitik ASEAN di mana mesti ada kompromi di antara kaum Muslim Nusantara dan kaum Cina. Kompromi itulah yang di lambangkan oleh UMNO dan BN. Dan kompromi itulah sahaja yang menjamin kestabilan rantau ASEAN ini.

Tanpa kompromi sebegitu - saya tak yakin yang PAS boleh menjamin keamanan dan keharmonian. Maka itu - jalan terbaik bagi PAS - adalah untuk bersatu dengan UMNO - demi kepentingan Ummat Islam rantau ASEAN.

Wassalam
Dr Syed Alwi Bin Ahmad (Alsree)

By oldman

Assalammualikum Tun.
Dari saya bangku sekolah hinggalah saya telah bersara dari perkhidmatan inilah cerita yang sama dimainkan oleh Pas yang terus menerus menyerang orang Melayu Umno Kafir. Semasa di bangku sekolah manalah kita tahu tentang politik. Yang kita tahu semua orang Melayu itu Islam.Kita perlu mengucap dua kalimah syahadah - "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah", dan seterusnya melakukan ibadah-ibadah dianjurkan oleh Islam. Dulu kita dengar sembelihan orang Islam Umno itu tak sah, tapi saya belasah juga apa yang disembelih oleh orang Islam Umno kerana sembelihan dilakukan kalimah Allah.

Walaupun masa itu bodoh tetapi tidaklah bermakna saya ini jahil tentang agama. Islam itu amat mudah tapi disusahkan oleh orang-orang yang 'pandai' agama kerana kepentingan mereka. Orang Melayu berpecah belah pun disebabkan oleh kepentingan kononnya 'Pas' lebih Islam dari Umno. Orang bodoh pun boleh berfikir tentang perkara ini, tetapi orang yang tidak mahu berfikir sahaja yang menjadikan diri mereka bodoh.

Tuan Guru tak perlu berdolak dalih dengan kenyataannya. Rakayat tidak bodoh lagi, rakyat sekarang sudah berpengetahuan dan dengan zaman teknologi sekarang pengetahuan semuanya dihujung jari.

Memanglah Tun orang yang bersalah selalu akan berkata "Eh! Aku tak cakap pun". Kebiasaannya Allah akan balikkan semula apa jua kesalahan yang dilakukannya kepada dirinya sendiri kecuali dia insaf,

Semora Tun dan keluarga dikurniakan kesihatan yang bekekalan. Insyallah

By lemand64

Tun,


Datuk Nik Aziz telah memperlekehken dirinya Lebih-lebih lagi dalam waktu-waktu terdekat ini.

Ilmu agama yang tinggi padanya telah mengangkan kedudukan beliau menjadi orang ternama dan disanjung.Kata-kata beliau selalu ditunggu-tunggu dan menarik minat orang-orang melayu dan Islam keseluruhannya.

Ilmu yang dikata tinggi itulah meletak kedudukannya pada tahap yang menyedihkan dan dikesali.Kenyataan demi kenyataan yang keluar dari mulutnya begitu mengelirukan dan sentiasa bercanggah arus.

Mursyidul Am kedudukannya.Setiap kata-katanya adalah fatwa.Kedudukan yang dikata tinggi itu tidak memerlukannya mengambil pandangan ahli/pakar yang lain lagi.Datok Nik Aziz punyai kuasa veto/mutlak Islam di Malaysia.Jika dalam pemerintahan negara,contohnya ialah Hosni Mubarak ataupun Ghadaffi agaknya.

Kita orang kebanyakan ini dulunya mula syok dengan kesederhanaan hidup beliau dan sifat rendah diri beliau.Inilah ikon baru dan memberi nafas baru.Maklumlah,baru nak berdekat-dekat dengan agama.

Kini kenyataan beliau membuet saya peningdan keliru.Isu Tuhan mencarut,syaitan dan baru-baru ini semangat kebangsaan itu jahiliah memeningkan kepala.Pada saya,Islam mengikut cara Datok Nik Aziz sudah menyusahkan.Padahal setahu saya Islam itu memudahkan umat.

Beliau kini sudah melampaui batas dan menyusahkan kebanyakan orang melayu/Ialam.Datok Nik Aziz bukan lagi pemimpin Islam di Malaysia.Selama ini pun beliau bukan pemimpin/pemerintah yang berkarisma dan wibawa.

Kesimpulannya,ilmu yang tinggi tidak membawa kesempurnaan jika masih ada sifat-sifat sombong,takbur.Saya anggap ini sebagai kifarat kepada Datok Nik Aziz.Beliau masih bergelut dengan dirinya di hujung-hujung hayatnya.

Ini adalah peringatan kepada saya jika saya betul.

By arian

Assalamualikum buat Tun serta rakan blogger
Semoga kita semua diberkati Allah dunia dan akhirat.
Melihat kepada senario politik masa kini....terasa hati berdebar debar akan betapa perpecahan Melayu dan umat Islam di Malaysia ini memungkinkan kita kehilangan kuasa....Kuasa untuk menegakkan Islam dan Melayu kita.
Saya tertanya tanya....APAKAH TIDAK ADA SEBARANG JALAN PENYELESAIAN BAGI TIGA PUAK INI (UMNO, PAS PKR) untuk mengelak diri dari memperjudikan nasib agama, bangsa serta bumi warisan ini dari tergadai akibat dari kerakusan berpolitik?
Kita pada hari ini mungkin sudah selesa.....namun apa akan jadi pada saudara mara dan anak cucu kita pada masa akan datang....Fikir fikirkan lah. Wassalam

1 ulasan:

  1. "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". tak ada sebut umno? kenapa terasa?

    BalasPadam