Khamis, 15 Julai 2010

BUNGA PERPADUAN MULA MENGUNTUM............



Salam saudara pembaca Melayu-Islam yang dimuliakan,

Nampaknya bunga bunga perpaduan Melayu – Islam sudah mula menguntum. Amatlah diharapkan ianya akan berputik menjadi buah.

Marilah kita sama sama berdoa kepada Allah SWT agar membuka dan melapangkan hati keseluruhan umat Melayu – Islam khasnya mereka mereka yang dimanahkan Allah untuk menjadi pemimpin baik dipihak PAS mahupun dipihak UMNO.

Tidak ada apa yang salah baik dari segi politik atau hal hal keduniaan yang lain untuk menunaikan Perentah Allah agar umat Islam yang berbangsa Melayu itu bersatupadu dalam segala bidang kehidupan apatah lagi dalam hal pemerentahan negara dan perjuangan agama.

Tidaklah mengapa jika DS Najib masih mahu mengatakan bahawa parti UMNO pimpinannya masih kuat dan tidak lemah sehingga terpaksa mendapatkan sokongan dari PAS.

Dan tidak mengapa juga jika Tok Guru Nik Aziz menegaskan bahawa parti PAS sedang mendapat sokongan majoriti orang Melayu dan bertambah kokoh.

Kita terimalah kenyataan kedua –dua pemimpin kita itu sebagai benar, kerana itulah kenyataan yang hendak dicapai jika kedua-dua parti utama orang Melayu – Islam ini dapat disatukan.

Ini adalah kerana tidak ada sebarang faedah dan keuntungan kepada masyarakat Melayu jika mereka terus berpecah dan bercakaran hingga boleh menyebabkan orang Melayu kehilangan kuasa politik . Berdasarkan kenyataan pahit yang terpaksa kita terima, orang Melayu masih sangat sangat memerlukan bantuan kerajaan untuk memperbaikki pelbagai bidang kehidupan kerana kita masih ketinggalan dan tidak berada dalam keadaan bersaing dengan bukan Melayu.

Kehilangan kuasa memerentah pasti mendatangkan malapetaka bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga kepada Agama Islam.

Kita tidak lagi perlu “nursing” perasaan marah, kecewa dan dendam kesumat antara satu sama lain disamping perlu sedar dan insaf atas kelemahan kelemahan, kemungkaran kemungkaran yang telah kita lakukan selama ini.

UMNO khasnya pemimpin pemimpin pelbagai peringkat wajib insaf dan bertaubat atas kesalahan kesalahan dan kemungkaran kemungkaran yang telah mereka lakukan hingga bukan sahaja mendatangkan kemarahan rakyat tetapi juga kemarahan dan rasa kecewa ahli ahli UMNO yang terasa dipinggirkan .

Ini adalah kenyataan. Kehilangan kerusi kerusi pada PRU 12 di kubu kubu kuat UMNO adalah disebabkan tindakbalas ahli dan penyokong UMNO yang disebabkan rasa marah, kecewa dan benci beralih menyokong parti pembangkang.

Tidaklah ada gunanya menasihatkan orang lain bermuhasabah diri, jika ekor kita bergelumang tahi.

Dan tidaklah ada gunanya kita mengatakan UMNO masih kuat jika kita akan kehilangan lebih banyak kerusi kerana pada hakikatnya kita tidak lagi mendapat sokongan rakyat Melayu saperti sebelumnya.

Dipihak PAS pula , wajiblah disedari bahawa parti itu tidak akan dapat meneruskan legasi pemerentahan negara jika bergerak bersendirian. Tidak akan ada apa apa kebaikan bagi PAS bekerjasama dengan DAP kerana pimpinan DAP dan masayarakat Cina amnya tidak akan mahu menerima pemerentahan negara berlandaskan Negara Islam acuan parti PAS. Lim Kit Siang & Karpal Singh telah berulangkali secara konsisten menyatakan bangkangan mereka terhadap hal ini hingga Karpal secara konsisiten berkata langkah mayatnya dulu.

Yang demikain adalah amat lojik PAS dan UMNO bekerjasama dan bersatu demi masa depan keturunan Melayu. Tiada pilihan lain.

Akhirnya sebagai penganut agama Islam janganlah kita lupa bahawa sebagai makhluk kita tidaklah ada kekuatan ...Yang Bekuasa ialah Allah SWT . yang demikian tidaklah wajar jika kita mengatakan UMNO masih kuat dan PAS bertambah kuat.

Wahai pemimpin pemimpin Melayu – Islam janganlah kamu engkar atas Perentah Allah supaya bersatupadu kerana setiap umat Islam itu bersaudara. Dan dinegara bertuah ini hampir semua Melayu itu beragama Islam dan mengakui Ketuhanan Allah & Kerasulan Nabi Muhammad.

Janganlah biarkan kami terpaksa bersama-sama menanggung bala akibat keengganan segelintir pemimpin untuk menunaikan Perentah Bersatu Allah SWT.

Gemasindah..............marilah kita bersama-sama berdoa wahai saudara saudara Muslimku.

3 ulasan:

  1. setuju. jangan diulangi kesilapan ulama' lalu yang bertentang sesama sendiri, dan pemimpin yang bertelagah sesama sendiri.

    BalasPadam
  2. Salam & tq cikgu..sama-samalah kita berdoa..mudah2an Allah makbulkan....

    BalasPadam
  3. apo nak di kato...pemimpin2 politik tak kira bangsa dan agama yg berpengaruh,berkedudukan suka keadaan yg pincang,dan kecelaruan kerana dlm keadaan sedemikian mereka beolih populariti,kedudukan pangkat dan menikmati kesenangan hidup dinegara ini..semuanya sudah ketentuan Illahi..agaknya

    BalasPadam