Sabtu, 26 Februari 2011

TAK PLURALISMA KE IFC SELANGOR - PENANG NI ????




Salam pembaca Melayu - Islam yang dihormati.

Cuba baca dan renungan lapuran blogger Gerakan Anti PKR ini dan nilaikan sendiri tentang IFC yang diwujudkan oleh kerajaan PKR & DAP ini. Tidakkah ianya merupakan inti perjuangan Pluralisma yang bertujuan memporak-perandakan masyarakat Melayu- Islam ? Masihkah anda mahu BERDIAM DIRI atau bersimpati dengan juak juak petualang ini ???

Dari blog Gerakan Anti PKR.

SAH IFC WUJUD DI SELANGOR HASIL PERSETUBUHAN PAS/DAP.

IFC ?

apa ke bendanya IFC ni. ia adalah nama singkatan kepada inter faith comission. tujuannya mahu meletakkan kesamarataan antara semua agama.

sama rata bermaksud sama ratalah , adui.

apa tuntutan IFC selangor ?

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah yang diperjuangkan dalam PKR dan disokong pula oleh PAS apatah lagi DAP…Fikirlah dengan serius dakwaan ini dan buatlah sesuatu untuk AGAMA BANGSA dan NEGARA kita semua.

pas sedang melakukan persetubuhan politik dengan pejuang IFC. maknanya pas pun setuju IFC diimplementasikan di selangor.

Reaksi Pembaca :-

Anonymous said...

NAK TENGOK APA PULAK KATA2 ORG PAS DGN PENDEDAHAN IFC INI...KLU MASIH ANGGUK2, MEMANG SAH DEPA DAH MINUM AIR KENCING SYAITAN

Anonymous said...

memang pakatan bangsat...

didokong oleh pengkhianat dan pelacur agama dan bangsa.buta mata demi dendam dan kuasa dunia. berketerampilan ulamak litup berserban ..tapi jiwa bergelumang dosa kotor bak jamban.

Anonymous said...

Kepala hotak letak di lutut ni lah dia kepala butuh DAP,PKR dan Demokratik PAS. Over my dead body IFC ini. Jangan sebut aku pancung semua kelibat tak kira siapa, orang PAS Islam yang bodoh sudah tak tahu apa itu erti akidah. Yang keling dan cina ni jangan nak tunjuk handal, silap hari bulan kepala orang-orang yang dok promote IFC ni akan terpacak atas buluh runcing. Jangan berani main api kalau takut dibakar!

Khamis, 24 Februari 2011

PENYOKONG PAS ...Berfikirlah Dengan Tenang....Ingat Allah



Salam saudara pembaca Melayu - Islam khasnya penyokong Parti PAS. Bacalah jawapan Tun Dr Mahathir dan beberapa komen pembaca dan berfikirlah dengan tenang secara waras. Mohonlah Petunjuk Allah.

Dari blog CHEDET.

BUKTI MENGKAFIR UMNO

1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO.

2. Allah Maha Kaya.

3. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.

4. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.

5. Tetapi sebelumnya dia mendakwa "sokong PAS ertinya sokong Islam". Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah - "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah".

6. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.

7. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.

8. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.

9. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

10. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

11. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

12. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

13. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

14. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

15. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

16. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka.

By Dr Syed Alwi Ahmad

Assalamualaikum wr wb,

Kepada Tun Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz,

Ingin saya menambah sedikit. Apakah betul DAP terima perjuangan Islam PAS ? Atau DAP hanya menunggang PAS untuk tarik undi Melayu ? Bagi saya - perjuangan UMNO se-Islam dengan perjuangan PAS. Dengan hanya melaung laung slogan Islamik (termasuk Hudud) - tidak menjadikan perjuangan sesebuah parti itu lebih Islamik dari yang lain. Siapa tak pandai cakap ? Cakap kosong yang tidak membawa erti - itu semua orang tahu !

Ini saya nak tanya Tok Guru - apakah betul DAP nak terima perjuangan PAS untuk menubuhkan suatu negara Islam acuan PAS di Malaysia ?

Tolong jangan jadi BODOH. Saya rakyat Singapura dan terus terang saya mengatakan bahawa masyarakat Cina secara amnya TIDAK mahukan suatu iklim sosial yang mereka anggap adalah terlalu Islamik. Kaum Cina tetap mahukan konsert Adam Lambert mereka. Kaum Cina tetap mahukan bar, KTV dan sebagainya. Hanya khayalan bodoh sahaja yang mempercayai bahawa masyarakat Cina mahu terima suasana sosial Islamik negara Islam acuan PAS !

Saya sokong UMNO kerana saya tahu hakikat realpolitik ASEAN di mana mesti ada kompromi di antara kaum Muslim Nusantara dan kaum Cina. Kompromi itulah yang di lambangkan oleh UMNO dan BN. Dan kompromi itulah sahaja yang menjamin kestabilan rantau ASEAN ini.

Tanpa kompromi sebegitu - saya tak yakin yang PAS boleh menjamin keamanan dan keharmonian. Maka itu - jalan terbaik bagi PAS - adalah untuk bersatu dengan UMNO - demi kepentingan Ummat Islam rantau ASEAN.

Wassalam
Dr Syed Alwi Bin Ahmad (Alsree)

By oldman

Assalammualikum Tun.
Dari saya bangku sekolah hinggalah saya telah bersara dari perkhidmatan inilah cerita yang sama dimainkan oleh Pas yang terus menerus menyerang orang Melayu Umno Kafir. Semasa di bangku sekolah manalah kita tahu tentang politik. Yang kita tahu semua orang Melayu itu Islam.Kita perlu mengucap dua kalimah syahadah - "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah", dan seterusnya melakukan ibadah-ibadah dianjurkan oleh Islam. Dulu kita dengar sembelihan orang Islam Umno itu tak sah, tapi saya belasah juga apa yang disembelih oleh orang Islam Umno kerana sembelihan dilakukan kalimah Allah.

Walaupun masa itu bodoh tetapi tidaklah bermakna saya ini jahil tentang agama. Islam itu amat mudah tapi disusahkan oleh orang-orang yang 'pandai' agama kerana kepentingan mereka. Orang Melayu berpecah belah pun disebabkan oleh kepentingan kononnya 'Pas' lebih Islam dari Umno. Orang bodoh pun boleh berfikir tentang perkara ini, tetapi orang yang tidak mahu berfikir sahaja yang menjadikan diri mereka bodoh.

Tuan Guru tak perlu berdolak dalih dengan kenyataannya. Rakayat tidak bodoh lagi, rakyat sekarang sudah berpengetahuan dan dengan zaman teknologi sekarang pengetahuan semuanya dihujung jari.

Memanglah Tun orang yang bersalah selalu akan berkata "Eh! Aku tak cakap pun". Kebiasaannya Allah akan balikkan semula apa jua kesalahan yang dilakukannya kepada dirinya sendiri kecuali dia insaf,

Semora Tun dan keluarga dikurniakan kesihatan yang bekekalan. Insyallah

By lemand64

Tun,


Datuk Nik Aziz telah memperlekehken dirinya Lebih-lebih lagi dalam waktu-waktu terdekat ini.

Ilmu agama yang tinggi padanya telah mengangkan kedudukan beliau menjadi orang ternama dan disanjung.Kata-kata beliau selalu ditunggu-tunggu dan menarik minat orang-orang melayu dan Islam keseluruhannya.

Ilmu yang dikata tinggi itulah meletak kedudukannya pada tahap yang menyedihkan dan dikesali.Kenyataan demi kenyataan yang keluar dari mulutnya begitu mengelirukan dan sentiasa bercanggah arus.

Mursyidul Am kedudukannya.Setiap kata-katanya adalah fatwa.Kedudukan yang dikata tinggi itu tidak memerlukannya mengambil pandangan ahli/pakar yang lain lagi.Datok Nik Aziz punyai kuasa veto/mutlak Islam di Malaysia.Jika dalam pemerintahan negara,contohnya ialah Hosni Mubarak ataupun Ghadaffi agaknya.

Kita orang kebanyakan ini dulunya mula syok dengan kesederhanaan hidup beliau dan sifat rendah diri beliau.Inilah ikon baru dan memberi nafas baru.Maklumlah,baru nak berdekat-dekat dengan agama.

Kini kenyataan beliau membuet saya peningdan keliru.Isu Tuhan mencarut,syaitan dan baru-baru ini semangat kebangsaan itu jahiliah memeningkan kepala.Pada saya,Islam mengikut cara Datok Nik Aziz sudah menyusahkan.Padahal setahu saya Islam itu memudahkan umat.

Beliau kini sudah melampaui batas dan menyusahkan kebanyakan orang melayu/Ialam.Datok Nik Aziz bukan lagi pemimpin Islam di Malaysia.Selama ini pun beliau bukan pemimpin/pemerintah yang berkarisma dan wibawa.

Kesimpulannya,ilmu yang tinggi tidak membawa kesempurnaan jika masih ada sifat-sifat sombong,takbur.Saya anggap ini sebagai kifarat kepada Datok Nik Aziz.Beliau masih bergelut dengan dirinya di hujung-hujung hayatnya.

Ini adalah peringatan kepada saya jika saya betul.

By arian

Assalamualikum buat Tun serta rakan blogger
Semoga kita semua diberkati Allah dunia dan akhirat.
Melihat kepada senario politik masa kini....terasa hati berdebar debar akan betapa perpecahan Melayu dan umat Islam di Malaysia ini memungkinkan kita kehilangan kuasa....Kuasa untuk menegakkan Islam dan Melayu kita.
Saya tertanya tanya....APAKAH TIDAK ADA SEBARANG JALAN PENYELESAIAN BAGI TIGA PUAK INI (UMNO, PAS PKR) untuk mengelak diri dari memperjudikan nasib agama, bangsa serta bumi warisan ini dari tergadai akibat dari kerakusan berpolitik?
Kita pada hari ini mungkin sudah selesa.....namun apa akan jadi pada saudara mara dan anak cucu kita pada masa akan datang....Fikir fikirkan lah. Wassalam

Rabu, 16 Februari 2011

JAWAPAN TUN DR M terhadap SANGGAHAN Nik Aziz...

Salam Takzim sdra pembaca Melayu - Islam yang dihormati.

Tun Dr M telah banyak kali menyeru agar orang Melayu - Islam kembali BERSATU dan mencari jalan agar apa juga perbalahan politik yang remeh temeh dapat dicari jalan penyelesaian.

Namun pemimpin PAS terutamanya Nik Aziz TERUS TIDAK MEMPEDULIKANNYA malah secara terus menerus mengeluarkan kenyataan yang MEMECAHBELAHKAN umat Melayu - Islam. Terakhir ialah sokongan Nik Aziz terhadap permintaan Lee Kun Yew agar Melayu - Islam di Singapura tidak menjadi begitu Islamik supaya usaha mengintegrasikan rakyat singapura dapat dilakukan mengikut ACUAN Lee Kuan Yew sendiri.

Nampaknya Tun Dr M yang biasanya kelihatan agak BERBUDI BAHASA dalam membuat ulasan terhadap Nik Aziz sudah mula mengulas secara BERTERUS TERANG hingga Tun berkata kita kena KETUK KEPALA Nik Aziz & Nuar Berahim dahulu untuk menyatupadukan Melayu - Islam saperti sepatutnya.

Ulasan Tun ini nampaknya membuatkan Nik Aziz tersangat marah dan sifat Nafsu Amarah beliau itu tidak langsung menggambarkan kealimannya...

Ikutilah JAWAPAN Tun Dr M terhadap sanggahan Nik Aziz yang barangkali telahpun saudara baca diblog CHEDET. Namun gemasindah memilih untuk copy and paste dilaman ini setidak-tidaknya sebagai rekod dan kenangan...

JAWAPAN KEPADA NIK AZIZ


1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

Khamis, 10 Februari 2011

TAN SRI ISA SAMAD................



Salam para pembaca yang dihormati,

Gemasindah rasa pelik juga akan kehebatan Tan Sri Isa Samad yang boleh mempengaruhi turun naik saham di Bursa Malaysia sebab dilantik menjadi Pengerusi Felda. Betul ke dakwaan itu atau andaian semata –mata ?

Keduanya gemasindah juga rasa pelik akan kegundahan hati orang orang yang dikatakan pakar ekonomi terhadap orang orang politik jika dilantik mengetuai GLC ? Betul ke orang politik semuanya korup dan tidak cerdik dan oleh kerana dua kriteria negatif diatas akan membuatkan GLC itu rugi hingga ketahap muflis ? Betul ke atau andaian semata mata?

Sementara itu yang menjadi rungutan majoriti Melayu ialah kegagalan CEO CEO GLC ( semuanya dikatakan sebagai professional Melayu ) melaksanakan dasar kerajaan untuk menjadi pemangkin utama kebangkitan ekonomi bumiputera ? Adakah ini disebabkan CEO CEO yang professional itu tidak ada jiwa politiknya atau tidak ada semangat nasionalismanya ??

Berbalik kepada bekas Menteri Besar NSDK Tan Sri Isa ( yang gemasindah kenali secara peribadi.) Apakah Tan Sri Isa yang memilikki pengalaman 22 tahun sebagai Ketua Pentadbir Negeri Sembilan CEKAI sangat ke hingga tidak layak dilantik menjadi Pengerusi FELDA ? Jawatan Pengerusi sahaja bukan CEO !!!.

Ramai yang berpendapat bahawa keputusan DS Najib melantik TS Isa menggantikan TS Yusuf Nor adalah amat tepat dan amat bersesuaian.

Yang dihebohkan ( oleh orang yang anti TS Isa ) ialah fakta Tan Sri Isa didapati bersalah oleh Mahkamah UMNO kerana menggunakan wang ringgit untuk meraih undi semasa menang jawatan Naib Presiden UMNO.

Gemasindah tidak mempertikaikan keputusan mahkamah UMNO tersebut tetapi berdasarkan keadaan semasa ketika iti gemasindah berani berkata bahawa BUKAN Tan Sri Isa saorang sahaja yang mengamalkan politk wang dan salahguna kuasa untuk menang jawatan UMNO. Ramai diantara menteri dalam kabinet DS Najib sekarang pun terlibat sama cuma TIDAK KENA sahaja.

Salepas TS Isa dikenakan tindakan tatatertib pun masih berlaku salahguna wang tetapi mereka mereka tidak KENA ( atau TIDAK DIKENAKAN ) tindakan oleh mahkamah UMNO contohnya kes Khairi jamaluddin & Ali Rustam .

Nampak semacam ada satu komplot untuk mengenakan TS Isa Samad sebab salepas keputusan dibuat Pak Lah ketika itu membuat satu kenyataan bahawa tiada lagi tindakan disiplin berkaitan salahguna wang ..saolah olah masaalah politik wang dalam UMNO selesai. Begitu sahaja.

Kita juga harus mengambil kira fakta bahawa sebaik sahaja dikenakan tindakan penggantungan keahlian TS Isa duduk diam tanpa mencetuskan apa apa tindakan negatif terhadap UMNO dan kerajaan. Beliau menerima Takdir Ilahi dengan tabah. Tidak sia sia TS Isa belajar tareqat dari bekas Mufti NSDK ..keturunan Tuan Haji Said.

Pada gemasindah kesilapan pertimbangan TS Isa ialah lama sangat menjadi Menteri Besar Jadi ramailah yang gelisah kerana ramai juga yang berhajat hendak menjadi Menteri Besar.

Kita terpaksa akui semasa TS Isa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan banyak juga bakti beliau terhadap pembangunan Negeri Sembilan ditinjau dari sudut apa pun . Barangkali ramai yang mahu melihat Negeri Sembilan semaju Negeri Melaka dan Negeri Selangor tetapi tahap pencapaian kemajuan sesbuah negeri itu tertakluk kepada pelbagai fakta juga.

Antara dasar yang dirasai nikmatnya hingga kehari ini ialah Dasar Penswastaan Rumah Kos Rendah yang hanya dilakukan di Negeri Sembilan dengan jayanya.

TS Isa juga dikenang kerana berjaya membawa prasarana prasarana perlu ke setiap malah semua rancangan Felda di Negeri Sembilan hingga tidak ada lagi jalan tanah merah dikawasan perumahan, tiada lagi kedengaran masaalah bekalan air dan sebagainya.

Barangkali yang menjadi kenangan abadi ialah kejayaan TS Isa membangunkan ladang LBJ dan Bandar Baru Nilai....

Kita sendiri melihat akan kegigihan TS Isa terus memperjuangkan kegemilangan UMNO di Pru Tenang baru baru ini...

Pedulikan suara suara sumbang itu Tan Sri teruslah berkhidmat selagi termampu.
Majoriti rakyat NSDK masih menyokong Tan Sri dan RINDU untuk mendengar ucapan Tan Sri yang selalunya LUCU tetapi AMAT BERISI dan effektif.

Selamat berjuang...dari gemasindah.

KEMANA MENGHILANGNYA BLOGGER TAMPIN / GEMENCHEH / GEMAS ????




Salam para pembaca yang dihormati,

Dikawasan gemasindah ( Parlimen Tampin )dulu ada juga 2-3 bloggers yang aktif. Sejak kebelakangan ini mereka telah berhenti menulis . Why ? Susah cari makan ke sebab mengkritik para pemimpin ?

Mana hilangnya Tampin Oh Tampin, Gotahlantun dan Rockdatbone ??

gemasindah dah rasa sunyi terkonteng - konteng seorang diri...

Isnin, 7 Februari 2011

JPJ MASUK KAMPUNG.............

Salam pembaca yang dihormati,

Beberapa minggu yang lalu Ketua Pengarah JPJ dilapurkan dengan bangganya mengistiharkan bahawa Jabatannya telah diberikuasa untuk melaksanakan undang undang disemua jalan jalan kampung termasuk ladang ladang.

Barangkali tujuan murninya ialah untuk mengurangkan kemalangan jalanraya

Sabelum ini pihak JPJ mahupun polis hanya boleh menguatkuasakan undang undang dijalan jalan yeng telah digazetkan dan jalan jalan kampung ( jalan DO ) serta jalan ladang ladang ( jalan pertanian ) tidak digazetkan oleh kerajaan.

Yang pastinya akan bertambahlah pendapatan JPJ kerana saperti diketahui umum memang setiap hari berlaku pelanggaran undang undang JPJ oleh penduduk kampong terutamanya penunggang motosikal. Bemula dengan tidak memakai topi keledar, tidak memilikki lesen memandu , tiada cukai jalan hinggalah motosikal tidak berlampu dan tidak ada geran ( surat hakmilik ?

Jika kita membantah rancangan JPJ hendak melaksanakan undang undang jalanraya di kampung kampung dan diladang ladang termasuk dikawasan perumahan FELDA sudah pasti kita akan dituduh sebagai orang yang tidak menghormati undang undang negara.

Oleh itu kita memilih untuk tidak membantah tetapi merayu JPJ untuk mempertimbangkan semula HAJAT mereka itu.

Pertamanya kita mohon berhujah bahawa dari segi statistik kemalangan jalanraya termasuk dalam kategori motosikal jumlah kemalangan dijalan jalan kampung masih rendah berbanding jalan jalan lain.

Kedua kebanyakan motosikal motosikal yang digunakan dikampung kampung merupakan “ alat cari makan “ untuk memudahkan penduduk penduduk kampung mencari rezeki samada untuk menoreh getah, kesawah , kekebun kecil sawit dan juga untuk memancing disungai.

Ketiga ramai dari ibubapa juga menggunakan motosikal untuk menghantar anak ke tadika dan sekolah.

Orang orang kampung tidak menggunakan motosikal yang tidak bercukai jalan dan yang tidak lengkap ( tidak ada ;ampu dsb ) untuk kebandar . Orang orang kampung juga tidak memakai topi keledar untuk kekebun getah, kesawah atau memancing disungai. Motosikal motosikal yang digunakan banyak yang tua tua dan tidak lengkap peralatannya.

Bila hendak kebandar menggunakan jalanraya yang digazetkan orang orang kampung tahu untuk bertopi keledar dan menggunakan motosikal yang lengkap peralatan. Bagi yang tidak ada lesen memandu , mereka naik bas.

Apa yang hendak dicatatkan ialah orang orang kampung tidak ada niat untuk melanggar undang undang jalanraya . Mereka cuma menjadikan motosikal atau kereta buruk untuk mencari rezeki.

Gemasindah berharap agar pihak JPJ mempertimbangkan semula hajat mereka untuk MASUK KAMPUNG. Masih terlalu banyak kerja kerja dalam mempastikan lebuhraya dan jalan jalan raya yang bergazet selamat dari kemalangan .

Gemasindah pun guna motor kapcai untuk kekebun setiap hari....

Ahad, 6 Februari 2011

GEMASNEWS.......................



Salam para pembaca sekalian.

Pada 8hb Februari 2011, sekali lagi YAB Menteri Besar Negeri Sembilan akan ke Daerah Kecil Gemas. Nampaknya pada bulan Februari ini banyak kali juga YAB melawat Gemas. Terakhir ialah pada 2-3 hari yang lalu menziarahi mangsa mangsa banjir di Taman Sungai Gemas ( kawasan paling teruk dilanda banjir ) bagi menghulurkan bantuan.

Rakyat Gemas khasnya kaum cina wajarlah berfikir semula tentang pendirian politik mereka. Gemasindah tahu dikalangan para kawan kawan dari kaum cina, ramai yang telah bertukar arah dari menyokong MCA kepada memberi kesetiaan kepada DAP kerana terikut-ikut trend nasional kaum cina.

Gemasindah tahu tiada saorang pun sahabat kaum cina yang membaca tulisan laman ini kerana pertamanya sememangnya ramai yang tidak berminat dan yang kedua sumber maklumat mereka sudah pastilah akhbar harian berbahasa cina.

Kedatangan YAB Menteri Besar kali ini adalah untuk MERASMIKAN Jalan Kg Londah - Palong yang baru siap di Kampong Londah.

Sejak hari semalam ( sabtu ) pekerja pekerja kontrak sibuk hingga kemalam menyiapkan khemah khemah diatas Jejambat ( Flyover ) melintasi landasan keretapi di Kg Londah.

Barangkali bersesuaian dengan tujuan untuk merasmikan Jalan baru termasuk jejambat tersebut maka khemah perasmian perlulah dibina diatas jambatan khasnya dipuncak paling tinggi.

Tetapi barangkali juga pembinaan khemah perasmian diatas jambatan dikawasan selekoh bolih juga mendatangkan kemalangan kerana walaupun jambatan itu belum dirasmikan ianya telahpun dibuka untuk kegunaan rakyat sejak sebulan yang lalu.

Namun itulah dia keputusan yang telah dibuat oleh orang yang membuat keputusan..membina khemah diatas jejambat ditempat selekoh dan menutup separuh jalan. Gemasindah tidak tahu siapa yang memutuskan ..sama ada pihak kontraktor yakni MANGKUBUMI SDN BHD atau Pihak Pejabat Daerah.

Namun apa yang disebutkan diatas adalah perkara remeh temeh.

Yang utama ialah rakyat setempat khasnya gemas - palong wajarlah berterimakasih atas keputusan kerajaan untuk membina jalan baru itu yang mendatangkan banyak faedah dan kemudahan.

Gemasindah berasa amat gembira kerana Kg Londah ialah kampong gemasindah sendiri. Pembinaan jalan baru sudah tentu akan membangunkan ekonomi Kg Londah hingga tidak ada lagi tanah kosong kerajaan di lokasi ini. Yang terakhir ialah satu kawasan seluas l.k 60 ekar yang telah diberikan kepada PKNNS untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan.

Gemasindah telahpun menulis dan memohon agar YAB Dato' Menteri Besar sudi mempertimbangkan agar kawasan yang disebut diatas di REZAB MELAYUKAN demi kepentingan umat Melayu & UMNO.

Perlu diingat inilah kawasan terakhir REZAB HUTAN JELEI-GEMAS yang telah di REVOKE. Sebelumnya ialah satu kawasan yang sangat luas dimana telah dibangunkan untuk menjadi KEM TENTERA dan BEEF VALLEY Gemas yang semuanya berstatus Terbuka ( Bukan Rezab Melayu )

Maka MEREZABMELAYUKAN kawasan 60 ekar yang diberikan kepada PKNNS itu adalah munasabah ditinjau dari segi ekonomi, p[olitik mahupun sosial - budaya.

Pegawai pegawai kerajaan yang menguruskan Pejabat Daerah Kecil Gemas & Tampin & juga YB ADUN Gemas wajarlah menyokong cadangan gemasindah ini.

Salam takzim kepada penduduk Gemas & kawasan sekitarnya. Marilah ramaikan Majlis Perasmian Jalan baru Londah - Palong pada hari Selasa ini. Dengarnya ada kawan gemasindah dah menyimpan IKAN TENGALAN yang dipancingnya untuk dihidangkan kepada YAB Menteri Besar yang dikasihinya...cuma dia bertanya kenapa setiap kali ada majlis ..kontrak CATERING diberikan kepada brader KUDUS. gemasindah jawab barangkali masakan brader Kudus sesuai dengan selera para pemimpin....

Sabtu, 5 Februari 2011

LAPURAN DARI MESIR.......................dari sukarelawan



Dari fikirankami blogspot

Krisis Mesir: UMNO buat kerja, PAS buat tahi mata!
Salam sejahtera.


1. Ketika ini, Mesir masih dalam keadaan huru hara dan kacau bilau akibat protes jalanan yang semakin buruk. Tanda-tanda untuk pulih kepada keamanan nampaknya sangat tipis.

2. Ketika ini juga, Kerajaan Malaysia (dibaca: UMNO/BN) sedang bertungkus lumus memindahkan seberapa ramai mungkin rakyat Malaysia ke Jeddah, Arab Saudi sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

3. Usaha murni ini sewajarnya dihargai dengan ucapan terima kasih, bukan dengan fitnah, cacian, hinaan yang diberi. Molekkah? Sudahlah wahai juak murahan PAS. Sepatutnya kamu bersama-sama kerajaan membantu proses perpindahan di Mesir, bukan berdemo di depan Kedutaan Amerika! Malah lebih Mesir daripada rakyat Mesir sendiri berdemonya!

4. Adakah demo yang kamu lakukan boleh mengubah apa-apa keadaan? Adalah lebih baik sekiranya kamu bersolat hajat mohon keselamatan seperti yang dianjur oleh JAKIM dan mohon sama-sama berangkat ke Mesir membantu sukarelawan memindahkan warga Malaysia.

5. Sebagai parti yang konon memperjuangkan Islam, PAS (dibaca: munafik), perlukah kita mempertikai niat kerajaan Malaysia membantu rakyat sendiri di Mesir? Ada yang mempersoal mengapa tidak bawa terus ke Malaysia?

6. Matlamat ketika ini adalah kita harus keluarkan semua rakyat Malaysia dahulu dan tempatkan mereka di kawasan yang selamat. Dalam konteks ini, di Jeddah. Mengapa Jeddah? Jeddah berhampiran dengan Mesir dan kita sudah mempunyai banyak kemudahan yang telah disediakan oleh Tabung Haji.

7. Tidak kah kamu terfikir, jarak Mesir dengan Malaysia bukannya seperti Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru. Berapa banyak kos yang akan terbuang jika perjalanan sejauh 10 jam lebih untuk membawa hampir 12,000 rakyat Malaysia di Mesir? Pelan perpindahan ke Jeddah adalah lebih sesuai kerana dalam masa beberapa hari ini kita dapat keluarkan kesemua rakyat Malaysia dengan selamat. Setelah selamat, barulah kita akan uruskan penerbangan pulang ke Malaysia.

8. Sudah-sudahlah PAS, kamu bukan berniat baik untuk membantu sesama Islam. Malah kamu sendiri memecahbelahkan umat Islam. Jika PAS betul-betul memperjuang nasib rakyat Palestin, mengapa ketika misi bantuan Tun Dr. Mahathir dulu, tiada seorang pun juak-juak PAS yang mengikuti?

Untuk mengikuti berita terkini dari Mesir, bolehlah layari Medan Info Kita

Krisis Mesir: Juak-Juak Pas Yang Tak Sedar Diri

Sekejap tadi saya baru bercakap dengan blogger Medan Info yang kini sedang berada Cairo. Talian telefonnya kurang memuaskan tetapi masih boleh bercakap dengan cara terpekik dan terlolong.

Katanya, semalam ada satu masalah dan hari ini ada satu lagi masalah. Semalam segilintir pelajar yang dipercayai penyokong-penyokong Pas menghasut para pelajar agar jangan menaiki pesawat ke Jeddah dan menuntut supaya dibawa pulang ke Malaysia.

Mereka menuduh kerajaan hanya memindahkan warga Malaysia secara percuma dari Cairo ke Jeddah dan dari sana mereka perlu menanggung sendiri kos untuk pulang ke negara ini.

Bagaimanapun ketua rombongan Datuk Seri Jamil Khir (Menteri BN) serta Datuk Azeez Rahim (Ahli MT Umno) menafikan perkara itu dan menyatakan mereka tidak perlu membayar sesen pun hatta cukai airport sekali pun untuk pulang ke Malaysia.

Apalah punya bangang juak-juak Pas ? tak reti bersyukur. Sebab itu saya kata jangan tolong mereka. Menolong mereka ibarat menolong anjing tersepit. Kalau saya jadi mereka dapat keluar dari Mesir pun dah satu rahmat. Lagi nak minta lebih-lebih. Nak pergi belajar luar negara boleh, nak beli tiket kapal terbang tak boleh. Lain kali kalau tak nak beli tiket kapal terbang, belajar saja di sekolah pondok Nik Aziz.

Wahai juak-juak Pas yang otak udang, mari sini akau nak cerita kat hangpa semua. Kapal terbang ada 8 biji semuanya. Orang ada 11,300 dan mereka perlu dikeluarkan secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Itu sebab Kerajaan BN arahkan kamu semua dibawa ke Jeddah terlebih dahulu yang masa perjalanannya lebih pendek berbanding ke KL yang memakan masa 9-10 jam.

Jika dari Cairo ke Jeddah, kemudian patah balik ke Cairo kapal terbang boleh terbang beberapa perjalanan sehari. Kalau ke KL 10 jam, kemudian nak patah balik ke Cairo 10 jam, bila nak habis 11300 orang ?

Dari Jeddah ada bermacam-macam penerbangan yang boleh diambil untuk pulang ke KL kerana disana tiada masalah berbanding di Cairo yang penerbangannya terhad sekarang.

Kamu orang semua ini diberi betis hendak paha. Tolong tahu erti bersyukur sikit. Masuk ke Jeddah pun bukannya ada masalah. Visa tak perlu kerana DS Najib sudah berunding dengan Raja Arab Saudi dan Baginda telah beri kebenaran. Lagi kamu nak perlecehkan kerajaan. Bukan dengan kecik anak punya orang yang DS Najib berunding. Dengan Raja Arab tahu. Faham tak ?

Sampai di Jeddah pula penginapan selesa, makan minum ada. Silap-silap boleh cilok pergi umrah lagi. Apa lagi yang kamu nak wahai juak-juak Pas yang bangang ?

Menurut blogger Medan Info, hari ini timbul satu lagi masalah baru pula. Juak-juak Pas sebar berita palsu lagi hari ini. Mereka kata orang-orang yang telah dibawa ke Jeddah telah dilayan seperti anjing.

Ada sahaja berita palsu untuk memburukkan imej Kerajaan BN yang mereka sebarkan. Semuanya kerana niat politik. Sebab itu saya kata jangan tolong orang-orang yang menyokong Pas. Kita buat baik 1000 kali pun mereka tetap tidak akan nampak baik kita. Macamana sekali pun mereka tetap nak cari salah kita. Tak dapat ikut ni, mereka kona ikut tu. Perangai iblis tak habis-habis dalam diri pengikut-pengikut Pas.

Kepada ibu bapa atau keluarga pelajar yang sokong Umno/BN atau ibu bapa pelajar-pelajar yang tidak berpolitik, jangan risau tentang nasib-nasib anak-anak atau ahli keluarga anda. Insyallah semuanya ok. Setakat ini sudah 3500 orang yang telah dikeluarkan dari Mesir.

Jangan percaya kepada khabar-khabar angin yang berniat jahat yang disebarkan oleh juak-juak Pas kononnya mereka perlu membayar tiket dari Jeddah ke KL atau dilayan seperti anjing di Jeddah.

Datuk Azeez kata orang-orang Pas kalau wang ihsan mereka faham apa maksudnya. Yang ini pula penerbangan ihsan. Kalau penerbangan ihsan , maknanya percumalah wahai juak-juak Pas yang bodoh.

Untuk mengetahui berita terus menerus tentang situasi di sana sila lawat portal Agenda Daily (klik di sini) dan blog Medan Info (klik di sini)

Anonymous said...

Sikap pemimpin Pas, samada mereka di peringkat tertinggi atau akar umbi lebih gemar menimbulkan masalah dari membantu menyelesaikan masalah yang sedang di hadapi oleh pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir. Gemar bercakap dan sebarkan sms fitnah bertujuan untuk memburukkan langkah kerajaan menyelesaikan masalah.

Mampukah pemimpin Pas menyalurkan bantuan dan sumbangan menjangkau jutaan ringgit untuk membawa pulang keseluruhan rakyat Malaysia di Mesir. Kalangan pemimpin
Pas hanya berkokok macam ayam sabung yang tajinya sudah tumpul bila keikhlasan mereka benar-benar di uji. Mengadakan demo dan perarakan tidak akan menyelesaikan masalah yang sedang di hadapi warga kita di negara orang. Kalau lah pemimpin pembangkang benar benar ikhlas kenapa mereka tidak berusaha menyewa mana mana kapal terbang milik syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk membantu kerajaan membawa pulang secepat mungkin warga Malaysia di Mesir.

Anonymous said...

dah aku cakap ..Hadi Awang-Hadi Awang in the making ni...biorkan aje mati kering kat mesir nu..

Eeeei..dasar tak tahu bersyukur, ingkari qada' dan qadar Allah, bodo, tongong, bongok, buta, pekak betulla penyokong tegar hamPAS ni..

aku harap terhempas le kapal terbang yg nak bawak balik Hadi Awang in the making ni..

Esok dah abis belajo..dah pandai..dah jadi pemimpin parti politik..huru-harakan negara, pecah-belahkan orang Melayu, bagi tanah 999 thn kat Cina, ikut telor DAPig.. buat fitnah sana sini, guna masjid/surau caci maki org lain, keluarkan fatwa2 sesat..Allah mencarut le bagai..org camni UMNO nak tolong ka??

Kalau aku le jadi DS Najib..alamat mati kering puak2 ni kat mesir..

Pemerhati said...

PAS ni terlampaulah bodohnya.

Sepatutnya PAS menghantar delegasinya ke Mesir dan sama2 membantu membawa pulang pelajar2nya yg terdiri dpd ahli2 PAS. Ini tidak, mereka lepas tangan aje. Sanggup lagi cuba mensabotaj usaha murni Kerajaan BN utk membawa balik pelajar2 PAS ke Malaysia.

Memburuk2kan keadaan dgn memfitnah bahawa pelajar2 PAS itu akan dihantar ke Jeddah aje, kemudian kena pulang ke Malaysia dgn wang sendiri. Kerajaan BN mesti menangkap si Durjana yg menghantar SMS palsu itu dan kenakan tindakan yg sewajarnya.
PAS ni memang pandai mengambil kesempatan utk mempolitikkan sebarang situasi. Tengoklah contohnya di PRK Tenang, sampai jenazah mayat orang Islam pun dipolitikkan utk cuba memburuk2kan UMNO.

Akhirnya tindakan PAS itu memakan diri kerana orang2 Islam menolak terus PAS kecualilah sebahagian kecil orang Melayu yg jahil dan terdiri dpd ahli PAS yg totok dan bebal dan orang2 Cina yg mengikut arahan DAP.

PAS ini harap janganlah menonjolkan sangat sikap buruknya. PRU13 dah hampir. Apa persepsi rakyat. Macam mana nak menang PRU13 nanti.
Kecuali jika Melayu mudah lupa .

Anonymous said...


Buat anon February 5, 2011 11:29:00 AM GMT+08:00

"Krisis kemanusiaan pun nak politikkan".. Sejak bila PAS kenal dah faham akan maksud 'kemanusiaan' ni berbeza denga hal politik?

Bagaimana soal kematian semasa PRK Tenang diangkat jadi isu propaganada politik PAS?

Bagaimana doakan bala buat UMNO demi untuk kemenangan PRK tenang? Tidakkah hal ini melampau dan terkelaluan? Siapa ahli dan penyokong UMNO itu berbanding DAP? janganlah hanya kerana politik sampai kafir-mengafir sesama Islam!

Rumusannya; kita boleh berpolitik tapi jangan taksub dan tidak rasional hingga mengadaikan agama dan aqidah.

Politik PAS Politik teori semata-mata dan berubah ikut musim.
Mesir : Apakah terlalu sukar ucap Terima Kasih!


Oleh: ROSLAN BIAN


TERIMA KASIH!...Dua perkataan yang cukup mudah. Bagaimanapun,ianya terlalu berat untuk keluar dari mulut pemimpin pembangkang terutama PAS dan PKR walaupun mungkin ada anak mereka antara sedang diselamatkan kerajaan Malaysia ekoran insiden tunjuk perasaan anti Hosni Mubarak di Mesir.Sebaliknya, macam-macam gambaran buruk diberikan ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Luar Kohilan Pillay ,Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail dan Kelab Putera 1 Malaysia yang diketuai Datuk Azeez Abdul Rahim bertungkus lumus dalam Operasi Piramid bagi mengeluarkan segera semua pelajar dan rakyat Malaysia dari negara yang sedang bergolak itu.Ini belum masuk bantuan pegawai ATM melalui TUDM, MAS dan Air Asia serta pegawai-pegawai Kementerian Luar
Mesir: kos pindah pelajar pulang...semua PERCUMA

OLEH HELME HANAFI DARI KAHERAH

Semua kos pindah balik pelajar di Mesir pulang ke tanahair adalah PERCUMA. Para pelajar tidak akan dikenakan satu senpun bayaran penerbangan dan sebagainya. Ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam sidang akhbar di Kaherah jam 4 petang (waktu Malaysia) kesal dengan fitnah yang disebarkan oleh pihak tertentu mendakwa kononnya para pelajar kena tanggung kos itu. Katanya dalam waktu yang rumit di negara sedang bergolak dan tidak menentu itu sepatutnya semua pihak harus fokus kepada usaha memindahkan segera semua para pelajar dan rakyat Malaysia sebaliknya sekarang jenuh kena layan jawab fitnah segala macam

LAPURAN DARI MESIR.......................dari sukarelawan



BERITA DARI MESIR ....
DOA : SEMUGA BERJAYA
BENCI : SMS FITNAH & SABOTAJ dari PAS & PKR

Kita boleh mengetahui kedudukan usaha membawa pulang rakyat Malaysia oleh pihak kerajaan dengan bantuan sukarelawan dari lamanblog MEDAN INFO BLOGSPOT yang kini berada di Kaherah . Syabas & jutaan terima kasih kepada Medan Info.

Medan Info melaporkan bahawa ada pelajar pelajar Malaysia yang percaya kepada sms dari PAS berkaitan kena bayar tambang penerbangan Jeddah ke KUL tidak mahu keluara dari rumah mereka untuk dibawa ke Jeddan . Memanglah BODOH ..dan PAS serta PKR memanglah PELESIT tak bojonjang ...

Dalam geram komen gemasindah ialah ..BODOH PUNYA MELAON.. : KALAU DIA ORANG PERCAYA KPD FITNAH ..TIDAK MAHU BALIK PEDULIKAN....BIAR DIA ORANG TUNGGU PAS & PKR DATANG SELAMATKAN MEREKA.

Friday, February 4, 2011
Live Dari Cairo International Airport Hari Ke 2.
Di Cairo International Airport, jam sekarang menunjukkan pukul 4.45 petang.

Proses membawa keluar pelajar pelajar Malaysia untuk dibawa ke Jeddah masih giat diteruskan walaupun ada pihak yang mahu mensabotaj dengan terus menerus menyebar berita palsu mengenai nasib pelajar pelajar ini sekiranya dibawa ke Jeddah.

Ketua Delegasi, Senator Yb Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom masih menerima sms dari Malaysia yang bertanyakan apakah benar pelajar pelajar akan dibiarkan sahaja di Jeddah sekiranya mereka tidak punyai wang untuk membayar tambang pulang ke tanahair..?

Sehingga waktu laporan ini dibuat, sudah hampir 2,300 pelajar yang telah berjaya dibawa keluar dari bandar Kaherah dimana tahap keamanan disini semakin merisaukan... Para petugas sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia tanpa mengira penat lelah masih bertungkus lumus menguruskan keberangkatan pelajar pelajar ke Jeddah.

“insya allah, menjelang malam ini nanti seramai 3,500 akan berangkat ke Jeddah..” jelas Dato Azeez, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia.

Ketua Delegasi Misi Khas ke Mesir, Yb Senator Dato Sri Jamil Khir terpaksa membuat satu Sidang Media Khas bagi menangkis pelbagai khabar angin mengenai proses membawa keluar semua pelajar pelajar Malaysia dari Mesir.

Kerja kerja jahat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar berita palsu bahawa pelajar pelajar Malaysia yang dibawa ke Jeddah terpaksa membayar tambang untuk pulang ke Malaysia... Ini membuatkan ramai pelajar disini keliru dan enggan keluar dari tempat tinggal masing masing sekaligus menyukarkan proses membawa mereka pulang. Diwaktu yang sama, ramai ibu bapa pelajar pelajar juga semakin risau dan bimbang seandainya anak anak mereka masih berada disini, sedangkan keadaan semakin tidak selamat..!!

Dato Seri Jamil Khir menegaskan usaha usaha kerajaan mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti Air Asia, MAS dan TUDM. Pihak Kedutaan dan Kementerian Luar bekerja “round the clock” untuk pastikan semua proses berjalan lancar..

Sehingga ke saat ini, seramai 760 pelajar sudah selamat berada di Madinatul Hijjaz Jeddah dan spec ial arrangment sudah dibuat seperti memberikan mereka Visa On Arrival dan mana mana pelajar yang menghadapi sebarang masalah dokumen pasport, pihak Kementerian Luar mengeluarkan Emergency Certificate. Hari ini dijangkakan, lebih 3,000 lagi pelajar akan dibawa Jeddah.
Datuk Ismee yang berada di Jeddah mengesahkan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk penginapan pelajar pelajar di Madinatul Hijjaz, termasuklah makan minum mereka..
Dato Seri Jamil Khir mahu segala khabar angin diberhentikan segera! Jangan dipolitikkan isu ini kerana Kerajaan Malaysia mahu proses ini berjalan lancar.

Dato Azeez kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak faham dengan maksuh Penerbangan Ihsan... “bukankah maksud ihsan itu percuma..? Kenapa bila mahu mempersoalkan isu Wang Ihsan mereka tafsirkan sebagai percuma...? “ soal Abd Azeez.

Kepada ibu bapa pelajar di Malaysia, mohon janganlah percaya kepada semua khbar angin yang sedang disebarkan...

Blogmaster Medan info Kita melaporkan dari Kedutaan Besar Malaysia di Cairo.

Jumaat, 4 Februari 2011

Ancaman liberalisme dan pluralisme........


Oleh HJ ZAMIHAN HJ MD ZIN AL-GHARI

Artikel dipetik dari lamanblog ummatan wasatan.

Latarbelakang

Nabi s.a.w telah mengingatkan kita tentang kemunculan pelbagai fitnah pada akhir zaman. Hal ini terbukti apabila kita menelusuri kitab-kitab hadis yang memuatkan pelbagai karenah fitnah sama ada bermula sekecil-kecil fitnah sehinggalah menumpahkan darah. Walau apapun fitnah yang melanda, pegangan yang bersumberkan kepada petunjuk al-Quran, al-Sunnah serta bimbingan ulama ahli al-Bayt sentiasa berdiri di atas kebenaran. Hal ini jelas sebagaimana jaminan Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka. Pertamanya, Kitab Allah. Padanya terdapat petunjuk dan cahaya. Ambillah dan berpeganglah dengannya. Dan (keduanya) ialah sanak saudara keturunanku. Semoga Allah mengingatkan kamu terhadap kaum keluargaku…”(1)

Selain itu, terdapat juga hadis lain menuntut kita supaya mengikuti autoriti al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber pegangan utama. Bahkan kewujudan golongan yang membela agama juga sentiasa mengatasi apa jua bentuk kesesatan, keadaan dan cabaran yang mendatang. Lebih meyakinkan kita bahawa Allah sendiri memberi jaminan bahawa agama Islam ini tetap teguh terpelihara walaupun cuba diancam dan diserang oleh musuh-musuhnya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan ucapan mereka. Dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya.”(2)

Walaupun kemunculan fahaman sesat sering berlaku setiap zaman, namun kita perlu menyedari bahawa ancaman pada zaman ini bukan sekadar berhadapan dengan kesesatan aliran pemikiran tauhid dan metafizik Yunani. Akan tetapi, kita sebenarnya berhadapan dengan aliran pemikiran moden yang berjaya mensinonimkan Islam dengan falsafah pemikiran Barat. Tuntasnya, mereka mengaku beragama Islam dan mengamalkan isi kandungannya akan tetapi menurut perspektif Barat. Sedarlah, firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Orang-orang kafir itu merancang tipu daya. Dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.”(3)

Pengenalan Islam Liberal dan Pluralisme

Fahaman Islam Liberal merupakan satu fahaman yang berteraskan prinsip kebebasan individu tanpa sempadan. Fahaman ini muncul pada kurun ke-16 dan ke-17 ketika zaman Renaissance, iaitu zaman golongan intelektual menyerang penyelewengan pihak gereja.

Zaman itu, agama Kristian di kawal oleh Roman Katholik. Pihak gerja berkuasa penuh dalam menafsirkan Injil. Manakala orang awam tidak sesekali dibenarkan untuk menafsirkannya. Mereka yang didapati menentang akan disiksa dengan pelbagai bentuk siksaan. Akibatnya, muncul pelbagai mazhab dalam Kristian seperti Protestant, Anglican, Prebisyterian, Lutheran, dan lain-lain.

Pendapat ini mempunyai jurang perbezaan yang luas antara satu sama lain sehingga menjelmakan kaedah “kebenaran itu tidak selamanya benar dan perlu dinilai semula”. Tindakan ini benar-benar menjadikan Injil sebagai unsur manusia. Iaitu masing-masing memahami Injil dengan bahasa dan tafsiran sendiri. Oleh hal yang demikian itu, pengolahan dan penggubahan dalam memahaminya terus berlaku apabila dirasakan intisarinya tidak releven lagi dengan keadaan semasa. Rentetan daripada idea di atas, muncul pula John Hick mempelopori pendapat bahawa semua agama boleh diterima kerana tujuannya yang satu. Cuma cara dan pendekatan sahaja yang berbeza. Maka lahirlah apa yang dinamakan pluralisme.

Apabila menyedari serangan fizikal tidak mampu menggugat umat Islam, maka timbulnya alternatif baru untuk menyerang Islam dari dalam, iaitu menerusi serangan pemikiran. Maka pihak Barat yang diterajui Yahudi dan Kristian berusaha menggali ilmu Islam dan mengkaji sumbernya serta mencari apa jua kelemahan umat Islam yang boleh diserang. Akhirnya, mereka menubuhkan bahagian pengajian Islam di universiti-universiti di Eropah dengan ‘menggula-gulakan’ beberapa ulama sebagai pensyarah jemputan bagi menarik minat umat Islam mendapat pendidikan di sana. Apa yang penting bagi mereka ialah ‘racun’ pemikiran yang dihidangkan dapat ditelan dengan sempurna.

Lantaran itu, tidak hairanlah kita dikejutkan dengan kemunculan golongan Jamaah al-Quran Malaysia (JAM) yang dipelopori oleh Kassim Ahmad dan Osman Ali suatu waktu dahulu. Mereka begitu gigih mengajak masyarakat kembali kepada al-Quran dengan pengolahan yang baru. Dalam masa yang sama mereka cuba menilai kembali kedudukan al-Hadis. Mereka sebenarnya adalah anti hadis.

Mutakhir ini, muncul pula Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia yang dipimpin oleh Ulil Absar Abdullah. Kerancakan pemikiran ini seterusnya merebak ke negara kita setelah pengharaman fahaman ini di buat oleh Majlis Ulamak Islam Indonesia (MUI). Maka lahirlah fahaman-fahaman yang senada dan seirama dengan pemikiran Ulil Absar oleh beberapa individu seperti Farish A. Noor(4), Akbar Ali(5), Zainah Anwar(6) yang menunjangi Sister In Islam (SIS). Walaupun tidak segagah gelora kemunculan Islam Liberal di Indonesia (JIL), namun dalam beberapa hal mereka dilihat begitu agresif mengkritik dan mencabar kedudukan agama Islam itu sendiri dengan pelbagai gaya dan ruang. Maka perhatilah dengan sebaik-baiknya

Definisi Islam Liberal


Sebelum metodologi Islam Liberal dibongkar dengan lebih mendalam, sayugianya definisi terhadap Islam Liberal perlu diambil kira supaya semua pihak jelas dengan maksud tersurat dan tersirat di sebalik penjenamaannya. Dalam kes ini, penulis cuba memecahkan definisi kepada dua komponen utama. Iaitu :

Lafaz Islam Liberal:

Perkataan Islam Liberal sebenarnya terdiri dari dua cantuman lafaz yang berbeza, iaitu antara lafaz Islam dan lafaz Liberal. Islam dari sudut bahasa bermaksud taat dan patuh, menyerah diri dan selamat. Manakala dari sudut istilahnya pula Islam merujuk kepada satu cara hidup yang perkenankan oleh Allah melalui syariat-Nya yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk seluruh manusia dan jin. Ternyata lafaz Islam begitu harmoni dengan kehidupan insani.

Menurut kamus Dewan, Liberal bermaksud condong kepada kebebasan dan fahaman yang demokratik atau berfahaman bebas. Ia juga dimaksudkan dengan bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka Iaitu tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya.(7) Lafaz ini membuka seluas-luasnya ruang kepada akal dan nafsu untuk menerawang kebebasan mutlak. Ternyata cantuman lafaz dan pengertiannya terlalu sembrono.

Maksud Islam Liberal:

Apabila kita mengakses laman web Jaringan Islam Liberal, didapati mereka menafsirkan maksud liberal seperti berikut (catatan: diturunkan petikan tanpa dilakukan penyuntingan daripada teks asal): “Nama “Islam liberal” menggambarkan prinsip-prinsip yang kami anut, yaitu Islam yang menekankan kebebasan peribadi dan pembebasan dari struktur sosial-politik yang menindas. “Liberal” di sini bermakna dua: kebebasan dan pembebasan.

Kami percaya bahwa Islam selalu dilekati kata sifat, sebab pada kenyataannya Islam ditafsirkan secara berbeda-beda sesuai dengan kebutuhan penafsirnya. Kami memilih satu jenis tafsir, dan dengan demikian satu kata sifat terhadap Islam, yaitu “liberal”. Untuk mewujudkan Islam Liberal, kami membentuk Jaringan Islam Liberal (JIL).”(8) Demikian tafsiran dan alasan mereka.

Berdasarkan kepada tafsiran ini dapatlah disimpulkan bahawa Islam Liberal bermaksud sekumpulan golongan(9) yang memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional yang bersifat menyeluruh tanpa sebarang had.

Sebenarnya, mereka mencipta istilah ini bagi membuktikan bahawa kononnya golongan merekalah yang memperjuangkan keterbukaan dan kebebasan yang sebenar. Sedangkan mereka menuntut satu kebebasan yang melampaui batasan syariat Islam itu sendiri, iaitu kebebasan dalam memberikan pandangan secara terbuka yang tidak terikat kepada pemikiran Islam bahkan melebihi had ajaran Islam itu sendiri. Sedangkan Islam mempunyai prinsip al-Hurriyyah yang tersendiri berasaskan wahyu.

Apa yang dituntut oleh golongan Islam Liberal ialah al-Hurriyyah al-Fikriyyah wa al-I’tiqadiyyah, iaitu satu konsep kepercayaan yang mengatakan tiap-tiap individu mesti diberi kebebasan (supreme importance) dalam kehidupan sosial. Suara dan hak kebebasan ini cuba diperoleh mereka melalui prinsip peluang sama rata (equality of opportunity). Mereka berpendapat semua orang memiliki hak mutlak untuk memerintah, mencari harta, bercakap dan mengemukakan kepentingan masing-masing.

Kita melihat, apabila kedua lafaz yang berbeza ini (Islam – Liberal) cuba disatukan maka ia membawa cantuman yang songsang. Bahkan saling bertentangan antara kedua lafaz tersebut. Justeru didapati bahawa lafaz sebegini tidak pernah digunakan dalam bahasa arab. Malah penggunaan tidak berpijak kepada sebarang dalil bahasa. Bahkan pertentangan maksud antara kedua lafaz ini memberikan kita satu petunjuk bahawa lafaz ini sengaja direka bagi membebaskan Islam dari keterikatan sumbernya.

Situasi ini dilihat cuba menjatuhkan imej Islam itu sendiri. Maka sebarang rekaan yang tidak berpaksikan kepada dalil agama bahkan bertentangan dengan dalil-dalilnya merupakan satu bidaah yang sesat lagi menyesatkan.

Jelas kepada kita bahawa istilah Islam Liberal merupakan istilah rekaan yang menyimpang daripada landasan Islam. kedudukan istilah bagi melambangkan kebebasan yang mutlak sebenarnya bertentangan dengan Islam yang menghadkan kebebasan berasaskan prinsip-prinsipnya yang tertentu. Berdasarkan kepada tafsiran dan alasan mereka juga dapatlah dirumuskan bahawa sandaran liberal kepada Islam merupakan sandaran kosmetik belaka. Hakikatnya perjuangan mereka mempunyai racun yang berbisa.

Klasifikasi Islam Liberal:


Secara umumnya, terdapat dua jenis liberal, iaitu liberal yang bercorak klasik dan moden. Liberal klasik lebih menekankan hak asasi dan undang-undang semulajadi merangkumi moral, politik, ekonomi, dan sosial. Manakala liberal moden lebih menekankan dasar-dasar awam melalui pengalaman, penelitian, dan praktis. Sistem liberal moden selalu menumpang dalam corak pemerintahan demokrasi. Manakala liberal klasik pula lebih bersikap konservatif yang membantah pengawalan kerajaan dalam aktiviti ekonomi.

Paling tuntas, status Islam liberal semuanya menyeleweng sama ada liberal klasik mahupun moden kerana ideologi yang diperjuangkan bertentangan dengan prinsip islam itu sendiri. Iaitu idea memperjuangkan kebebasan melebihi batasan syariat Allah. Justeru, penisbahan ini tidak sepatutnya dibiarkan.

Fenomena


Terdapat beberapa faktor utama yang menunjangi kemunculan golongan Islam Liberal. Antaranya ialah:

Cabaran terhadap umat Islam sendiri


Situasi ini telah dibuktikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri yang mengingatkan kita tentang fitnah yang berlaku pada akhir zaman. Antaranya berdasarkan kepada riwayat al-Syaikhan dari Huzaifah bin Yaman yang bermaksud: “Aku (Huzaifah) bertanya, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya kami dahulunya berada dalam jahiliah dan kejahatan maka Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Apakah selepas ini akan ada kejahatan?’ Nabi menjawab, ‘Ya’. Aku bertanya lagi, ‘Apakah selepas kejahatan itu akan datang pula kebaikan?’ Nabi menjawab, ‘Ya, tetapi akan ada bersamanya dakhnun (asap).’ Aku bertanya lagi, ‘Apakah asap itu, ya Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Golongan yang tidak lagi mengikut landasan sunnahku dan mereka tidak menggunakan petunjuk yang aku bawa. Kamu akan mengenali dan mengingkari mereka’. Aku seterusnya bertanya, ‘Apakah selepas kebaikan ini akan ada pula kejahatan?’ Nabi bersabda, ‘Ya, akan datang pendakwah-pendakwah di pintu neraka. Sesiapa yang mengikut mereka akan dicampakkan ke dalamnya.”

Al-`Allamah Syeikh Said Hawa mengaitkan hadis ini dengan zaman kita sekarang. Beliau berkata, “Marhalah dakhnun atau ‘asap’ berterusan hingga ke zaman kita hari ini dan era kita sekarang ialah era lahirnya penyeru-penyeru ke pintu neraka.”(10)

Berdasarkan kepada hadis di atas dan selainnya membuktikan kepada kita bahawa Islam dan umatnya sentiasa dicabar oleh musuh-musuhnya. Ia bukan bermaksud Allah sengaja ingin menyusahkan umat Islam itu sendiri. Sebaliknya, kewujudan musuh membuatkan kita sentiasa berwaspada dalam mengatur langkah agar tidak terperangkap dalam jerangkap mereka. Malahan memberi kesedaran kepada para ulama supaya lebih proaktif dalam memainkan peranan mereka.

Di samping itu, kewujudan cabaran dilihat mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Cabaran sebenarnya penting bagi umat ini kembali merenung kekuatan dan kelemahan mereka. Tanpa cabaran tentunya kita tidak menyedari di mana kedudukan kita yang sebenarnya. Apatah lagi untuk memainkan peranan dan tanggungjawab yang lebih aktif dalam memacu kekuatan dan menerajui pembangunan manusia.

Selain itu, khabar di atas juga menggambarkan kepada kita betapa pandangan Rasulullah s.a.w merentasi masa, tempat dan keadaan. Maka situasi ini menuntut kita untuk berpegang teguh dengan sunnah Baginda s.a.w yang terpancar daripada hidayah Allah.

Usaha pemberatan terhadap umat Islam melalui pengaruh orientalis


Sebenarnya usaha pembaratan bermula semenjak Perang Salib lagi. Mereka mendapati bahawa Umat Islam tidak dapat dikalahkan secara berhadapan selagi mereka berpegang dengan al-Kitab dan al-Sunnah. Akhirnya, satu strategi dilaksanakan bagi memesongkan perhatian umat ini terhadap intisari al-Quran. Lantaran itu mereka mencipta pelbagai terminologi bagi mengelirukan umat Islam. Maka muncullah istilah seperti Islam Tradisional–Modern, Islam Moderate–Fundamentalis, Islam Legalistik, Islam Formalistik Subtantif, Islam Kultural, Islam Inklusif-Eksklusif dan lain-lain lagi.

Selain itu, mereka juga memperkenalkan pemikiran nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, hak asasi manusia, feminisme, kebebasan, globalisasi dan muncul pula Islam Liberal.

Sebenarnya pemikiran liberal di barat berasal dari tradisi pemikiran Yahudi. Buktinya Leonard Binder(11) telah memperincikan beberapa agenda penting dalam bukunya Islamic Liberalisme: A Critique of Development Ideologies. Dalam buku ini beliau menjelaskan bahawa pergerakan Islam liberal perlu didukung dan disebarluaskan berasaskan kepada rational discourse. Gerakan ini digunakan sebagai alat untuk mencapai tujuan politik. Iaitu menjelmakan satu pemerintahan ala Barat bagi sebuah negara sebagai penyambung lidah Yahudi. Buktinya, Leonard menjelaskan: “Liberal government is the product of a continuous process of rational discourse. Political Liberalism in this sense, is indivisible. It will either prevail worldwide, or it will have to be defended by nondiscursive action.”(12)

Selain Leonard, muncul pula Charles Kurzman(13) memperkenalkan istilah dan gerakan baru kepada dunia Islam di dalam bukunya yang berjudul Liberal Islam: A Sourcebook.(14) Buku ini menghimpunkan karya 32 orang penulis dari 19 negara termasuk artikel Nurkholis Madjid yang berjudul “Penyegaran Kembali Pemahaman Keagamaan di Kalangan Umat Islam Indonesia.”(15) Walaupun ditulis dengan gaya pemikiran falsafah moden dan terbuka ia sedikit sebanyak mampu menerapkan liberalisasi pemikiran di kalangan masyarakat.

Di dalam buku ini juga, Charles secara jelas mengatakan bahawa para penulis buku ini kesemuanya berorientasikan fahaman liberal. Di mana secara khususnya mereka menentang kebangkitan Islam secara halus.(16)

Kelemahan pemimpin Islam, kejumudan ulama, dan kejahilan masyarakat


Dalam mengupas faktor ini, penulis mendatangkan contoh Khilafah Uthmaniah sebagai bahan renungan dan teladan buat semua. Sebagai contoh, dasar pembangunan kerajaan Uthmaniah pada abad ke-16 yang lebih berorientasikan pembangunan fizikal dan ketenteraan menyebabkan pengembangan bahasa Arab terabai. Pengabaian ini menyebabkan usaha memahami dan mengkaji Islam secara mendalam terbantut. Banyak ruang pemikiran dan pelaksanaan agenda pembangunan Islam tertutup. Ramai dari pemimpin umat Islam hidup dibuai mimpi indah.

Manakala para alim ulama pula kebanyakannya memfokuskan kepada permasalahan tekstual yang lebih bersifat feqhiyyah. Malah terdapat sebilangan daripada mereka yang selesai dengan kehidupannya tanpa mengambil berat permasalahan umat. Apatah lagi untuk melahirkan idea-idea yang bernas yang dapat disumbangkan bagi pembangunan negara.

Kemajuan tamadun Eropah juga memperlihatkan kemajuan antara abad ke-16 hingga ke-18 Masihi turut menjadi faktor. Situasi ini menyebabkan dunia Islam terpencil. Kerajaan Uthmaniah mula tertarik dengan ‘kejelitaan’ Eropah. Manakala umat Islam pula merasakan ilmu pengetahuan di Eropah perlu diintegrasikan supaya Uthmaniah mendapat standard yang sama. Maka selaras dengan revolusi di Perancis, pada tahun 1816 didapati bahawa sekolah-sekolah di mesir sudah menerima pakai pemikiran-pemikiran Voltaire, Rostow, Montesquieu, dan lain-lain. Maka bermulalah pergeseran tamadun civilisasi dengan Islam. Dan akhirnya memunculkan fahaman nasionalisme yang menggalakkan pembebasan wilayah Uthmaniyyah mengikut identity bangsa masing-masing.

Imperialis barat pula berhasil meletakkan penguasa-penguasa tempatan bagi mengukuhkan cengkaman mereka dalam mengukuhkan penjajahan bentuk moden. Dan inilah hakikat yang berlaku dan terpaksa diterima walau amat pahit untuk ditelan.

Kini, isu kelemahan pemimpin Islam, kejumudan para alim ulama dan kejahilan masyarakat kembali menghantui kita. Ya, ketidakpekaan pemimpin terhadap isu-isu sensitive umat Islam menyebabkan kemasukan idea liberal dan pluralisme dipandang sepi. Kelembapan para ulama untuk bersuara, berhujah dan menjadi penggerak ilmu masyarakat mengakibatkan umat ini berada dalam kegelapan dan ketandusan idea. Apatah lagi untuk mengenal sesuatu aliran pemikiran yang ada. Umat yang lemah hanya menyaring sahaja apa jua pemikiran yang mendatang asalkan dilihat rasional dengan gaya dan keperluan hidup mereka. Justeru, semua pihak harus menyedari hakikat ini. Bahkan meningkatkan keprihatinan dan tanggungjawab yang tinggi dalam mendokong pegangan dan pemahaman yang benar.

Dasar-dasar Pemikiran Islam Liberal


Sebelum kita menerokai dasar-dasar pemikiran Liberal, maka asas umum yang menjadi momentum kepada ideanya perlu diambil kira. Antara gagasan pemikiran Islam Liberal sebagaimana yang dikemukakan Charles Kurzman adalah seperti yang berikut:

a) Syariat liberal, “liberal shari’a” argues that the revelations of the Quran and the practices of the Prophet command Muslims to follow liberal positions;

b) Syariat diam, the “silent shari`a,”holds that coexistence is not required by the shari`a, but is allowed. This trope argues that the shari`a is silent on certain topics-not because divine revelation was incomplete or faulty, but because the revelation intentionally left certain issues for humans to choose;

c) Penafsiran syariat (interpreted shari’a), this third trope suggests that religious diversity is inevitable, not just among religious communities but within Islam itself

Secara ringkas, idea-idea ini dijadikan bahan anjakkan dalam melahirkan beberapa dasar pemikiran Islam Liberal. Antara dasar-dasar pemikiran Islam Liberal adalah seperti yang berikut:

Pluralisme Agama (Kesatuan Agama)


Golongan Islam Liberal berpendapat Islam bukan satu-satunya agama yang benar. Bahkan semua agama di dunia ini adalah sama dan benar berdasarkan kepada konsep keseluruhan. Iaitu semua agama memiliki Tuhan dan menganjurkan kebaikan. Justeru, mereka menganggap masyarakat beragama Islam perlu menerima teologi pluralis dan kefahaman yang menghubungkan semua agama (lintas agama).

Sebagai contoh, Nurkholis Majid berpendapat bahawa pluralisme sesungguhnya adalah sebuah aturan tuhan (sunnatullah) yang tidak akan berubah, sehingga juga tidak mungkin ditentang dan diingkari. Beliau mengibaratkan pluralisme seperti roda, pusat roda itu adalah tuhan dan jarring-jaring adalah simbolik dari perbagai agama.(17) Demikian juga pendapat yang dikemukan oleh Alwi Shihab di dalam bukunya Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama. Beliau berpendapat bahawa ayat 62 surah al-Baqarah dan ayat 69 surah al-Ma’idah itu bersifat inklusif bukannya eksklusif untuk umat Islam sahaja. Pendapat ini disokong oleh Abd Rahman Wahid, Djohan Effendi, Arief Budiman dan ramai lagi.

Ulil absar Abdalla pula mengatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju kebenaran. Jadi Islam bukanlah yang paling benar.”(18)

Bertitik tolak daripada fahaman ini, mereka menyimpulkan bahawa semua agama adalah sama. Dengan itu mereka begitu mudah menghalalkan perkahwinan antara penganut yang berbeza agamanya. Mereka mendakwa inilah sebahagian dari hasil ijtihad dan pembaharuan hukum pada dimensi Islam. Paling tuntas, dasar inklusif-pluralis ini sebenarnya menyimpang dari kebenaran. Bahkan mengutamakan kehendak akal dan nafsu semata-mata.

Al-Quran sebagai produk budaya

Penganut Islam Liberal enggan menyebutkan “Allah berfirman” disebabkan mereka mendakwa al-Quran merupakan susunan kata-kata Muhammad atau merupakan karya bersama. Mereka berhujah bahawa teks al-Quran dalam bentuk apapun pada hakikatnya adalah produk budaya. Sebagai contoh, Nasr Hamid Abu Zayd menganggap hukum-hakam di dalam al-Quran hanyalah sesuai dengan sosiobudaya, ekonomi, dan politik masyarakat Arab abad ke-7 sahaja. Oleh itu, adalah tidak sesuai jika ia hendak dipraktikkan tanpa sebarang kajian dan menilai hikmah disebalik penurunan ayat tersebut.(19)

Tidak cukup dengan teori logic di atas, Nasr Hamid Abu Zayd dengan keras mengkritik metodologi ulamak tafsir Ahli Sunnah wal Jamaah. Beliau mendakwa autoriti tafsir bukannya dimiliki oleh mufassirin terdahulu. Bahkan beliau berpendapat bahawa para mufassir telah melakukan satu kesilapan besar kerana menafsirkan sesuatu ayat dengan unsur kenabian dan penurunan wahyu.

Selain itu, muncul pula Hassan Hanafi(20) dari Mesir yang mempelopori pemikiran Islam Berhaluan Kiri. Beliau berpendapat bahawa nas al-Quran adalah dilalah dzanniyyah. Manakala akal merupakan pemutus (al-Qat’iyyah) terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan Ketuhanan, Kenabian dan Hari Akhirat.(21)

Manakala Muhammad Arkoun(22) menggunakan pendekatan sejarah dalam menafsirkan al-Quran. Dan beliau berkeyakinan bahawa sebarang kajian kritis sejarah terhadap al-Quran merupakan satu bentuk ijtihad zaman kini. Lantaran itu, dia telah mengintegrasikan bahan sejarah dari pelbagai agama seperti Hindu, Buddha, Injil Perjanjian Lama dan Injil Perjanjian Baru. Beliau juga berpendapat bahawa al-Quran itu lebih suci ketika berada di peringkat pertama jika dibandingkan dalam bentuk bertulis.(23)

Kritikan dan penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w


Golongan Islam Liberal menganggap bahawa kenabian Rasulullah s.a.w hanyalah menggambarkan kemampuan seseorang manusia yang memimpin kelompok tertentu. Sesiapa sahaja mampu mengambil alih sifat nubuwwah apabila memimpin manusia ke arah kebaikan.(24)

Di samping itu mereka juga menganggap bahawa Rasulullah s.a.w sebagai manusia yang biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Dan umat ini pula dituduh berpura-pura kerana mempercayai kesempurnaan yang ada pada Baginda s.a.w. Bahkan apabila kita mengikuti teks al-Quran dan al-Sunnah, dianggap sebagai menyembah teks berkenaan dan melupuskan fungsi akal.

Maka tidak hairanlah jika terdapat tokoh-tokoh tertentu di negara kita yang lantang melemparkan kritikan dan penghinaan terhadap Baginda s.a.w. Antaranya mereka menuduh Baginda tidak mencukur janggut kerana dahulunya tida ada pisau cukur. Baginda memakai serban kerana bentuk muka bumi Mekah dan Madinah berpasir. Lebih sadis lagi mereka menuduh Baginda sebagai bernafsu seks yang kuat dengan memiliki ramai gundik. Malah sebahagian mereka menganggap kepimpinan Baginda hanyalah sekadar Pegawai Daerah sahaja. Maka perhatikanlah, alangkah hitamnya hati dan betapa busuknya pula mulut-mulut jahat mereka.

Penafsiran semula agama Islam

Tajdid dan Ijtihad merupakan dua perkara yang saling berkait antara satu sama lain. Sayangnya, ia disalah tafsir oleh golongan Islam Liberal. Hal ini terbukti apabila mereka menganggap bahawa ilmu-ilmu Usul Tafsir, Usul al-Hadis, al-Jarh wa Ta’dil adalah ilmu buatan manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan dan kecacatan. Oleh itu, mereka sesekali tidak menggunakan ilmu ini. Bahkan penggunaannya dilihat mampu mengekang tafsiran bebas mereka terhadap Islam.

Golongan ini juga tidak menghormati para ulama Islam. Bagi mereka, ulama hanyalah manusia biasa yang terikat kepada pentafsiran jumud ulama sebelumnya. Para ulama dianggap menyembah teks. Apabila pendapat mereka dilihat bercanggah dengan para ulama, mereka mengatakan bahawa pendapat ulamak boleh diterima dan ditolak. Demikianlah seni putar belit yang hebat yang ditunjukkan oleh penyeleweng zaman moden. Maka berhati-hatilah.


Mentafsir al-Quran secara Hermeunatika


Kaedah pentafsiran al-Quran secara hermeunatika seringkali diuar-uarkan orientalis dan pemikir Muslim moden seperti Aminah Wadud, Farid Esack, Asghar ali Engineer, Hassan Hanafi, Nasr Hamid Abu Zayd, dan lain-lain.

Sebenarnya, hermeunatika merupakan satu kaedah pengkajian prinsip umum yang terdapat dalam Bible. Golongan ini cuba memperkenalkan hermeunatika sebagai kaedah baru bagi merungkai penyembahan teks sekali gus membuka ruang penafsiran yang lebih luas dan bebas mengikut cita rasa mereka. Timbul persoalan, apakah umat Islam memerlukan bantuan hermeunatika dalam memahami tuntutan sebenar al-Quran.

Ternyata, tidak sesekali. Ini kerana metodologi penafsiran al-Quran sebenarnya jelas berdasarkan beberapa faktor seperti kaedah bacaan, sebab-sebab turun ayat, I’rab al-Quran, Gharib al-Quran, mufradaat, I’jaz al-Quran, kelebihan al-Quran dan lain-lain yang berkenaan. Sedangkan kaedah hermeunatika diasaskan kepada tafsiran relatif, disulami sangkaan, keraguan dan pengalaman kehidupan semata-mata. Justeru, bagaimana sesuatu yang kukuh hendak digantikan dengan sesuatu yang lumpuh. Perhatikanlah.

Menilai semua hadis-hadis Rasulullah s.a.w

Golongan ini menganggap bahawa hadis-hadis Rasulullah s.a.w perlu dinilai semula sekalipun ianya tercantum di dalam kitab-kitab sahih. Mereka tanpa segan silu mengatakan bahawa sebahagian besar hadis bukan daripada Nabi s.a.w. Sebaliknya, hanya ciptaan individu tertentu yang jelas mempunyai kepentingan.

Mereka menganggap hadis-hadis mutawattir hanyalah melambangkan sejarah peradaban zaman awal Islam sahaja. Ia tidak sesuai lagi untuk diamalkan pada zaman ini. Masya-Allah.

Selanjutnya, hadis-hadis yang berkaitan dengan al-Sam’iyyat dan al-Ghaibiyyat dianggap sebagai bahan rekaan perawi hadis. Bahkan perkhabaran ini dianggap sebagai cerita-cerita rekaan berunsur tahayul dan mistik belaka.(25)

Menilai semula hukum feqah

Aliran ini mempunyai kaedah yang tersendiri dalam menilai hukum feqah. Iaitu apa yang diambil adalah tujuan hukum iaitu maslahat bukannya bentuk hukum berkenaan. Justeru, ketentuan hukum boleh diubah berdasarkan maslahat manusia.

Sebagai contoh, pembahagian harta faraid boleh diubahsuai mengikut keadilan ahli waris, hak suami menjatuhkan talak boleh dilupuskan dan kes-kes perceraian hanya boleh diputuskan hakim mahkamah biasa, poligami dilarang, wanita diberikan hak samarata dalam persaksian jenayah, kes hudud boleh diubahsuai mengikut peradaban zaman, arak tidak haram jika tidak memabukkan, masa ibadat seperti solat, haji dan puasa boleh diubahsuai mengikut keperluan individu dan menutup aurat hanyalah peradaban pada zaman awal Islam sahaja.

Selain isu-isu yang difokus di atas, golongan ini juga turut memperjuangkan isu kesetaraan gender dan feminisme. Sebenarnya, banyak lagi isu agama yang telah, sedang, dan akan diketengahkan mereka. Dan kita melihat 11 tuntutan yang yang dikemukakan oleh IFC sebenarnya didalangi oleh golongan Islam Liberal. Dan sebahagian daripada pemimpin kita memberi sokongan kepada perjuangan mereka. Situasi ini sebenarnya amat melukai hati kita. Maka, sedar dan bangkitlah wahai pencinta agama Allah!

Justeru, kita perlu melipatgandakan usaha untuk menangkis idea-idea yang gila ini daripada mempengaruhi masyarakat dan anak-anak cucu kita. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada kita untuk membongkar setiap inci penyelewengan mereka.

KESIMPULAN

Setelah kita memahami dan menhayati dasar-dasar pemikiran golongan ini, maka jelaslah kepada kita bahawa aliran ini memberi ancaman yang besar terhadap ketulinan agama islam itu sendiri. Antaranya ialah:

5.1 Aliran pemikiran Islam Liberal merupakan produk barat yang jelas bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan boleh menjadikan seseorang itu sesat, dan terkeluar dari agama Islam. Maka tidak hairanlah jika Panel Kajian Syariah JAKIM dan Muzakarah Ulama Ipoh 2006 mengklasifikasikan fahaman ini sebagai sesat dan menyesatkan.

5.2 Pemikiran Liberal ternyata menyumbang kepada perpecahan umat Islam sesebuah Negara. Bahkan meragut kesucian akidah umat Islam sedikit demi sedikit sebagaimana yang berlaku di Indonesia. Lantaran itu Majlis Ulama Islam (MUI) telah memfatwakan pengharaman pemikiran Islam Liberal pada 25 Julai 2005.

5.3 Kehadiran Muslim Liberal memberi ruang dan peluang kepada musuh-musuh Islam bagi menyuntik perancangan jahat mereka untuk melemahkan umat Islam supaya umatnya drop-out dari arus perdana. Dan tidak syak lagi bahawa kemunculan IFC yang mempertikai keistimewaan Islam sebagai agama rasmi adalah hasil anjakan pemikiran Liberalisme.

5.4 Kehadiran Muslim Liberal juga sebenarnya satu usaha menghidupkan watak-watak munafik zaman awal islam untuk disesuaikan dengan peradaban zaman kini. Maka berwaspadalah dengan tokoh-tokoh munafik moden ini.

5.5 Pihak berwajib seperti JAKIM, Kerajaan Negeri, JAIN, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah, NGO Islam, cendekiawan Islam dan masyarakat perlu bergabung tenaga dalam usaha menangkis dan membongkar penyelewengan golongan Islam Liberal. Bahkan tindakan bersepadu dan menyeluruh perlu diambil bagi menyekat penularannya walau telah difatwakan haram

SEMUGA USAHA MENGELUARKAN RAKYAT MSIA DARI MESIR BERJAYA SEPENUHNYA...........

Salam para pembaca Melayu - Islam yang dohormati,

Sama-samalah kita berdoa agar Allah makbulkan usaha Kerajaan Malaysia yang dibantu oleh sukarelawan untuk mengeluarkan rakyat khasnya pelajar pelajar Malaysia dari Mesir berjaya dan lancar.

Ada ramai juga blogger SENGENG yang menulis tentang KELEWATAN dan KELEMBAPAN kerajaan melaksanakan usaha menyelamatkan itu.

Yalah kita pun tahu duduk depan skrin komputer dan menaip adalah amat mudah berbanding risiko dan kepayahan melaksanakan kerja dibumi Mesir yang huru hara itu.

Ada juga blogger yang menulis bahawa kebanyakan pelajar yang berada di Mesir itu merupakan penyokong dan aktivis parti PAS.

Gemasindah rasa ulasan sebegitu amatlah TIDAK PATUT dan tidak menggambarkan jiwa yang bersih. Tidaklah perlu kita politikkan usaha menyelamat itu. Yang hendak diselamatkan ialah rakyat Malaysia yang kebanyakannya Melayu - Islam. Pedulilah sama ada dari segi politiknya mereka itu penyokong parti apa.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan tentulah dibuat berdasarkan kajian dan penelitian kedaaan semasa. Wajar sangat kita berfikiran rasional bahawa memindah lebih 11,000 orang manusia yang kini berada dipelbagai lokasi dinegara asing yang huru hara tentulah sangat susah dan mencabar...kemudahan pengangkutan tentulah terjejas teruk kerana keadaan bahaya dan banyak petrol pump dan kedai tutup.

Saperti kata Ketua TUDM kita ...yang penting keluarkan mereka dari kawasan bergolak yang tidak selamat ...pindahkan ke Jeddah...lepas itu bawa pulang ke Malaysia. Soal wang ringgit dan lain lain bukan masalah utama lagi.Dan inilah yang dilakukan oleh DS Najib sekarang.

Jadi lebih baiklah yang tidak berperanan terus dalam usaha menyelamat itu mendoakan saja agar OPS PIRAMID itu direstui Allah dari membuat kritikan berlagak pandai, prihatin dan kononnya bersemangat itu yang sebenarnya tidak memberi apa apa faedah positif pun.


gemasindah...pun duduk depan skrin komputer.

Khamis, 3 Februari 2011

SAJAK UMMI HAFILDA..............




Salam para pembaca Melayu – islam yang dihormati.

Majoriti rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama sememangnya amat kagum dan berterimakasih kepada Tun Dr Mahathir atas jasa jasanya membangunkan Malaysia, mempertahankan keamanan dan memperjuangkan Keagungan Agama Islam dan masyarakat Islam.

Yang benci kepada Dr Mahathir ialah musuh musuh politiknya dari parti PAS PKR dan DAP sahaja ...golongan minoriti.

Pengikut DAP benci kepada Tun kerana mereka melihat Tun sebagai penghalang cita cita politik cauvinis kaum Cina untuk memerentah Malaysia dan membolot SEMUA kekayaan negara.

Kaum Melayu dari PAS dan PKR benci kepada Tun kerana memilih untuk TAKSUB kepada Nik Aziz dan Anuar Ibrahim. Mereka membutakan mata badan dan mata sanubari masing masing kerana otak mereka sudah sangat kurang berfungsi ...kerana diselubungi sifat sifat menyampah, dengki dan taksub melampau.

Gemasindah mengucapkan setinggi terima kasih kepada Ummi Hafilda kerana mengarang sajak yang sangat sangat benar isi kandungannya dan membuatkan kita jadi malu kepada diri sendiri sebab ...apakah sumbangan kita yang kerdil ini kepada bangsa , agama dan negara kita berbanding Tun Dr Mahathir ???. Syabas & tq Ummi ...Ummi Hafilda sememangnya merupakan wanita yang berani dan berhati mulia.


SAJAK.ISTIMEWA...... MAHATHIR TAK MUDAH DI LUPA YG DITULIS OLEH HAFILDA


MAHATHIR tak mudah dilupa
Mahathir Bapa kita
Bapa semua bangsa
Tak kira Melayu, India mahupun Cina
Mahathir martabatkan darjat kita
Menjadi bangsa bermaruah di mata dunia

Melayu Mudah lupa
namun hanya satu yg mengingatkan kita
Mahathir penebus maruah bangsa
Bangsa bermaruah di mata dunia
Tersergam indahnya kegemilangan PUTRAJAYA DARI RUNTUHAN SEJARAH EMPAYAR MELAKA
Siapa lah kita tanpa dia
Tak kira melayu, india mahupun Cina
Tak mungkin lahir KLIA, formula one litar sepang, Putrajaya dan twin tower
lambang keagungan bangsa kita

Mahathir tak mungkin dilupa
Jasanya akan dikenang sentiasa
Baik jenerasi tua mahupun muda
Semangat dan keberaniannya membela negara Islam yg lain akan terus membakar dijiwa
Kata-katanya masih terngiang-ngiang di telinga
agar melayu tidak sentiasa leka
dalam keadaan negara yg begitu selesa
Tidak mustahil bangsa asing memerintah kita semula
gara-gara percakaran sesama kita yg terus bermaharajalela
Kata-kata itulah yg wajib menjadi renungan kita bersama

Mahathir tak mudah dilupa
Terlalu banyak nilai-nilai mulia yg ada padanya
Yg akan menjadi sandaran hidup buat kita semua
Terutama orang melayu yg kini telah pun berjaya di Persada dunia
Semuanya gara-gara Mahathir Mentor kita

Allah maha Kaya
Mengurniakan pemimpin hebat seperti dia
Dibumi bertuah , Malaysia yg tercinta
Berkat doa para ulama jua
Lahirlah Mahathir bin Mohamad, Mentor kita
Pemimpin Islam paling berani di arena antarabangsa
Kecil di peta, Hebat didunia
dialah Khalifah Islam yg sebenarnya di alaf siber

Namun 30hb October, 2003, tarikh keramat yg mengoncang hati nurani kita
satu tarikh yg sukar ditempuhi oleh majoriti kita semua
satu tarikh yg tidak akan dilupai sampai bila-bila
satu tarikh yg penuh deraian air mata dari seluruh rakyat jelata
kerana mahathir akan meninggalkan kita semua, sebagai Pemimpin terulung negara
setelah sekian lama mengorbankan tenaga, buah fikiran dan masa
membangunkan negara tercinta ketahap gemilang dipersada dunia

Airmata terus membuai emosi kita
airmata paling berharga dibumi malaysia
airmata yg tidak dapat membalas jasa-jasanya selaku Perdana Menteri Malaysia

Jarang ada dalam sejarah dunia
Pemimpin pergi dalam keadaan rakyat tak rela
sedangkan sejarah politik dunia
membuktikan sebaliknya
Pemimpin pergi dalam keadaan hina dan tercela
seperti estrada, suharto, clinton, Gus dur , Shah Iran, Thaksin , dan sebagainya

Namun Mahathir pergi dalam keadaan yg amat berbeza
Diiringi deraian airmata oleh seluruh rakyat msia
Begitulah hebatnya insan bernama Mahathir pada kita semua dan di kaca mata dunia
Berilah beliau peluang berehat bersama keluarga
Dalam meniti hari-hari tua
Hanya satu pinta anakanda
agar ayahanada terus membuahkan idea
Dalam ledakan teknologi maklumat di alaf siber
kerana ayahanada lah pencetus dan pelopor matlamat visi negara

Kasih sayang kami dan penghargaan kami pada ayahanda
Hanya Allah yg dapat baca
Moga allah terus memberi jutaan rahmat pada ayahanda dan keluarga
di bumi bertuah ,Malaysia yg tercinta

Oh tuhan tetapkan lah disanubari kami
Nilai-nilai murni yg telah diserapkan oleh mantan perdana menteri
Oh tuhan ampunkan lah setiap dosa -dosa dari kami agar rahmat terus melimpah ruah dibumi bertuah ini
Oh tuhan berikanlah petunjuk
dan hidayah kepada kami
agar kami sentiasa memandang antara satu sama lain tanpa iri hati, hasad dengki dan fitnah duniawi

Oh Tuhan berikan lah kami terus kekuatan dalam menghadapi cabaran
Yg mungkin melanda di masa hadapan
Oh tuhan berikan lah kami pandangan sesama insan
dipenuhi dgn kasih sayang dan penghormatan yg berpanjangan
kecuali kepada mereka-mereka yg menghancurkan agama, ummah dan negara
Moga allah balas dengan segera pembalasan setimpal dengan perbuatan dan pengkhianatan mereka

wahai ayahanda Mahathir
anakanda mewakili jutaan rakyat Malaysia
Ingin dilafazkan dengan seikhlas-ikhlasnya
Kami mengucapkan jutaan terimakasih yg tidak terhingga
moga alllah sahajalah yg membalas budi baik dan pengorbanan ayahanda
membangunkan ketamadunan bangsa malaysia
Yg bermaruah dipersada dunia

wahai ayahanda Mahathir
Ampunkan lah mereka -mereka di atas keterlanjuran yg melampaui budaya bangsa
akibat fitnah si manusia durjana
Rentetan sejarah 2hb september
dari mereka-mereka yg mungkin jahil, lemah, leka dan terpedaya

hanya satu lagi pinta anakanda
janganlah ayahanda tinggalkan kami
dalam keadaan merajuk dijiwa
maklumlah melayu mudah lupa
akan jasa ayahanda yg tak terbilang banyaknya

namun kami yakin dan percaya
ayahanda meninggalkan kami dalam keadaan yg paling selesa
Yakni dalam pencapaian ekonomi negara serta semangat jiwa dan raga
yang begitu mengunung kepuncak jaya
Nama Mahathir Mohamad akan tercatit dalam sejarah peradaban ketamadunan manusia
di alaf siber
Melayu paling bijak didunia

Wahai ayahanda Mahathir
Hanya takdir yg akan memisahkan dgn rakyat jelata
Namun tidak dimata, jiwa dan raga
Pahlawan Hang Tuah pernah berkata
Tak kan melayu hilang didunia
Nama Mahathir tak kan lenyap di bumi Malaysia biarpun berkecai jasad dan nyawa

seniman Agung P. Ramlee pernah berkata,
Irama dan lagu tak dapat dipisahkan
kalau dipisahkan pincanglah jadinya
Hafilda berkata, Mahathir dan Malaysia tak dapat dipisahkan
kalau dipisahkan tergugatlah Sejarah ketamadunan Bangsa Malaysia
yg hebat di persada dunia
dalam menjadi khalifah bagi seluruh dunia Islam sejagat
terutamanya di kala timpa perang dan musibah bencana

Jutaan terimakasih wahai ayahanda
yg telah mengangkat darjat dan martabat kami
di persada dunia
bangganya diriku menjadi rakyat Malaysia
hasil kerja keras dan kebijaksanaan ayahanda Mahathir

Moga allah terus memberi jutaan rahmat kepada ayahanda Mahathir dan bonda siti Hasmah serta keluarga
serta kegemilangan bumi bertuahku yg tercinta,
MALAYSIA BERJAYA

HASIL NUKILAN
UMMI HAFILDA ALI
7HB NOVEMBER 2003 WAKTU 1 PAGI