sila juga layari http://fakirabdillah.webs.com ....MELAYU DULU ...BARU 1 MALAYSIA Bagaikan Burung Yang Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Ku Terbang Jua....
Ahad, 6 Februari 2011
GEMASNEWS.......................
Salam para pembaca sekalian.
Pada 8hb Februari 2011, sekali lagi YAB Menteri Besar Negeri Sembilan akan ke Daerah Kecil Gemas. Nampaknya pada bulan Februari ini banyak kali juga YAB melawat Gemas. Terakhir ialah pada 2-3 hari yang lalu menziarahi mangsa mangsa banjir di Taman Sungai Gemas ( kawasan paling teruk dilanda banjir ) bagi menghulurkan bantuan.
Rakyat Gemas khasnya kaum cina wajarlah berfikir semula tentang pendirian politik mereka. Gemasindah tahu dikalangan para kawan kawan dari kaum cina, ramai yang telah bertukar arah dari menyokong MCA kepada memberi kesetiaan kepada DAP kerana terikut-ikut trend nasional kaum cina.
Gemasindah tahu tiada saorang pun sahabat kaum cina yang membaca tulisan laman ini kerana pertamanya sememangnya ramai yang tidak berminat dan yang kedua sumber maklumat mereka sudah pastilah akhbar harian berbahasa cina.
Kedatangan YAB Menteri Besar kali ini adalah untuk MERASMIKAN Jalan Kg Londah - Palong yang baru siap di Kampong Londah.
Sejak hari semalam ( sabtu ) pekerja pekerja kontrak sibuk hingga kemalam menyiapkan khemah khemah diatas Jejambat ( Flyover ) melintasi landasan keretapi di Kg Londah.
Barangkali bersesuaian dengan tujuan untuk merasmikan Jalan baru termasuk jejambat tersebut maka khemah perasmian perlulah dibina diatas jambatan khasnya dipuncak paling tinggi.
Tetapi barangkali juga pembinaan khemah perasmian diatas jambatan dikawasan selekoh bolih juga mendatangkan kemalangan kerana walaupun jambatan itu belum dirasmikan ianya telahpun dibuka untuk kegunaan rakyat sejak sebulan yang lalu.
Namun itulah dia keputusan yang telah dibuat oleh orang yang membuat keputusan..membina khemah diatas jejambat ditempat selekoh dan menutup separuh jalan. Gemasindah tidak tahu siapa yang memutuskan ..sama ada pihak kontraktor yakni MANGKUBUMI SDN BHD atau Pihak Pejabat Daerah.
Namun apa yang disebutkan diatas adalah perkara remeh temeh.
Yang utama ialah rakyat setempat khasnya gemas - palong wajarlah berterimakasih atas keputusan kerajaan untuk membina jalan baru itu yang mendatangkan banyak faedah dan kemudahan.
Gemasindah berasa amat gembira kerana Kg Londah ialah kampong gemasindah sendiri. Pembinaan jalan baru sudah tentu akan membangunkan ekonomi Kg Londah hingga tidak ada lagi tanah kosong kerajaan di lokasi ini. Yang terakhir ialah satu kawasan seluas l.k 60 ekar yang telah diberikan kepada PKNNS untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan.
Gemasindah telahpun menulis dan memohon agar YAB Dato' Menteri Besar sudi mempertimbangkan agar kawasan yang disebut diatas di REZAB MELAYUKAN demi kepentingan umat Melayu & UMNO.
Perlu diingat inilah kawasan terakhir REZAB HUTAN JELEI-GEMAS yang telah di REVOKE. Sebelumnya ialah satu kawasan yang sangat luas dimana telah dibangunkan untuk menjadi KEM TENTERA dan BEEF VALLEY Gemas yang semuanya berstatus Terbuka ( Bukan Rezab Melayu )
Maka MEREZABMELAYUKAN kawasan 60 ekar yang diberikan kepada PKNNS itu adalah munasabah ditinjau dari segi ekonomi, p[olitik mahupun sosial - budaya.
Pegawai pegawai kerajaan yang menguruskan Pejabat Daerah Kecil Gemas & Tampin & juga YB ADUN Gemas wajarlah menyokong cadangan gemasindah ini.
Salam takzim kepada penduduk Gemas & kawasan sekitarnya. Marilah ramaikan Majlis Perasmian Jalan baru Londah - Palong pada hari Selasa ini. Dengarnya ada kawan gemasindah dah menyimpan IKAN TENGALAN yang dipancingnya untuk dihidangkan kepada YAB Menteri Besar yang dikasihinya...cuma dia bertanya kenapa setiap kali ada majlis ..kontrak CATERING diberikan kepada brader KUDUS. gemasindah jawab barangkali masakan brader Kudus sesuai dengan selera para pemimpin....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan