Rabu, 28 Julai 2010

BIARKAN SILUNCHAI UMNO TERJUN DGN LABU-LABUNYA



Salam saudara pembaca Melayu-Islam yang dihormati,

Sudah agak lama gemasindah tidak menulis entri dilaman ini kerana ketiadaan isu yang baru melainkan isu yang membosankan yakni PERPADUAN ACAH ACAH MELAYU yang dimainkan oleh Nik Aziz dan DS Najib yang masih merasakan UMNO-nya kuat dan berpengaruh. Biarlah si-luncai terjun dengan labu labunya

Esok , Khamis 29hb Julai 2010 bertempat betul betul dihadapan rumah gemasindah akan berlaku satu lagi episod silunchai dengan labu labunya dimana Naib Presiden UMNO Shafie Afdal selaku Menteri Pembangunan Luarbandar akan merasmikan projek E-KASIH atau rumah PPRT yang telah gemasindah ulas beberapa bulan yang lalu.

Sudah tentulah ahli ahli UMNO dan JKK Kampong dan kakitangan kerajaan diarah oleh Wakil Rakyat dan ADO Gemas untuk menghadiri majlis tersebut. Maka sudah pastilah Naib Presiden UMNO akan berasa gembira melihat kehadiran orang ramai dimajlis makan tengah-hari secara percuma itu.

Maka apabila kembali nanti baik Naib Presiden UMNO Malaysia mahupun Ketua Perhubungan UMNO NSDK akan berasa amat selesa dan berasa bahawa DUN Gemas dan Parlimen Tampin masih lagi merupakan KUBU KUAT UMNO.

Gemasindah yang mengetahui keadaan sebenar di DUN Gemas ini hanya tersenyum dan hanya boleh berkata BIARLAH SILUNCAI UMNO TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA.

Nampak jelas UMNO masih enggan untuk berubah. Masih lagi mahu menggunakan kuasa dan jentera kerajaan. Masih lagi mahu kerja kerja digerakkan cara lama saperti majlis buka tutup saperti ini ...majlis makan percuma ..untuk mendekati rakyat..

Komen gemasindah..panggil makan kita makan ..panggil mengundi itu hak aku.

Nampaknya ..inilah gerakkerja rasmi pertama UMNO DUN Gemas untuk menghampiri hati rakyat Gemas....Satu gerakkerja yang jelas sekali hipokrit dan membodohkan rakyat.
Satu simplifikasi penyelesaian masaalah...BERI MAKAN ORANG KAMPONG – MENYOKONG UMNO-lah MEREKA TU..SELESAI SEGALA MASAALAH

Komen gemasindah..satu sikap yang membuatkan orang kampong lebeh menyampah pada pemimpin UMNO....

Baru sejam yang lepas gemasindah dihubungi oleh Setiausaha Gemas Homestay meminta kehadiran isteri gemasindah untuk menjadi pelayan tetamu majlis tersebut yang kontrak penyediaan makanan diberikan kepada saorang AJK UMNO Bahagian Tampin.

Projek E-KASIH Kg Londah ini menjadi rungutan ramai khasnya penduduk kampong sekitar. Dari 50 unit rumah yang dibina hanya 4 buah rumah diberikan kepada penduduk Mukim Gemas. Yang lain diimpot dari seluruh Daerah Tampin.

Kos pembinaan rumah tidak termasuk kerja kerja prasarana ialah sebanyak RM 35,000.00 sebuah.

Pengimpotan orang luar sebagai penghuni rumah rumah tersebut menimbulkan banyak masalah terutamanya dari segi pekerjaan , masalah anak anak tidak bersekolah dan masalah sosial yang lain yang tidak sepaptutnya berlaku.

Gemasindah tidak mahu menceritakan masalah sosial akibat membandarkan kampong kerana amat memalukan. Antara tajuk utama ialah wujudnya masaalah bohsia, ponteng sekolah, dadah dan skandal sex ..saperti dibandar bandar. Amat memalukan.

Namun begitu gemasindah mengucapkan Selamat Datang Ke-Kg Londah kepada Naib Presiden UMNO dengan ucapan idea Dato & KSU Dato sahabat gemasindah Dato Jabar Che Nai mengolompokkan orang miskin dihadapan rumah gemasindah memang hebat...

Pujian berkontena-kontena untuk Dato berdua dan gemasindah nak sedekah juga pujian berkontena – kontena kepada Menteri Besar NSDK..tokoh korporat yang hebat mereformasikan ekonomi Negeri Sembilan. Syabas Dato Seri....

Teruslah percaya bahawa DUN GEMAS & PARLIMEN TAMPIN ADALAH KUBU KUAT UMNO.......


Gemasindah................faham sangat akan ragam ahli ahli UMNO Bahagian Tampin & DUN Gemas...semuanya adalah para sahabat belaka.

3 ulasan:

  1. Sebut pasal pemimpin UMNO yg rasa terlalu selesa sekarang ni, teringat saya pada piliharaya ke-12, dimana bakal ADUN Dun Repah, masa malam kita diarahkan ke bilek gerangkan setiap cawangan, tiba di cawangan MCA Bandar Tampin, ape diolang chakap, ia ya tak payah latang sini. tak payah kerja kuat lo kita semua pon talak bikin ini macam, tau siap yg cakap macam tu, wakil clon sendiri, sya sebut perkara ini atas sebab diaolang percaya UMNO masih kuat orang melayu islam tidak berbelah bagi menyokong BN, tp diolang tatak jaga diaolang punye olang, tergadai lah DUN Repah, sebab kita dah lupa org melayu islam yg menyokong umno tunjuk bersatu bila ada majlis yg sebegini, selepas tu lu fikir lah sendiri....

    BalasPadam
  2. Salam tanpa nama ...itulah maudhok yang nak kita sampaikan ..zaman ini ahli UMNO pun ramai yg hipokrit..cara UMNO dekati rakyat kenalah berubah..kena cepat bertindak selesaikan masaalah dan kena ada personal touch...guna majlis perasmian dan bagi makan percuma dah ketinggalan zaman...seronok sendirilah nampaknya

    Yalah dia orang dah letih agaknya...kat gemas ni wakil rakyat dah semakin tidak popular ..sesama sendiri pun tak boleh handle....

    Dah tu banyak sangat yg dilakukan kecilkan hati org melayu...kita cakap dia hantar polis kerumah..nak bincang cara terbuka jauh sekali..

    PERKASA nak bantu ..dia buat musuh pulak..kita serah pada Allah sahajalah nasib UMNO ni..tapi kalau UMNO kalah ..myu pun kalah juga..tulah yg kita dik ingatkan tu..

    BalasPadam
  3. siluncai Pemimpin UMNO terjun jatuh dengan labu labunya tak po.. sobab dah kayo belako...saham banyak,tanah leba,pencen bosa,ghoto lain2 ado,begola pulak tu..Tun,Tan Sri,Dtk Sri,Dtk dan bemacam2...agaknya kalu bulih di akhirat pun sok nak cubo tompah tompek di Alam Barzakh dan diSyurga .

    BalasPadam