Salam para pembaca yang dihormati,
31 Jan 11, 08:45 AM
duan: tahniah dan jutaan terima kasih pihak berkuasa tempatan pej daerah gemas (tuan ADO), polis, jpa3 dan semua yg terlibat dalam tindakan pantas membantu mangsa banjir gemas,...
Banjir yang melanda tempat Gemasindah, Daerah Kecil Gemas kali ini memang lebih “ besar “ dari biasa. Seingat Gemasindah sebelum ini tidak ada yang saperti yang berlaku sekarang hingga hampir 90% Pekan Gemas ditenggelami air.
Di taman perumahan yang paling hampir dengan Sungai Gemas yakni Taman Sungai Gemas air melintasi bumbung rumah.
Tentu sekali banyak kerugian yang dialami oleh rakan rakan dan sahabat sahabat gemasindah yang terlibat terutamanya mereka mereka yang tinggal di Taman Sungai Gemas dan di Kg Londah. Ini adalah kerana air naik terlalu laju disebelah malam 30hb ( malam 31 hb ) yang membuatkan mangsa mangsa itu tidak sempat menyelamat harta benda terutama perkakasan letrik yang mudah rosak bila ditenggelami air. Maka ramailah yang terpaksa membeli peti sejuk, mesin basuh dan TV baru.
Pekedai pekedai di Pekan Gemas pula tentu sekali mengalami kerugian puluhan ribu kerana barang barang jualan rosak dan barangkali banyak yang tidak dapat dibaikki . Ketiga-tiga pam minyak pun turut tenggelam hingga ramai yang ragu ragu nak isi petrol dipam tersebut takut takut petrol dah bercampur air.
Saperti yang disuarakan oleh sahabat gemasindah dicbox laman ini ..DUAN..kami penduduk Gemas sangat sangat berterimakasih kepada semua petugas petugas bantuan dan juga kepada wakil wakil rakyat kami YB DUN Gemas Datuk Paduka Zainab dan Ahli Parlimen Tampin YB Dato’ Saziman kerana bantuan dan keprihatinan YB YB itu. Dato’ Saziman yang selalunya sibuk menjalankan tugas sebagai Menteri JKR dengan segera kembali kekawasan untuk memberi bantuan.
Begitu jugalah dengan YAB Menteri Besar kami DS Hj Muhamad Hasan yang sudi juga ke Gemas melawat dan membantu mangsa mangsa banjir.
Rakyat Gemas yang tidak terlibat dengan banjir juga menunjukkan semangat setiakawan yang tinngi dan terpuji kerana turut bersama-sama agensi agensi membantu mangsa dan menziarahi kawan kawan di Pusat penempatan Banjir.
Dikala menghadapi malapetaka ini teringat gemasindah akan jasa jasa pemimpin dahulu yang telah mengalihkan penduduk kawasan rendah di Kg Ladang dan Bangkahulu kepenempatan baru yang sehingga ini dikenali senbagai Kg Pemindahan Banjir. Jika tidak maka lebih ramailah lagi yang menghuni Pusat Pemindahan.
Kepada mangsa mangsa ..tidak dapat gemasindah hendak membantu melainkan dengan kata kata simpati dan bersabarlah menerima dugaan Allah. Tidak siapa yang dapat disalahkan , apatah lagi pihak kerajaan kerana banjir ini berlaku atas Kehendak Allah jua. Kita wajar juga bersyukur kerana cuaca sudah mulai cerah hari ini. Bayangkan kalau hujan lebat terus diturunkan Allah selama 20 – 30 hari, maka seluruh Gemas akan tenggelam.
Sekali lagi terimakasih kepada pasukan bantuan banjir daerah Kecil Gemas yang terdiri dari kakitangan Pejabat Daerah Kecil Gemas, JPA, Bomba , Polis Tentera dan lainlain jabatan dan juga sukarelawan dari UMNO khasnya Pemuda, Puteri & Wanita juga sahabat sahabat dari MCA & MIC.
Salam Takziah kepada mangsa ....dari
Gemasindah.
Hai...!! bokeh ahli paleman tampin duduk di lodah takanlah ucap salam takziah jo..patut ee jadi oghang petamo meghodah banje kek gomeh tu...baghulah ngam..!!
BalasPadam