Salam pembaca yang dihormati,
Beberapa minggu yang lalu Ketua Pengarah JPJ dilapurkan dengan bangganya mengistiharkan bahawa Jabatannya telah diberikuasa untuk melaksanakan undang undang disemua jalan jalan kampung termasuk ladang ladang.
Barangkali tujuan murninya ialah untuk mengurangkan kemalangan jalanraya
Sabelum ini pihak JPJ mahupun polis hanya boleh menguatkuasakan undang undang dijalan jalan yeng telah digazetkan dan jalan jalan kampung ( jalan DO ) serta jalan ladang ladang ( jalan pertanian ) tidak digazetkan oleh kerajaan.
Yang pastinya akan bertambahlah pendapatan JPJ kerana saperti diketahui umum memang setiap hari berlaku pelanggaran undang undang JPJ oleh penduduk kampong terutamanya penunggang motosikal. Bemula dengan tidak memakai topi keledar, tidak memilikki lesen memandu , tiada cukai jalan hinggalah motosikal tidak berlampu dan tidak ada geran ( surat hakmilik ?
Jika kita membantah rancangan JPJ hendak melaksanakan undang undang jalanraya di kampung kampung dan diladang ladang termasuk dikawasan perumahan FELDA sudah pasti kita akan dituduh sebagai orang yang tidak menghormati undang undang negara.
Oleh itu kita memilih untuk tidak membantah tetapi merayu JPJ untuk mempertimbangkan semula HAJAT mereka itu.
Pertamanya kita mohon berhujah bahawa dari segi statistik kemalangan jalanraya termasuk dalam kategori motosikal jumlah kemalangan dijalan jalan kampung masih rendah berbanding jalan jalan lain.
Kedua kebanyakan motosikal motosikal yang digunakan dikampung kampung merupakan “ alat cari makan “ untuk memudahkan penduduk penduduk kampung mencari rezeki samada untuk menoreh getah, kesawah , kekebun kecil sawit dan juga untuk memancing disungai.
Ketiga ramai dari ibubapa juga menggunakan motosikal untuk menghantar anak ke tadika dan sekolah.
Orang orang kampung tidak menggunakan motosikal yang tidak bercukai jalan dan yang tidak lengkap ( tidak ada ;ampu dsb ) untuk kebandar . Orang orang kampung juga tidak memakai topi keledar untuk kekebun getah, kesawah atau memancing disungai. Motosikal motosikal yang digunakan banyak yang tua tua dan tidak lengkap peralatannya.
Bila hendak kebandar menggunakan jalanraya yang digazetkan orang orang kampung tahu untuk bertopi keledar dan menggunakan motosikal yang lengkap peralatan. Bagi yang tidak ada lesen memandu , mereka naik bas.
Apa yang hendak dicatatkan ialah orang orang kampung tidak ada niat untuk melanggar undang undang jalanraya . Mereka cuma menjadikan motosikal atau kereta buruk untuk mencari rezeki.
Gemasindah berharap agar pihak JPJ mempertimbangkan semula hajat mereka untuk MASUK KAMPUNG. Masih terlalu banyak kerja kerja dalam mempastikan lebuhraya dan jalan jalan raya yang bergazet selamat dari kemalangan .
Gemasindah pun guna motor kapcai untuk kekebun setiap hari....
Kalaupun di saman orang kampong di atas pelbagai kesalahan sebegitu, akan dilunaskan kah saman itu? Mampu ke orang kampung? Atau kerajaan akan lagi letih mengeluarkan lagi statistik saman tidak berbayar?
BalasPadamSaya rasa, kalau di asingkan dengan secara jujur:-
1. Saman (kerana benar-benar utk mendidik mematuhi undang-undang menjurus ke arah keselamatan)
dengan
2. Saman "bisnes"
saya rasa saman kategori (1) di atas akan tinggi peratus kelunasannya kerana walaupun kena saman, hati tidak sakit kerana sedar akan kesalahan sendiri.
Saman kategori (2) pula, orang yang "berduit" sekalipun akan cuba pelbagai cara untuk tidak membayarnya kerana niat saman tersebut tidak ada kena mengena dengan keselamatan jalanraya, tetapi sebenar bertujuan utk "memeras" duit rakyat.
Kerajaan Yang Out Of Touch
den kono tahan JPJ kek simpang Tman tu cik..den buek dek jo...ado ko patot..moto ayah den poie kobun pon nk ditahan ey
BalasPadam