Jumaat, 9 Julai 2010

PIKET PEKERJA KTMB.........

Salam sdra pembaca yang dihormati.........

Sudah agak lama juga kita tidak mendengar tindakan industri berlaku dinegara kita.

Bila mendapat tahu sahabat sahabat gemasindah di KTMB, merancang untuk berpiket untuk menyatakan rasa tidak puashati terhadap pengurusan KTMB yang diterajui oleh Dr Aminuddin bekas orang kuat ERL yang mengendalikan Tren Ekpress Rellaju Kuala Lumpur Sepang, kita agak terkejut juga.

Apa yang tidak kena ? Kenapa sampai berpiket ? Adakah akan sampai ketahap mogok ? Apa pun gemasindah berharap pihak kerajaan khususnya MOT akan mengambil tindakan segera untuk selesaikan apa juga masalah yang timbul dengan segera dan berkesan.

Berikut gemasindah turunkan petikan berkaitan isu utama yang diperjuangkan oleh RUM - Perasatuan Pekerja Pekerja KTMB :-

MELAHIR KEKILANAN:

Melalui perancangan yang tidak sihat, maka “ETS (Electric Train Service)” telah dijadikan “anak syarikat KTMB”. Sesungguhnya perancangan in bukan lagi satu ilusi atau khayalan sebaliknya telah terjadi kenyataan atas perbuatan digerakkan oleh “tangan yang tidak bertanggungjawab” bertujuan meragut kesejahteraan ‘WARGA KTMB’ dan pada masa yang sama juga “cuba meranapkan” nama “pengangkutan rel KTM” secara perlahan-lahan sebagai pengangkutan tertua di negara ini yang menjadi tulang belakang kepada Negara.

Pada hakikatnya pihak kesatuan telah memaklumkan berkali-kali kepada pengurusan bahawa “ETS (Electric Train Service)” telah dianugerahkan oleh kerajaan kepada “syarikat KTMB” dengan niat baik demi “kebaikan syarikat khususnya dan kakitangan KTMB amnya” kerana disedari kerajaan yang dipilih oleh rakyat mempunyai “tanggungjawab moral untuk menimbang kepentingan ekonomi syarikat dan sosial pekerja-pekerjanya,” tetapi “bukannya mengintai laluan selamat bagi tujuan merampas hak KTMB” untuk tujuan dijadikan sebagai “anak syarikat KTMB”. Rata-rata menyifatkan perancangan tersebut adalah satu “bencana” yang boleh mengakibatkan “punca kehilangan pendapatan” untuk tabung syarikat KTMB kerana “ETS” adalah “daya gerak atau berpotensi menjana ekonomi syarikat KTMB”.

Melalui suatu perancangan “salah langkah” oleh peneraju utama KTMB yang bersifat “pepat diluar rencung di dalam” hakikatnya ada tujuan lain yang tersembunyi dan justeru itu perancangan ini juga boleh diandaikan sebagai mementingkan orang lain yang mana gerakan ini boleh diibaratkan sebagai ungkapan peribahasa “kera di hutan disusu–susukan, anak dirumah mati kelaparan”.

PENEGASAN KESATUAN:

Pihak kesatuan pada hakikatnya juga telah mempersoalakan bagaimanakah “ETS” ini akan berfungsi kerana sebarang pergerakannya tren hendaklah bermula dari landasan keretapi yang dikawal oleh peralatan semboyan selaku kuasa isyarat bagi membolehkan perjalanan teren.

Kedua tempat penantian dan perhentiannya hendaklah di bangunan yang dikenali sebagai “Stesen Keretapi”.

Ketiga para “pioneers” serta mereka yang mentadbir semasa atau “kontemporari” akan berperanan sebagai kesinambungan tugas dan tanggungjawab bagi maksud urus tadbir “ETS” adalah kakitangan.

Keempat bagi kelicinan urus tadbir hendaklah menempatkan para kakitangan dalam bagunanan yang dikenali sebagai pejabat dan

Kelima lain-lain kemudahan yang akan mendapat faedah-faedah tertentu didapati kini ke semuanya berfungsi atas harta “milik atau kepunyaan KTMB”.

Dengan ini ianya boleh disimpulkan bahawa “ETS” menjalankan perniagaannya “atas modal atas angin” atau atas modal yang dikenali ‘Zero sum game’ yang bermaksud “seseorang itu menang atas kerugian orang lain”.

Kesatuan bukannya berprasangka buruk terhadap mana-mana pihak, tetapi langkah tersebut adalah tidak sehat kerana ianya berfungsi di bawah prinsip “kebudak-budakan” atau “mendapat kebaikan atas kesusahan orang lain” yang mana perbuatan ini boleh dinamakan “sebagai menindas”.

Justeru itu oleh kerana kesemua fungsian atas harta kepunyaan syarikat KTMB, maka “adalah munasabah bahkan lebih sesuai “ETS (Electric Train Service)” diwajibkan menjadi hak milik mutlak KTMB dan perancangan ini tidak boleh dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak, kecuali semata-mata di sebabkan oleh keuntungan peribadi”

KEKESALAN ATAS PERNYATAAN PROVOKASI:

Bahawa disebabkan kesatuan ini menentang “ETS (Electric Train Service)” yang disebutkan akan dijadikan sebagai “anak syarikat KTMB” maka “DR. AMINUDDIN ADNAN’, Pengarah Urusan/Presiden” telah menuduh kesatuan ‘berfikiran ke belakang’.

Nukilan pernyataan ‘Masalah Union - masih berfikiran ke belakang’ ialah dari dokumen rasmi syarikat yang mana pihak pengurusan tidak boleh ‘MENAFIKAN’. Justeru itu bagi “mengekalkan kedamaian perusahaan” maka kesatuan telah mempelawa agar ‘DIADAKAN MAJLIS DEBAT TERBUKA’ di mana-mana tempat di antara “Presiden Kesatuan” dengan “DR. AMINUDDIN ADNAN’ selaku “Pengarah Urusan/Presiden KTMB” atas maudhu’ atau topik ‘“ETS dan Kesatuan masih berfikiran ke belakang’.

Sesungguhnya ‘MAJLIS DEBAT’ yang dicadangkan itu adalah penting bagi merungkai krisis persepsi atau tanggapan yang boleh dileraikan kekilanan melalui penyampaian hujah-hujah khususnya mengenai “ETS”.

KEDUA ianya bagi maksud menyelesai pernyataan “Kesatuan masih berfikiran ke belakang” kerana ungkapan sedemikian boleh ditakrifkan sebagai ‘sindiran /ejekan /perli ’ dan tidak menolak atau menafikan bahawa ianya boleh menyamai pengertian yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘TAK BERTAMADUN’.

KEKILANAN SELANJUT DAN
KEBENARAN:

Bahawa sehingga ke hari ini pihak kesatuan tidak menerima sebarang jawapan dari “DR. AMINUDDIN ADNAN’ selaku “Pengarah Urusan/Presiden KTMB” mengenai dengan ‘MAJLIS DEBAT’ walaupun telah beberapa surat mengenai ‘MAJLIS DEBAT’ dihantarkan kepadanya.

Dengan tidak memberi jawapan, maka jelas beliau telah menolak “platform” penyelesaian atas nama “PERSEPAKATAN” dalam kontek “mengekalkan kedamaian perusahaan”. Pada kesatuan sekiranya tiada jawapan mengenai ‘MAJLIS DEBAT’ maka jelaslah hujah kesatuan mengenai “ETS” adalah “BENAR” sebaliknya “DR. AMINUDDIN ADNAN’ selaku “Pengarah Urusan/Presiden KTMB” telah bertindak menentang arus atas sebab “keuntungan peribadinya”.

Justeru itu beliau sanggup melakukan apa sahaja walaupun melalui satu pernyataan propaganda murahan diluahkan dalam helaian ‘perutusan Hari Raya Aidiladha’ yang lepas untuk sajian bagi menggula-gulakan ‘Warga KTMB’. Pada hakikatnya “DR. AMINUDDIN ADNAN’ selaku “Pengarah Urusan/Presiden KTMB” tidak menepati janji seperti apa yang telah tersurat dalam dokumen ‘perutusan Hari Raya Aidiladha’.

MENGAMBIL KEPUTUSAN:

Menilai kepada beberapa faktor diatas yang dilihat boleh berlaku kegelapan kepada wawasan atau masa depan KTMB, sebaliknya akan menambahkan lagi keretakan imej syarikat disebabkan beliau gagal menepati sasaran yang telah diamanahkan, maka dengan ini memutuskan :-

(1) Memanjangkan sesalinan resolusi ini masing-masing kepada “semua Menteri Kabinet” dan kepada “semua Ahli Lembaga Pengarah KTMB”.


(2) “Mengambil tindakan perusahaan” yang juga merangkumi piket.


(3) Memberi sepenuh keyakinan kepada “kepimpinan yang kesatuan ada sekarang ini”


(4) Memberi mandat sepenuhnya “kepada Pegawai-Pegwai Utama” atau urusetia menjadualkan tarikh-tarikh berpiket.


(5) Memberi mandat sepenuhnya ”kepada Pegawai-Pegawai Utama” untuk menentukan jenis tindakan susulan yang bolen menjaminkan kebaikan kepada syarikat KTMB.


Dari laman Facebook RUM
Kesatuan Pekerja – Pekerja Keretapi Tanah Malayu Berhad

2 ulasan:

  1. debat dah dibuat keli pertama tapi di mention...
    tapi kalo dikajikan....untuk jadikan ktmb setanding dengan erl...konsep seperti anak syarikat ini boleh mendisplinkan pekerja.....
    mungkin ada sebab kenapa presiden ktmb buat cam tu....kita tak tahu....kita kena dengar kedua bleha pihak......demi memastikan ktmb setanding dgn erl.....konsep seperti ini terpaksa digunakan...lagipun ia anak syarikat ktmb....mungkin ada masalah dalaman yg cuma org..lama je tahu dan presiden baru ini yg tak tahu adat resam ktmb menggunakan kaedah seperti syarikat swasta punya pentadbiran yg mementing kualiti produktiviti dan lain2...kaji kedua2 belah pihak....itu penting....

    BalasPadam
  2. terima kasih tanpa nama...kalau saya yang uruskan ktmb ..sya akan swastakan hampir semua services..saya akan jadikan ktmb ..mcm PLUS ..jaga track & operasi..sbb sya tahu kelemahan utama ktmb ialah tak cekap dlm hal maintainance rolling stocks ..tapi kena juga bincang dgn RUM..mereka tak mahu kena buang kerja ..tu saja..tapi kalau tak jejaskan masa depan mereka saya rasa RUM akan sokong..secara peribadi saya kenal peneraju RUM...

    anyway thanks 4 the comments ...wp tuan menulis dgn gunakan tanpanama sya tahu tuan syg pd ktmb spt saya juga

    BalasPadam