Khamis, 15 Julai 2010

HANYA UNTUK MENGINGATKAN......ULANG & ULANG



Salam Hormat saudara pembaca Melayu - Islam

Perkerjaan yang paling sia sia ialah bila CICAK KUBIN nak MEMBAHAM BUAYA. Dari segi rupa dan bentuk macam satu species....Sama jugalah bila nyamuk mengaum dalam telinga gajah dan katak kembongkan dirinya kerana nak sama besar dengan labi-labi.

Itulah yang gemasindah lakukan selama ini. Cuba menjadi blogger cicak - kubin.

Maksudnya tak guna memendekkan jari menaip untuk mengingatkan pemimpin parti UMNO dan kerajaan ...lebih baik kita tulis untuk bacaan sesama kita ..kan ?

Cuba pembaca hayati luahan hati saorang cikgu pencen yang sekarang sudah menjadi lebih rasional..akibatnya penyokong Parti PAS yang taksub dah mula memaki hamun cikgu yang dah pencen ni. Saya baca apa yang ditulis beliau..takda apa yang salah..tapi ada juga yang menghamunnya ..katakan cikgu tu takda otak...orang islam menghamun orang islam..melayu menghamun ..melayu..Orang Cina yang terang terang bantai melayu tu ..tak berani pulak dihamunnya...MALAY ONGOING MENTALITY..

..................................................................................

Dari blog cikgu pencen.........SATU


Cina MCA dan Cina P. Gerakan sudah berhimpun dalam satu parti - DAP. Kemana arah tuju melayu UMNO, PAS dan PKR??????

Politik melayu sedang menuju kearah kehancuran. Perpecahan politik melayu nampak jelas dan nyata sedang melemahkan kedudukan melayu dari sudut pemerintahan nya. Walaupun melayu masih lagi nampak kelihatan sebagai peneraju pemerintahan negara tetapi ianya sedang dibayangi oleh kuasa mutlak dari kaum bukan melayu.

Satu ketika dahulu, melayu boleh berbangga dengan kekuatan dan keutuhan kuasa politik nya. Kaum bukan melayu akur dan tunduk kepada segala peraturan dan tata cara kerajaan memerintah. Melayu bebas bersuara dan menyuwarakan apa saja demi kepintingan melayu dan Islam. Malang nya, hari ini kita pula terpaksa berhati2 atau lebih jelah tidak berani lagi bersuara untuk membela melayu.

Setiap langkah atau tindakan yang di buat demi mempertahankan kedudukan melayu/Islam akan pasti mendapat tentangan keras dan lantang dari kaum yang lain. Kebebasan melayu untuk bersuara membela nasib melayu sudah ditentang awal2 lagi, bayang kan jika bangsa itu sudah berkuasa mutlak.

Sebagai contoh terdekat, Singapura. Melayu Singapura sudah kehilangan kuasa politik nya secara total. Suara melayu sudah lenyap buat selama2 nya di arena politik Singapura. Perkara sedemikian tidak mustahil akan berlaku pula kepada melayu di Malaysia.

Perpecahan kuasa politik melayu pasti akan memusnahkan politik melayu itu sendiri. Sedangkan kaum cina sudah bersatu dalam sebuah parti iaitu DAP. Kekuatan DAP tidak boleh di sangkal lagi, di kawasan2 majoriti kaum cina, BN memang tiada harapan. Ini telah terbukti pada PRU12 yang lepas.

DAP sudah mula mendapat sambutan hangat di Sabah dan Sarawak, PRU13 semakin hampir, Mampukah BN melawan arus kebangkitan kaum cina yang sudah bersatu dalam sebuah parti - DAP.

Tugas penting bagi UMNO bukan mengutuk mencela atau me rendah2 kan parti lawan terutamanya PAS dan PKR. Tugas penting ialah menyatukan melayu. Jika UMNO gagal menyatukan melayu, pasti UMNO dan BN sekali akan berkubur pada PRU13 akan datang.
..............

Hina nya Melayu, bangsa 'asing' tidak ter agak2 lagi 'memijak' muka Melayu ~~~~~


Dari blog cikgu pencen.........DUA


Di zaman Tungku Abdul Rahman, melayu berada di kemuncak keagungan nya. Semua kaum yang berada di tanah air sangat menghurmati dan menanjungi Melayu. Tidak ada sebarang kaum lain yang berani dan sanggup menyangah atau mengegi Melayu. Melayu sangat di hormati.

Melayu boleh membuat apa juga keputusan tanpa di ganggu gugat oleh mana kaum. Di kala itu boleh lah dikatakan negara benar2 di perintah oleh Melayu. Kekuasaan Melayu ini semakin hari semakin terhakis, ianya di sebabkan pergeseran atau 'rebutan' kuasa politik diantara PAS dan UMNO

Pergeseran dan rebutan kuasa antara UMNO dan PAS bermula dari PM yang pertama. Mengapa perkara yang sangat penting ini gagal di tangani atau diselesaikan dari awal lagi. Perkara ini semakin bertambah buruk di akhir zaman pemerintahan TDM apabila ujud pula PKR. Politik Melayu semakin berpecah dan bertambah lemah.

Masuk pula era zaman pemerintahan TAAB, perkara ini tidak perlu di huraikan di sini kerana semua sudah sedia maklum mengetahui nya. TAAB 'digulingkan' dan digantikan dengan DSNTR. Tetapi malang nya hakisan yang telah terjadi pada Politik Melayu semakin bertambah parah.

Kebijaksanaan kaum bukan melayu telah mengambil kesempatan di atas pergeseran politik melayu ini untuk memperkuatkan kedudukan mereka dalam politik. Hari ini sudah jelas dan nyata mereka sudah mendapat hasil tuaian nya yang sangat laba.

Kekuatan kuasa politik bukan melayu ini lah yang menyebabkan mereka sudah jadi besar kepala, sombong dan 'kurang ajar' terhadap Melayu. Mereka sudah berani bersuara lantang menetang apa juga dasar2 yang memehak kepada Melayu dengan alasan - PERKAUMAN.

Hari ini perkara kaum sudah menjadi satu isu atau agenda yang terlalu sensitif untuk di bincangkan bagi mana pehak. Mana2 NGO Melayu yang berani bersuara tentang pembelaan kaum nya, pasti akan menerima padah buruk.

Melayu Hilang Suara kerana Lemah Kuasa Politik.

DARI BLOG CIKGU PENCEN ....3
PENYAKIT KANSER TAHAP 3 UMNO


Tiada siapa boleh nafikan lagi bahawa UMNO bermasalah. Presiden UMNO sendiri mengakui bahawa UMNO bermasalah dalaman yang perlu di selesaikan dengan segera.

Sebenarnya masalah penyakit dalaman UMNO ini sudah terlalu lama bersarang dalam jiwa UMNO. Tidak ada cara atau formula yang boleh selesaikan masalah dalaman UMNO ini. Pemimpin2 nya cuma boleh bersuara mengarahkan supaya ianya diselesaikan dengan segera. Persoalan nya, bagaimana dan apa cara yang berkesan boleh selesaikan masalah dalaman ini?

Setelah lebih dua tahun PRU-12 berlalu, luka2 yang dialami oleh UMNO masih tidak terubat bahkan ianya semakin bertambah parah. Pemimpin2 UMNO tahu apa yang menyebabkan UMNO berpenyakit. Malang nya mereka tidak terdaya mengubati penyakit ini. Ianya disebabkan pemimpin2 itu sendiri juga sedang berpenyakit.

Penyakit UMNO ini akan kekal hingga UMNO itu mati dengan sendirinya.

DARI BLOG CIKGU PENCEN..........4

PAS - mulut di suap pisang, dubur di cucuk onak oleh DAP ~~~~~
PAS semakin bertambah yakin pasti akan memerintah negara berdasakan hukum2 Islam sepenuh nya selepas PRU-13 akan datang. Keyakinan PAS ini se mata2 berdasarkan atas sokongan DAP. PAS harus sedar bahawa sokongan dari DAP ini bukan lah sokongan untuk PAS mendirikan negara Islam di Malaysia.

DAP atau PKR tidak pernah berniat atau bersuara tentang sokongan nya kepada PAS untuk mengujudkan sebuah negara Islam di Malaysia. Tentangan keras dari presiden DAP memang selalu di suarakan. Malang nya PAS anggap itu cuma pendapat perbadinya sahaja. Apa bezanya presiden dan pendapat peribadi - itu kan sama saja. Jika seorang presiden bersuara demikian maka suaranya itu adalah pendapat bagi keseluruhan parti nya - iaitu DAP.

PAS memang bangang dan bongok, susah sangat memahami nya. Itu sebab DAP lebih suka menyokong PAS, kerana sikap bongok dan bangang nya. Mulut dia suap pisang tidak sedar dubur di cucuk nya dengan onak dan duri. Bila dah habis pisang ditelan barulah tersedar rasa sakit di dubur.

Agenda DAP menyokong PAS bukan kerana mahukan PAS mendirikan negara Islam, tetapi se mata2 mahu menambah kekuatan nya untuk berkuasa memerintah negeri dan akhir nya kalau boleh negara juga. Kejayaan nya terbukti apa bila DAP berjaya menawan P Pinang dengan bantuan PAS dan PKR.

PAS walaupun ada satu kerusi DUN di P Pinang, malang nya telah di ketepikan oleh DAP seperti anjing kurap. Tetapi kebodohan PAS tetap anggap DAP itu sebagai teman setianya yang sangat jujur dan ikhlas.

UMNO sama juga macam parti2 lain yang ujud di dunia ini, pasti ada buruk dan cacat celanya, begitu juga dengan PAS. Tetapi sedikit sebanyak UMNO sudah memberikan jasa nya terhadap melayu/Islam. Bagi PAS pula memang tidak pernah ada jasa2 nya terhadap melayu/Islam melainkan telah memecah belah kan melayu/Islam.

Melayu yang menyokong PAS harus kembali kepangkal jalan, bersatulah dalam sebuah parti melayu yang benar2 utuh iaitu UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan