RURAL ECONOMIC REFORM
Reformasi Ekonomi Desa
SENYUM DULU BARU BACA....dari Azman Kelubi
Bila hidupmu dalam kegelapan, maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!”
Suami : Kenapa sayang menangis ?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku sad ending bang
Suami : Buku apa ?
Isteri : Buku bank abanglah
………………………………………………………………………………………………....................................
Salam Bahagia pembaca Melayu-Islam yang dihormati,
Pertamanya gemasindah membuat pengakuan bahawa pengetahuan gi dalam sistem ekonomi tidaklah seberapa kerana pengkhusususan ( majoring ) semasa di-universiti Malaya dahulu ialah dalam bidang Perhubungan Antarabangsa yang melayakkan gi menjadi Duta.
Kita kena akui dalam kehidupan khasnya dalam bidang kerjaya di-negara kita ini , ramai juga yang berjaya dalam bidang bidang yang tiada kaitan dengan kelulusan akademik masing masing. Antara sahabat sahabat gemasindah yang melakar kejayaan kemuncak ialah Dato’ Jabar Che Nai KSU Kementerian Pembangunan Luarbandar, Dato’ Thomas George Juga KSU dan Dato’ Mohd Izat Hasan , Ketua Pengarah RISDA sekarang ini.
Berbalik kepada tajuk entri diatas, kita tidak semesti perlu terlebih dahulu menjadi saorang pakar ekonomi untuk menyatakan bahawa satelah sekian lama merdeka , sistem ekonomi desa memerlukan reformasi jika kita benar benar mahu berbakti kepada penduduk luarbandar. ( melayu )
Ini sewajarnya menjadi fokus utama Kementerian Pembangunan Luarbandar yang dari segi pentadbirannya menjadi pikulan beban sahabat gemasindah Dato’ Jabar Che Nai.
Lonjakan atau reform ekonomi desa yang ada sekarang adalah rancangan dan buah fikiran Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 70 an dahulu. Asas utamanya ialah AGRARIAN REFORM / Reformasi Pertanian. Maka wujudlah apa yang kita kenali sebagai FELDA, RISDA , FELCRA dan beberapa kawasan pertanian khusus saperti DARA ( telah dimansuhkan ) KEMUBU dan lain lainnya.
Kejayaan Agrarian Reform itu amatlah mengkagumkan jika dilihat dari pelbagai sudut . Namun pengkritik akan cuba menafikan kejayaan kejayaan itu dengan menimbulkan seribu satu macam cerita cerita kegagalan saperti yang dilakukan oleh pembangkang mengenai Felda sekarang ini.
Ini tidak menarik perhatian gemasindah kerana mengkritik adalah amat mudah berbanding merancang , menentukan gerak kerja dan melaksanakan apa yang telah dirancang.
Tanpa mengira pegangan politik masing masing , kita wajar menerima hakikat bahawa penduduk desa yang majoritinya melayu perlu berterusan mendapat pembelaan kerajaan. Pembelaan yang utama ialah dari segi meningkatkan pendapatan mereka kerana hanya dengan peningkatan pendapatan sahaja tahap dan gaya hidup mereka akan dapat ditingkatkan.
Ramai yang menuduh sejak dahulu lagi dan sekarang ini menjadi modal cemuhan orang cina bahawa orang melayu menjadi miskin akibat mereka malas dan bodoh. Betul ke Melayu itu pemalas dan betul ke Melayu itu bodoh ?
Gemasindah sangat sangat tidak bersetuju dengan tuduhan melayu itu bangsa pemalas. Ayah dan ibu kita dikampong yang menjadi pesawah, penoreh getah, petani kecil sawit, penanam sayur rata rata bekerja melebihi waktu bekerja peniaga peniaga cina yang berniaga di pekan pekan dan dibandar bandar ....jadi siapkah yang lebeh rajin dan berusaha gigih ? Kita kena akui juga bahawa mereka masih SUSAH dan MISKIN tetapi kita tegaskan meraka TIDAK MALAS dan TIDAK JUGA BODOH.
Kita perlu akui bahawa hasil dari kerja atau usaha kerajinan itulah menjadi penentu pendapatan. PENDAPATAN MULA BERGANTUNG KEPADA APA YANG DIKERJAKAN DAN CARA PEKERJAAN DILAKUKAN.
Maka benarlah kata kata “ no need to work hard ..work smart “ dan “knowledge is power. “. BARANGKALI INILAH YANG WAJAR DIJADIKAN TEMA UTAMA RURAL ECONOMIC REFORM YANG KITA BICARAKAN SEKARANG INI.
Yang demikian kita perlu akui kemiskinan melayu luarbandar bukan disebabkan mereka malas atau rajin tetapi sistem ekonomi yang ada diluarbandar sekarang ini ( sejak dahulu lagi ) tidak membolehkan mereka mendapat pendapatan yang tinggi walau bekerja 24 jam sehari .
Ini semua orang tahu termasuk Pemimpin Melayu UMNO..tetapi sudah tidak diberi perhatian yang sewajarnya...lagi. Kenapa ?
Jika ini diakui maka adalah sangat wajar kerajaan DS Najib sekarang dengan segera mengkaji perkara ini dan mula melakukan RURAL ECONOMIC REFORM dengan segera . Kita tidak lagi boleh menjadi STATIK dan terus ber-retorik................
Bersambung.........................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan